Ikuti Blog ini

PAS UMUM CALON MANEK URAI PADA 26 JUN INI (JUMAAT)


KUALA LUMPUR - PAS akan mengisytiharkan calonnya untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 26 Jun ini bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat.

Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah berkata, pengumuman itu akan dibuat di Manek Urai berdekatan dengan rumah Allahyarham Ismail Yaakub atau lebih mesra di kenali sebagai Pak Su Wei.

Ditanya sama ada calon yang akan dimumkan itu memiliki ciri-ciri seperti Allahyarham Ismail, Wan Rahim berkata pemimpin seperti beliau sukar diganti dan tidak boleh ditandingi.

Bagaimanapun, beliau yakin calon yang akan diumumkan nanti akan diterima oleh pengundi di Manek Urai.


Sementara itu, Wan Rahim menggesa SPR mengarahkan majikan-majikan supaya membenarkan pekerja mengambil cuti pada hari mengundi 14 Julai nanti.

Keadaan ini katanya berpunca daripada SPR sendiri yang sengaja menetapkan hari pengundian pada hari bekerja.

"Kita betul-betul mengharapkan SPR memberi arahan kepada majikan bagi memberikan cuti satu hari," tegasnya ketika dihubungi.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .