Ikuti Blog ini

756 ahli PAS masuk Umno, bohong!

KUALA LUMPUR, 4 Sept: Laporan behubung 756 ahli PAS di Parlimen Larut menyertai Umno adalah bohong dan sengaja direka Umno.

Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain ketika menafikan perkara itu berkata, tidak ada sejumlah tersebut keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.

"Kita menafikan dan percaya ianya sengaja diada-adakan.

"Yang sebetulnya, 26 pemuda Umno termasuk ketua cawangan menyertai PAS dua bulan lalu," katanya kepada Harakahdaily.

Media hari ini melaporkan seramai 756 ahli PAS dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut menyertai Umno.

Ianya didakwa diketuai bekas timbalan ketua PAS cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Larut, Nazri Din berkata hanya Mat Arop dan isteri sahaja masuk Umno dua bulan lalu.

"Mat Arop ni sebenarnya kecewa sebab zaman Pakatan Rakyat memerintah dia tidak dilantik menjadi Ahli Majlis dan Ketua Kampung.

"Saya nak cabar Umno, kalau betul ada 756 itu, tolong namakan mereka dan saya janji akan bagi RM100 seorang kepada mereka semua," katanya.

Mat Arop menurut Nazri adalah bekas pemuda tahan lasak Umno yang kemudian menyertai PAS.

Beliau kini memegang jawatan pengerusi masjid dan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Tambah Nazri, beliau yakin isu yang dibangkitkan ini hanya mahu mengalihkan isu sebenar berhubung penyelewengan tanah Felcra oleh Ketua Umno Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.

"Beliau cuba alih pandangan rakyat Kubu Gajah tentang penyelewengan tanah Felcra di Sungai Malau.

"Dia beri satu lot enam ekar kepada ibu dia sendiri Mardiah Binti Lah, menyebabkan orang lain marah," katanya yang mendakwa ada dokumen sebagai bukti.

Semua ahli PAS itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempena majlis rahmat Ramadan bersama menteri besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di Selama, semalam.

Mat Arop berkata beliau menjadi ahli PAS selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal. -Hrkh

Iklan raya tv3 suku yang pesongkan akidah umat islam

Hadoihh,.pening kepala lepas tengok iklan raya tv3 nih..sekali tengok,,macam iklan raya krismas ..sebab ada beca santa claus versi meLAYU Umngok..pastu...2 kali jeling...nampak cam iklan hari raya wesak..buddha..pasal ada bunga lotus..(bunga lotus tu lambang agama budhha)...hishk..hish hiskk..ini mestinak ikut konsep 1malaysia nasihat oleh APCO nih...

memang iklan tv3 suku ni sesat lagi menyesatkan..pasnih sure bebudak kecik akan tanya, santa claus raya tadak ke...bunga lotus akan diaggap didewa-dewakan setaraf tuhan...
kalu nak jadik pencacai yahudi laknatullah, agak- agak la sikit..emm tapi nak buat camne, dah memang dasar yahudi camtu..yahudi melayu yang jadi lidahnya adalah tv3 suku laknat yang dinasihat oleh APCO Worldwide penasihat najib.

malangnya malaysia di bawah parti yahudi laknatullah umno/bn...


MB Terengganu Melenting Rahsia E-book Bocor

Ahmad Said Marah Jabatan Audit Bocor Laporan Top IT

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said menuduh Jabatan Audit seolah-olah mensabotaj kerajaan negeri kerana maklumat laporan audit keatas syarikat Top IT Industries Sdn Bhd. terdedah kepada umum.

Ahmad dipetik Bernama berkata, beliau telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri memanggil pihak daripada Jabatan Audit yang dipercayai mendedahkan beberapa maklumat mengenai syarikat itu kepada pembangkang.

“Saya tidak faham mengapa Jabatan Audit telah memberi laporan berkenaan kepada pihak pembangkang jika ada berlaku perkara sedemikian. Apa tujuan Audit berbuat demikian seolah-olah hendak sabotaj kerajaan negeri dalam perkara ini?.

“Sepatutnya Audit memberi laporan terlebih dahulu kepada kerajaan sebelum mendedahkan kepada pihak lain jika ada sebarang perkara yang tidak kena berlaku,” tegasnya

Sebelum itu, Ahmad telah memberi pengesahan bahawa, kilang Top IT Industries Sdn Bhd, syarikat yang memasang e-Book adalah selamat dan tidak mendatangkan bahaya kepada pekerjanya.

Beliau berkata perkara itu disahkan oleh juruperunding dan pembinaan kilang itu mengikut peraturan yang ditetapkan.

Kilang itu hanya mengalami keretakan biasa pada dinding yang tidak mendatangkan bahaya kepada pekerja, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahamad Nawawi pada Khamis lepas bahawa kilang anak syarikat kerajaan negeri berharga RM12 juta itu tidak selamat kerana retak selain tidak ada sijil layak menduduki (CF).

Menteri Besar berkata: “Sekarang CF sudah tidak dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan lagi tetapi oleh juruperunding dan mereka menyatakan bangunan itu selamat untuk digunakan”.

Beliau menegaskan bahawa kilang berkenaan hanya berharga RM7.9 juta dan bukannya RM12 juta seperti didakwa.-BO

Air zamzam di Madinah asli

http://2.bp.blogspot.com/_JKeHOeO3wRk/TIGIrgw0RAI/AAAAAAAAFNc/9UfgLaK7lYs/s400/200224171-001.jpg


Air zam zam di Masjid Nabawi


MADINAH: Seorang pegawai di Masjid Nabawi menolak dakwaan kononnya air zamzam di masjid berkenaan dicampur dengan air biasa.

Pengarah Penyelenggara dan Air masjid itu, Ibrahim bin Mayed berkata, laporan mengenai perkara itu tidak berasas.

Beliau mengulas dakwaan yang berkata, air biasa dicampur dengan air zamzam yang dihantar ke Madinah dari Makkah.

Katanya, ia tidak mungkin boleh berlaku memandangkan air zamzam melalui beberapa peringkat untuk membolehkan ia sesuai diminum sebelum dihantar ke Masjid Nabawi.

Ibrahim berkata, air itu dibersihkan menggunakan sinar ultraungu. Contoh air diuji di makmal bagi memastikan ia bebas daripada sebarang bakteria berbahaya dan mengikut spesifikasi kesihatan.

Selain itu, air zamzam juga diambil daripada beberapa kawasan, termasuk stesen pengepam dan pengagihan.

Sampel rawak juga diambil dari mesin pendingin air. Semuanya diuji secara menyeluruh di makmal kualiti bagi memastikan ia selamat untuk diminum dan tidak tercemar atau bercampur dengan air biasa.

Ibrahim juga menjelaskan, pentadbiran Masjid Nabawi menyediakan 220 tan air zamzam di lebih 12,000 mesin pendingin air untuk kegunaan pengunjung setiap hari.

Sebagai tambahan, lebih sejuta cawan pakai buang disediakan setiap hari di masjid itu.

Lori tangki yang digunakan untuk mengangkut air itu dari Makkah ke Madinah juga dibersihkan sebelum diisi dengan air zamzam.

Apabila tiba di Madinah, sampel air itu sekali lagi diperiksa sebelum dipam ke tangki bawah tanah. Tangki itu juga dipastikan kebersihannya. “Ini membuktikan tidak ada kemungkinan air zamzam itu bercampur air biasa atau tercemar,” kata Ibrahim. - Agensi

Skim Mikrokredit bantu rakyat miskin berniaga

SABAK BERNAM, 4 Sept: Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil inisatif untuk membantu rakyat daripada terus dibelenggu kemiskinan sehingga menerima berbagai ugutan oleh anasir along akibat berhutang.

Skim Mikrokredit Selangor (SKIMSEL) yang telah dilancarkan kelmarin di Masjid Makrufiah Parit Baru Sabak Bernam, yang telah dirasmikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar dengan tujuan untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan.

Bagi Khalid, pelancaran skim itu menjadi satu lagi mercu tanda komitmen kerajaan negeri untuk membantu golongan miskin secara terus.

Antara lain skim itu bertujuan untuk membantu golongan miskin memperolehi dana bagi menjalankan perniagaan sebagai salah satu usaha membebaskan mereka dari kitaran kemiskinan.

Adalah jelas dengan perkembangan keadaan ekonomi semasa, rakyat perlu disediakan dengan satu alternatif untuk keluar dari kepompong kemiskinan dengan cara yang sangat tidak membebankan.

Penyedia hutang pada masa kini tumbuh bagaikan cendawan subur, tetapi nyata sebahagiannya hanya menambahkan beban mereka yang terlibat kerana cara ini tidak membantu untuk meningkatkan taraf mutu kehidupan.

Kerajaan negeri berhasrat dengan wujudnya kkim ini, kekangan-kekangan ekonomi dapat dicantas bagi membangun sebuah negeri yang makmur ekonominya dan kemakmuran itu dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Ali berkata Yayasan Dar Al-Qard Al-Hasan Selangor akan memastikan amanah yang diberikan kepadanya oleh kerajaan negeri akan dijaga dengan sebaik-baiknya.

Katanya, seluruh tenaga pengendalian telah berikrar pada saban masa dan ketika menjalankan skim itu dengan penuh amanah, bertanggungjawab, dedikasi dan mengambilnya sebagai satu amalan jihad.

"Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM70 juta untuk tujuan membiayai skim ini. RM50 juta untuk masyarakat luar bandar dan RM20 juta untuk masyarakat bandar," ujarnya.

Di peringkat awal, skim itu akan beroperasi di kawasan Sabak Bernam manakala menjelang akhir 2010, ia akan diperluas ke Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Bagi masyarakat bandar, jadual perlaksanaan skim yang sama sedang disiapkan oleh pasukan pengendali yang diterajui oleh Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail.

Dalam majlis pelancaran tersebut, seramai 50 penerima pinjaman menerima pembiayaan daripada Menteri Besar di mana setiap penerima menerima pembiayaan modal perniagaan sebanyak RM3,000 dengan tempoh bayaran maksimum selama 12 bulan.

Skim itu tidak memerlukan cagaran, tidak dikenakan faedah dan penerima pinjaman tidak akan diheret ke mahkamah.

Pengalaman mengendalikan skim yang serupa mendapati bahawa kesepakatan kumpulan-kumpulan kecil yang dimestikan bermesyuarat setiap minggu telah menyaksikan pembayaran balik mencecah seratus peratus. -Hrkh

Apa Nak Diharapkan Pada Ismail Omar?

Ismail Didesak Pastikan Anggota Polis Hormati Hak Asasi Rakyat

Badan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyeru bakal Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar supaya melaksanakan penambahbaikan dan reformasi segera terhadap Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang kini mempunyai imej buruk di mata masyarakat umum, terutamanya di dalam isu menghormati hak asasi manusia.

Suaram berkata dalam satu kenyataan media semalam, Ismail perlu memastikan kesemua cadangan Suruhanjaya DiRaja Mengenai Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM khususnya dalam hal berkaitan penindasan hak asasi manusia oleh anggota polis dilaksanakan dengan segera.

"Bakal KPN Ismail Omar perlu memandang berat ketidakpatuhan kepada undang-undang dan piawaian hak asasi manusia antarabangsa di kalangan anggota polis. Ini merupakan perkara serius yang dinyatakan dalam laporan Suruhanjaya DiRaja pada tahun 2005 dan juga berdasarkan pemantauan Suaram.

"Di bawah pimpinan KPN Musa Hassan selama empat tahun (16 September 2006 sehingga kini), PDRM mempunyai rekod dan reputasi yang teruk di dalam isu hak asasi manusia," kata Penyelaras Suaram, Yap Heng Lung.

Suaram berkata statistik rasmi kerajaan menunjukkan bahawa seramai 183 orang telah mati akibat ditembak polis dari tahun 2007 hingga 2009.

Antara kes yang paling serius adalah kejadian menembak mati remaja berusia 14 tahun Aminulrasyid Amzah dan pemuda 18 tahun, Mohammad Afham Arin oleh polis.

"Suaram juga menyeru bakal KPN supaya mendedahkan kepada umum Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) dengan segera selepas menjawat jawatan KPN agar anggota polis akan lebih bertanggungjawab apabila menggunakan senjata api," ujar Heng Lung.

Tambah Suaram, terdapat 153 kes kematian dalam tahanan polis antara tahun 1999 hingga 2008.

Pada tahun 2009, seramai tujuh orang telah mati di dalam tahanan polis antara yang menjadi perhatian umum kematian A Kugan, R Gunasegaran dan Mohd Anuar Sharip.

Sehubungan itu badan itu menyeru Ismail untuk memastikan anggota polis mematuhi Akta Kaedah-kaedah Lokap (L.N.3289/1958)(4) supaya hak setiap Orang Kena Tahan (OKT) dihormati.

"Contoh lain pelanggaran hak asasi manusia yang serius boleh dilihat di dalam tindakan keras anggota polis terhadap peserta perhimpunan aman termasuk perhimpunan aman membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos 2009 di mana seramai 589 orang termasuk kanak-kanak telah ditahan.

"Penggunaan kekerasan oleh anggota polis untuk menyuraikan peserta perhimpunan awam terutamanya dalam perhimpunan yang bertujuan untuk membantah dasar kerajaan telah menjadi kebiasaan di Malaysia.

"Hal ini menunjukkan PDRM tidak menghormati piawaian hak asasi yang turut termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, dan juga telah menyebabkan persepsi umum bahawa PDRM seringkali bertindak sebagai alat pemerintah untuk menekan suara bangkangan terhadap dasar kerajaan," tegas Suaram.

Heng Lung berkata, Suaram menggesa KPN baru untuk memastikan semua anggota polis bersifat adil di dalam menjalankan tugas mereka agar persepsi umum dapat diubah.

KPN juga mesti memastikan PDRM menghormati piawaian hak asasi manusia antarabangsa semasa mengawal perhimpunan awam.

"Lebih daripada itu, Suaram berpendirian imej buruk PDRM tidak mampu dipulihkan hanya dengan penggantian KPN. Perubahan struktural, bebas, telus dan adil untuk memantau salah laku anggota polis perlu dilaksanakan dengan kadar segera untuk memastikan akauntabiliti PDRM dan mengurangkan penyalahgunaan kuasa di kalangan anggota polis.

"Suaram mengulangi gesaan supaya penubuhan Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) seperti yang disarankan oleh Suruhanjaya DiRaja pada 2005 dilaksanakan dengan serta merta," kata badan itu lagi. -SK


Polis Ambil Sikap Politik Tangani Perhimpunan Anti ISA

Pakatan Rakyat Perak dan Gerakan Mansuh ISA menggesa agar satu jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi menyiasat tindakan ganas pihak polis terhadap peserta perhimpunan aman anti ISA minggu lalu yang kini digunakan bagi kepentingan dan kelangsungan politik Umno-Barisan Nasional.

Ahli Dewan Undangan Negeri Teja, Chang Lih Kang berkata satu laporan polis telah dibuat terhadap Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang sebelum itu telah memberi amaran kepada kepada orang awam supaya tidak menghadiri perhimpunan memasang lilin yang dianggap sebagai perhimpunan haram.

"Kami merasakan pihak polis telah bertindak melampaui batas, mereka sepatutnya menjaga keamanan dan bukan sebaliknya.

"Perhimpunan aman memasang lilin itu tidak ada kena-mengena dengan pihak polis, apa yang rakyat mahukan adalah kerajaan Umno-BN memansuhkan undang-undang drakonian itu," kata beliau.

Katanya, sekiranya ada unsur yang mengancam keselamatan negara, barulah pihak polis boleh mengambil tindakan.

Tambah Lih Kang, apa yang berlaku pada perhimpunan tersebut, pihak polis tidak bersikap bebas dan sebaliknya mengambil pendirian bersifat politik.

Dalam laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Ipoh pukul 11 Rabu lalu, Pakatan Rakyat dan GMI meminta Ismail disiasat kerana menyalahguna kuasa beliau dengan mengambil pendekatan kuku besi dalam menangani protes terhadap peserta anti ISA.

Ismail juga didakwa gagal menjalankan tanggungjawab memelihara ruang demokratik di Malaysia dan pada masa yang sama telah mendasarkan keputusan beliau atas pertimbangan politik dan bukan atas isu keselamatan awam.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat yang turun bersama rakyat untuk memberi sokongan kepada perhimpunan mansuh ISA telah dihalang masuk ke Dataran Bandaraya Ipoh apabila pihak polis bertindak menutup jalan masuk utama ke situ.

Berpuluh-puluh anggota polis telah mengepung sekitar dataran DBI bagi menghalang orang ramai daripada menghampirinya.

Polis menangkap kira-kira 30 peserta perhimpunan aman anti ISA ditahan di lapan lokasi di seluruh negara. -SK (6/8/10)

Tuan Ibrahim: Cina DAP tak boleh masuk masjid, Cina MCA boleh..

Negara jadi kecoh seminggu dua ini bilamana ada sorang dua Ahli Parlimen dari DAP masuk ke dalam ruang solat masjid dan surau di Selangor seolah-olah itulah tragedi paling hitam dalam sejaran Masjid di Malaysia.

Macamlah perkara ni baru kali pertama berlaku, sedangkan semua orang tahu dah bertahun pimpinan MCA dan Gerakan yang bukan Islam memasuki masjid, tak jadi kecoh pun. Bahkan ada di kalangan mereka masuk untuk kempen dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pun sebelum ni.

Cuma sepatah kata kawan saya “Cina MCA atau Gerakan tu tak mengapa, sebab dia orang dah tak berapa Cina, bukan macam DAP, itu pure cina punya”.

Saya tak tahu mana yang ori mana yang dah celup, tapi bila tengok dua-dua tu Cina belaka. Isu sebenar bukan kerana dia Cina, tapi dia tu Cina yang duduk di Selangor dan P.Pinang.

Kalau Cina Johor ke Pahang ke, rasanya tak lah kecoh sangat.

Lebih malang ada yang keluar ‘fatwa’ melarang Cina kafir masuk ke masjid, takut ianya mencemar nama baik masjid.

Tapi bila bagi projek buat masjid, barapa ramai kontraktor Cina diambil untuk buat masjid.

Bukan apa, kata taukeh Cina tu..“Ini kita buat itu rumah Allah ho, jangan tipu-tipu, mesti baik punya, nanti ada ong punya”.

Cina bukan Islam tu pun tahu buat masjid tak boleh tipu, kena buat betul-betul, tapi bila bagi ke kontraktor Melayu (sebut Umno) buat masjid pun depa tipu jugak, berapa banyak masjid terbengkalai bila bagi kepada Melayu.

Tapi akhirnya bagi kepada kontraktor Cina, bahklan yang dok pasang karpet masjid tu pun berapa banyak kontraktor Cina, masa tu masuk masjid tak apa, sebab belum dirasmikan lagi.

Yang dah rasmi pun kalau nak baiki mikrofon bagi power punya, berapa ramai Cina bukan Islam dapat projek.

Ini tak apa pulak sebab yang dapat tu Cina MCA..MCA tak apa, jangan cina DAP je…

Nasib mereka ni macam buldozer, yang diguna untuk tolak tanah, ratakan tanah nak buat lebuhraya, tapi bila dah siap, dia tak dibenarkan lalu atas lebuhraya tu, kalau nak jalan jugak, dia kena naik lori.

Jadi kalau DAP nak masuk masjid jugak, dia kena ‘naik’ atas BN rasanya baru ok.

Kalau dah jadi begitu, saya rasa hari ni dia ‘naik’ BN, esok dia dah boleh masuk masjid.

* Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Naib Presiden PAS.
Tuan Ibrahim:

Kelantan Akan Pohon Tangguh Salur Wang Ihsan

Tangguh salur wang ihsan

Kerajaan Kelantan bercadang untuk memfailkan satu lagi tuntutan untuk menghentikan penyaluran wang ihsan yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan kini sehingga kes saman terhadap Petronas selesai.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dengan peguam kanan yang sama, Tommy Thomas dalam sedikit masa lagi.

“Kerajaan Negeri akan dapatkan pandangan daripada peguam, Tommy bagi tujuan untuk melaksanakan fail tuntutan itu nanti,” beliau berkata demikian di Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor di sini, semalam.

Menurutnya, peruntukkan sebanyak RM25 juta yang diluluskan Kerajaan Persekutuan sebagai pemberian wang ihsan pertama kepada negeri itu perlu dihentikan untuk sementara waktu.

“Peruntukkan dari Kerajaan Pusat itu sedikit sebanyak ada kaitannya dengan isu tuntutan royalti minyak yang difailkan Kerajaan Negeri di Mahkamah Dagang, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

“Jadi, kita akan cuba untuk memohon kepada mahkamah supaya pembahagian wang berkenaan dihentikan sehingga keputusan ke atas kes saman Petronas itu diputuskan oleh mahkamah berkenaan,” katanya.

Isnin lalu, Kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas kerana mendakwa syarikat minyak negara itu melanggar perjanjian selain menuntut syarikat sama untuk melaksanakan perjanjian petroleum dengan negeri ini. -SH

Satu langkah yang tepat dn bijak. Wang ihsan yang telah disalurkan kepada JPP Kelantan yang dikuasai UMNO perlu diserahkan semula kepada Petronas. Seandainya ada yang telah dibelanja atau diagihkan ia perlu dihenti dan dipungut semula supaya tiada satu sen pun wang ihsan yang boleh disalurkan keluar sebelum mahkamah membuat keputusan mengenai kes saman kerajaan Kelantan terhadap Petronas yang telah dikemukakan baru-baru ini.

Jika berjaya, terkedu Najib, terkedu Mustapa, terkedu Awang Adik, terkedu UMNO-BN.

Dan tahniah untuk Husam, tahniah Kelantan. Semuga tuan-tuan semua berjaya kali ini.
Lawan Sampai Menang! -GB

Merdeka Dengan Merempit?

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/khalil.jpg- Kemerdekaan Negara Bentuk Luaran Sahaja
KUALA TERENGGANU
- Tindakan remaja dan muda-mudi yang menyambut ulang tahun kemerdekaan negara dengan 'merempit' adalah natijah dari kemerdekaan 'luaran' yang dicapai oleh negara.

Penolong Setiausaha Pemuda PAS Terengganu Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta gejala yang berlaku dikalangan remaja dan muda-mudi bermotosikal dimalam ambang merdeka baru-baru ini.

"Pandangan saya dalam isu ini menunjukkan bahawa kemerdekaan (negara) yang disambut adalah kemerdekaan yang berbentuk luaran sahaja, yang tidak membebaskan jiwa khususnya dikalangan remaja dan belia daripada perkakara-perkara yang dilarang oleh Islam,"ujarnya ketika ditemui Buletinonline.

Sedangkan, menurutnya, erti kemerdekaan disisi Islam ialah membebaskan manusia bukan sahaja dari sudut fizikal bahkan dari sudut rohani dan pemikiran manusia, daripada segala perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam, sebagaimana yang diajar oleh nabi Muhammad SAW.

Apatah lagi, katanya, ulang tahun kemerdekaan tahun ini disambut dalam bulan Ramadhan yang mulia.

"Sebagaimana semangat bulan ramadhan itu, (ia) adalah satu bulan untuk kita menjadi seseorang yang bebas dan merdeka dari segala perkara yang bercanggah dengan Islam,"jelasnya.

Oleh itu, beliau menyarankan supaya gejala sosial yang berlaku khususnya gejala rempit mestilah diselesaikan dengan kaedah Islam.

"Dan kita lihat gejala (sosial) yang berlaku di kalangan remaja dan belia, (khususnya) aspek rempit yang disebutkan tadi, perlu diberikan penekanan bagaimana caranya untuk penyelesaian dengan secara Islam bukan dengan penyelesaian yang lain dari Islam,"tegasnya.

Khalil yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Marang berkata, sebagai contoh, para remaja dan belia mestilah dijinakkan mereka dengan program-program yang berbentuk Islam serta kaedah-kaedah atau mekanisma yang sesai dengan semulajadi mereka.

"Adapun yang kita lihat dalam sambutan merdeka (baru-baru ini), seolah-olah kita yang memberikan semnagat kepada mereka untuk merempit dengan memberikan mereka bendera dan membiarkan meeka merayau kemana-mana,"tambahnya. -BO



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .