Beliau berkata, ia berbeza dengan proses pembelajaran di negara Singapura, dimana pelajar yang mendapat E-Book tidak lagi membawa buku teks ke sekolah.
"saya nak sebut, waris-waris saya dapat E-Book (tetapi) tidak gunakan E-Book untuk belajar. (Ia) berbeza dengan (pemerintah) Singapura (yang) bagi E-Book kepada rakyat,
"rakyat di Singapura dapat E-Book, (mereka) tidak bawa lagi buku teks, semua mata pelajaran, semua guna E-Book, (sebaliknya) yang kita ini guna E-Book (hanya) nak tengok internet saja,
"belajar matematik (dan matapelajaran lain) masih guna papan putih ataupun papan hitam,"ujarnya sebagai ahli Panel dalam program Kempen Siber, pengalaman di Asia Barat, yang diadakan di Pekan Manir, dekat sini, 29 April.
Beliau turut mendedahkan, E-Book yang diberikan kepada para pelajar tahun lima sekolah rendah itu, mengalami kerosakkan selepas 2 tahun digunakan.
Lebih malang lagi, katanya, apabila komputer tersebut rosak, ia tidak dapat diperbaiki, kerana tidak ada pihak yang boleh membaik pulih.
Katanya, pemberian E-Book, bukanlah 'tidak elok' tetapi belum sampai masanya lagi kepada pelajar di negeri Terengganu untuk menggunakan E-book.
Oleh kerana itu, menurutnya, berlaku perkara-perkara yang tidak diingin dikalangan pelajar yang diberikan E-Book tersebut.
"maknanya saya nak katakan disini E-Book bukanya tidak elok, tetapi masalahnya masyarakat kita belum sampai lagi boleh guna E-Book, (bila) diberikan kepada budak-budak berlaku (lah) perkara yang tidak baik dan tidak diingini,"jelasnya. -BO