Ikuti Blog ini

Gambar2 Dari Terengganu yang Membuatkan UMNO Gerun!!








Senjata Rakyat, Senjata Keramat!!


Subhanallah...Allahuakhbar...
LovePerak

Teguran Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Wajar

http://buletinonline.net/images/stories/berita24/P1140142.JPGKemaskini - titah Tengku Baderulzaman mengesahkan kegagalan kerajaan dalam membasmi kemiskinan.

KUALA TERENGGANU - PAS menyambut baik teguran yang dibuat oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud Tengku Baderulzaman dan berharap dapat memberikan peringatan dan kesedaran kepada kerajaan negeri.
Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata teguran tersebut adalah amat wajar memandangkan kemiskinan di negeri Terengganu masih di tahap tercorot.
(Gambar - Tengku Baderulzaman bersalaman dengan ADUN PAS, Dr Syed Azman - Batu Burok, berjabat tangan sambil diperhatikan oleh Dato' Tengku Hassan - Ladang)

Beliau berkata, negeri Terengganu masih mendapat jolokan ‘negeri kaya rakyat miskin’ walaupun berbilion ringgit wang telah dibelanjakan sejak Barisan Nasional merampas pemerintahan daripada PAS pada tahun 2004.

Katanya, kerajaan tidak bersungguh-sungguh untuk mengurangkan kemiskinan rakyat kerana ia menjadi 'alat politik' untuk meraih sokongan dan undi semasa pilihanraya.

”Kemiskinan menjadi 'alat politik' untuk meraih sokongan, kekayaan hasil negeri di bazirkan dengan projek-projek yang tidak menguntungkan dan (tidak) memberi manfaat (yang banyak) kepada rakyat,”ujarnya ketika ditemui.

Oleh itu, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, kerajaan bukannya membela rakyat, tetapi mengambil kesempatan menindas dan mengugut rakyat yang miskin.

Justeru, katanya, pembangunan yang dihebahkan oleh kerajaan hanyalah projek-projek yang menguntungkan pimpinan Umno serta kroni.

”Rakyat di ugut dengan budaya 'subsidi', tak sokong Umno tak dapat ‘wang ehsan’ tak dapat ‘dana khas’ duit raya,

”tak sokong Umno tak dapat bantuan rumah PPRT, tak dapat bantuan basikal dan macam-macam lagi ugutan,

“Konon, atas nama ‘Pembangunan’ buat projek sana-sini, yang dapat projek pemimpin Umno dan kroni, rumah penduduk dirobohkan, penduduk Melayu dalam kawasan Bandar dihambat keluar, merempat di bumi sendiri,”tegasnya.

Mengulas perkara yang sama, ADUN Ladang Dato’ Tengku Hassan Omar berkata titah Tengku Badrulzaman mengesahkan kegagalan kerrajaan dalam membasmi kemiskinan.

Selain kurang ‘fokus’, kata beliau, perlaksanaan pemberian bantuan oleh kerajaan dan agensi masih berlaku pilih kasih dan ‘pilih bulu’.

“Kata Tengku Baderulzaman, (kerajaan) basmi kemiskinan belum membanggakan, maknanya kerajaan gagal menangani isu ini dengan baik,

“mungkin kurang ‘fokus’ (tumpuan) dan perlaksanaan masih pilih kasih, bantuan diberi masih ambil kira ‘orang kita’ atau ‘orang dia’,

“banyak (kewangan) dihabiskan dalam bentuk pemberian ‘wang ehsan’, tetapi tidak menyediakan peluang pekerjaan secukupnya untukk tinggikan pendapatan rakyat,”tegasnya.

Kerajaan negeri Terengganu ditegur oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud, dalam titah pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang bermula hari ini, Isnin, 5 April.

Tengku Baderulzaman bertitah kemiskinan masih ‘menghantui’ kehidupan rakyat Terengganu, walaupun banyak program dilaksanakan oleh kerajaan, namun masih belum menunjukkan hasil yang membanggakan.

Justeru, Tengku Baderuzzaman menekankan, supaya kerajaan negeri Terengganu memberikan penumpuan
dan memberi bantuan hanya kepada golongan yang layak sahaja.

Selain itu, Tengku Baderulzaman turut meminta kerajaan negeri memberikan tumpuan tentang kemudahan perumahan untuk rakyat, pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam, sektor pertanian dan asas tani.

Titah beliau turut menekankan supaya pembaziran, penyelewengan dan salah urus hendaklah di hapuskan daripada pengurusan awam. - BO-

Gambar: Tok Guru Dan Yb Kelantan Di Bilik Pelepasan Sebelum Ke Mekkah

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs035.snc3/12301_110808008946582_100000521511371_175378_7565994_n.jpg

bersama timbalan menteri besar

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs015.snc3/12301_110807152280001_100000521511371_175377_7005012_n.jpg

tok guru memberi amanat dan pandangan kepada pemimpin

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs015.snc3/12301_110806572280059_100000521511371_175376_8065890_n.jpg

yb latif, yb zaki dan wan nik

APCO: PAS rayu Majlis Raja-raja campurtangan






KUALA LUMPUR, 5 April: Majlis Raja-raja Malaysia dirayu untuk campur tangan dalam pembabitan syarikat perunding antarabangsa APCO Worldwide (APCO) dalam pentadbiran negara kerana ia disifatkan mengajak orang luar ceroboh negara.

Mewakili Ahli Parlimen PAS, Nasharuddin Mat Isa (Bachok) berkata, perlantikan APCO tersebut seolah-olah mendedahkan keselamatan negara pada pihak asing.

"Kita minta Majlis Raja-Raja segera campurtangan (supaya) perjanjian ini dibatalkan kerana ia (seolah-olah) mengajak orang luar menceroboh Malaysia)," jelas beliau dalam suatu kenyataan media di Pejabat Majlis Penyimpan Mohor Raja-Raja Malaysia.

Beliau turut menafikan bahawa insiatif Ahli Parlimen PAS tersebut bertujuan untuk strategi politik sempena pilihan raya kecil di Hulu Selangor tidak lama lagi.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kemudiannya menjelaskan bahawa Majlis Raja-Raja Melayu seharusnya melihat isu tersebut sebagai isu keselamatan negara, bukan sekadar isu politik peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena meminta Apco segera diusir keluar dari Malaysia.

Sebelum pada itu, Nasharuddin yang juga Timbalan Presiden PAS memaklumkan kepada Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Malaysia, Datuk Sabtu Awwab bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Selasa lalu di Dewan Rakyat bahawa APCO mempunyai hubungan langsung dengan beberapa pemimpin strategik Zionis Israel.

Tambahnya, perlantikan APCO sebagai syarikat perundingan komunikasi nasional boleh mendedahkan keselamatan dalam negara kepada pihak luar.

Kata Nasharuddin lagi, Sabtu berkata, YM Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohon Besar Raja-raja Malaysia tidak boleh menyertai majlis tertutup tersebut kerana uzur.

Ujar Nasharuddin lagi, Sabtu telah menerima memorandum yang diserahkannya itu hari ini bagi pihak Ungku Ibrahim.

Sabtu berjanji untuk memanjangkan hasrat Ahli Parlimen PAS pada Majlis Raja-Raja Malaysia kelak. - Hrkh

PRK Hulu Selangor : Calon PR Diketahui Esok

Spekulasi siapa yang akan mewakili Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor akan diketahui selewatnya hari Selasa ini.

Ketika berucap di Majlis Penerangan Kerajaan Negeri Selangor di Kampung Desa Maju, Sg Tengi semalam Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan calon yang dipilih kelak adalah yang terbaik bagi membawa bendera KEADILAN dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil 25 April depan.

Secara berjenaka Anwar berkata berbanding dengan Pilihan Raya Umum 2008 di mana parti menghadapi masalah mencari calon yang berkaliber dan bersesuaian senario kini sudah berubah.

"Kita akan umumkan nama calon satu, dua hari lagi. Sekarang keadaan sudah berubah, calon lebih ramai daripada pengundi.

Dulu masa pilihan raya umum 2008 susah nak cari calon yang sesuai, sebab tu ada yang lompat. Saya minta maaflah pasal hal ini kerana masa tu kita pilih mana yang ada. Tapi tidak apa ini menjadi satu pengajaran kepada kita.

"Ada baiknya sekarang ramai calon kerana ini bermakna ramai calon yang layak, yang bagus-bagus semua," kata Anwar kepada lebih 500 penduduk Sg Tengi yang memenuhi Dewan Felda Sg Tengi dimana majlis diadakan.

Turut hadir pada majlis penerangan tersebut termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Exco, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri serta kepimpinan KEADILAN peringkat pusat dan negeri.

PRK diadakan berikutan Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, meninggal dunia akibat barah otak 25 Mac lalu.

Allahyarham mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Sementara itu laporan Bernama menyatakan Barisan Nasional dijangka mengumumkan calonnya pada 15 April. GB

TG Razaleihg Yakin Pakatan Menang PRK Hulu Selangor

KOTA KINABALU - Bekas Naib Presiden Umno, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah menjangkakan KEADILAN-Pakatan Rakyat akan mampu menarik sokongan pengundi Melayu yang menyokong Umno-Barisan Nasional sekiranya parti itu menamakan calon Melayu yang berwibawa dan mempunyai ketokohan.

Malah menurut bekas Menteri Kewangan itu Barisan Nasional tidak akan mempunyai jalan mudah menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor tersebut.

"Pilihan raya kecil Hulu Selangor tidak akan memberi laluan mudah kepada Barisan National. PKR akan mampu menarik banyak sokongan pengundi Melayu sekiranya calon Melayunya baik.

"Barisan National tidak akan mendapat sokongan pundi Melayu," kata beliau selepas menyampaikan ceramah berhubung isu royalti minyak di Kota Kinbabalu, Sabah semalam.

PRK Hulu Selangor yang dijangka berlangsung pada 25 April depan diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen dari KEADILAN, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71 tahun minggu lalu akibat barah otak.

MIC telah menamakan calon tunggalnya, Datuk G. Palanivel sebelum pucuk pimpinan BN membuat keputusan muktamad sementara Umno Bahagian Hulu Selangor telah menghantar memorandum kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mendesak supaya kerusi itu diserahkan kembali kepada Umno.

Penyokong bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib juga telah memasang kain rentang dan poster untuk menonjolkan beliau sebagai calon berpotensi. - SK

Tiada syarat syarikat ingin dapat konsesi balak

KOTA BHARU : Kerajaan Kelantan tidak pernah mengenakan apa-apa syarat kepada syarikat yang ingin mendapatkan konsesi balak di negeri ini seperti memberi derma kepada kerajaan, kata Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, bukan menjadi dasar kerajaan meminta mana-mana syarikat yang mendapat konsesi balak memberi derma kepada kerajaan.

“Ini tak ada dalam pengetahuan saya," katanya selepas melakukan pelepasan konvoi 1,300 motosikal berkuasa tinggi di perkarangan Stadium Sultan Mohammad ke-IV di sini, hari ini.

Sebelum ini sebuah blog mendakwa kononnya setiap pihak yang memohon kawasan balak dan tanah hutan bagi tujuan perladangan perlu menderma kepada PAS.

Menteri Besar menyifatkan penulis blog terbabit sengaja cuba menimbulkan isu bagi mengelirukan orang ramai.

Katanya, penulis blog diibaratkan sebagai kedai kopi bergerak yang membincangkan segala perkara sama ada untuk kebaikan dan keburukan sesuatu pihak.

Berucap sebelum itu katanya, Islam sentiasa menggalakkan umatnya berada dalam keadaan sihat dengan melakukan aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada diri sendiri.

“Kita di Kelantan tidak pernah menyekat aktiviti sebegini tetapi ia mestilah berlandas kepada peraturan yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Beliau berkata, Kelantan ingin menunjukkan kepada dunia bahawa Islam tidak menganjurkan keganasan atau peperangan.

Menurutnya program bermotosikal sesuai untuk menggambarkan Kelantan sebagai sebuah negeri yang aman damai.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi kerjasama kepada mana-mana persatuan yang ingin menjadikan Kelantan sebagai tempat penjelajahan bermotosikal.

“Alhamdulillah setakat ini perhimpunan motosikal berkuasa tinggi dapat diadakan bagi kali keempat di Kelantan.

“Dan ia akan dijadikan sebagai acara tahunan. Perhimpunan kali ini juga berjaya menghimpun peminat motosikal besar dari negara Asean dan asing,” katanya.

Seramai 1,500 peserta dan sebanyak 1,300 motosikal berkuasa tinggi termasuk dari Argentina, Thailand, Brunei, Pakistan dan Singapura menyertai program berkenaan.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shafie Ismail, Yang Dipertua MPKB-BRI, Datuk Ahmad Mahmood dan Pengerusi Bersama Kelantan Bike, Dr Nik Omar Nik Daud. - Hrkh.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .