Ikuti Blog ini

Kezaliman BN Menyamai Kerajaan Firaun - Presiden PAS

SEBERANG JAYA - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerajaan Umno-Barisan Nasional pada masa sekarang boleh disamakan dengan kerajaan Firaun yang sentiasa mengamalkan perkara bertentangan agama dan juga penyelewengan besar yang memberi kesan buruk pada rakyat.

"Jangan mereka (BN) terlalu berhasad dengki menjatuhkan orang lain dengan kekuasaan yang diberikan dan jangan juga lupa kezaliman mereka tidak akan mampu bertahan lama.

"Kerajaan BN tidak akan mampu bertahan lama lagi berikutan pelbagai kegagalan telah dibalaskan oleh Allah akibat kezaliman yang diamalkan tetapi tetap masih lagi meneruskan kejahatan tanpa batasan," kata Abdul Hadipada ceramah sambutan ulangtahun kedua Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam.

Sehubungan itu tambah beliau kerajaan Pakatan Rakyat yang kukuh dan kuat bukan terletak pada bangunan pencakar langit atau jambatan tersergam yang dibanggakan tetapi atas kepimpinan yang bersih dan telus.

Abdul Hadi Awang berkata kerajaan Pakatan Rakyat berjaya mewujudkan kerajaan berkarisma yang mempunyai ciri-ciri lengkap bukan sahaja untuk mentadbir kerajaan negeri malah kerajaan pusat kerana tidak mengamalkan kezaliman dan penyelewengan yang diharamkan Allah.

"Ikatan Pakatan Rakyat semakin teguh walaupun baru dua tahun mentadbir empat kerajaan negeri tetapi mampu membuat pelbagai perubahan tidak seperti kerajaan BN yang telah mentadbir kerajaan pusat dan negeri lebih 52 tahun tetapi masih gagal.

"Mereka(BN) hanya pentingkan pembangunan baru yang boleh memberi keuntungan kepada mereka dan tidak mementingkan pentadbiran yang telus dan bersih. Ini menyebabkan mereka sentiasa terdedah dengan pelbagai penyelewengan dan rasuah," kata Abdul Hadi.

Beliau turut menyatakan bangga dengan kemampuan Pakatan Rakyat kini yang terus maju dan progresif walaupun terpaksa mengharungi bermacam-macam serangan dan dugaan yang sengaja dicipta oleh BN sebagai aktiviti khianat mereka.

"Kita Pakatan Rakyat tidak akan takut dan gentar dengan serangan bertubi-tubi BN dan Umno tetapi akan terus merancang pelbagai dasar baru yang akan terus memberi manfaat kepada rakyat.

"Walaupun kerajaan BN boleh memerintah beratusan tahun, kerajaan BN yang penuh kezaliman dan kejahatan tidak akan direstui dan diterima Allah. Rakyat sepatutnya diberi hak sama rata dan bukannya tertumpu pada kepentingan seseorang individu," tegas beliau lagi. SK

(Video) Penang cops visit Anwar at his office




Penahanan Mazlan Aliman : Pengurus Felda Balas Dendam



Penahanan Mazlan Alimin yaang ditahan polis ketika mengadakan sesi dialog dengan peneroka semalam, dipercayai ada kaitan dengan penyerahan memorandum kepada SUHAKAM dua minggu lalu.

Demikian telahan Pengerusi PKR Temerloh, Ahmad Nizam Hamid mengenai penahanan Pengerusi Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (ANAK) itu dalam satu program di Felda Lembah Klau, Raub, Pahang.

"Kita menganggap ni macam satu balas dendam," kata Ahmad.

Pakatan Rakyat Pahang kesal dengan tindakan itu kerana mereka cuma mahu membela nasib peneroka yang tertindas, bukannya melakukan jenayah.

TV Selangor difahamkan pengurus Felda memfailkan laporan polis mendakwa pencerobohan jenayah.

"Kita kesal dengan tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan Felda dan sepatutnya tidak berlaku dan ini menghalang kebebasan untuk berkumpul dan program itu dibuat di rumah peneroka, bukan di tempat awam seperti di balai raya atau di rumah peneroka," tegas beliau. -TVS

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA 2 TAHUN PAKATAN RAKYAT KEDAH


ALOR SETAR: Seluruh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat khususnya di negeri Kedah dijemput hadir beramai-ramai ke majlis kesyukuran yang akan diadakan sempena Ekspo Sambutan 2 Tahun Pakatan Rakyat Kedah di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut pada hari Jumaat, 12 Mac esok, jam 7.00 malam.

Majlis tersebut akan dipimpin tokoh ulama, Tuan Guru Salleh Musa bermula dengan solat Maghrib berjamaah, solat hajat dan bacaan Yasin sebelum diteruskan dengan aturcara sambutan yang berlangsung selama seminggu dari 8 Mac hingga 14 Mac.

Menurut Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, selama ini telah menjadi amalan dalam PAS mengadakan munajat sebagai usaha memohon kemenangan.

Maka katanya, apabila telah diberi kemenangan, usaha seumpama perlu diteruskan tetapi sebagai menyatakan kesyukuran atas kurniaan tersebut.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar majlis seumpama menjadi intipati seluruh pendokong dan penyokong dalam meraikan nikmat kemenangan dan kejayaan dapat mentadbir dengan baik sebagai kesyukuran kepada Allah.

SPM: 2 pelajar Maahad Muhammadi dapat 15A

KOTA BAHRU, 11 Mac: Pelajar-pelajar sekolah agama di Kelantan terus mengungguli pencapaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 apabila seorang pelajar mendapat 12A+.

Pelajar terbabit, Ahmad Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhammadi Lelaki itu juga mendapat 2A dan 1A menjadikan pencapaian keseluruhan 15A.

Manakala Habibah Hanan Mat Yusof dari Maahad Muhammadi Perempuan pula mendapat 10A+ di mana jumlah keseluruhan subjek (15A).

Pencapaian bagi kedua-dua sekolah tersebut ialah 100 peratus.

Keputusan SPM bagi sekolah bagi Maahad Muhammadi Perempuan diumumkan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ahmad Robert Abdul Rahim pagi tadi.

Pengumuman di Maahad Muhammadi Lelaki dilakukan pengetuanya, Azhar Salleh petang ini.

Seramai 385 calon menduduki peperiksan SPM di Maahad Muhammadi Perempuan.

Daripada jumlah tersebut seorang mendapat 15A, 14A (1), 13A (1), 12A (9), 11A (9), 10A (13) dan 9A (22).

Di Maahad Muhammadi Lelaki, seramai 359 pelajar menduduki SPM tahun lepas, di mana keputusan keseluruhan tahun ini meningkat.

Keputusan tersebut iaitu seorang pelajar mendapat 15A, masing-masing seorang mendapat 14A dan 13A, 12A (5), 11A (10), 10A (14) dan 9A (20).

Sementara itu, Habibah Hanan (gambar) yang juga pelajar terbaik Maahad Muhammadi Perempuan mendedahkan rahsia kejayaannya dengan mengikuti kaedah yang digunakan pelajar yang telah berjaya sebelum ini.

“Biasalah kalau ingin berjaya, kita kena ikutilah jejak langkah mereka yang telah berjaya. Saya mengetahui cara belajar Kak Fatimah, Kak Madihah dan Kak Amalina belajar.

“Saya cuba mengikuti cara mereka dan kalau tidak sesuai saya akan membuat kaedah sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau mengakui, pelajar cemerlang SPM 2008 peringkat negara, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal sebagai idolanya untuk mencapai kecemerlangan.

Pelajar berasal dari Jalan Bayam, Kota Bharu merupakan anak bongsu daripada 10 beradik. Ayah dan ibunya merupakan pesara guru.

Ditanya ke mana akan melanjutkan pengajian selepas ini, beliau memberitahu akan berbincang keluarga dan guru terlebih dahulu.

“Namun saya minati Fizik, tetapi saya tidak mendapat A+. Selain itu saya juga meminati bidang kehakiman. Bagaimanapun keluarga meminta saya menyambung pengajian dalam bidang perubatan,” katanya.

Tahun lepas Nik Nur Madihah juga dari Maahad Muhammadi Perempuan muncul pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan apabila mendapat 20A.

Majlis Dailog & Ramah Mesra bersama Mahasiswa Perak di Mesir

Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain sedang memberikan ucapan kepada hampir 500 orang mahasiswa dan mahasiswi Perak yang menuntut di Universiti Al Azhar Mesir

ADUN Titi Serong,DRS. Khalil Idham Lim sedang menyampaikan ucapan.


KAHERAH : Sempena dengan lawatan rombongan badan Perhubungan PAS Perak ke Mesir, satu majlis Dailog dan Ramah Mesra bersama dengan Mahasiswa dan mahasiswi Perak yang menuntut disini telah daidakan di Rumah Perak disini malam tadi.

Rombongan yang di ketuai oleh Pesuruhjaya PAS Perak itu telah ditemukan dengan hampir sebahagian besar peljar Perak yang menuntu disini bagi menjelaskan isu-isu semasa termasuklah kemelut politik yang berlaku di Perak.

Mereka yang diberi peluang oleh pengajur untuk berucap dalam majlis tersebut selain dari Pesurujya PAS ialah Dato' Seri Muhammad Nizar jamaluddin dan Drs. Khalil Idham Lim.

Selain itu satu majlis dailog telah diadakan dan lebih dari sepuluh soalan utama telah dikemukakan dan dijawab secara panjang lebar oleh rombongan.

Persolan yang berkaitan dengan undang-undang dan perlembagaan telah diterang sejelas mungkin oleh pengarah jentera Pilihanraya PAS Perak yang juga seorang peguam, Hj. Asmuni Awi.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Presiden Persekutuan Mahasiswa Melayu Mesir(PMRAM), Abdul Muis bin Muhammad dan YDP Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM).

Disamping majlis utama tersebut, rombongan telah disajikan dengan masakan nasi ayam yang di masak oleh Mahsiswa dan peluang terbaik itu telah digunakan oleh kebanyakan mahasiswa dan mahasisiwa untuk bergambar dengan rombongan diakhir program.

Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin menyampaikan penerangan tentang kemelut politik Perak kepada yang hadir.












-cina islam

Polis Mula Siasat Anwar Di Ibu Pejabat KEADILAN

Seramai lima orang pegawai polis tiba di ibu pejabat PKR pada kira-kira jam 11.30 hari ini untuk merekodkan kenyataan daripada ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan Anwar direkodkan di sebuah bilik dengan dinding kaca, di tingkat tiga pejabat berkenaan.

Anwar ditemani oleh dua peguam Yusmadi Yusof dan Sivarasa Rasiah, serta ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tsin.

Wartawan dibenarkan untuk memerhatikan prosiding berkenaan daripada luar bilik tersebut.

Jamil Khir wajib hadir prosiding permohonan Qazaf

Mahkamah Tinggi Syariah di sini, bersetuju dengan pendapat peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mohd Rafie Shafie bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom supaya hadir prosiding permohonan qazaf oleh Ketua Pembangkang itu.

Hakim Syarie, Mohd Shukor Sabudin semalam berkata, Jamil Khir dikehendaki hadir seperti biasa sebagaimana pemohon dan responden lain bagi mendengar prosiding permohonan tersebut di mahkamahnya.

“Responden perlu hadir tanpa sebarang keuzuran,” kata Mohd Shukor.

Beliau sebelum itu mendengar permohonan Mohd Rafie terhadap perintah khusus mahkamah supaya Jamil Khir hadir pada setiap prosiding kes tersebut.

Mohd Rafie menolak alasan peguam Jamil Khir, Zainul Rijal Abu Bakar bahawa Jamil Khir selaku responden yang membuat bantahan awal terhadap permohonan qazaf Anwar tidak dapat hadir kerana menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri pagi semalam.

Menurut Zainul Rizal, permohonan Anwar itu bukanlah permohonan jenayah tetapi melibatkan Tatacara Mal Mahkamah Syariah maka alasan ketidakhadiran itu sebagai munasabah kerana responden ketiga (Jamil Khir) merupakan seorang menteri.

“Mesyuarat bukan alasan. Tidak ada undang-undang yang mengecualikan menteri hadir,” kata Mohd Rafie.

Dalam kes ini, Jamil Khir menjadi responden ketiga dinamakan Anwar dalam permohonannya untuk meneruskan pertuduhan qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana didakwa menuduhnya liwat tanpa empat saksi.

:Dua responden lain yang dinamakan Anwar ialah, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain sebagai responden pertama dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali sebagai responden kedua.

Responden pertama dan kedua tersebut hadir bagi mendengar prosiding itu, semalam.

Semalam, ditetapkan sebagai prosiding untuk mahkamah mendengar hujah kedua-dua pihak mengenai bantahan awal yang difailkan ketiga-tiga responden tersebut pada 9 Februari lalu.

Mereka membuat bantahan awal terhadap permohonan Anwar berdasarkan tiga isu iaitu mengenai bidang kuasa mahkamah syariah untuk mendengar permohonan kes tersebut, isu prosedur dan tatacara permohonan yang tidak dipatuhi mengikut Tatacara Mal 1998 serta status ke- layakan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai salah seorang peguam mewakili Anwar.

Bagaimanapun, Zulkifli disahkan menarik diri daripad:a terus mewakili Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

Cuba bezakan wajah siapa yang nampak lebih ikhlas???


Dengan menggunakan kepakaran yang ada pada anda, cuba anda nyatakan wajah mana 1 yang lebih ikhlas ..


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

TG Nik Aziz Mahu PAS Anjur Seminar Hak-hak Bukan Islam Sebelum Muktamar

Mursyidul Am PAS TG Datuk Nik Aziz Nik Mat mengesyorkan seminar menyentuh hak-hak bukan Islam dalam pemerintahan berteraskan Islam sempena Muktamar PAS pertengahan tahun ini dalam usaha memantapkan Pakatan Rakyat.

Kata beliau, melalui seminar sedemikian PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam.

“Demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam bersempena Muktamar PAS akan datang,” kata beliau dalam perutusannya sempena ulang tahun kedua Pakatan Rakyat.

Dalam pilihan raya umum ke-12 Mac 2008, Pakatan Rakyat menguasai lima negeri termasuk Kelantan yang dimenangi PAS pada 1999. Bagaimanapun Perak berpindah tangan awal tahun lalu.

Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, DAP dan PKR juga memperoleh satu pertiga kerusi di Parlimen — kali pertama dalam sejarah pilihan raya negara ini.

TG Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini beliau berharap para pemimpin dan pendukung perjuangan ikatan itu dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat.

“Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara,” katanya.

Sehubungan itu kata beliau, ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk “Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami” sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan.

“Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff tahun lalu adalah suatu titik persetujuan awal bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan.

“Sekali gus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut,” katanya.

Sebelum itu, baginda menghadapi masalah jantung dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian.

Turut menyambut keberangkatan pulang baginda Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan.

Bagaimanapun Menteri Besar tidak dapat hadir kerana sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian kerana masalah kesihatan.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .