Ikuti Blog ini

Ulama PAS adalah profesional dan profesional PAS adalah ulama – TGNA

nik aziz pas2

Ulama PAS adalah profesional dan profesional PAS adalah ulama – TGNA



Saya ucap tahniah kepada YB Khalid Samad. Walaupun beliau tidak pernah dilihat berkopiah, berserban, berjubah tetapi ucapan dia dalam dewan muktamar kelmarin beliau telah menggunakan hujah-hujah ulama seratus peratus.


Lagak dia ini (Khalid) boleh menyelesaikan persoalan yang dibesar-besarkan oleh pihak media arus perdana yang ingin mengasingkan antara profesional dan ulama. Khalid Samad telah menonjolkan, menjelmakan tafsiran yang sah bahawa ulama PAS adalah profesional dan profesional PAS adalah ulama. Tidak ada pengasingan dalam PAS khasnya dalam Islam antara dua golongan ini. – Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.


……………………………………………………………………

Pas amat beruntung mempunyai tokoh seperti ini walaupun bak kata Tuan Guru Nik Aziz susah untuk melihat YB Khalid memakai kopiah atau bersongkok. Penampilan beliau di Parlimen juga amat bermakna sekali dan beliaulah di antara yang berani dan lantang mencabar MP Bebas Pasir Mas, Ibrahim Ali tatkala Ibrahim Ali memperlekehkan Pas. Beliau tetap akan membela Pas walau di mana beliau berada, itulah kelebihan MP Shah Alam ini.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .