Ikuti Blog ini


Anwar ucap tahniah kepada SAPP


Tahniah dan salut perjuangan kerana ketegasan dan keberanian SAPP dan dua ahli Parlimen mereka mempertahankan hak rakyat khususnya Sabah.

Saya telah mengadakan dua perbincangan sabelum ini dengan Dato Yong Tek Lee, presiden dan pimpinan SAPP.

Isu pokok adalah berkaitan good governance atau pengurusan pemerintahan baik dan mematuhi prinsip pertanggungjawaban.

Jaminan keadilan bagi rakyat, bumiputra dan lainnya termasuk Sabah. Kita menjamin 20 peratus royalti minyak kapada Sabah, Sarawak dan Trengganu, serta perwakilan yang adil bagi negeri Sabah dan Sarawak.

Saya gembira dengan tindakan awal ini dan menyeru supaya rakan-rakan lain segera bertindak demi menjamin politik yang stabil dan pengurusan ekonomi cekap yang akan menjamin pertumbuhan pantas serta pengagihan adil

Mahkamah putuskan kerusi Dun Sanglang dikosongkan


KANGAR, 18 Jun (Hrkh) - Mahkamah Pilihan Raya hari ini memutuskan kerusi Dun N.15 Sanglang dikosongkan berikutan petisyen yang dikemukakan Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.

Bagaimanapun, semua keputusan sama ada Ustaz Hashim diisytiharkan sebagai pemenang atau diadakan pilihan raya semula dipulangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hakim Pilihan Raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani semasa membaca penghakimannya memutuskan kemenangan calon BN, Abdullah Hassan dibatalkan berdasarkan tuntutan pertama di dalam petisyen berkenaan.

Namun begitu, bagi tuntutan kedua iaitu mengisytiharkan Ustaz Hashim sebagai pemenang, beliau memutuskan bahawa mahkamah tidak mempunyai kuasa berdasarkan Seksyen 35C dalam AKta Kesalahan Pilihan raya 1954 yang telah dimansuhkan pada tahun 2003.

Petisyen ini dikemukakan oleh Ustaz Hahsim selaku calon PAS yang bertanding mempertahankan kerusi Dun tersebut tetapi diisytiharkan kalah kepada calon BN, Abdullah Hassan dengan majoriti 149 undi.

Bagaimanapun berlaku kesilapan semasa mengisi nama calon pada borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) yang mana Ustaz Hashim sepatutnya menang dengan majoriti 47 undi.

Ustaz Hashim menamakan Pegawai Pengurus Pilihan raya Parlimen Arau, Mohd Daud Abdul Hamid, SPR dan Abdullah sebagai responden.

Ustaz Hashim diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin, Zulmi Sabri dan Aqbal Shiffudin Adnan Sallehuddin. Abdullah pula diwakili K. Jegathesan dan Albert Antoni.

Manakala Mohd Daud dan SPR di wakili Dato' Kamaluddin Md Said, Rozi Bainon dan Wan Roslan Wan Ismail. - mns _

Parlimen akan gempar dengan usul tidak percaya terhadap PM


KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) - Pengumuman yang dinantikan seluruh rakyat Malaysia akhirnya terjawab hari ini apabila ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) didakwa akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Ahmad Badawi dalam sidang Dewan Rakyat Isnin ini.

Tindakan ini adalah sejarah yang mungkin tidak dapat dilupakan Perdana Menteri dan rakyat Malaysia bahawa usul tidak percaya akan dikemukakan terhadap perdana menteri.

"Sewaku sidang Dewan Rakyat mulai Isnin ini, 23 Jun, ahli-ahli Parlimen kita akan menyokong undi tidak percaya kepada PM.

Sama ada usul itu akan dikemukakan oleh ahli Parlimen kita atau ahli Parlimen lain, akan diputuskan bila tiba masanya,ujar satu kenyataan yang tersiar dalam satu laporan hari ini.

SAPP mempunyai dua ahli Parlimen, iaitu Dato' Dr Chua Soon Bui (Tawau) dan Dato' Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) selain empat ahli dewan undangan negeri.

Majimbun yang kini berada di luar negeri, telah menyatakan sokongannya terhadap keputusan parti itu dengan menandatangan kenyataan tersebut.

Chua turut hadir dalam sidang akhbar yang diadakan khas di Kota Kinabalu memberi empat sebab mengapa beliau menyokong usul tidak percaya terhadap PM itu.

Walaupun seruan demi seruan dibuat oleh SAPP kepada Abdullah berkaitan dengan isu pendatang tanpa izin, tetapi tindakan tidak dilakukan.

Selain itu beliau menyatakan tindakan menaikan harga bahan api yang dibuat tanpa perancangan, telah menyebabkan rakyat miskin di Sabah khasnya menjadi miskin tegar.

Selain itu, beliau berkata selaku pemimpin yang dipilih oleh rakyat sekiranya ketidakpuasan hati rakyat Sabah terhadap sistem penyampaian yang tidak cekap, rasuah, pembaziran, tiada ketelusan dan akauntabiliti diketepikan.

"Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan di bawah Abdullah Ahmad Badawi.

"SAPP juga berpendapat bahawa sekiranya pemimpin atasan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan, ia seharusnya berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain mengambil alih," katanya. _
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .