Ikuti Blog ini

BUKIT SELAMBAU ; CERAMAH PR DIHALANG POLIS KERANA SEBUT NAMA NAJIB

Ceramah yang berlangsung di Bilik Gerakan Utama Taman Tengku Aminah Bukit Selambau yang di hadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat telah di ganggu oleh sepasukan anggota polis yang bertindak memberhentikan ceramah berkenaan beralasankan tidak boleh menyebut nama Najib Razak.

Ceramah yang dihadiri lebih kurang 3,000 penyokong Pakatan Rakyat pada awalnya berjalan lancar sehinggalah diganggu oleh pihak polis selepas penceramah pertama, YB Zuraida, Ahli Parlimen Ampang habis menyampaikan ceramahnya. Seorang anggota polis cawangan khas telah cuba menhentikan ceramah berkenaan dengan alasan tiada permit.

Namun setelah dibuktikan oleh pihak urisetia bahawa ceramah tersebut mempunyai permit barulah dibenar untuk diteruskan.

Orangramai semakin bertambah sehingga jumlah kehadiran mencecah 5,000 orang swaktu YB Yaakob Sapari (ADUN Kota Anggerik) yang juga exco Kedah menyampaikan ceramahnya.

Ia diikuti dengan ceramah Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang mana ceramahnya mula diganggu oleh pemuda-pemuda MIC yang pejabatnya terletk lebih kurang 30 km di sebelah tempat ceramah.

Giliran R.Tangam kemudiannya menyampaikan ceramahnya yang menyentuh Datuk Seri Najib. Sebaik sahaja beliau tamat, sekumpulan 30 orang anggota polis telah menghalang program itu diteruskan dan meminta supaya diberhentikan yng menyebabkan timbul kekecohan.

Hasil perbincangan bersama YB Gobalakrishnan dan YB Sim, pihak urusetia bersetuju untuk menghentikan program sekalipun dibantah oleh orangramai. Orang ramai menjadi hairan mengapa pihak menganggu dan menghentikan program ceramah kempen pilihanraya Pakatan Rakyat berkenaan tanpa alasan yang menasabah.

Pihak Polis Serbu Bilik Gerakan PKR Bukit Selambau









Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .