Ikuti Blog ini

Faktor kemenangan PAS di Bukit Gantang

Berdasarkan mood pengundi yang disokong oleh rakyat Perak dari pelbagai kaum, Pakatan Rakyat boleh diisytihar menang! Kenyataan ini boleh dikongsi bersama berasaskan senario yang wujud di Bukit Gantang.


Berdasarkan sambutan pada penamaan calon yang menyebelahi Pakatan Rakyat apabila perarakan itu disertai kira-kira 50 ribu rakyat yang datang menzahirkan sokongan tinggi terhadap Dato Seri Mohammad Nizar Jamaludddin (Ir Mohd Nizar) selaku calon. Pada pusingan awal ini, majoriti mood rakyat yang disokong oleh senario hangat politik Perak sejak berlaku rampasan mandat rakyat pada 5-6 Februari lalu boleh diratingkan sebagai menang Pakatan Rakyat.

Kesannya rakyat telah bangkit (dalam perarakan calon Pakatan Rakyat) bagi menyatakan bangkangan terhadap tindakan anti sistem yang dimulakan oleh Dato' Seri Mohd Najib yang menggunakan taktik permainan kotor.

Apabila berlakunya pilihan raya kecil Bukit Gantang, maka ruang terbuka luas bagi rakyat membuktikan mandat rakyat pada pilihan raya umum 2008 adalah masih kekal.

Justeru itu, pilihan raya kecil kali ini adalah peluang membuktikan bahawa rakyat tidak merestui kerjatangan Mohd Najib yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 Mac lalu.

Selanjutnya, bagi membuktikan bantahan rakyat Perak terhadap permainan kotor rampasan mandat rakyat itu, ia telah diterjemahkan melalui sambutan hangat kempen calon Pakatan Rakyat dan isu-isu yang disampaikan kepada setiap pengundi.

Ia disusuli dengan sambutan luar biasa kehadiran kali pertama Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS ke Bukit Gantang, diikuti dengan Penasihat Umum KeADILan yang ceramahnya berdepan dengan halangan polis atas alasan akan membawa kesesakan teruk trafik.

Mood tersebut berkekalan sebaik sahaja Ir Mohd Nizar diamanahkan sebagai calon yang berdepan dengan calon BN dan Bebas.

Calon BN mahupun Bebas adalah memiliki populariti yang jauh tercorok berbanding Ir Mohd Nizar. Setiap kali kempen peribadi anjuran calon PAS secara langsung mahupun tidak adalah mendapat publisiti percuma beberapa media perdana (kerana melaporkan isu-isu manipulatif seperti peristiwa tazkirah di Masjid Simpang). Begitu juga media berbahasa Mandarin turut melapor secara terperinci pergerakan kempen calon Pakatan Rakyat itu.

Kesemua senario itu, membawa kepada ramalan awal perjalanan kempen adalah berpihak kepada Pakatan Rakyat, maka Pakatan Rakyat layak menang.

Sehinggalah Timbalan Presiden Umno, Muhyidin dan Dr Zambry Menteri Besar 'rampasan mandat rakyat' begitu tertekan. Begitu pula, Naib Presiden Umno, Zahid terpaksa berkempen secara 'unIslamic' menggunakan hiburan 'panas' (disertai tarian gadis terdedah) untuk meraikan kumpulan pengundi muda Cina!! Gambar Malaysiaikini membuktikan.

Walaupun itu adalah melanggari nilai-nilai masyarakat Melayu Bukit Gantang, ia terpaksa dilakukan demi meraih simpati pengundi Cina yang sedang menolak calon BN yang mirip wajah Dr Zambry itu.

Begitu pula di dalam usaha memenangi jiwa 'agama' pengundi Melayu, Muhyidin telah terpaksa menjadi imam solat di salah sebuah masjid diikuti dengan majlis sumbangan 'wang' untuk pengerusi-pengerusi masjid (bukan rasuah kerana ia dibuat atas nama agensi kerajaan, walaupun tujuannya untuk meraih undi). Sedangkan berapa lama dah UMNO memerintah Perak, dan berapa banyak pungutan zakat dibuat dan sudah jutaan ringgit projek pembangunan masjid diluluskan dalam bajet kerajaan... masjid yang ada terus diabai sehingga berlaku pilihan raya kecil barulah disalurkan sumbangan untuk pembangunan masjid!

Pihak bukan BN mempersoalkan: Tindakkah itu satu cara memperalatkan masjid dan imam serta pengerusi masjid; menerima wang politik yang mirip kepada rasuah. Mungkin Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) boleh mentafsirkan itu sebagai rasuah dari pemimpin Umno untuk kelompok pengundi!

Sekiranya pengundi Melayu Bukit Gantang dalam memahami tindakan sumbangan wang politik itu adalah amalan rasuah dan amalan rasuah pengundi adalah tradisi kempen pilihan raya BN, maka fahaman ini akan menyebabkan pengundi Melayu bakal melakukan react dengan mengundi calon PAS Ir Mohd Nizar layak berada dipihak menang!

Meskipun calon PAS menerima serangan peribadi yang teruk dalam dua isu utama: penderhaka dan boneka Cina. Kedua-dua isu ini dinilai oleh pemerhati bebas sebagai chewgum yang terlekat dalam ketiadaan air liur sahaja.

Ini bermakna pengundi muda yang bermaklumat tidak mudah dipengaruhi. Kerana dua isu ini adalah 'klasik' dan bersifat order lama. Hal ini memungkin pengundi muda kekal bersama Pakatan Rakyat yang statusnya majoriti mengundi Pakatan Rakyat. Rating ini adalah melayakkan Pakatan Rakyat menang!

Bagaimana pula pengundi wanita? Apakah dengan peralihan pimpinan wanita Umno, kekalahan Rafidah Aziz yang sekian lama membawa imej wanita Perak dalam arus nasional masih membawa kelebihan kepada calon BN.

Apa yang berlaku, segelintir pengundi wanita diberitahu 'calon kite' adalah peminat pusat hiburan di Danok. Lalu pemerhati luar yang mendapat respon, betapa Danok itu adalah lokasinya di Thailand adalah pusat hiburan yang berat kepada 'kemaksiatan'.

Apakah wanita Bukit Gantang boleh menerima seorang 'calon kite' yang memiliki kegemaran demikian? Persoalan ini terjurus kepada kain pemidang yang tertulis huruf besar "DANOK" berwarna biru.

Ia boleh jadi satu isyarat daripada kumpulan wanita prihatin ditujukan kepada Ismail bukannya Kamarul bukan juga Ir Mohd Nizar.

Jika tafsiran ini tepat, sudah pasti pengundi wanita tidak akan berfikir banyak kali untuk tidak mengundi BN dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang!

Layaknya Pakatan Rakyat dapat memenangi hati wanita, kerana Ir Mohd Nizar dilihat bebas dengan imej "DANOK".

Daripada analisis senario di atas, blog ini merumuskan: Dalam kempen yang normal, tanpa penglibatan ugutan pihak samseng terhadap pengundi Cina dan India, mahupun Melayu, maka Pakatan Rakyat menguasai kempen dan layaknya mencapai kemenangan.

Namun Tuhan yang Esa adalah perancang mutlak, manusia sekadar merancang untuk mencapai segala tujuan. Tujuan itu tetap tercapai bila diizin-Nya.

Bukit Gantang - Rayuan Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

Calon Anda di P.059

Asalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Setelah selamat hari penamaan calun , maka petugas telah membantu untuk saya menjelajah keseluruh pelusuk dan kawasan Parlimen P059 Bukit Gantang.

Saya dapat melihat sendiri keadaan serta suasana kehidupan rakyat. Walaupun terpaksa berhadapan berbagai rintangan dan tohmahan serta tekanan, namun semuanya dapat dihadapi dengan tenang dan penuh kesabaran.

Selaku calun, saya mahu mengambil kesempatan melalui blog ini bagi memohon keampunan dan kemaafan dari seluruh pengundi, warga Bkt. Gantang, petugas parti termasuk sahabat dan kenalan serta petugas dari umno-bn yang datang dari seluruh pelusuk tanah air, jika sekiranya ada dan wujud di sepanjang kempen dan kehadiran saya dimana -mana majlis ceramah, kematian, tahlil, perkahwinan dan apa jua, saya menyentuh perasaan atau mengguris hati , maka saya merayu dan memohon untuk dimaafkan serta diampunkan kesemua kesilapan dan kesalahan saya. Jauh di lubuk hati saya tidak berniat negatif dan jahat, namun di sebaliknya hanya sekadar mengenengahkan haq dan kebenaran dan mengembalikan kestabilan politik di Perak dan Malaysia.

Kepada pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri dan pusat terima kasih atas kepercayaan mencalunkan saya bagi mewakili Pakatan Rakyat dari PAS. Kepada semua pengundi di Bkt Gantang, Bkt Selambau dan Btg Ai, selamat mengundi dan undilah Pakatan Rakyat. UNDILAH PAS UNTUK SEMUA. VOTE FOR PAS.

Kepada semua petugas parti PAS, DAP dan PKR, terima kasih tidak terhingga. Kepada Bloggers dan media, NGO tempatan dan luar negara, anggota keselamatan Poils dan perisik, terima kasih banyak-banyak! kepada semua penyumbang derma dan tenaga serta masa, selamat berjuang.

Kepada warga Bukit Gantang , selamat mengundi PAS. Hidup Rakyat dan Wasalam.

UNDI PAS...Ingat Undi PAS..!

Mari kita raikan PERAYAAN DEMOKRASI di Bukit Gantang !


Pengundi "swing" kepada Nizar !!!!

PRK BUKIT GANTANG : BN PENING KEPALA PENGUNDI 'SWING' KEPADA NIZAR

POLITIK BARU yang dipelopori oleh PAS pada PRK Bukit Gantang benar-benar memikat hati pengundi Bukit Gantang. Walaupun BN terus menggunakan cara POLITIK LAMA dengan melakukan serangan peribadi, mengugut pengundi, merasuah pengundi, memancing undi dengan projek mee segera, memperkudakan agensi kerajaan, memperkudakan media massa dan sebagainya, pengundi telah sedar dan matang bahawa negara memerlukan stail POLITIK BARU yang menjaminkan kelangsungan bangsa dan negara.


PAS dengan POLITIK BARU tenang menghadapi POLITIK LAMA dan lapuk BN. Sebaliknya PAS dan PR menawarkan pengundi dengan pendekatan baru yang mesra rakyat, cuba memahami masalah rakyat, berkongsi kesusahan kesengsaraan rakyat, menyedarkan rakyat tentang kuasa yang mereka miliki, memahamkan rakyat erti kemerdekaan sebagai rakyat serta juga membentangkan kepada rakyat peri pentingnya negeri Perak dikembalikan kepada PR dengan menjadikan Bukit Gantang sebagai pencetus kesedaran rakyat.

Selain itu rakyat semakin sedar tentang siapakah penderhaka Raja Melayu yang hakiki serta semakin faham bahawa BN merompak dan menafikan hak rakyat yang melantik PR sebagai kerajaan negeri Perak. Semua ini berjaya dilakukan oleh PR menerusi jentera kempen PR yang tersusun, komited, sistematik dan sabar. Di tambah pula dengan calon PR yang hebat, mesra rakyat, teruji, berilmu dan berkarisma maka kerja-kerja ini menjadi semakin mudah.

Menurut maklumat risikan PR kini mendahului BN dengan agak selesa. Ada pendapat menyatakan bahawa 60 % pengundi telah memihak kepada PR sehingga semalam. Dianggarkan PR akan mendapat kira-kira 25,000 undi manakala BN hanya memperolehi kira-kira 18,000 undi. Andaian ini dibuat jika peratusan undi adalah kira-kira 78 %.
Setakat ini dilaporkan kira-kira 49 % pengundi melayu cenderung undi mengundi PAS manakala 70-76 % pengundi Cina dan India akan mengundi PAS.



Rasuah Basikal dan Tabur wang RM400 seorang

BUKIT GANTANG, 6 April - Umno memberi sebuah basikal dan wang berjumlah RM400 kepada semua penduduk di Changkat Jering untuk memastikan penduduk di kawasan itu memberi undi simpati kepada calon mereka.

Perkara tersebut diakui oleh seorang penduduk yang enggan dikenali bahawa semua penduduk telah menerima pemberian daripada Umno.

Dalam perkara yang sama seorang peniaga Cina turut mengakui Umno telah memberi wang sebanyak RM300 kepada orang Melayu manakala orang Cina hanya di beri RM100 setiap seorang.

Beliau yang berniaga di Simpang, Changkat Jering menyelar sikap Umnoyang tidak adil dalam pemberian wang tersebut.

"Masyarakat Cina marah sebab orang Melayu dibagi RM300 tetapi orang Cina hanya diberi RM100. Ini tidak adil kenapa mesti bezakan antara orang Melayu dengan Cina, kita sama-sama rakyat Malaysia," katanya.

Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang turut berkempen di Simpang, Changkat Jering berkata, pemberian wang dan sebagainya daripada Umno-BN itu sudah menjadi amalan biasa parti itu.

Beliau menegaskan, setiap kali pilihan raya sama ada kecil atau pilihan raya umum Umno-BN cuba kelabukan mata rakyat dengan memberi berbagai-bagai bantuan.
Menurut beliau, pengundi Bukit Gantang tidak perlu takut untuk turun mengundi pada hari Selasa, 7 April nanti.

"Pengundi perlu fikir panjang jangan kerana wang RM400 dan sebuah basikal kita sudah menggadaikan prinsip generasi masa hadapan," katanya.

Beliau mengingatkan seluruh pengundi supaya jangan takut untuk memberi kepercayaan kepada calon PAS dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir kerajaan negeri Perak.

"Kita akan berkhidmat dengan lebih baik kerana BN yang telah memerintah selama 51 tahun rakyat di Perak masih lagi ketinggalan untuk menikmati pembangunan," jelas beliau.
Ini dibuktikan tambah beliau, penduduk di Pekan Terong masih ramai yang dhaif kerana selama ini Umno-BN hanya pandai membuat janji ketika kempen pilihan raya tetapi tidak pandai menepati janji.

Bagi petugas PAS beliau berharap supaya dapat terus istiqamah dan sabar menempuh segala provokasi daripada Umno-BN dalam tempoh akhir ini sebelum menjelang hari mengundi.

Beliau berkata melalui sumber mengatakan petugas Umno-BN akan menjatuhkan semua bendera PAS untuk menimbulkan kemarahan kepada penyokong-penyokong PAS.
Katanya, Umno-BN boleh melakukan apa sahaja dan akan menunding jari kepada PAS atau kesalahan tersebut.

Sehubungan itu beliau berharap petugas PAS dapat bersabar dan membanyakkan doa kepada Allah disamping menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara maksiat.


Kejutan Hanya Dibuat Selepas 7 April - DSAI

SUNGAI PETANI - Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih membiarkan rakyat berteka-teki apabila tidak mengumumkan 'kejutan' yang didakwa beliau amat penting dalam ceramahnya sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Anwar berkata, beliau hanya akan mengumumkan perkara itu pada 7 April ini selepas Pakatan menang di tiga pilihan raya kecil termasuk juga di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Ai. "Saya harus menggunakan majlis ini untuk menambah satu pengumuman yang penting. "Kita bincang semalam dan kita tahu, kalau kita bagi pengumuman itu malam ini, risikonya terlalu besar.

"Oleh yang demikian, saya nak tunggu sampai 7 hari bulan (April). "Kita menang di Bukit Selambau, menang di Bukit Gantang, menang di Batang Ai dan kita sambung pengumuman penting kepada rakyat Malaysia semua," katanya di hadapan kira-kira 3,000 orang di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang di sini. Jumaat lalu, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution menyatakan Anwar akan mengumumkan satu kejutan yang didakwa beliau akan memberi ‘nilai tambah’ kepada Pakatan Rakyat dan impak besar kepada pilihanraya kecil tersebut.

Pada majlis itu juga, seramai 6,000 ahli PPP daripada lapan bahagian di Kedah telah meninggalkan parti itu dan menyertai PKR termasuk Naib Presidennya, V. Nadarajan. Tindakan itu didakwa telah menyebabkan lapan bahagian parti itu dibubarkan.

Nadarajan dalam ucapannya berkata, PKR telah memberi nafas baru kepada mereka menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan PPP. Dalam reaksi segera, Pengerusi Perhubungan PPP Kedah, R Daass pula berkata, tidak ada mana-mana ahli yang meninggalkan parti itu kerana pihaknya tidak menerima sebarang surat keluar parti. "Kami tidak menerima sebarang surat.

Mereka boleh dakwa apa yang mereka mahu tetapi sepanjang pengetahuan kami, tidak ada yang meninggalkan parti kerana mereka tidak memulangkan kad keahlian," katanya.

[Nampaknya Anwar Ibrahim masih mahu bermain dengan teka-teki lagi. Apapun rakyat perlu membuktikan kemenangan dalam ketiga-tiga pilihanraya kecil itu jika mahu melihat pengumuman yang lebih besar dibuat oleh mantan TPM itu.

Lucu benar bila Pengerusi PPP Kedah, R.Daass mengatakan tidak ada ahlinya yang meninggalkan parti kerana mereka tidak memulangkan "kad keahlian". Punyalah bangangnya Pengerusi PPP Kedah ini, dia ingat keluar parti macam keluar kolej agaknya. Kena pulang kad matrik dan segala barang-barang berkaitan.

Selama ini ramai juga ahli UMNO yang keluar parti dan tidak pernah memulangkang kad keahlian, sebab itulah jumlah ahli parti itu tidak pernah kurang pada zahirnya. Tetapi hakikatnya ia semakin berkurangan dan terus berkurangan dari sehari ke sehari sebenarnya].

Calon PAS Bukit Gantang antara individu awal saman kerajaan isu PPSMI

[BUKITGANTANG.jpg]
Nizar begitu prihatin dengan kepentingan bahasa dengan mengambil tindakan menyaman kerajaan melalui anaknya yang ketika itu berusia 10 tahun, Mohammad Syawal Nizar.

TIDAK ramai yang tahu, sebelum Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) ditubuhkan, sekaligus membangkitkan ratusan ribu rakyat yang cintakan bahasa 7 Mac lalu, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin adalah pejuang bahasa yang terawal.

Perjuangannya menentang dasar yang dikatakan menghakis bahasa Melayu itu bermula sejak 2006 apabila beliau bertindak menyaman Kementerian Pelajaran Malaysia pada 20 Jan 2006.

Ketika masih ramai yang tidak menyedari kebobrokan dasar tersebut, Nizar begitu prihatin dengan kepentingan bahasa dengan mengambil tindakan menyaman kerajaan melalui anaknya yang ketika itu berusia 10 tahun, Mohammad Syawal Nizar.

Malah, tindakan Nizar itu, jika dilihat pada hari ini cukup 'menampar' Gapena yang pada mulanya begitu bersungguh-sungguh menyatakan hasrat untuk menyaman kerajaan jika meneruskan dasar tersebut.

Bagaimanapun, setelah ratusan ribu rakyat yang cintakan bahasa ibunda dikasari dengan tembakan gas pemedih mata dan 'water cannon', Gapena tidak mampu meneruskan hasrat mereka itu.

Nizar pula, ketika itu bukanlah seorang Menteri Besar seperti sekarang. Beliau hanyalah seorang bapa bersama tiga lagi rakannya yang melihat kepincangan dasar tersebut dan enggan memperjudikan nasib anak-anaknya.

Perjuangan Nizar bukan hanya tindakan saman tersebut. Beliau turut mengedarkan risalah kempen di dan menerangkan kepada ramai pihak tentang keburukan dasar tersebut.

Ranjau perjuangannya turut menerima cemuhan apabila NST ketika itu melalui editoriqlnya mengeluarkan kenyataan "...satu usaha dangkal (besar kepala) untuk menyembunyikan ketidakmampuan mereka untuk menguasai bahasa Inggeris."

Ternyata, dengan cemuhan tersebut Nizar dan tiga rakannya memfailkan saman malu terhadap NST.



Najib Mesti Lakukan Dalam Tempoh 12 Jam Ini Juga!!



Diam tak diam Selasa bakal menemui kita esok. Esok tiga pilihnrya kecil yang penting dalam sejarah demokrasi Malaysia akan berlangsung di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Bermakna ada kira-kira 12 jam lagi untuk BN dan PR berkempen. Dan ada 12 jam lagi untuk Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk membersihkan namanya dari pelbagai skandal yang menjejaskan keyakinan pengundi kepada BN yang selama ini beranggapan ia dipimpin oleh seorang yang 'berkepala busuk'.

Dalam tempoh 12 jam terakhir ini Najib perlu mengambil tindakan segera seperti berikut:

i) Menyaman akhbar Liberation, Perancis yang menyiarkan berita mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya Shaaribu.

ii) Menyaman Ketua bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda yang mendakwa Najib telah mencuba tahun lalu untuk memujuknya melobi dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat) di Perak supaya melompat parti dengan tawaran berjumlah RM50 juta.

iii) Menyaman Raja Petra yang pada bulan Jun tahun lepas menuduh isteri Najib yang bernama Rosmah berada di lokasi pembunuhan ketika Altantuya dibunuh.

iv) Saman Thagarajoo a/l Thangavellu yang telah membuat tuduhan pada bulan Ogos tahun lepas bahawa Najib adalah pengamal ajaran agama Hindu dengan melakukan pelbagai upacara spiritual Hindu di dalam kediamannya.

Ini 12 jam terakhir untuk Najib membersihkan dirinya. Ini 12 jam terakhir Najib bertindak berani sebelum dihukum oleh pengundi. Najib mesti lakukan ini dalam tempoh 12 jam ini juga. Jika dalam tempoh 12 jam ini Najib masih mendiamkan diri, maka ia akan menguatkan andaian umum bahawa segala tuduhan kepada Najib itu adalah benar belaka, tiada yang benar, melainkan benar!


Ceramah TG Nik Aziz di Terong




TRONG : Hampir 10,000 orang telah bertali arus ke kawasan pendalaman di kawasan Batu 8, Trong untuk mendengar ceramah oleh TG Nik Aziz, Speaker Perak Sivakumar dan pimpinan yang lain.


Sivakumar menegaskan bahawa beliau mempunyai hak mutlak untuk memanggil sidang dun perak walaupun dibawah pokok kerana penggunaan dewan telah dihalang.

"Apakah dinding, atap dan lantai lebih penting daripada menjalankan tanggungjawab untuk meneruskan sidang dun?" tanyanya kepada hadirin.





Kenyataan Ustaz Ahmad Awang Pesuruhjaya PAS negeri Perak pula, memberi tamparan yang hebat buat UMNO.

Beliau memberi pandangan bahawa masyarakat seharusnya menolak Barisan Nasional (BN) kerana pemimpin-pemimpin BN adalah pembohong dan sering menabur fitnah kepada rakyat serta pakatan rakyat.

Beliau mengulas lagi bahawa Umno sudah kering ideal untuk menipu rakyat sehinggakan mereka membincangkan isu derhaka kepada calon pakatan rakyat iaitu Dato' Seri Ir Nizar Nizar Jamaludin.

Mengenai kes umno merampas kuasa dengan cara menggunakan politik kotor terhadap kerajaan pakatan rakyat di negeri Perak,terdapat beberapa hakim yang tetap memutuskan bahawa Nizar masih lagi menteri besar yang sah jika dirujuk kepada perlembagaan undang-undang negara.Beliau menambah lagi, UMNO sebenarnya telah mempermainkan undang-undang negara bahkan mereka telah melanggar tuntutan falsafah negara yang ketiga iaitu keluhuran undang-undang.



Mohd Sayuti Omar (msomelayu.blogspot.com) juga kelihatan dihadapan pentas untuk mengulas ceramah yang disampaikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat.



Dalam pada itu,Ahli Parlimen Gopeng Lee Boon Chye yang turut juga berucap semalam menyebut sekalipun orang Cina adalah bukan Islam,namun kami tetap menyokong Dato' Seri Nizar kerana beliau adalah seorang Muslim yang adil dan jujur.

Kepimpinan beliau tidak setanding dengan Najib atau calon BN di Bukit Gantang.Keadilan yang dilaksanakan oleh beliau ketika memerintah selama 11 bulan tidak pernah berbelah bahagi.

Pemimpin seperti ini jarang sekali ditemui di kalangan pemimpin BN.Selama memerintah Perak,Nizar telah membela kemiskinan rakyat China yang hidup dalam kemiskinan untuk memiliki tanah sendiri,dalam masa yang sama beliau turut membantu sekolah-sekolah agama rakyat dan memberikan tanah bagi memperluaskan sekolah-sekolah tersebut.

Inilah tindakan adil yang dilakukan oleh Nizar,bahkan Kelantan yang dipimpin oleh Tuan Guru Nik Aziz telah dahulu melaksanakan perkara ini dalam membantu kemiskinan orang-orang Cina di Kelantan.

Sebagai ahli parlimen yang berpandangan jauh, beliau berpendapat tindakan seperti ini sangat bijak kerana ianya menguntungkan rakyat dan kerajaan.
Beliau begitu kesal dengan politik BN yang hanya mementingkan poket sendiri tanpa melakukan perubahan kepada rakyat sekalipun setelah 50 tahun merdeka.

Dalam membincangkan tentang rang kekal yang dimainkan oleh BN, beliau menyebut dengan jelas bahawa rang kekal buka dari DAP,tetapi ianya wujud dari hasil kesepakatan parti Pakatan Rakyat dalam menifesto yang sudah diputuskan sejak dahulu.

DAP banyak mempelajari selok-belok cara pemerintahan yang betul daripada PAS dan PKR.


Pada akhir ucapannya,beliau mencabar Najib,sekiranya Perdana Menteri baru itu begitu berbesar hati membebaskan tahanan ISA, beliau sepatutnya menutup kem kemunting ini dan juga membebaskan media untuk berbicara secara telus.


Beliau mewakili rakyat Cina secara ikhlas menyatakan bahawa pimpinan PAS tetap dihormati oleh masyarakat muslim dan bukan muslim di Malaysia dan ini adalah satu kehebatan yang ada pada PAS.





Seperti biasa, TG Nik Aziz tidak lari daripada memberikan kiasan diantara kehidupan makhluk didunia ini (manusia) dengan Maha Pencipta yang menentukan segala-galanya.


Baik melayu, cina dan india kesemuanya menikmati nikmat dari Allah Taala secara saksama. Udara, hujan dan panas matahari dirasai oleh semua. Kejadian manusia juga yang bermula daripada Adam membuktikan bahawa melayu, cina dan india adalah daripada satu.

Oleh yang demikian, cogankata Najib 'Satu Malaysia' adalah satu benda yang lama. Sesuatu yang telah lama diamalkan oleh Pakatan Rakyat.


Rakyat juga dinasihatkan agar tidak terjerat dan tertipu dengan 'kebaikan' yang ditunjukkan Najib dengan membebaskan tahanan ISA kerana kesemua Perdana Menteri yang baru dilantik akan membuat suatu 'pembaharuan' yang menonjolkan seolah-olah kerajaan yang akan dipimpin adalah satu kerajaan yang adil.


Doa tokguru agar kemenangan berpihak kepada Pas agar Islam dapat ditegakkan dan keadilan yang dilaksanakan kepada semua.



Gambar Calon Pilihan BN: Harap Semua Pengundi Dapat Menilainya

Calon BN P59 Bukit Gantang

Bagi mereka yang masih belum mengenali calon Umno/BN bagi P059 Bukit Gantang….Inilah wajah yang akan menjadi wakil anda sekiranya beliau memenangi pilihanraya kecil ini.




Bukit Gantang - Sketsa anak-anak ayam di Bukit Gantang !

Rezeki melimpah ruah buat penduduk Bukit Gantang. Alhamdulillah ! Bukan mudah rezeki 'terpijak' diberi kerajaan. Alhamdulillah..lagi ! Selain dapat anak-anak ayam (sekotak) seorang, dapat pikul makanan ayam lagi. + Sangkar ayam. PERCUMA ! Syukur..Alhamdulillah. Cuma yang belum dapat reban ayam. Sangkar ayam dah dapat !

Dedak ayam seguni seorang! Bagus untuk makanan anak-anak ayam. Eh..kalau jual pun bagus, ada 20 kilo tu..kalau kali RM3.80..RM76 hinggit. Konpius betul gua..!

Dalam kotak tu ada 30 ekor anak-anak ayam. Kalau tak mati, 2 bulan lagi gua jual kat Pekan Bukit Gantang, konpem gua boleh dapat RM300 hinggit. Lumayan tu..!

Kain batik ka kain kapan ? Eh...celupar plak gua pepagi ni ! Syukur Alhamdulillah..kain batik laa bukan murah...kalau bungkus plastik putih macam tu..kurang2 kat bazaar Taiping mau kena hentak RM25 hinggit. Lu hepi..gua pun hepi..! Undi PAS..!

Sabar..sabar..semua mesti lapat ini ayam maa..! Ini ayam bebas selsema bulung punya maa..! Tengok ? manyak lagi maa..haiyaah...wa datang 2 loli maa..semua PLEEE..maaa ! Tapi Undi kasi PAS lorr !



BUKIT SELAMBAU ; CERAMAH PR DIHALANG POLIS KERANA SEBUT NAMA NAJIB

Ceramah yang berlangsung di Bilik Gerakan Utama Taman Tengku Aminah Bukit Selambau yang di hadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat telah di ganggu oleh sepasukan anggota polis yang bertindak memberhentikan ceramah berkenaan beralasankan tidak boleh menyebut nama Najib Razak.

Ceramah yang dihadiri lebih kurang 3,000 penyokong Pakatan Rakyat pada awalnya berjalan lancar sehinggalah diganggu oleh pihak polis selepas penceramah pertama, YB Zuraida, Ahli Parlimen Ampang habis menyampaikan ceramahnya. Seorang anggota polis cawangan khas telah cuba menhentikan ceramah berkenaan dengan alasan tiada permit.

Namun setelah dibuktikan oleh pihak urisetia bahawa ceramah tersebut mempunyai permit barulah dibenar untuk diteruskan.

Orangramai semakin bertambah sehingga jumlah kehadiran mencecah 5,000 orang swaktu YB Yaakob Sapari (ADUN Kota Anggerik) yang juga exco Kedah menyampaikan ceramahnya.

Ia diikuti dengan ceramah Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang mana ceramahnya mula diganggu oleh pemuda-pemuda MIC yang pejabatnya terletk lebih kurang 30 km di sebelah tempat ceramah.

Giliran R.Tangam kemudiannya menyampaikan ceramahnya yang menyentuh Datuk Seri Najib. Sebaik sahaja beliau tamat, sekumpulan 30 orang anggota polis telah menghalang program itu diteruskan dan meminta supaya diberhentikan yng menyebabkan timbul kekecohan.

Hasil perbincangan bersama YB Gobalakrishnan dan YB Sim, pihak urusetia bersetuju untuk menghentikan program sekalipun dibantah oleh orangramai. Orang ramai menjadi hairan mengapa pihak menganggu dan menghentikan program ceramah kempen pilihanraya Pakatan Rakyat berkenaan tanpa alasan yang menasabah.

Pihak Polis Serbu Bilik Gerakan PKR Bukit Selambau









Sikap penyayang Nizar.

MENYAYANGI KANAK-KANAK...Inilah perwatakan calon Pakatan Rakyat dari PAS ini. Kemana sahaja dia pergi, jika berjumpa dengan bayi atau kanak-kanak dia akan mengangkat, mendokongnya dan menciumnya. Nizar membuat perkara ini tanpa mengira bangsa kanak-kanak itu..Melayu, Cina atau India, semuanya disayangi beliau. Gambar ini diambil di satu majlis yang diadakan di Taman Mewar, Kamunting Stesen 5 April lepas.



BUKIT GANTANG : SPRM TAKUT SIASAT NAJIB


Petisyen Bantahan Terhadap Najib Sebagai PM

SEHINGGA kini, tiada sebarang tindakan diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Timbalan Perdana Menteri ekoran Akuan Bersumpah yang dibuat oleh Ketua Bahagian KeADILan Ipoh Barat, Fauzi Muda.

Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin telah membuat laporan kepada SPRM pada 3 Februari lalu bertempat di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Dalam laporan tersebut, Dato' Seri Najib Tun Razak didakwa cuba menyogok Adun Pakatan Rakyat Perak supaya melompat parti.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohd mendesak agar SPRM segera menyiasat Presiden Umno itu yang didakwanya telah menyalahgunakan kuasa dan mengamalkan rasuah untuk memastikan BN berjaya menubuhkan kerajaan di Perak.

Bagaimanapun, Speaker Dun Perak dan beberapa Adun Pakatan Rakyat pula yang minat disiasat oleh badan itu berbanding cabaran dan dakwaan Fauzi yang dianggap serius. Mohamad Noor kesal, sikap acuh tak acuh SPRM menyiasat individu penting negara dan ini boleh dianggap sebagai tidak telus dan berkepentingan.

Pada 2 Februari lalu, Ketua Bahagian KeADILan Ipoh Barat, Fauzi Muda mendakwa bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak tahun lalu telah mencuba untuk memujuknya supaya melobi dua ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat di Perak supaya melompat parti.

Fauzi mendakwa, telah ditawar sejumlah RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti.

Fauzi turut mendakwa baru-baru ini ditawarkan pula RM5 juta untuk dirinya serta RM5 juta seorang untuk mendapatkan keduadua Exco kerajaan Negeri Perak daripada PKR iaitu Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) supaya melompat parti.

Beliau mendakwa kononnya BN turut berjanji akan menggugurkan tuduhan rasuah ke atas Mohd Osman dan Jamaluddin iaitu dakwaan menerima rasuah berhubung kelulusan permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta di Sri Iskandar, Perak Tengah.Perbicaraan kes rasuah mereka akan didengar di Mahkamah Sesyen di ditangguhkan.

Fauzi mendakwa BN turut berjanji bahawa Jamaluddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Koperasi, Pertanian dan Perladangan serta Mohd Osman, yang juga Pengerusi Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan, akan dikekalkan sebagai Exco negeri jika BN memerintah semula di Perak.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .