Ikuti Blog ini

RAMAINYA YANG AMBIL BERAT TENTANG PAS




Kebelakangan ini Pas mendapat publisiti percuma yang cukup meluas. Liputan besar-besaran ini datangnya daripada pelbagai sumber seperti media pro Umno@BN dan juga rangkaian maklumat maya yang terdiri daripada portal berita dan blog.

Sama ada berita itu bercorak positf, negatif atau berkecuali saya melihat semua ini menunjukkan ramai yang ambil berat dan bimbang dengan perkembangan yang berlaku di dalam Pas. Apabila setiap hari mereka menulis tentang Pas bermakna Pas hari ini begitu berpengaruh dalam masyarakat di negara ini bukan sahaja kepada orang Melayu yang sinonim dengan Islam tetapi juga kepada masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam.

Semua ini sekaligus menunjukkan Pas hari ini telah diiktiraf sebagai kuasa politik perdana yang boleh menjadi penentu kepada senario politik dalam negara. Jika Pas sebuah parti kecil dan tidak berpengaruh siapa yang nak ambil peduli kepada Pas dan menceritakan apa yang berlaku dalam Pas siang dan malam.

Ini juga sebagai peringatan untuk semua yang berada di dalam Pas, sama ada peringkat pimpinan atau bawahan agar selain mengutamakan kepentingan Islam mereka juga perlu memikirkan kepentingan nasional dalam setiap kenyataan dan tindakan. Semua ini penting sesuai dengan sokongan dan penerimaan masyarakat kepada perjuangan Pas hari ini.




Kenyataan bersumpah tiga pegawai polis yang mendakwa Ketua Polis Negara


“Kewujudan kenyataan bersumpah dari tiga anggota PDRM iaitu ASP Hong Kin Hock, ASP Md. Yusof Ahmad dan Sarjan Mohd Yasin Malik yang mengaitkan Musa Hassan dengan Ah Long tidak boleh ditolak begitu sahaja,”Ketika membuat akuan bersumpah itu pada tahun 2007, Hong adalah seorang pegawai di Cawangan Operasi/Bantuan Teknik Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

“Kewujudan kenyataan bersumpah dari tiga anggota PDRM iaitu ASP Hong Kin Hock, ASP Md. Yusof Ahmad dan Sarjan Mohd Yasin Malik yang mengaitkan Musa Hassan dengan Ah Long tidak boleh ditolak begitu sahaja,”Ketika membuat akuan bersumpah itu pada tahun 2007, Hong adalah seorang pegawai di Cawangan Operasi/Bantuan Teknik Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.


SAMM: Siasat Musa Hassan



Gerakan mahasiswa, Solidariti Anak Muda Malaysia hari ini membidas keengganan kerajaan menyiasat kenyataan bersumpah tiga pegawai polis yang mendakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bersekongkol dengan Ah Long atau ceti haram tanah air.


Pengerusi gerakan itu, Badrul Hisham Shaharin berkata kenyataan bersumpah itu sudah menjadi asas yang kukuh untuk menyiasat Musa.


“Kewujudan kenyataan bersumpah dari tiga anggota PDRM iaitu ASP Hong Kin Hock, ASP Md. Yusof Ahmad dan Sarjan Mohd Yasin Malik yang mengaitkan Musa Hassan dengan Ah Long tidak boleh ditolak begitu sahaja,” tegas Badrul.


Beliau menambah kerajaan seharusnya menggantung tugas Musa dan pegawai polis terbabit serta-merta dan mengadakan siasatan bebas, berkecuali terhadap dakwaan itu.


Badrul, yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, menunjukkan kepada krew TV Antara salinan akuan bersumpah ASP Hong Kin Hock.


Turut bersama di sidang media itu ialah Adun Paroi Taufek Abdul Ghani dari Pas.


Ketika membuat akuan bersumpah itu pada tahun 2007, Hong adalah seorang pegawai di Cawangan Operasi/Bantuan Teknik Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.


Beliau dikatakan mengesan pembabitan Musa dalam kegiatan kongsi gelap apabila diarah oleh pegawai atasan untuk mengumpul maklumat mengenai kegiatan Ah Long di Johor dan Melaka.


Menurut Hong, sindiket Ah Long berkenaan dikatakan mengguna Musa Hassan untuk melindungi mereka daripada tindakan polis.


Hong berkata Musa telah mengarahkan tindakan tata tertib diambil terhadapnya apabila beliau mula menyiasat seorang pemimpin sindiket berkenaan yang digelar Tengku.


Alasan Musa ialah Hong kononnya telah membuat rakaman risikan secara tidak sah ketika menjalankan siasatan berkenaan.


“Saya merasa tertekan kerana tindakan saya mematuhi arahan pegawai atasan saya dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan ceti haram yang membabitkan nama Tengku, boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib,” kata Hong dalam kenyataan bersumpahnya.


Badrul berkata kenyataan bersumpah Hong dan dua pegawai polis lain atas perkara sama tidak harus ditolak oleh pihak berkenaan begitu sahaja kerana Musa adalah pegawai polis tertinggi negara.


Satu siasatan bebas dan menyeluruh harus diadakan demi kredibiliti Polis diRaja Malaysia dan untuk membela semua anggota polis yang menjalankan tanggungjawab mereka tanpa mengira bulu, kata Badrul.




SPRM Mohon Sumbangan Derma Dari UMNO

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Muhammad Hassan memberi sogokan RM20,000 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Negeri Sembilan untuk membiayai aktiviti kelab sukan badan itu, seorang pemimpin kanan PKR mendedahkan hari ini.

Kesanggupan Pengarah SPRM Negeri Rozaini Idris memohon dan menerima wang itu daripada pejabat Menteri Besar menjejaskan lagi kredibiliti SPRM sebagai badan bebas dan berkecuali, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shaharin.

Beliau berkata “urusniaga” antara SPRM dan pejabat Menteri Besar itu hanya menguatkan pesepsi selama ini bahawa SPRM bersikap pilih kasih dengan menutup hampir semua aduan rasuah terhadap Datuk Seri Muhammad.

Antara tuduhan-tuduhan yang dihadapi Muhammad Hassan adalah pembabitan ahli keluarga dalam pentadbiran kerajaan, penyalahgunaan kuasa dan politik wang.

“Laporan bukan sahaja dibuat oleh individu atau pembangkang, tetapi laporan yang dibuat dari kumpulan pemerintah juga tidak dilayan,” katanya.

Badrul berkata Pengarah SPRM Negeri Sembilan telah menghantar sepucuk surat memohon sumbangan menampung perbelanjaan bagi menghantar kakitangannya untuk menyertai pertandingan yang akan diadakan pada 11 hingga 16 Jun 2009,” kata Badrul.

Muhammad Hassan bingkas bersetuju dan telah memberikan cek bernilai RM20,000 kepada Kelab Sukan SPRM Negeri Sembilan, kata Badrul.

“Ini jelas melanggari etika,” kata Badrul, yang juga Ahli Jawatankuasa Perhubungan PKR Negeri Sembilan.

“Memohon, menyumbang dan menerima sumbangan ini telah menjadi kesalahan dari segi etika. Menteri Besar dan SPRM mempunyai pertembungan kepentingan,” tambah Badrul



KEPIMPINAN BARU PAS PUSAT DAN NEGERI-NEGERI / WILAYAH PERSEKUTUAN

AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSATDAN PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI/WILAYAH PERSEKUTUANSESI 2009 – 2011


PRESIDEN :
YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

TIMBALAN PRESIDEN : YB USTAZ HAJI NASHARUDIN MAT ISA

NAIB PRESIDEN (1) : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN

NAIB PRESIDEN (2) : YB SALAHUDDIN AYUB

NAIB PRESIDEN (3) : YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR

KETUA DEWAN ULAMAK : YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB

KETUA DEWAN PEMUDA : USTAZ NASRUDIN HASSAN THANTAWI

KETUA DEWAN MUSLIMAT : USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

SETIAUSAHA AGUNG : DATO’ HAJI MUSTAFA ALI

BENDAHARI PAS PUSAT : YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI

KETUA PENERANGAN PAS PUSAT : USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD

KETUA PENGARAH PILIHANRAYA : YB DATO’ USTAZ HAJI ABDUL HALIM ABDUL
RAHMAN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (1) : YAB DATO' SERI IR. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (2) : USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMADAHLI

JAWATANKUASA KERJA (3) : YB DATO’ KAMARUDDIN JAFFAR

AHLI JAWATANKUASA KERJA (4) : YAB DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABD RAZAK

AHLI JAWATANKUASA KERJA (5) : YB DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD. ALI

AHLI JAWATANKUASA KERJA (6) : YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI

AHLI JAWATANKUASA KERJA (7) : USTAZ HAJI ABDUL GHANI SAMSUDDIN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (8) : DATO’ USTAZ HAJI ABU BAKAR CHIK

AHLI JAWATANKUASA KERJA (9) : MOHAMED HANIPA MAIDIN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (10) : YB DATO' IR. AMIRUDDIN HAMZAH

AHLI JAWATANKUASA KERJA (11) : YB DR. LO’ LO’ HAJI MOHAMAD GHAZALI

AHLI JAWATANKUASA KERJA (12) : USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (13) : YB DR DZULKEFLY AHMAD

AHLI JAWATANKUASA KERJA (14) : YB DR. SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI

AHLI JAWATANKUASA KERJA (15) : YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (16) : MAZLAN ALIMAN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (17) : YB USTAZ HAJI TAIB AZAMUDDIN MD. TAIB

AHLI JAWATANKUASA KERJA (18) : YB DR. MUJAHID YUSOF RAWA


AJK YANG DILANTIK :


AHLI JAWATANKUASA KERJA (1) : YB DATO’ HAJI HUSAM MUSA

AHLI JAWATANKUASA KERJA (2) : HAJI MOHAMAD SABU

AHLI JAWATANKUASA KERJA (3) : HJ MOHD ANUAR TAHIR

AHLI JAWATANKUASA KERJA (4) : HAJI ASMUNI AWI

AHLI JAWATANKUASA KERJA (5) : YB MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI

AHLI JAWATANKUASA KERJA (6) : YB DR. HAJJAH SITI MARIAH MAHMUD

AHLI JAWATANKUASA KERJA (7) : YB WAN UBAIDAH WAN OMAR

AHLI JAWATANKUASA KERJA (8) : HAJI MUHAMAD ABDULLAH


PESURUHJAYA PAS NEGERI :


PESURUHJAYA PAS PERLIS : YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN

PESURUHJAYA PAS KEDAH : YAB DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN ABDUL RAZAK

PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG : USTAZ MOHD SALLEH MAN

PESURUHJAYA PAS PERAK : USTAZ ABU BAKAR HUSIN

PESURUHJAYA PAS KELANTAN : YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK
MAT

PESURUHJAYA PAS TERENGGANU : YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB

PESURUHJAYA PAS PAHANG : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN

PESURUHJAYA PAS SELANGOR : DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD ALI

PESURUHJAYA PAS W. PERSEKUTUAN : HAJI MOHAMAD NOOR MOHAMAD

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN : HJ ZULKEFLY MOHAMAD OMAR

PESURUHJAYA PAS MELAKA : USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN

PESURUHJAYA PAS JOHOR : DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED

PESURUHJAYA PAS SABAH : HAJI MUHAMAD ABDULLAH

PESURUHJAYA PAS SARAWAK : USTAZ HJ OSMAN MUSTAPHA


Ulama PAS adalah profesional dan profesional PAS adalah ulama – TGNA

nik aziz pas2

Ulama PAS adalah profesional dan profesional PAS adalah ulama – TGNA



Saya ucap tahniah kepada YB Khalid Samad. Walaupun beliau tidak pernah dilihat berkopiah, berserban, berjubah tetapi ucapan dia dalam dewan muktamar kelmarin beliau telah menggunakan hujah-hujah ulama seratus peratus.


Lagak dia ini (Khalid) boleh menyelesaikan persoalan yang dibesar-besarkan oleh pihak media arus perdana yang ingin mengasingkan antara profesional dan ulama. Khalid Samad telah menonjolkan, menjelmakan tafsiran yang sah bahawa ulama PAS adalah profesional dan profesional PAS adalah ulama. Tidak ada pengasingan dalam PAS khasnya dalam Islam antara dua golongan ini. – Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.


……………………………………………………………………

Pas amat beruntung mempunyai tokoh seperti ini walaupun bak kata Tuan Guru Nik Aziz susah untuk melihat YB Khalid memakai kopiah atau bersongkok. Penampilan beliau di Parlimen juga amat bermakna sekali dan beliaulah di antara yang berani dan lantang mencabar MP Bebas Pasir Mas, Ibrahim Ali tatkala Ibrahim Ali memperlekehkan Pas. Beliau tetap akan membela Pas walau di mana beliau berada, itulah kelebihan MP Shah Alam ini.


DUN JAWI PULAU PINANG : UMNO BN BERSAMA SPRM TERPERANGKAP

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Oleh kerana keterlaluan di dalam membiarkan dirinya diperkudakan oleh UMNO BN, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini terperangkap dengan langkah ADUN Jawi Pulau Pinang Tan Beng Huat sanggup melepaskan jawatannya itu jika terbukti tuduhan kononnya beliau membuat tuntutan palsu dua ribu ringgit.

Beng Huat telah mengemukakan surat peletakan jawatan tidak bertarikh kepada Setiausaha Agung Parti Lim Guan Eng atas arahan DAP Negeri.

Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow berkata Guan Eng meminta surat berkenaan daripada Tan bagi menunjukkan kerajaan negeri mengamalkan konsep Keupayaan, Ketelusan dan Akauntabiliti (CAT).

tan beng huat resign as jawi state rep penang lim guan eng dap 110609 05

"Kami memohon surat peletakan jawatan tidak bertarikh itu bagi membuktikan bahawa kami adalah telus dan Tan juga telah mengemukakan surat itu kepada parti," Katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP Negeri di sini hari ini.

Semalam, Ketua Bahagaian DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong, menuduh Tan melakukan penyelewengan berhubung penajaan RM2,000 untuk sebuah pertubuhan amal tempatan.

Bagaimanapun, Tan menafikan dakwaan berkenaan meminta parti menyiasat perkara itu secara saksama bagi membersihkan namanya.

"Saya berbesar hati untuk mengemukakan surat peletakan jawatan tidak bertarikh kepada kepimpinan parti kerana parti mempunyai hak untuk bertindak terhadap rasuah," katanya.

Guan Eng berkata beliau telah mengarahkan Pegawai Kewangan Negeri, Farizan Darus, untuk menyiasat perkara itu dan tindakan tegas akan diambil jika ada sebarang salah laku.

Tan didakwa telah menuntut RM2,000 daripada Pejabat Daerah untuk set televisyen dan pemain cakera padat yang hanya bernilai RM450. Beliau menafikan segala tuduan itu sebagai tidak berasas.



tan beng huat resign as jawi state rep penang lim guan eng dap 110609 03Sekiranya SPRM berani mendakwa Tan Beng Huat bererti tidak dapat tidak pilihanraya kecil akan dijalankan di Jawi Pulau Pinang dan tentunya ini amat ditakuti oleh kerajaan Barisan Nasional.

Ramai yang tertunggu-tunggu ayat keramat Tan Sri Ahamd Said Hamdan, "ada bukti kukuh" yang sering diungkapkan terhadap kes-kes siasatan yang melibatkan pemimpin-pemimpin pembangkang.

Di dalam pilihanraya umum yang lalu Tan Beng Huat telah memenangi kerusi ini mengalahkan calon BN dengan majoriti 3,790.






Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .