Tepat jam 2.00 petang tadi SPR Selangor di Kompleks PKNS Shah Alam telah diserbu oleh pembantah-pembantah dari DUN dan Parlimen Negeri Selangor.
RDPT atau Rang Daftar Pemilih suku tahun 1/2011 yang mula di pamirkan pada 28 hb April 2011 dan berakhir pada 4hb May 2011 ini menampakkan kelemahan ketara yang dilakukan oleh SPR menyebabkan kemungkinan ribuan bantahan akan dibuat keatas SPR.
Para pembantah pada kali ini nampaknya sudah benar-benar bersedia dengan bukti yang kukuh bahawa ada terlalu ramai pengundi yang didaftarkan bukan merupakan pemastautin tetap di sesuatu Daerah Mengundi.
Terdapat juga kes dimana jumlah pengundi dari luar yang pindah mengundi ditempat baru sungguh luar biasa jumlahnya.
Pada hari ini sahaja sebanyak hampir 500 bantahan telah dibuat di SPR. Kota Raja sendiri untuk hari ini telah membantah sebanyak 99 nama pengundi yang baru yang mencurigakan telah didaftarkan oleh SPR dalam RDPT ini.
Esok merupakan hari terakhir bantahan dan adalah dijangkan ribuan bantahan akan dihartar esok kepada SPR Selangor.
JPrK PAS Kawasan seluruh Selangor diminta meneruskan semakan kepada RDPT pada malam ini dan jika terdapat asas yang kukuh untuk membuat bantahan mesti dilakukan pada esok hari iaitu hari terakhir bantahan ini. Selepas tarikh ini SPR akan menutup pintu penerimaan bantahan ini.
Selain bantahan bagi PPS pula boleh membuat tuntutan kepada mana-mana bakal pengundi yang telah didaftarkan mulai 1 Januari hingga 31hb Mac 2011, tetapi tiada dalam RDPT ini.
Turut kelihatan pagi ini di SPR Selangor ialah Ahli Parlimen Shah Alam YB Hj Khalid Samad yang menghantar lebih 1400 senarai nama pengundi yang tidak lengkap kepada pegawai SPR untuk tindakan.
Manakala YB Dr Siti Mariah akan menghantar bantahan beliau kepada Pengarah SPR Selangor esok 4hb Mei 2011 jam 9.00 pagi.
Untuk maklumat pada RDPT suku tahun 4/2010 PAS Kawasan Kota Raja telah menang 3 kes bantahan ini dari 6 kes yang yang dibantah pada ketika itu.
Lakukan sesuatu kerana kita mahu penyertaan kita dalam PRU 13 nanti dalam suasana yang sihat.
Sementara itu petang semalam bertempat di Taman Lembayung Shah Alam, YDP Kota Raja En Jaafar Samsuddin dan YB Shuhaimi ADUN Sri Muda telah mengadakan sidang media berkaitan pemindahan untuk kemasukkan luar biasa pengundi ke dun Sri Muda khususnya. Sinar Harian hari ini ada mengeluarkan berita ini.
Sementara itu petang semalam bertempat di Taman Lembayung Shah Alam, YDP Kota Raja En Jaafar Samsuddin dan YB Shuhaimi ADUN Sri Muda telah mengadakan sidang media berkaitan pemindahan untuk kemasukkan luar biasa pengundi ke dun Sri Muda khususnya. Sinar Harian hari ini ada mengeluarkan berita ini.
Penulis ialah Ketua Urusan Pemilih (UPP) Jentera Pilihanraya PAS (JPrK) Kota Raja.