Ikuti Blog ini

N12 Penanti : PAS tidak akan letak calon

PAS tidak akan meletakkan calonnya di DUN Penanti dalam pilihanraya kecil hujung bulan ini walaupun ada desakan dari dalam parti itu sendiri.

(Keputusan) ini kerana PAS tertakluk kepada perjanjian yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat.

"Semua parti dalam Pakatan telah bersetuju, jika berlaku pilihanraya kecil, calon yang bertanding mestilah daripada parti yang bertanding pada pilihanraya umum sebelum itu," kata pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali.


Terkejut berok agaknya pemimpin parti pelaga rakyat (UMNO) Pulau Pinang bila PAS menyatakan tidak akan meletakan calonnya di PRK Penanti.

Sebelum ini mereka dengan ghairah melaga-lagakan Pakatan Rakyat kerana kenyataan dari Pemuda Pas Pulau Pinang yang mahukan Pas meletakan calon mereka di Penanti.

Nampaknya UMNO Pulau Pinang dan SeMalaysia keseluruhannya terpaksalah mencari isu lain yang nak di sandiwarakan semasa kempen bermula nanti.

Maka terhentilah nyalakkan UMNO sebelum ini yang mengandaikan ketidak sefahaman Pakatan Rakyat dalam meletakkan calon di Penanti.

Akan adakah Projek ' MEE SEGERA' sekali lagi di Penanti…sama-sama kita tunggu.


Perubahan 'Total' Dalam Kepimpinan Pemuda PAS Terengganu


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/safpemuda.jpgKUALA TERENGGANU – Mesyuarat Agong kali Ke 40 Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah menyaksikan perubahan total kepimpinan sayap PAS bagi negeri Terengganu itu.

Sejak awal lagi, ketika majlis perasmian, pengerusi bagi majlis tersebut, Ustaz Wan Shukairi Wan Abdullah telah mengumumkan, penyandang jawatan Ketua Pemuda Negeri tidak akan dipertahankan oleh Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani

Menurutnya, Ustaz Azman yang masih belum mencapai umur 40 tahun, mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada pimpinan muda pemuda mengisi ruang kepimpinan.

Pemilihan bagi Ahli Jawatankuasa Pemuda negeri telah dibuat secara ‘segugus’ tanpa ada pertandingan secara langsung bagi jawatan-jawatan utama. (Gambar - Saf pemuda negeri ketika perasmian pada pagi tadi, selepas pemilihan, Ustaz Mohd Nor (4 dari kiri) dilantik sebagai Ketua dan Ustaz Wan Shukairi (hadapan) sebagai Timbalan Ketua )


Dalam pemilihan tersebut seramai empat orang muka baru telah dipilih oleh para perwakilan, mereka adalah Ustaz Mohd Khalil Abd Hadi, Ustaz Kamatruzaman Abdullah, Saudara Hishamudin dan Wan Mohd Faizul.

Selepas diisytiharkan sebagai jawatankuasa yang baru dipilih, satu mesyuarat diadakan bagi membincangkan pemilihan bagi jawatan-jawatan utama.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah telah dipilih melalui ‘syura’ jawatankuasa yang terpilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu yang baru, bagi sesi 2009 – 2011.

Manakala, bekas Setiuasaha, Ustaz Wan Shukairi Wan Abdullah di pilih sebagai Timbalan Ketua.

Naib Ketua Pemuda Negeri adalah Ustaz Ridhuan Hashim yang juga Ketua Pemuda PAS bagi Kawasan Kuala Nerus.

Kejutan juga berlaku dengan perlantikan muka baru, Wan Mohd Faizul, Setiausaha Kerja PAS Kawasan Kuala Terengganu sebagai Setiausaha Dewan Pemuda PAS yang baru.

Upacara perasmian mesyuarat Agong DPPNT ke 40 telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato’ Mustafa Ali yang turut diiringi oleh Timbalan Pesuruhjaya Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik dan Setiausaha Perhubungan Haji Yahaya Ali
.


Senarai penuh saf kepimpinan Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu.

Pengerusi Tetap
Ustaz Hamzah Ngah

Timbalan Pengerusi Tetap
Ustaz Abu Bakar Salleh

Ketua Pemuda : YB Ustaz Mohd Noor (ADUN Bukit Payong)
Timbalan Ketua : Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
Naib Ketua : Ustaz Ridzuan Hashim
Setiausaha : Wan Mohd Faizul Bin Wan Abas


13 Jawatankuasa DPP Terengganu Sesi 2009/2011.


1.Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah (DPP Kuala Terengganu)
2.Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi (DPP Marang ~ Anak Tuan Guru Presiden PAS)
3.YB Ustaz Mohd Noor Hamzah (ADUN Bukit Payong)
4.Ustaz Ridzuan Hashim (DPP Kuala Nerus)
5.Ustaz Kamaruzaman Abdullah (DPP Hulu Terengganu)
6.Ustaz Ahmad Bukhori Ghazali (DPP Kuala Nerus)
7.Ustaz Ahmad Kamal Ali (DPP Kuala Terengganu)
8. Ustaz Hisyamuddin Abd Karim (DPP Kemaman)
9. Ustaz Jamaludin Jusoh (DPP Dungun)
10.Ustaz Hazri Jusoh (DPP Kemaman)
11. Wan Mohd Faizul (DPP Kuala Terengganu)
12. Ustaz Mohd Hanafi Abdul Aziz (DPP Dungun)
13.Ustaz Saiful Ambia (DPP Hulu Terenggan)
(Disusun mengikut jumlah undi tertinggi)

PEMERIKSA KIRA
1. Badarudin Ismail
2. Zabidi Yusof

PENANTI - Mansor yakin menang.


Calon PKR di Penanti yakin Umno akan meletakkan calonnya di kerusi DUN tersebut dalam pilihanraya kecil yang akan berlangsung hujung bulan ini.

kerusi dun penanti pulau pinang 200409Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, Mansor Othman berkata Umno malah akan memilih seorang calon yang berwibawa untuk menyukarkan laluannya.

"Bukan gaya Umno tidak bertanding, bukan budaya parti tersebut. Parti itu akan meletakkan calon walaupun ia mendakwa underdog (tidak mudah menang)," katanya.

"Umno sedang menggunakan (taktik) permainan psikologi dengan meletakkan kita (PKR) calon pilihan.

"Kita tidak boleh sambil lewa, terbawa-bawa atau tertipu dengan perang psikologi (Umno) ini. Kita mesti bersatu, berkempen bersungguh-sungguh dan menemui semua pengundi bagi memastikan kemenangan."

Ditanya peluang beliau memenangi pilihanraya kecil ini yang bermula 23 Mei ini, Mansor meletakkan "harapannya 60 peratus".

"Bukan kerana (saya) sombong atau terlalu yakin. Ia kerana Penanti berada dalam kawasan Permatang Pauh - kubu (penasihat PKR Datuk Seri) Anwar (Ibrahim).

"Beliau mempunyai sokongan kuat di kalangan pengundi Penanti," katanya lagi.

SEKAT MEDIA SIDANG DUN 7 MEI BUKTI UMNO TAKUT KEPADA KEBENARAN

Apa yang ditakuti dan disembunyikan Umno pada sidang DUN Perak pada 7 Mei ini? Sekali lagi Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Abdul Rahman Hashim menunjukkan kepada umum tentang kebebalan Umno dalam memahami erti demokrasi dan undang-undang.Hanya media pro Umno@BN sahaja yang dibenarkan membuat liputan pada sidang DUN 7 Mei ini. Manakala media alternatif seperti Harakah Daily, Suara Keadilan dan Malaysiakini ' diharamkan' daripada membuat liputan berdasarkan arahan SUK Perak.


Media pengampu dan penipu milik Umno@BN


Tindakan ini bukan sahaja mengambil alih tugas speaker Dun tetapi turut memberi gambaran bahawa Umno@BN takut dengan bayang-bayang sendiri. Jika mereka berada di pihak yang benar serta berpaksi kepada undang-undang apa yang perlu ditakutkan?

Semua ini menunjukkan bahawa Umno@BN bimbang segala tindakan jahat mereka akan terdedah pada sidang Dun nanti. Saya cukup yakin ada lagi taktik lebih jelik dan kotor bakal dilakukan oleh Umno@BN pada sidang Dun nanti. Sidang Dun 7 Mei ini bukan sahaja bakal penentu hidup atau mati Umno@BN di Perak tetapi sangat penting kepada maruah dan survival politik Dato Seri Najib Tun Razak yang mengetuai rampasan kuasa di Perak.

Dengan menghalang media alternatif membuat liputan, Umno@BN fikir mudahlah mereka membuat liputan dengan memesongkan fakta serta memanipulasi isu sebenar yang bakal berlaku. Umno@BN sebenarnya masih lagi bermimpi bahawa rakyat masih percaya dan bergantung kepada media pengampu dan penipu milik mereka. Mereka masih lagi bermimpi dan tidak mengambil pengajaran tentang kekalahan besar yang dialami dalam pilihanraya Umum ke 12 serta empat pilihanraya kecil Pasca pilihraya tentang sumbangan dan peranan media alternatif. Insyaallah kebenaran akan terbukti dan kebatilan akan hancur dan musnah.


Cubaan bunuh ADUN PKR Kuala Kurau, Pembantu Khas cedera parah

Cubaan bunuh ADUN PKR Kuala Kurau



Sebentar tadi..aku menerima panggilan telefon dari Albanjari tentang satu serangan yang dibuat terhadap ADUN Kuala Kurau, Yunus Jamsari.


Sekumpulan penyerang dalam tiga buah kereta telah menyerang kereta YB Yunus dan dilaporkan Pembantu Khas YB Yunus yang dikenali sebagai Pak Nan telah cedera parah.


Update: 11.53 malam.


Aku baru dapat menghubungi YB Yunus dan beliau memaklumkan bahawa beliau selamat dari serangan tersebut kerana belum sampai kepejabat waktu itu.


Menurut YB Yunus, serangan berlaku kira-kira jam 8.40 malam tadi dimana sekumpulan hampir 20 orang lelaki Melayu telah menyerang Pak Nan yang pada waktu itu sedang minum disebuah warung berdekatan pejabat Pusat Khidmat DUN Kuala Kurau.


Sementara itu, seorang pemimpin PKR Perak memaklumkan bahawa semua ADUN telah diminta untuk menjaga keselamatan masing-masing berikutan ancaman dan ugutan ganas yang akan dilakukan terhadap mereka menjelang 7hb Mei ini.


ADUN KUALA KURAU MEMBNERI KETERANGAN PADA SPRM

IPOH:-Satu laporan rasuah telah dilakukan oleh ADUN Kuala Kurau,YB.Yunus Jamahri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) atas usaha pimpinan BN merasuah beliau dengan wang dan jawatan.

Hadir bersama beliau ialah ADUN Pakatan Rakyat, YB. Drs.Khalil Idham Lim(Titi Serong), YB.Chan Ming Kai(Simpang Pulai), YB.Chang Lih Kang (Teja), YB.Leong Mee Meng (Jalong), YB Sum Cheok Leng (Bercham), YB. Sivasubramaniam(Buntong) dan YB. Ramli Tusin (Gunung Semanggol).

Dalam sidang akhbar sebentar tadi, ADUN Kuala Kurau mendedahkan usaha membeli beliau supaya melompat kepada BN bermula sejak minggu PR menang di Perak sehinggalah sebelum BN merampas kuasa di Perak.

Beliau juga mendedahkan tawaran yang diberikan antaranya dengan sogokan wang dari RM3juta hingga RM8 juta. Disamping dengan tawaran kompatmen balak dan jawatan Exco Perak.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .