Ikuti Blog ini

Akhlak Sultan Terhebat Dewasa Ini

 

Sulatn kelantan Ziarah rakyatnya di Hospital..Nukilan Abu Luqman





Allah Hu AKhbar..aku sendiri pun tak mampu untuk sembeleh Lembu..ayam je yang boleh
Inilah nikmatnya menjadi rakyat Kelantan. Mempunyai seorang sultan yang menitikberatkan soal kebajikan rakyatnya. Amat beserdahana, itulah yang dituntut oleh Islam..Semoga Allah pelihara akhlaknya dan mendapat Sultanah solehah..amin.. Nukilan Abu Luqman

Identiti Lengkap Pembaling Cat Bas Jelajah Merdeka Rakyat Di Dedahkan



Inilah wajah antara pembaling cat bas Jelajah Merdeka Rakyat yang di kenal pasti. Kawad cam untuk mengenalpasti samseng Umno telah dilakukan di IPD Jasin semalam.

Antara yang dipanggil oleh mengenal pasti samseng-samseng Umno ini ialah wartawan, jurugambar Suara Keadilan serta kakitangan pejabat Keadilan.
Jikalau mengikut bukti, ramai lagi yang terlibat dalam serangan tersebut. Di katakan seramai 30 orang yang terlibat termasuklah Penghulu Mukim, Pengerusi JKKK dan AJK Umno Jasin. (baca sini.)

Dikatakan samseng Umno nih  menetap di Batu Gajah Pasir, Merlimau. Berikut biodata penuh samseng Umno nih :-
Nama : Sharidan bin Shaharan

Umur : 29 tahun

Tarikh lahir : 25 Mei 1983

No. Kad Pengenalan : 830525-04-5395

Alamat : JA 5819, Jalan Salim, Batu Gajah Pasir, 77300 Merlimau, Melaka.


Mengikut sumber blog nih, mamat ni adalah pengendali blog Jiwa Paradox. Blogger pro Umno nih dikatakan sering melemparkan fitnah ke atas Pakatan Rakyat  melalui tulisannya.

Jadi tidak hairanlah, jikalau mamat nih boleh bertindak ekstrem sebegini. Jikalau inilah produk modal insan yang dihasilkan oleh Umno untuk diangkat sebagai pemimpin.. jahanam negara!!


Addin

PAS hadapi budaya samseng sejak 1960-an


PETALING JAYA: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu parti itu sudah lama menghadapi budaya samseng sejak dari tahun 1960-an lagi.

Katanya, tindakan yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) hampir sama dengan apa yang parti Perikatan lakukan sebelum ini.

"Pada tahun 1969, mereka (Perikatan) telah tubuh pemuda tahan lasak yang akan membuat apa-apa sahaja tindakan sehinggakan parti pembangkang menghadapi kesukaran untuk meneruskan penerangan kepada rakyat.

"Mereka bukan sahaja membuat kacau tetapi sanggup meletakkan pokok kayu di tengah-tengah jalan bagi menghalang pergerakan parti pembangkang," ujarnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini. Mustafa juga menyatakan walaupun keganasan itu ditujukan kepada Ketua Pembangkang dan juga PKR, namun ia juga dianggap ancaman kepada Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata keganasan yang berlaku terus berulang setiap kali adanya program Pakatan Rakyat terutamanya PKR.

Namun, katanya walaupun tindakan tersebut sentiasa berlaku dan berulang sehingga kini belum ada kenyataan dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengutuk tindakan tersebut.

"Kita mempunyai maklumat dan bukti yang menyatakan bukan sekadar penglibatan Perkasa malah turut melibatkan Umno," katanya selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat.

Malah, katanya keganasan yang berlaku di Lembah Pantai seolah-olah ia mendapat restu daripada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Menurut beliau lagi, sehingga sekarang tidak ada langsung tindakan diambil oleh pihak polis berhubung insiden tersebut.

"Adakah ini menjadi budaya mereka dan jika tidak saya berharap pihak polis dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih tegas dan adil.

"Malah kenyataan terbaru ada yang memberi amaran kepada saya dari turun ke Johor untuk meneruskan program jelajah merdeka rakyat," sambung Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut berharap Najib dan juga Hishammuddin dapat tampil mengutuk keganasan yang telah berlaku di Kota Bharu, Alor Setar, Lembah Pantai dan Melaka.

Beliau juga minta Perdana Menteri perlu berlaku adil dengan semua pihak dan jangan hanya menyebelahi pihak yang menyokong beliau sahaja. -Hrkh

Sekeping Gambar Lucu Berbicara


Polis Ada Dalam Kumpulan Samseng Serang Bas Merdeka Rakyat


KUALA LUMPUR 12 September: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa polis menjelaskan kehadiran anggota mereka berpakaian preman bersama samseng Umno dalam kejadian serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka Sabtu lalu.
Ia berikutan penahanan serta merta ke atas Penolong Ketua Pengawal Peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa insiden melempar cat merah oleh samseng Umno.Ketika berhadapan serangan samseng, Harizal Zahid ditahan oleh beberapa individu yang berada dalam kumpulan itu.“Ia menunjukkan polis berpakaian biasa sememangnya berada dalam kumpulan (samseng) sejak awal lagi,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin petang semalam.
Pengerusi KEADILAN Melaka itu mengiringi Harizal memberi keterangan tambahan di balai tersebut.Kata Shamsul, polis seolah-olah tahu lebih awal tentang rancangan serangan ke atas bas jelajah itu.“Perkara cukup dikesali…Jika polis mengenakan uniform, (samseng) tentu tidak akan bertindak ganas,” katanya.Beliau yang juga peguam memaklumkan kes ini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas tuduhan ugutan jenayah.
"Saya juga berharap polis akan buat siasatan secara adil dan jangan tunduk kepada arahan pihak-pihak tertentu yang cuba campur tangan,” katanya.Semalam, seorang samseng Umno berjaya dikenalpasti oleh peserta jelajah semasa kawad cam dibuat di IPD yang sama.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menggesa suspek kes simbah cat kepada bas Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka agar segera menyerah diri untuk membantu siasatan.Menurutnya, polis sudah berjaya mengenalpasti suspek terbabit selepas menjalankan siasatan. ~kd

Tok Guru Nik Aziz: Jelajah MerdekaRakyat (Video)


[GEMPAR] Portal Jabatan K'jaan Guna Logo Merdeka Pakatan Rakyat Sempena Hari Malaysia


Satu demi satu agensi kerajaan UMNO BN "bergaya" dengan logo merdeka Pakatan Rakyat dan bukan logo "Janji Ditepati" ciptaan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Sebelum ini Pos Laju, sebuah produk dari POS Malaysia Berhad, sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sendiri telah menggunakan logo kemerdekaan Pakatan Rakyat yang bertemakan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".


Terkini, portal rasmi Jabatan Pelajaran Johor pula menggunakan Logo Merdeka Pakatan Rakyat sempena Hari Malaysia di lamanwebnya (imej slide show).

Satu tamparan hebat kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Menteri Pelajaran apabila sebuah jabatan kementeriannya seperti seolah-olah "mengiktirafkan" logo Pakatan Rakyat berkenaan. Lebih menarik, jabatan pelajaran itu di negeri di mana Muhyiddin menjadi seorang ahli parlimennya.

Samada disengajakan, atau tidak sengaja atau TERsengaja... hakikatnya logo merdeka Pakatan Rakyat nampaknya berjaya menawan hati rakyat sehinggakan pihak agensi kerajaan sendiri "tersasul" menggunakannya.

Atau berkemungkinankah sememangnya selepas ini Pakatan Rakyat akan menjadi pemerintah baru bagi negara Malaysia tercinta dengan bertemakan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" menggantikan 1Malaysia yang hanya tinggal slogan sedangkan amalannya tersangat rasis dan "assabiyah" itu?

Pagi ini akan kelam-kabutlah Jabatan Pelajaran Johor mengeluarkan logo itu dari lamanwebnya, mujur kita telah dapat membuat "printscreen"nya terlebih dahulu seperti gambar di atas.

Soi Lek terima 'wang kertas orang mati'

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menerima dua keping 'wang kertas orang mati' - yang setiap satu bernilai 'lapan bilion' - bersama dengan keratan akhbar yang dihantar kepadanya dalam satu sampul surat pagi semalam.

Sambil menunjukkan wang kertas itu serta keratan akhbar berkenaan kepada pihak media petang tadi, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden MCA, Chua menyifatkan tindakan itu sebagai satu "ancaman mati" terhadapnya.


Keratan akhbar itu, dipercayai dari akhbar Sin Chew Daily, adalah mengenai komen Presiden organisasi pendidikan Cina, Dong Zong, Yap Sin Tian (kanan) mengenai pewujudan semula sekolah tinggi persendirian Cina di Segamat.

Chua berkata wang kertas itu adalah ancaman mati terhadapnya kerana ianya dihantar kepadanya sekarang - iaitu pada bulan ketujuh kalendar Cina, yang merupakan bulan 'Hantu Lapar'.

"Setiap kali saya berkata sesuatu, mereka akan marahi saya. Jika saya tidak berhati-hati, saya boleh menjadi hantu," katanya.

Bagaimanapun, Chua menegaskan bahawa beliau tidak merasa terancam dengan taktik kotor seumpama itu.

MK
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .