Ikuti Blog ini

Satu Lagi PRK Dun Kuala Nerang ?


KUALA LUMPUR, 20 Okt – Umno bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil ekoran keputusan mahkamah mengisytiharkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim sebagai muflis Jumaat lalu.

Sambil mengakui belum ada butiran terkini, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya akan berusaha untuk mengelakkan pilihan raya kecil dengan membuat rayuan.

Syed Sobri diisytihar muflis ekoran kegagalan syarikatnya membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengisytiharan bankrap terhadap Syed Sobri kemungkinan membuka ruang kepada satu lagi pilihan raya kecil.

“Kita akan selidik dan lihat dulu perkara ini... jika perlu buat rayuan, kita akan buat,” kata Shafie.

Shafie yang juga Pengerusi Umno Kedah berkata, beliau belum menerima sebarang makluman daripada Syed Sobri sehingga ke hari ini.

“Sebenarnya tidak tahu apa status perkara ini. Syed Sobri juga tidak maklumkan kepada saya mengenainya.

“Dulu saya pernah jumpa dengan beliau tapi perkara lain,” kata Shafie kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas melawat bilik media Perhimpunan Agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Jelas Shafie, parti bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk diadakan pilihan raya kecil membabitkan kerusi DUN Kuala Nerang.

“Kalau perlu merayu kita akan buat tapi sekiranya perlu buat persediaan dengan keadaan berhadapan pilihan raya kecil kita akan adakan.

“Tiada masalah bagi kita, tapi saya harap tidak ada pilihan raya kecil,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Syed Sobri, yang didakwa bersama tiga defendan yang lain termasuk syarikatnnya, sebagai muflis Jumaat lalu.

Bagaimanapun di peringkat minggu lalu, mahkamah dikatakan hanya mengisytiharkan Syed Sobri sebagai muflis selaku salah seorang pengarah syarikatnya.

Maklumat sebelum ini menyebut Syed Sobri merupakan pengasas Kulim Enterprise.

Beliau dipercayai akan membuat rayuan.

Syarikatnya dipercayai gagal menjelaskan baki caruman lebih RM700,000. KWSP dikatakan membawa kes itu 2003.

Syed Sobri ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam menafikan beliau muflis sambil berkata, ia sengaja disebarkan oleh musuh politiknya.

Pada awal November 2008, beliau dikatakan hampir muflis kerana hutang bank.

Bagaimanapun menurut Syed Sobri ketika itu, beliau sudah pun menjelaskan semua hutang bank sebanyak RM150,000.

Oleh itu katanya, peguam beliau juga telah mengemukakan permohonan untuk mengetepikan penghakiman mahkamah yang dikeluarkan 3 November 2008, mengisytiharkan dirinya muflis.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Syed Sobri menewaskan calon PAS, Zawawi Ahmad dengan majoriti 805.

ASY-SYABAAB POINT - Majlis Penyerahan Kunci (Gambar)













ASY-SYABAAB POINT
Majlis Penyerahan Kunci
Bangunan Pemuda Pas Kelantan.
Perasmian Oleh Dato' Bentara Setia TGNA

Bangunan Umno telah kita duduki,
Putra Jaya akan kita takluki...Takbir..!

Kebebasan media M'sia: Terburuk dalam 9 tahun















Kedudukan Malaysia jatuh 10 anak tangga kepada 141 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2010 - yang terendah dalam tempoh sembilan tahun - dalam senarai 178 negara.

Malaysia gagal memanfaatkan peningkatan kedudukannya pada tahun lalu yang naik satu anak tangga - dari 131 kepada 132.

Isu-isu yang mungkin menjejaskan kedudukan Malaysia termasuk siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap video kepala lembu Malaysiakini, penangkapan penulis blog dan pengharaman buku kartunis Zunar.

Yang menariknya, Singapura (136) buat pertama kalinya mengatasi Malaysia sejak badan pemantau Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mulai mengeluarkan senarai tersebut pada tahun 2002.

Antara 10 negara anggota Asean, Malaysia berada pada kedudukan lebih tinggi daripada dua negara yang dianggap medianya lebih bebas - Thailand (153) dan Filipina (156).

RSF mengaitkan puncanya dengan kejadian keganasan politik.

"Thailand - tempat dua wartawan terkorban dan kira-kira 15 lagi cedera, ketika membuat liputan operasi tentera terhadap gerakan 'baju merah' di Bangkok - jatuh 23 anak tangga," kata RSF, yang menerbitkan indeks tahunan kesembilannya hari ini.


Filipina jatuh 34 anak tangga ekoran pembunuhan lebih 30 wartawan pada hari penamaan calon jawatan gabenor daerah Maguindanao di Mindanao.

Sementara itu, Finland, Iceland, Belanda, Norway, Sweden dan Switzerland pula berkongsi tempat pertama. Manakala Amerika Syarikat kekal di tangga ke-20.

Berada di kedudukan tercorot ialah Korea Utara (177) dan Eritrea (178).

Selain Korea Utara, tiga lagi negara regim komunis di Asia - China (171), Vietnam (165) dan Laos (168) - merupakan antara 15 negara di kedudukan terendah dalam indeks tersebut.

"Juga di Asia Tenggara, Indonesia (117) masih di bawah garis simbolik yang memisahkan 100 negara teratas yang lain, walaupun telah melalui pertumbuhan media yang menggalakkan. Dua wartawan terkorban dan beberapa lagi menerima ancaman bunuh, terutama untuk laporan mereka mengenai alam sekitar," kata RSF.

"Ringkasnya, penindasan masih tidak berkurangan di negara-negara Asean, walaupun telah memperakukan piagam hak asasi manusia baru-baru ini." -M'kini

‘Tawan’ bangunan Umno simbolik tawan Putrajaya


KOTA BHARU, 20 Okt: Dengan ‘tertawan’nya bangunan Umno Bahagian Kota Bharu yang kini menjadi hak milik Dewan Pemuda PAS Kelantan, diharap ia menjadi simbolik untuk ‘menawan’ Putrajaya nanti.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata sekiranya bangunan milik Umno Bahagian Kota Bharu itu dapat ‘ditawan’ Pemuda PAS semoga ianya dijadikan perangsang untuk menawan negara pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan bangunan baru Dewan Pemuda PAS yang bernilai RM4.5 juta, pagi tadi.

Katanya, kejayaan itu hasil kemenangan perjuangan yang didokong semua pihak khususnya golongan pemuda dalam menggalas tanggungjawab menyebarkan dakwah Islam.

“Kalau kita dapat menawan Kota Bharu sebagai ibu negeri Kelantan, diharap pada masa akan datang kita dapat menawan Putrajaya,” ujarnya.

Majlis perasmian bangunan yang dinamakan Asy-Syabab Point itu berlangsung dengan penuh gilang gemilang apabila Tuan Guru diarak ke pejabat berkenaan dari JKR 10 dengan menaiki motosikal yang diiringi 20 orang pemuda.

Tarikh 20 Oktober dipilih tarikh perasmian dan 20 orang pemuda mengiringi Tuan Guru menaiki motosikal klasik diketuai Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri, Hafiz Musa sebagai simbolik sempena 20 tahun pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau.

Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, pada sidang media berkata dana pembelian bangunan tersebut diperolehi dari sumbangan orang ramai.

Katanya, ianya telah dikumpul menerusi empat kepimpinan Dewan Pemuda bermula Datuk Takiyuddin Hassan lagi.

“Namun yang lebih penting kita juga turut membuat pinjaman bank,” ujarnya. -Hrkh

Tahap Mentaliti Muhyiddin - Adakan Report Card Untuk Nilai Prestasi

Kad laporan nilai prestasi pemimpin diwujudkan

TAN Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan diwujudkan sistem kad laporan untuk menilai prestasi setiap lapisan kepemimpinan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO dalam beberapa bidang utama bagi tempoh dua tahun akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kad laporan atau kad skor itu mampu mewujudkan sistem lebih tersusun yang dapat dinilai impak sebenar prestasi pergerakan itu.

Beliau berkata, antara bidang utama itu ialah ekonomi, pendidikan, agama, kebudayaan, kesukanan, khidmat sosial, pembangunan keluarga, pemeliharaan alam sekitar dan hubungan kaum.

Katanya, ahli Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang berjumlah lebih dua juta perlu meningkatkan pembabitan sebagai pemimpin akar umbi dalam bidang berkenaan selaras peningkatan harapan rakyat terhadap parti.

“Dengan adanya kad skor, setiap pemimpin dapat dinilai prestasi untuk tempoh dua tahun akan datang. Mereka yang menunjukkan prestasi tinggi akan diberikan pengiktirafan dan penghargaan sewajarnya.

“Laporan prestasi itu juga mungkin digunakan untuk memilih siapa yang layak menjadi calon pilihan raya,” katanya ketika perasmian serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di sini, malam tadi.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, inisiatif itu adalah usaha ikhlas meningkatkan imej parti dan memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadapnya.
Muhyiddin berkata, jika sistem berkenaan dilaksanakan sepenuhnya, parti akan menyaksikan satu lonjakan baru dalam tahap keaktifan dan keberkesanan gerak kerja ahli ketiga-tiga sayap UMNO itu.

Katanya, ahli sayap parti itu perlu lebih aktif mendokong perjuangan UMNO kerana fungsi mereka menjadi lebih penting khususnya dalam suasana politik yang semakin mencabar kini.

Pada masa sama, Muhyiddin mahu ahli ketiga-tiga sayap parti itu menangkis tanggapan negatif terhadap UMNO selaras kedudukan mereka di barisan pertahanan dan hadapan parti.

Itu tahap mentaliti TPM sekarang. Mentaliti seorang Gurubesar sekolah rendah, malah mungkin tadika. Nak buat "report card" untuk pemimpin-pemimpin Pemuda, Wanita dan Puteri. Kesemuanya bagi Muhyiddin tak ubah budak-budak sekolah yang beliau jadi gurubesarnya.

Itu sebab dia hanya memilih untuk menjadi menteri pelajaran. Mindanya hanya di dalam lingkungan itu. Dan beliau yang dikenali sebagai seorang pemimpin "rasis" akhirnya berjaya melahirkan pengetua-pengetua rasis jugak. -GB

Siswa UKM sertai raptai perhimpunan Umno?

Dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didakwa turut mengambil bahagian dalam raptai penuh perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Oktober lalu.

Kumpulan yang dikenali sebagai Kesatuan Mahasiswa Mahasiswa Sedar (KEMAS) mendakwa ia dapat mengecam kedua-dua mahasiswa UKM itu di dalam foto yang disiarkan akhbar Berita Harian pada hari berikutnya.

Perasmian perhimpunan agung Umno tahun ini akan disempurnakan oleh Presiden Umnno, Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC esok.


KEMAS mendakwa mahasiswa terbabit adalah daripada Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Kejuruteraan UKM.

"Kehadiran mereka ini juga berkaitan rapat dengan pernglibatan pentadbiran universiti dengan parti Umno," kata jurucakap KEMAS, Fathi Hisham (dua dari kiri) yang membaca satu kenyataan hari ini.

Katanya, KEMAS juga yakin penglibatan mahasiswa UKM dalam perhimpunan agung Umno kali ini melebihi dua orang.

Fathi yang juga pelajar tahun dua Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan berkata gambar tersebut menunjukkan mahasiswa terlibat memakai baju Melayu Putih, bersongkok dan bersampin yang mempunyai logo Umno.

Kejadian itu, katanya, adalah sama sepertimana kes mahasiswa yang telah dikenakan hukuman di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) - Saudara Soh Sok Hua - yang dihukum kerana gambarnya tersiar di akhbar dengan memakai pakaian yang mempunyai logo parti politik beberapa tahun lalu.

Sementara itu, setiausaha KEMAS Syamir Zulkefli (Foto atas: yang pegang mikrofon) - dalam kenyataannya - menggesa pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti berkenaan supaya segera menyiasat perkara ini mengikut undang-undang dan prosedur seharusnya.

Beliau juga mendesak agar Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin supaya menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat penglibatan pentadbiran universiti dan mahasiswa dalam perhimpunan agung Umno itu.

Sementara dalam sidang media selepas itu, Fathi berkata pihaknya mendapat maklumat berhubung perkara tersebut melalui sumber yang dipercayainya.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti dan jumlah individu sebenar yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.

"Mungkin satu pasukan diarahkan (menyertai perhimpunan)....Saya tidak mahu menyatakan (jumlahnya) pada hari ini," katanya.

Sementara itu, Malaysiakini telah cuba menghubungi ketua penolong pendaftar kanan hal ehwal pelajar UKM, Musa Zainal Abidin Othman.

Bagaimanpun, Malaysiakini dimaklumkan oleh pejabatnya bahawa beliau sedang menghadiri bengkel di Sabah dan dijadualkan pulang esok. -M'kini


Khairy: BN mungkin hilang 50 kerusi...

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, sebanyak 50 kerusi parlimen BN yang sedia ada berada dalam bahaya sekiraya Umno masih lagi berkhayal boleh menang dalam pilihan raya tanpa sokongan bukan Melayu.

Katanya, sekiranya tidak ada usaha untuk mengamalkan kepimpinan yang inklusif lagi moderat, kepimpinan Melayu Umno akan hilang pada pilihan raya akan datang "bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi."

"Kita harus belajar dari keputusan pilihanraya umum yang lalu di mana jelas kita hampir kalah sebab hilang sokongan bukan Melayu," katanya yang juga ahli parlimen Rembau.

Ketika berucap dalam mesyuarat agung 2010 pergerakan itu, Khairy berkata, keadaan itu bermakna, untuk menang mestilah dengan sokongan dari semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

"Kalau kita mengharapkan undi orang Melayu semata-mata, kita harus ingat bahawa hanya 73 kerusi parlimen sahaja yang mempunyai majoriti dominan Melayu 70 peratus ke atas. Inilah hakikat dan realitinya," katanya. -M'kini

Pas Lancar Jentera Pilihan Raya Galas


PAS telah mendahului Umno telah melancarkan jentera pilihan raya kecil Galas malam tadi. Pada pelancaran majlis itu ada petanda awal Pas akan berdepan dengan Umno secara selesa dalam pilihan raya kecil Galas 4 November depan.

Gambaran ini ternampak pada sambutan majlis berkekaan yang dihadiri lebih 5,000, demikian menurut sumber yang hadir. Katanya orang Cina juga hadir dan berada di hadapan menandakan mereka menyokong Pas. Perlancaran itu dilakukan Mursyidul Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat bertempat perkarangan pejabat Pas Gua Musang.

Ikut serta dalam majlis itu ialah Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, Penolong Setiausaha Agung, Takiyuddin Hassan, serta semua pemimpin di semua peringkat di Kelanan, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan lain-lain.

Apa juga menyeangkan persediaan Pas menghadapi pilihan raya kecil Galas tidak sama dengan Manik Urai. Tiada soksek soksek yang tidak sedap didengar berdaung. Begitu juga sepanduk yang menghalang orang luar datang ke Galas tidak kelihatan seperti mana di Manik Urai dulu.

Semangat dan kesungguhan jentera yang hadir menjelaskan mereka sedikit pun tidak gerun dan teralat dengan tindakan Umno memilih Tengku Razaleigh Hamzah mengepalai ketumbukan BN.

Mereka akan hadapi apa saja. Seperti mana kata Nik Aziz, Pas bukan berdepan dengan personaliti Tengku Razaleigh tetapi berdepan dengan perjuangan Umno yang berideologi sekular. Jadi kesediaan Tengku Razaleigh untuk mengubat sakitnya tidak menjadi masalah bahkan dari sisi lain menambahkan lagi daya juang Pas.

Selama ini pun Pas tidak memperjuangkan personaliti tetapi memperjuangan ideolgi sebab itu soal-soal personaliti yang peribadi Pas tidak mengambil kira.

Kerana itu Pas tidak perlu malu alah untuk berjuang memastikan kerusi Galas kekal di tangan Pas.

Sempena majlis itu Nik Aziz telah menyerahkan bendera Pas kepada 13 ketua-ketua peti undi yang bertindak menjadi ketua jentera mengikut peti undi. Apa yang merujakan daripada 13 ketua peti undi yang menerima bendera itu seorang daripadanya ialah orang Cina. Katanya Nik Aziz sengaja menyerahkan peti undi itu untuk diuruskan oleh oang Cina.

Beliau mengepalai peti undi di bandar Gua Muang yang didominasi orang Cina. Kepercayaan Pas dan kesediaan orang Cina untuk menggerak peti undi itu memberi petanda baik bahawa pengundi Cina akan berpihak kepada Pas. Adalah dipercayai tindakan ini adalah pertama kali berlaku.

Dalam kawasan Galas pengundi Cina mewakili kira-kira 20% iaini sekitar 2,000 orang pengundi.

Sementara itu Pas akan mengumumkan calonnya pada malam 21 November di Gua Musang. Dijangka bandar Gua Musang akan dibanjiri para penyokong dan ahli Pas. Turut sama mendamping Pas dalam pengumuman itu ialah Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. -MSO

Foto ehsan Topeng Perak Unmasked










Sidang Media Selepas MoU Penyerahan Bangunan UMNO Kepada DPPNK


13 Borang Telah Dijual. Galas Mahu Pecahkan Rekod Bkt Selambau?

SPR Jual 13 Borang Pencalonan PRK Galas

GUA MUSANG - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini telah menjual 13 borang pencalonan termasuk masing-masing satu kepada Umno dan PAS manakala selebihnya individu lain bagi bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas 4 Nov ini.

Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata borang itu dijual kepada sesiapa sahaja yang ingin bertanding dan menyerahkan borang pencalonan masing-masing pada hari penamaan calon yang ditetapkan pada 26 Okt ini.

Beliau juga mengesahkan 11,553 pengundi yang layak untuk mengundi pada pilihan raya kecil itu termasuk Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputra Siam 10 orang dan lain-lain kaum 1,889 orang.

Bercakap kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada media di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, di sini, hari Selasa, beliau berkata, empat peti undi melibatkan empat Pos Orang Asli termasuk Pos Balar membabitkan 232 pengundi, Balatin 163, Bihai 278 dan Pos Hau 254 pengundi.�

"Empat peti undi di kawasan Orang Asli itu akan ditutup pukul 1 petang berikutan pengundi tidak ramai dan jauh yang memerlukan masa untuk menghantar ke pusat perjumlahan undi," katanya.

"Faktor cuaca juga diambil kira kerana bimbang hujan sebelah petang boleh menjejaskan usaha itu tetapi kita harapkan ia berjalan lancar tanpa ada halangan itu," kata beliau.

Wan Ahmad turut memberitahu bahawa pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi bagi membincangkan mengenai keselamatan pada pilihan raya kecil itu di Putrajaya.

"Perbincangan itu penting bagi memastikan keselamatan pada pilihan raya kecil DUN Galas berjalan dengan baik dan mengambil kira perkara yang pernah berlaku pada pilihan raya kecil Manek Urai, Julai tahun lepas," kata beliau.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS Chek Hashim Sulaima, 46 kerana barah usus pada 27 Sept lepas. --BERNAMA

Di dalam sejarah pilihanraya kecil di negara ini, Bukit Selambau menyaksikan penyertaan calon bebas paling ramai iaitu seramai 13 orang. Kesemuanya hilang wang pertaruhan.

Apakah Galas hendak memecahkan rekod Bukit Selambau? Akan adakah lagi penaja yang bebal untuk calon-calon bebas ini? -GB

Bung Terkelu Lidah Bila Berdepan Ahli Parlimen Wanita PR

bungKUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin semasa sesi perbahasan Bajet 2011 semalam berkata beliau akan mengikut jejak langkah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana beliau menganggap beliau lebih arif berhubung isu yang berkaitan Islam.

Dalam ucapannya beliau mengulangi mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang menggunakan wang hasil daripada kutipan judi untuk memberikan bantuan kepada warga emas sebanyak RM100 setahun.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng yang bangun meminta laluan menyanggah kenyataan Bung Mokhtar kerana mempertikaikan bantuan tersebut.

"Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah berkali-kali menafikan dakwaan tersebut.

"Adakah Yang Berhormat Kinabatangan tahu bahawa elaun yang ahli parlimen dapat setiap bulan adalah daripada hasil cukai yang disatukan.

"Saya cabar Ahli Parlimen Kinabatangan memulangkan semula elaun yang diterima setiap bulan itu.

"Cukai itu merupakan hasil kutipan daripada syarikat judi seperti Toto, Magnum dan Genting, adakah Yang Berhormat akan memulangkan elaun tersebut atau jangan terima langsung kerana ianya daripada hasil judi," soal Chong Eng.

Mokhtar yang agak tergamam mendengar hujah ahli parlimen wanita itu secara spontan berkata beliau akan mengikut jejak langkah presiden PAS berhubung isu elaun tersebut.

"Kalau presiden PAS terima, saya terimalah. Saya akan ikut Presiden PAS daripada belakang," ujar Bung Mokhtar selepas gagal menjawab isu elaun yang ditimbulkan itu.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .