Ikuti Blog ini

Ugut Bunuh Tok Guru, Polis Akan Siasat Budak Nii !!!



Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan At-Tantawi di Balai Polis Chow Kit selepas membaca mengenai ugutan bunuh itu di laman Facebook lelaki berkenaan, Khamis lepas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Zulkarnain Abdul Rahman ketika ditemui Bernama mengesahkan menerima laporan itu.

“Kita akan siasat dan akan menggunakan pelbagai kaedah dan cara bagi mengesan individu yang menyiarkan ugutan bunuh terbabit,” katanya.

Zulkarnain berkata kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. — Bernama

Ya itulah jawapan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Zulkarnain Abdul Rahman,kita tengoklah nanti macamana,harap2 budak warpak ni akan kena.Ini sebagai satu pengajaran kepada beliau dan ingatan kepada yang lain...

Sambutan Hari Buruh seluruh dunia

Di Indonesia

Di korea

Di Pakistan

Di Malaysia

Di Austria

Di macau


Dan lagi lagi lagi ... DI SINI

Ustaz Kazim Elias-Bulan Purnama

Ustaz Muhammad Kazim Bulan Purnama Penuh part 1

Ustaz Kazim Elias-Bulan Purnama part 2

Ustaz Kazim Elias-Bulan Purnama part 4

Karnival Aura Ungu - Nisa'


Kebelakangan ini, hiburan dan belia tidak dapat dipisahkan. Kita melihat belia telah menjadikan hiburan sebagai salah satu medan atau wadah untuk mereka mencari ketenangan dan keseronokan. Oleh itu sejajar dengan pendekatan Nisa’ Malaysia, “Connecting Youth” kita ingin mendekati golongan belia ini terutama sekali melalui konsep hiburan Islam. Hiburan di sini bukanlah bermakna hiburan semata-mata, tetapi hiburan yang berlandaskan syariat Islam.

Program ini mensasarkan pelajar universiti, pelajar sekolah, ibu bapa dan orang awam serta golongan tertentu dalam memenuhi tanggungjawab sebagai Nisa’ Malaysia untuk mendekati golongan belia supaya cintakan dan mahukan cara hidup Islam.

Demi membantu dan menjayakan pihak NISA’ Malaysia mencapai matlamat yang disasarkan, maka pihak NISA’ telah bersetuju untuk bersama-sama dengan kerajaan negeri Selangor, para pelajar, mahasiswa kampus dan masyarakat untuk menjayakan Konsert Aura Ungu 2010 (KAU `10).

Antara objektif program :

1) Memperkenalkan NISA’ sebagai gerakan dakwah kepada umum dan menjadikan hiburan sebagai salah satu wasilah dakwah bagi meraikan komuniti setempat yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat terutama golongan wanita.

2) Menjadikan hiburan Islam sebagai alternatif kepada hiburan semasa untuk golongan wanita.

3) Mengeratkan hubungan antara ahli masyarakat, pemimpin dan pihak kerajaan negeri.

4) Menjadikan NISA’ sebagai satu platform untuk para belia terlibat secara langsung dalam program-program pembangunan modal insan.

5) Menonjolkan kesyumulan Islam.

http://kau2010. webnisa.net/

Perhimpunan Aman Hari Pekerja: "Tangkap semua yang bawa banner!!!"

Hari ini 1hb Mei 2010 sempena Hari pekerja seperti biasa satu perhimpunan aman telah diadakan. Kali ini Pekerja membantah rancangan kerajaan untuk melaksanakan GST.
Cadangan awal ialah untuk berkumpul di Dataran Merdeka, namun semua laluan ke Dataran Merdeka telah ditutup. Polis berkawal di merata-rata tempat menuju ke Dataran Merdeka.
Kumpulan ini akhirnya berkumpul di hadapan bangunan yang menempatkan pejabat Bar Council. Kehadiran polis tetap ramai.




"jangan percaya cakap mereka suruh mereka bersurai atau buat dalam dewan" begitulah bunyi perbincangan pegawai polis dengan pegawainya yang lain.

Tapi tiba-tiba bunyi wisel lain pulak arahannya. "Semua diminta bersurai segera. Ini adalah perhimpunan haram, saya beri masa 5 minit untuk bersurai"

Ramai betul polis berpakaian preman bersedia menjalankan tugas mereka.


Orang ramai bergerak berjalan secara diam...
Namun Operasi Menangkap tetap bermula.

Terdengar jeritan SB..."tangkap, tangkap siapa saja yang bawa banner!!!!"
Bukan orang saja yang ditangkap, banner juga dirampas dan dibawa lari oleh SB ni...lawak betul dengan tali yang masih berjuraian....
Selamat dimasukkan di dalam truck polis dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

"Rakyat Bantah GST - Cukai yang miskinkan rakyat"


1. RAKYAT MALAYSIA BANTAH CUKAI GST. CUKAI GST MEMISKINKAN RAKYAT !
Di samping itu, tuntutan-tuntutan lain kaum pekerja ialah:

2. Kekalkan Cukai Korporat di tahap 27%. Pengurangan cukai ini akan menyebabkan pengalihan beban cukai kepada rakyat biasa melalui Cukai GST

3. Gubal Akta Gaji Minima untuk semua pekerja dan mansuhkan polisi gaji murah

4. Wujudkan Tabung Pembuangan Kerja Dengan Segera - Bantuan terus kepada pekerja yang kehilangan kerja. Kerajaan harus memperuntukkan RM 0.5 billion untuk mulakan tabung ini dan gunakannya untuk membantu mereka yang dibuang sehingga dapat kerja.

5. Cuti Bersalin 90 hari untuk pekerja wanita.

6. Menandatangani Konvensyen ILO berkenaan Pekerja Rumah dan juga instrumen antarabangsa yang berkaitan dengan perlindungan dan kebajikan pekerja.

7. Pengiktirafan Kesatuan Sekerja secara automatik dan pemansuhan undang-undang yang mendiskriminasi pekerja dan sebarang undang-undang baru bermotif memudahkan pembuangan pekerja oleh majikan.

8. Pastikan tempat kerja bebas daripada diskriminasi terhadap pekerja wanita. Gubal undang-undang Anti Gangguan Seksual.

9. Hak saksama kepada pekerja migran dan Pelarian dan perlindungan dari dianiyai oleh pihak Majikan, PDRM, RELA dan Imigresen.

10. Kementerian Kewangan harus mengadakan perbincangan dengan bank-bank untuk menangguhkan dan mengurangkan bayaran bulanan pinjaman perumahan warga pekerja berpendapatan rendah .

11. Sediakan atau Laksanakan Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli/dimiliki, lokasi strategik dan selesa untuk golongan yang berpendapatan rendah.

12. Hentikan penswastaan perkhidmatan asas seperti air dan hospital dan hentikan Skim Pembayaran Penuh Pesakit (Full Paying Patient) di hospital kerajaan dengan segera.

13. Laksanakan Polisi ekonomi yang tidak mengira kaum dan jantina tetapi berlandaskan keperluan. Menuntut suatu model pembangunan yang saksama, yang memberi kepentingan kepada rakyat setempat di mana segala rancangan pembangunan mestilah dibincang dan dipersetujui oleh semua.

14. Iktiraf Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah Rizab Orang Asli di Malaysia. Rancangan pembangunan tanah Orang Asli hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asli.

15. Mansuhkan segala undang-undang yang menindas dan mendiskriminasi para pekerja, antaranya ISA, OSA, EO, DDA, Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), Akta Pertubuhan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

16. Menuntut suatu sistem kerajaan yang benar-benar telus, bersih, kredible dan bebas dari segala bentuk rasuah, kronisme dan penyelewengan.

Ditandatangani bersama
1. Jaringan Rakyat Tertindas ( JERIT)
2. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
3. Persatuan Sahabat Wanita
4. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
5. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
6. Alaigal
7. Community Development Centre ( CDC)
8. Civil Society Committee of LLG Cultural Development Centre
9. Persatuan Penduduk Taman Muhibbah
10. Penggerak Belia Zon 23 MPSJ
11. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall Youth Section
12. Positive Malaysian Treatment Access & Advocacy Group (MTAAG+).
13. Lawyers for Liberty
14. PERSAHABATAN SEMPARUTHI, JOHOR
15. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
16. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor ( Empower)
17. Centre for Orang Asli Concern ( COAC)
18. Pusat Komas
19. PERSATUAN MASYARAKAT SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (PERMAS)
20. Centre for Independent Journalism (CIJ)
21. Migrant Care
22. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
23. Health Equity Initiatives (HEI)
24. Women Aid Organisation (WAO)
25. Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN)
26.Student Progressive Front Universiti Utara Malaysia (SPFUUM)
27.Student Progressive Front Universiti Sains Malaysia (SPFUSM)
28.Student Progressive Front New Era Collage (SPFNEC)
29.Gerakan Maju Mahaisswa Universiti Putra Malaysia (GMMUPM)
30.Persatuan Bahasa Tionghua Universiti Sains Malaysia (PBTUSM)
31.Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)
32.Student Reserved Unit (S.E.R.U)
33. Bahagian Pemuda Persatuan Murid-murid Tua Sek. Serdang Bharu
34. All Women's Action Society (AWAM)
35. People Service Organisation (PSO)
36. Malaysian Trade Union Congress (MTUC)
37. Sisters In Islam (SIS)
38. Kesatuan Gupply Plastic
39. Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
40. Food Not Bombs (FNB)
41 Gabungan Mahasiswa Islam Se- Malaysia(GAMIS)
42. Persatuan Untuk Belia Baru Universiti Malaya (UMANY)
43. SUARAM
44. Monitoring Sustainability of Globalisation (MSN)
45. Community Action Network

Bagaimana kalau Umno yang bagi RM4 juta - Husam

KOTA BHARU, 1 Mei: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa memberikan andaian, duit RM4 juta yang dinyatakan diterima oleh seorang blogger, Kickdefella adalah datang dari Umno untuk menjatuh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau juga berkata, wang itu masih ada RM4 juta lagi untuk dibelanjakan untuk jatuhkan PM yang ada sekarang (Datuk Seri Najib Razak) yang juga ditaja oleh orang Umno yang tidak puas hati kerana Pak Lah dijatuhkan.

Husam, ahli politik yang menjadi pusat tumpuan dalam isu ini berkata demikian dalam tulisannya melalui blog beliau, cetusan-hati.blogspot.com.

"Apa kata kalau saya kata empat juta itu memang ada dan empat juta itu ditaja oleh kumpulan Umno tertentu? Mereka nak jatuhkan Pak Lah kerana mereka sama tak suka.

"Untuk jatuhkan PM sekarang pun dah ada empat juta lagi yang juga ditaja oleh orang Umno yang tak puas hati Pak Lah dijatuhkan.

"Lepas saya kata, nak tahu betul tak betul kena siasat tapi yang penting saya dah kata. Nasib elok keluar muka depan Utusan esok lusa, tenggelam cerita telaga minyak berharga tak kurang RM 340 billion yang hilang, gara-gara empat juta!" tulis Husam dalam blognya.

Husam tidak menamakan mana-mana pemimpin Umno tetapi beliau turut mengaitkan serangan Tun Dr Mahathir terhadap Tun Abdullah dalam tulisannya.

Husam dikaitkan dengan penulis blog, Syed Azidi atau nama penanya Kickdefella yang membuat pelbagai jenis tulisan terhadap kerajaan negeri Kelantan. Khamis lepas, akhbar Umno, Utusan Malaysia menjadikan tulisan beliau laporan muka depan akhbar itu.

Tulisan itu mendakwa, beliau diamanahkan wang sebanyak RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri, Pak Lah.

Ini adalah tulisan pertama Husam mengulas tulisan Kickdefella selepas sekian lama menyepi dari mengulasnya. Kickdefella yang dikaitkan dengan Husam dipecat dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ekoran pertelagahan beliau dengan CEOnya, Ariffahmi, yang juga menantu Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.

Ulasan Husam yang berkata RM4 juta itu dari orang Umno serentak dengan tulisan Tun Dr Mahathir dalam blognya yang mempertikaikan tindakan kerajaan di bawah Tun Abdullah yang menyerahkan dua telaga minyak bernilai RM340 bilion kepada Brunei. Ia dibuat untuk memujuk Brunei melepaskan tuntutannya ke atas Limbang.

Serangan yang dibuat oleh Mahathir terhadap Abdullah bukan sekarang tetapi sejak beliau menjadi PM lagi sehinggalah beliau jatuh.

Dalam tulisan kali ini juga Husam menulis, betapa mudahnya untuk menjatuhkan seorang PM jika hanya memerlukan RM4 juta sahaja untuk berbuat demikian sebagaimana yang didakwa Kickdefella, beliau diamanahkan RM4 juta untuk jatuhkan Pak Lah dan terbukti lepas itu Pak Lah jatuh dan digantikan denga Najib.

"Kalau ada seorang blogger yang hebat dan kita ada RM4 juta, kita sudah boleh jatuhkan seorang PM - nampaknya kerja menjatuhkan PM tidaklah begitu sukar.

"Setengah orang mungkin kata 4 juta terlalu mahal dan setengah pula akan kata, kalau 4 juta PM boleh jatuh, ia cukup murah," tulis Husam dalam memulakan tulisannya ini.

Beliau berkata, ada orang berkata RM4 juta itu mahal dan ada pula berkata, RM4 juta untuk menjatuhkan seorang PM itu murah.

"PM macam Pak Lah, adakah perlu lagi belanja sebesar empat juta untuk burukkan dia? Rasanya tak payah. Imej buruknya jadi sendiri atas kelemahan kepimpinannya.

"Ada sesetengah blogger buat kerja itu percuma saja. Gambar Pak Lah terlentok tertidur dan segala macam kelemahan dia dah ada dalam beratus blog sejak lama. Ada blogger yang meng-kartunkan karakter Pak Lah dalam blog-blog mereka. Sejuta pun tak payah, usahkan empat juta, kerana rasanya blogger-blogger itu semua buat kerja itu sebagai tindakan spontan mereka saja atas kelemahan Pak Lah yang begitu ketara.

"Seorang petugas tegar Umno seperti Sang Kelembai melanyak Pak Lah dalam blognya lama sebelum adanya cerita orang tertentu dapat empat juta untuk burukkan sesiapa.

"Kalau ada orang habiskan wang empat juta nak burukkan lagi Pak Lah yang dah pun buruk, rugi sakan lah rasanya orang itu," tulis Husam.

Beliau juga memberikan hint dalam tulisannya dengan mengaitkan serangan Mahathir terhadap Pak Lah.

"Sehari dua ini,Tun M masih membantai Pak Lah atas tergadainya medan minyak kita di Sarawak kepada Brunei. Bekal Tun M tak sampai sepuluh duit pun. Dia hanya petik laporan The Edge dan Brunei Times online saja. Bukan susah nak burukkan Pak Lah hatta dia dah tak jadi PM tapi tinggalan-tinggalan keputusannya yang merugikan negara terbongkar satu lepas satu.

"Kalau nak jatuhkan Pak Lah sampai berbelanja empat juta, rasanya terlebih bayar.

"Kalau boleh jatuhkan PM sekarang dengan belanja empat juta, rasanya itu tak mahal dan mana-mana pihak boleh mencuba nasib mereka. Ini kira bagus dan murah.

"Jadi saya tak tau tulisan blogger yang dibesarkan oleh Utusan itu boleh untungkan sapa?" tulis Husam.

Menurut beliau, Umno Kelantan ada ulas, bagaimana besarnya belanja yang digunakan untuk tewaskan Umno Kelantan. Empat juta.

"Kalau dengan empat juta rancangan Datuk Mustapha tawan Kelantan boleh dikuburkan dan itu dianggap mahal, saya tak tau nak kata. Untuk menang Hulu Selangor saja Umno belanja entah berapa ratusan juta. Tapi untuk tewaskan Umno satu negeri, belanja empat juta dah cukup kira jimat dan hebat.

"Rupanya tak susah sangat nak tewaskan Umno Kelantan dan kalau dengan empat juta Umno satu-satu negeri boleh ditewaskan, mana yang berminat boleh buka tabung untuk cukupkan empat juta satu negeri cuba tewaskan baki Umno seluruh Malaysia. Rasanya Umno akan kecut," tulis beliau lagi.

Bagi beliau, cerita yang dibuat akhbar Umno itu umpama cerita kek dan gandum. Gandumnya hanya sedikit tetapi selepas dimasukkan serbuk penaik ia meenjadi besar dan indah dilihat.

"Kadang-kadang kita boleh jadi tukang kek. Gandumnya tak sampai secawan tapi kalau kena campur dengan serbuk penaik, sebiji kek yang besar boleh kita buat. Campur pula majerin sama telur. Tengok kemahiran kita. Asalnya gandum secawan saja," tulis beliau.

Kickdefella (gambar) dalam tulisan terbarunya telah mengulas tulisan Husam ini dengan bertanya, "Adakah penulis cuba memberitahu bahawa RM4 juta itu adalah untuk membeli gandum, serbuk penaik, majerin dan telor? Kalau benar bererti penulis tahulah pasal RM4 juta itu. Adakah penulis tahu dari mana RM4 juta itu datang? Terserahlah kepada beliau untuk menjawabnya.

"Saya berhasrat untuk menulis berhubung dengan sumber datangnya separuh dari jumlah duit itu dengan tujuan memberi ruang pernafasan kepada penulis, terutama setelah saya dipanggil oleh SPRM, tetapi nampaknya penulis telah terlebih dahulu tercerut saraf lawannya dalam kancah politik Kelantan."

Husam dalam tulisannya juga juga mengulas, setahu beliau, gerak saraf tak burukkan orang. Itu perang saraf. "Gerak saraf ajak orang sokong kita atas kebaikan kita," katanya. Di sinilah, beliau mendakwa, Umno yang bayar RM4 juta itu dengan kenyataan:

"Apa kata kalau saya kata empat juta itu memang ada dan empat juta itu ditaja oleh kumpulan Umno tertentu? Mereka nak jatuhkan Pak Lah kerana mereka sama tak suka.

"Untuk jatuhkan PM sekarang pun dah ada empat juta lagi yang juga ditaja oleh orang Umno yang tak puas hati Pak Lah dijatuhkan.

"Lepas saya kata, nak tahu betul tak betul kena siasat tapi yang penting saya dah kata. Nasib elok keluar muka depan Utusan esok lusa, tenggelam cerita telaga minyak berharga tak kurang RM 340 billion yang hilang, gara-gara empat juta!" tulisnya.

Bagi beliau, cerita RM4 juta ini bertujuan untuk menutup kehilangan wang dari penyerahan dua telaga minya kepada Brunei itu.

"Empat juta kalahkan 340 billion..... Ini pun mungkin masuk dalam kategori saraf juga, samada gerak atau perang atau saraf mana satu, saya tak berapa tau kerana cabang saraf ada bermacam-macam...

"Maknanya, nak kata tak lah payah. Lepas itu kita minta lah mana badan yang patut siasat, menyiasat," katanya lagi.-Hrkh

Pyanhabib tulis sajak untuk PM 1Malaysia

Nota kecil kepada perdana menteri

AMINULRASHID

`AMIN punye album' - si kecil aminulrashid


TUAN perdana menteri,
senakal manapun anak remaja ini
sedegil manapun anak remaja ini
dia harus dilindungi
tuhan melindunginya
perlembagaan melindunginya
tetapi, aminulrashid sudah mati!

tuan perdana menteri,
saya sangat berbesar hati
dan menadah doa ke langit tinggi
jika tuan tidak mempercayai
laporan-laporan akhbar
dan berita-berita tv!

tuan perdana menteri,
aminulrashid adalah cucu saudara
kepada emak mentua saya.

sekian.

Polis diminta siasat ugutan bunuh TG Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 1 Mei: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menggesa pihak polis menyiasat ugutan bunuh terhadap Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh seorang pemilik akaun Facebook, Mohd Safuan Hilmi.

Nasrudin yang membaca kenyataan berbaur ugutan itu pada 30 April 2010 meminta supaya kes tersebut ditangani secara berkesan bagi mengelakkan budaya mengugut yang mengancam keselamatan orang lain berleluasa.

"Saya juga meminta supaya pergerakan Pemuda Umno menafikan bahawa Mohd Safuan ini adalah ahli mereka," kata beliau merujuk pendirian politik Mohd Safuan di dalam profil Facebooknya.

Dalam profil tersebut juga turut menyatakan bahawa Safuan bekerja di Syarikat Prasarana Berhad.

Nasrudin turut menyatakan bahawa Facebook Safuan Hilmi telah di tutup selepas perkara itu menjadi perbincangan orang ramai di laman web sosial tersebut.

"Perkara ini jelas bertentangan dengan norma masyarakat dan adat ketimuran orang Melayu.

"Saya juga menyeru kepada semua pihak supaya mengamalkan politik sihat dan mengelakkan budaya ugut dan kekerasan antara sesama kita," tambahnya yang membuat laporan di Balai Polis Chot Kit, di sini tengah hari tadi.

Turut hadir bersama ialah timbalannya, Azman Shapawi Abdul Rani dan Kamaruzaman Mohamad.

Sementara itu, Nasrudin dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perkara itu di Balai Polis Dang Wangi pada jam 3.00 petang ini.-Hrkh

Tuduhan Rasuah Agenda BN Jatuhkan Kerajaan PR Di Perak

Barisan Nasional (BN) didakwa mempunyai agenda terselindung untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di Perak dengan mensabitkan 16 pertuduhan rasuah ke atas ahli Exco Dewan Undangan Negeri (ADUN), Changkat Jering Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi.

Ironinya dua bekas exco serta tiga individu lain yang terlibat dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh 23 April lalu tanpa dipanggil bagi membela diri.

Pembebasan mereka jelas ekoran pendakwaan gagal membuktikan kes ‘prima facie’ dan mahkamah mengarahkan mereka dibebaskan serta merta.

Menurut Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Khoo Ham, peguam bela Abdul Roni Rahman yang mewakili kedua-dua exco terbabit mengaku bahawa BN mempunyai agenda tertentu untuk mensabitkan anak guamnya.

"Mengikut kenyataan peguam bela, Abdul Roni beliau mendedahkan kenyataan anak guamnya (Osman Jailu dan Jamaluddin) mengakui bahawa BN mempunyai agenda tertentu untuk mengenakan mereka.

"Sedangkan pertuduhan dikenakan ke atas mereka tidak berasas sama sekali," kata Ngeh yang juga Adun Sitiawan ketika dihubungi Free Malaysia Today, hari ini.

Ngeh mendakwa pertuduhan rasuah terhadap mereka berdua hanya bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak semata-mata.

Strategi jatuhkan Pakatan

Beliau berkata, "saya bersetuju dengan Abdul Roni, BN cuba merangka strategi untuk jatuhkan Pakatan dengan dakwaan ke atas bekas exco terbabit.

"Malah menyalah gunakan kuasa dengan menggunakan institusi mahkamah dan kehakiman dengan membuat pertuduhan yang tiada asas. Mereka melakukan sedemikian hanya untuk menjatuhkan Pakatan," kata beliau lagi.

Ngeh berkata tuduhan ke atas bekas exco terbabit berunsurkan ‘tuduhan politik’ kerana tiada asas pendakwaan untuk disabitkan.

Maka beliau menggesa agar Peguam Negara lebih meneliti ‘asas pertuduhan’ agar tidak mengheret individu yang tidak bersalah dalam hal tersebut.

"Pada hemat saya, jika mereka bersalah atas tuduhan rasuah itu, maka perlu bukti kukuh untuk sabitkan mereka. Semua asas pertuduhan perlu dibuktikan," jelas Ngeh.

"Maka sebagai Peguam Negara beliau perlu meneliti asas pertuduhan. Jika ada asas maka boleh melakukan pendakwaan di mahkamah.

Namun dalam kes ini katanya, tiada asas pertuduhan tetapi lebih kepada ‘tuduhan politik’ semata-mata.

"Situasi ini amat bahaya kerana individu yang dituduh didakwa di mahkamah sedangkan mereka tidak bersalah," katanya. -FMT / GB

Jika Trend 75 Peratus Pengundi Cina Sokong PR, Malaysia Menjadi Milik PR Dalam PRU 13

Inilah yang ditakuti oleh BN sekarang. Pengundi Cina secara solid telah mengundi Pakatan Rakyat dalam PRK Hulu Selangor. BN hanya mampu meraih sokongan 28% daripada pengundi Cina yang mengundi di Hulu Selangor tempoh hari, berbanding 37% pada PRU-12. Bahkan di kawasan majoriti Cina,pengundi golongan muda tidak berpihak kepada BN, malah lebih merosot. Contohnya, di Kg. Baharu Kalumpang, PKR mendapat penambahan undi sebanyak 130 undi berbanding PRU-12, manakala di Kg Baru Rasa pula sebanyak 241 undi.

Ini menggambarkan satu kemerosotan dalam tahap sokongan golongan muda kaum Cina terhadap BN – mungkin lebih ketara dari pengundi Cina yang lebih berumur. Juga mengikut keputusan itu juga, PR telah mencatatkan peningkatan kelebihan undi membabitkan kawasan Dewan Undangan (DUN) Kuala Kubu Baru, yang majoriti pengundi merupakan masyarakat Cina. Peningkatan ketara undi itu dikatakan telah menghalang Barisan Nasional (BN) daripada memperoleh majoriti lebih besar. Dua tahun lalu calon Pakatan Rakyat, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad hanya mencatatkan majoriti lebih 344 undi dari bahagian itu. PAllahyarham Zainal memperoleh 6,146 undi berbanding Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel yang menerima 5,802 undi di DUN terbabit.

Kuala Kubu Baru merupakan salah satu daripada tiga kerusi DUN yang terdapat dalam bahagian Parlimen Hulu Selangor. Di DUN Kuala Kubu Baru, 45.1 peratus daripada 18,040 pengundi adalah kaum Cina dan diikuti oleh Melayu 30 peratus, India (22 peratus) dan Orang Asli pula 1.7 peratus.

Antara daerah mengundi yang memihak kepada Pakatan Rakyat ialah Kampung Baru Cina, bandar Kuala Kubu Baru sendiri, Kampung Baru Rasa, pekan Rasa, Kampung Baru Batang Kali, Ladang Kerling dan Hulu Yam Lama.

Peratusan undi kaum Cina di Hulu Selangor kepada BN dikatakan kurang daripada 30 peratus, lebih kecil berbanding prestasi tahun 2008. Dan inilah yang menakutkan BN kerana jika pola ini berterusan, tak mustahil banyak kerusi Parlimen yang mempunyai pengundi Cina lebih daripada 50 peratus, akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat..Jadi kepada Pakatan Rakyat, gunakan ruang ini dengan sebaiknya dan jangan biarkan Najib monggol gunakannya strategi untuk menarik kembali sokongan pengundi Cina. Analisis kali ini akan melihat beberapa kerusi Parlimen yang boleh jatuh ke tangan pembangkang..Ia hanyalah angka..tapi butiran detail, akan saya tulis pada posting yang lain..InsyaALLAH.

Kerusi Parlimen Yang Akan Jatuh Ke Tangan Pembangkang mengikut negeri :

1. Perak : 5 Kerusi

2. Johor : 9 Kerusi

3. Sabah : 4 Kerusi

4. Sarawak : 6 Kerusi

5. Melaka : 1 Kerusi

6. Pahang : 3 Kerusi

7. Selangor : 2 Kerusi

JUMLAH : 30 Kerusi

Kerusi DUN yang diramalkan akan mengalami swing pengundi Cina

1. Perak : 7 Kerusi

2. Johor : 19 Kerusi (Boleh nafikan 2/3 BN) (PR dapat 25 DUN Manakala BN dapat 31 Dun)

3. Melaka : 4 Kerusi

4. Sabah : 11 Kerusi

5. Pahang : 10 Kerusi

6. Selangor : 4 Kerusi

7. Kedah : 3 Kerusi (Boleh menstabilkan kerajaan PR di Kedah)

8. Negeri 9 : 1 Kerusi

9. Pulau Pinang : 5 Kerusi

Perkiraan ini berdasarkan analisis pola pengundian bagi kaum dan juga majoriti pada pilihanraya umum yang lepas. Sampel yang terbaik ialah bagi Parlimen Limbang, Sarawak

P221 LIMBANG (KAWASAN BARU)

Jumlah Pengundi: 20,315 Peratusan Kaum: M: 37% C: 23% I: % B/Sab: % B/Swk: 39% L: %

1. Hasbi Habibollah (BN) (6,427) 2. Dr. Lau Liak Koi (PKR) (5,751)

Majoriti: 676 Jumlah undi: 12,291 Peratus mengundi: 60.5% Undi rosak: 113

Jadi jika berdasarkan pola pengundi Cina seramai 23 peratus dan juga majority hanya 676 undi sahaja, tak mustahil kerusi ini jatuh ke tangan pakatan rakyat kelak. Juga sampel bagi Parlimen Bukit Katil, Melaka :

P137 BUKIT KATIL

Jumlah Pengundi: 75,777 Peratusan Kaum: M:53.16% C:40.99% I:5.52% L:0.33%

1. Datuk Md. Sirat Abu (BN) (30,975) 2. Khalid Jaafar (PKR) (29,217)

Majoriti: 1,758 Jumlah undi: 61,365 Peratus mengundi: 80.98% Undi rosak: 1,173

Penyandang: Prof. Datuk Dr. Mohd. Ruddin Ab. Ghani (BN) (Majoriti: 27,252 undi)

Pada PRU 2008, BN hanya menang dengan majoriti 1,758 sahaja sedangkan 2004 menang besar dengan 27,252 undi. Dengan peratusan pengundi Cina seramai 40.99 peratus, sudah pasti kerusi ini bertukar tangan ke pakatan rakyat jika pengundian di Hulu Selangor diambil kira.

Jadi kesimpulannya ialah jika mana-mana kawasan Parlimen dan DUN yang mempunyai pengundi Cina seramai 35 peratus ke atas, maka ia sangat genting buat BN dan tak mustahil nanti, banyak kerusi akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Dan mengikut analisis saya, jika PRU ke 13 akan berlangsung dalam masa terdekat, sudah pasti Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya. Perkiraan saya ialah :

1. PAS : 23

2. DAP : 28

3. PKR : 26

4. Bebas (Lepas dicampur dengan katak yang akan tewas pada PRU akan datang) : 7 Kerusi

5. Kerusi Parlimen Baru Yang Dijangka Menang Mengikut Pola Pengundia Kaum Cina : 30 Kerusi

6. Kerusi Parlimen yang dijangka menang bergantung pada Pengundi Melayu : 1 Kerusi (Arau)

P3 ARAU

Jumlah Pengundi: 39,877 Peratusan Kaum: M:86.72% C:8.80% I: 1.58% L: 2.92%

1. Datuk Ismail Kassim (BN) (16,451) 2. Datuk Dr. Harun Din (Pas) (16,151)

Majoriti: 300 Jumlah undi: 33,188 Peratus mengundi: 83.23% Undi rosak: 586

Penyandang: Datuk Seri Syed Radzlan Syed Putra Jamalullail (Majoriti: 3,243 undi)

Jumlah semuanya ialah PAS, PKR, DAP, Bebas, Parlimen Baru : 29 kerusi, Arau (23+28+26+7+29+1)..cubalah kira…

Jawapannya adalah Pakatan Rakyat akan dapat menawan Malaysia kerana bilangan Ahli Parlimen bagi mereka adalah berjumlah : 114 kerusi. Parlimen Malaysia adalah berjumlah 222. Nak tubuh kerajaan kena ada bilangan 111 ahli Parlimen dan jika ini diramal pada PRU 13, maka Pakatan rakyat mempunyai 114 ahli Parlimen, lebih 6 kerusi ahli Parlimen daripada BN.

Inilah analisis saya, jika ia benar, maka sudah tentu kita akan bersyukur kerana dapat menumbangkan kerajaan yang zalim. Juga tentu SPR dan BN jenuh memikir apakah cara nak dapat tarik balik sokongan Cina..nah UMNO,rasakanlah betapa peritnya anda memikirkan perkara ini. Tentu APCO Israel Laknaktullah sedang memikirkan apakah cara untuk kembalikan sokongan undi kepada bosnya..si Najib Zionis…

Kerajaan Selangor hulur bantuan guaman pada Azlan

KLANG, 1 Mei: Mangsa tembakan rambang polis pada 16 April 2009, Shahril Azlan Ahmad Kamil mendapat berita gembira bila mana Kerajaan Selangor bersetuju menghulurkan bantuan guaman terhadap isu dirinya.

Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri kelmarin itu disampaikan sendiri oleh Exco Kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali kepada Shahril Azlan yang menemui beliau di Pejabat Dun Selat Klang, dekat sini petang semalam.

(Gambar: Azlan menceritakan detik cemas beliau terkena tembakan rambang polis pada 16 April tahun lalu kepada Dr Halimah.)

Dr Halimah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri berkata, kerajaan negeri memandang berat kejadian yang berlaku kepada Azlan yang mengakibatkan kecederaan teruk.

“Kerajaan negeri memandang berat dengan apa yang berlaku tentang tembakan rambang ini termasuk yang menimpa pelajar Aminulrasyid Amzah, 15, yang meninggal akibat ditembak polis minggu lepas dan Shahril Azlan setahun lalu.

“Bantuan ini meliputi penyiasatan di mana silapnya dan kesan kejadian yang menurut laporan doktor menyatakan berlaku pendarahan besar dalam dada kiri dan terdapat peluru di tulang 8 dan seterusnya membawa isu ini ke peringkat Parlimen Malaysia,” tegas Dr Halimah.

Lebih lanjut, beliau meminta pihak polis mengkaji semula tahap kebolehgunaan senjata oleh pelatih polis yang muda dan baru tamat latihan kerana difahamkan dalam dua kejadian tersebut melibatkan anggota usia muda.

Ekoran kejadian malang yang menimpa Azlan menyebabkan paru-parunya bocor di mana sebutir peluru masih berada di tulang belakangnya, beliau sehingga kini masih dirundung trauma, sukar tidur malam, tidak boleh bernafas secara normal.

Selain itu, beliau juga sering batuk-batuk dan tidak boleh memandu jauh serta perlu mendapatkan rawatan susulan dan bekalan urat saraf dan tahan sakit.

Shahril Azlan, 25, ditembak di bahu kiri sehingga tembus ke paru-paru dan menerobos ke tulang belakang ketika berhenti 100 meter sebelum sekatan jalan raya yang diadakan di simpang Seksyen 7, Shah Alam kerana keretanya tidak mempunyai cukai jalan.

Tiba-tiba, katanya, datang tiga anggota polis berpakaian biasa dengan memegang kayu tanpa sebarang komunikasi jelas terus menembak badannya dan lebih malang, beliau dibiarkan sekitar dua jam di situ sementara ambulans datang.

Baru-baru ini, selepas mendapat berita tentang kematian pelajar Aminulrasyid yang mengalami peristiwa serupa seperti dirinya, Azlan terus menghubungi suami Dr Halimah, Dr Ahmad yang pernah melihat sejarah kejadian itu sebelum ini.

Beliau berkata, dengan perkembangan ini, jiwanya semakin bertambah kuat untuk ketengahkan kejadian yang menimpa dirinya setelah setahun berlalu tanpa sebarang pembelaan dari mana-mana pihak.

“Saya selama ini terasa lemah untuk ‘berlawan’ kerana siapa kita untuk memfailkan saman dan seumpamanya kepada pihak berkaitan termasuk mengalami masalah kewangan, jadi dengan kesudian kerajaan negeri ini, saya sangat bersyukur.

“Ucapan penghargaan setingginya dari saya dan keluarga kepada Kerajaan Selangor, kepada Exco dan semua yang mengambil berat termasuk kawan-kawan terhadap kejadian yang berlaku ke atas saya ini,” tegasnya.-Hrkh

http://buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1797:ibarat-melukut-di-tepi-gantang-mca-harus-keluar-bn&catid=35:dalam-negeri&It

http://buletinonline.net/images/stories/berita25/Kijal&PKRCeramah%20075.jpgKUALA NERUS - Sekiranya pemimpin MCA merasakan diri mereka masih bermaruah, mereka harus membuat keputusan keluar daripada Barisan Nasional (BN).

”Kenyataan-kenyataan pemimpin Umno telah menunjukkan 'jalan keluar' kepada MCA. Sebagai seorang yang berketurunan Cina, saya juga rasa malu kerana kini pemimpin MCA solah-olah seperti pepatah Melayu 'hidung tak mancung, pipi di sorong-sorong'”kata Ng Chai Hing, Pengerusi DAP Kuala Terengganu

Menurutnya, bukan sahaja yang terbaru, kenyataan dari Umno Bahagian Paya Besar yang meminta MCA keluar dari BN, malah telah banyak sebelum ini.

Beliau yang ditemui selepas menyampaikan ceramah bersama Dr. BadrulAmin disini semalam berkata, MCA tidak diperlukan oleh gabungan BN yang diketuai oleh Umno yang angkuh.

Oleh itu, pada masa yang sama, beliau persoalkan, takkan pemimpin MCA memerlukan Umno sedangkan MCA kini umpama 'melukut di tepi gantang'.

”Saya percaya MCA akan lebih berperanan membentuk bangsa Malaysia kearah yang lebih baik sekiranya keluar dari gabungan BN,

”lupakan dahulu kuasa dan harta yang ada, tidak guna sekiranya beberapa orang dikalangan pimpinan MCA yang mahu mengekalkan kuasa dan harta,

“lalu sanggup 'dimalukan' dan terus duduk menagih simpati dari pemimpin Umno,”tegas Ng Chai Hing

”Sedang sepatutnya, pemimpin MCA yang berkebolehan dan kerkemampuan boleh bersama-sama rakyat samada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain,

”bersama-sama Pakatan Rakyat, dalam membentuk satu negara yang lebih menjamin masa depan anak cucu kita,”tambahnya. -BO

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .