Ikuti Blog ini

KISAH PELIK TETAPI BENAR


BUKAN NIAT NAK MENGAIBKAN TETAPI SEKADAR MEMBERI PENCERAHAN MINDA MENCERITAKAN KISAH YANG BENAR.

TGNA mengimamkan solat jenazah arwah Zaidi Mohamad @ Zaidi Buluh Perindu, antara pendikir terkenal di Kelantan, yang meninggal pagi tadi.

Arwah dipercayai meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.

Semasa hidupnya cukup kuat mengutuk dan caci cerca TGNA dalam setiap persembahannya.

Tapi TGNA tidak ambil pusing itu semua..Sanggup mengimamkan solat jenazahnya.

Jiwa dan hati Omakkau cukup tersentuh...SUBHANALLAH!!!

Inilah Wajah Wajah Pejuang Pakatan Rakyat..Yang Besederhana. Tidak ada dalam TV pun..


DSAI ..menjalani seperti  kehidupan orang biasa.. walaupun dah top



Tuan Guru Nik Aziz bersederhana ..dalam kehidupan seharian

Mohamad Sabu Tertidur Di Mahkamah sebentar..sementara menunggu Hakim

  Yb Salehuddin Terlelap sementara tunggu masa berceramah

 YB. Salehudin  Melawat kawasan


Ini Tak payah di perkenalkan lagi.. kehidupan memang bermewah mewah..sebb anak PM Dulu [ Tun razak ]

Terbaru!! Jambatan Di Putrajaya Runtuh..


Satu kejadian jambatan runtuh baru sahaja berlaku sebentar tadi di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2.

Sila guna laluan alternatif lain seperti keluar melalui persimpangan Saujana Putra sebelum memasuki Lebuhraya Lembah Kelang Selatan, SKVE untuk ke Putrajaya/Cyberjaya.

Anda boleh juga merujuk peta oleh PLUS yang digunapakai ketika kerja-kerja pembinaan jambatan Putrajaya Link dilakukan. ~ondscene


Bersih 1: Tian Chua, Mat Sabu & Unit Amal Bebas, Gobala Sangkut!



Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu (Mat Sabu) dan Naib Presiden PKR Tian Chua daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram semasa Bersih 1.0 pada November 2007.

Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah Datuk Jagjit Singh Bant Singh dalam keputusannya berkata, kedua-dua tertu berjaya menimbulkan keraguan munasabah semasa memberikan keterangan berhubung insiden di hadapan Istana Negara.

Namun, ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan disabitkan kesalahan kerana gagal timbulkan keraguan munasabah.

“Keterangan yang diberikan (Gobalakrishnan) hanya penafian kosong semata-mata dan beliau tak ingat perkara yang berlaku pada hari tersebut,”
kata Jagjit.

Berikutan itu, Gobalakrishnan dan seorang lagi penyokong Bersih, Muhd Harith Shahbudin Fatillah didapati bersalah kerana tidak mengikut arahan polis supaya bersurai dan dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara tak melebihi setahun.

Sementara itu Jagjit dalam hujahnya berkata, pihaknya bersetuju dengan keterangan bahawa Tian Chua (SD8) dan Mat Sabu (SD10) pada hari terbabit hanya berjalan kaki ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang diPertuan Agong (YDPA).


Malah, semasa kejadian mereka tidak dihalang polis untuk menyerahkan memorandum.

“Mereka berada dalam himpunan di hadapan Istana yang tidak dihalang polis sebaliknya polis bagi mereka masa untuk serahkan memorandum.

“Tujuannya bukan untuk memudaratkan, maka saya berpendapat kedua-dua tertuduh telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah tehadap kes pendakwaan,” kata Jagjit.

Unit Amal tidak bersalah

Hakim turut menerima hujah lima tertuduh lain yang bertugas sebagai Unit Amal pada hari itu tidak menyertai himpunan tersebut, tetapi hanya bertugas menjaga keselamatan peserta dan mengutip sampah.

Keputusan itu sekaligus membebaskan mereka daripada hukuman penjara maksimum enam tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali, seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967.

“Kami bersyukur dan berterima kasih atas sokongan rakyat.


“Saya berpendapat sebarang kes yang melibatkan himpunan yang tidak bersenjata perlu digugurkan.

“Peguam Negera perlu pertimbang semula untuk tarik balik kes perhimpunan aman yang berdasarkan Akta Polis terdahulu kerana sekarang sudah ada Akta Perhimpunan 2012,” kata Mat Sabu ketika ditemui pemberita di luar mahkamah.

Sementara itu, Tian Chua berkata kemenangan ini membuktikan perjuangan rakyat menuntut pilihan raya yang adil dan bebas sejak enam tahun lalu bukanlah perkara yang sia-sia.

“Terbukti perjuangan Bersih sejak dulu tetap relevan dan kita akan teruskan sehingga matlamat memulihkan sistem pilihan raya terlaksana,” katanya.

Mat Sabu, Tian Chua, Gobalakrishnan bersama 14 penyokong Bersih lain dituduh menyertai perhimpunan haram berkenaan yang dianjurkan (Bersih di beberapa tempat, termasuk di perkarangan Masjid Negara, Jalan Istana Baru, Jalan Raja Laut dan berdekatan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman antara 1 tengah hari dan 4 petang pada 10 November, 2007.

Mereka diwakili peguam Haris Abdullah dan Tian Chua diwakili peguam Jason Tay. -FMT

Selepas Dikritik Hebat Salleh Yaacob Mahu Bersara Dari Dunia Hiburan

KUALA LUMPUR: Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan untuk bersara dari dunia hiburan.

Pengumuman itu dibuat disaat beliau dikritik hebat oleh peminat dan juga pihak penyokong politik ekoran tersebarnya video pendek lakonannya dalam siri video Bangkang dari Longkang di Youtube sejak beberapa hari lalu.

"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya yang dipetik Utusan Malaysia semalam.

Dalam video pendek tersebut, Salih membawa watak seorang wakil rakyat dan seorang pembantu yang dilakonkan oleh rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.

Dalam dialognya Salih dan Nabil didakwa secara sinis dilihat mempersendakan Pakatan Rakyat kononya tidak menunaikan janji di empat buah negeri.

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

Harakahdaily sebelum ini turut melaporkan laman Facebook Sinar FM turut dihujani kritikan peminat yang kecewa dengan tindakan Salih dan Nabil itu.

Boleh dikatakan di setiap status yang dinaikkan di laman rasmi radio itu, terus menerima komen-komen negatif daripada pendengar mereka termasuk menyerang Salleh Yaakob sendiri.

Isu kritikan dan boikot ini bukan kali pertama malah sebuah rangkain restoran ikan bakar tekemuka juga pernah menerima nasib sama apabila secara terbuka menganjurkan tarian punggung di hadapan rumah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Datuk Ambiga Sreenevasan.


Video yang membabitkan Salleh yang dikritik hebat penyokong PR :

[GAMBAR MELETUP!] Sidang Tergempar Lembu-lembu Di Bilik Gerakan BN



Ada sidang tergempar agaknya di Bilik Gerakan UPU padang Landak Terengganu beberapa hari lepas. Sungguh pandai lembu-lembu itu memilh tempat untuk buat persidangan.

Tetapi menurut caption gambar yang dimuat naik ke laman sosial facebook, lebih menarik lagi, ia dikatakan sekumpulan Ahli-ahli umno/BN (NFC) sedang tekun bermusyuarat di markas UPU Padang Landak tersebut... hehehe

dan dengar khabar ada "resolusi" dari sidang tergempar tersebut:



klik untuk lebih jelas

Manifesto Pakatan Rakyat PRU13

YB Zailah terkejut ada rumah macam ini kat Johor

Nisa Pontian


PONTIAN tempat kelahiran Datuk Ahmad Maslan, bagaimanapun ia tersimpan satu perkara pelik yang tidak terfikir oleh sesiapa. Itulah Darul UMNO Johor. Saksikan gambar2nya.

YB Zailah macam tidak percaya, masih ada rumah yang senget nak rebah ke bumi di Johor. Kat Pontian pulak tu. YB kata, kalau kat Kelantan rumah cam ni dah lama tak ada. Sebab, terus dibaiki.
Gambar dirakam ketika rombongan YB bersama PAS DUN Benut mengadakan lawatan sekitar Kg Nelayan dan Sri Tanjung Benut.

 

Pencerobohan Lahad Datu hanya sandiwara – bekas Laksamana TLDM



KUALA LUMPUR 26 FEB: Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid tidak menolak kemungkinan pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara.

“Ini kes yang dirancang. Saya tak percaya TLDM tak efisien. Kita ada bot laju, CB90 (combat boat) Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas.

“Ini semua untuk manfaat politik. Sama macam Al-Maunah. Tak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory.

“Fikir punya fikir, macam sandiwara,” katanya kepada Keadilan Daily.

Imran berkata, perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.

“Kita ada ‘Operasi Pasir Laut’ antara tentera dan polis. Tak malukah tentera sudah jaga, orang lain boleh masuk?” katanya.

Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ops Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri.
 
Antara peralatan canggih ditempatkan sepanjang ‘laluan panas’ ialah 12 radar dengan kemampuan mengesan pergerakan kapal mahupun bot kecil pada jarak 100 kilometer.

Kawasan seliaan MAB meliputi 22 pulau dan 11 pesisiran pantai sepanjang 1,577 kilometer dari Tawau hingga Kudat.

Pandangan itu turut dipersetujui bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

“Ikut senario, ia mungkin satu perancangan. Ada kemungkinan ia direka-reka. Walaupun tak boleh buat spekulasi, saya boleh beri jawapan jika ada di sana,” katanya.

Lebih 100 lelaki dari selatan Filipina berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh ke Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu.

Polis pada 17 Februari membuat kenyataan untuk mengusir pulang ke negara asal penceroboh yang dikepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Pada 23 Februari, Wisma Putra bersetuju dengan permohonan kerajaan Filipina yang meminta tangguhan proses masa pengusiran kumpulan penceroboh berkenaan. -KD

TG Nik Aziz aset terbesar Pakatan - Anwar

(Pemimpin utama PAS, PKR dan DAP di Konvensyen Pakatan Rakyat ke - 4 hari ini)

SHAH ALAM: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan rekod kepimpinan yang ditunjukkan Tuan Guru Datuk Nik Aziz selama 22 tahun di Kelantan adalah aset terbesar Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya.

Bagi beliau, intergriti dan good governance yang ditunjukkan Tuan Guru Nik Aziz selama 22 tahun mentadbir Kelantan membuktikan kehebatan kepimpinan yang ada pada Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan di Konvensyen Pakatan Rakyat ke 4 di Pusat Konvensyen Shah Alam tengahari tadi.

Kata Anwar, tidak ada mana-mana pemimpin di rantau sebelah sini yang boleh mengatasi kehebatan Tuan Guru Nik Aziz dari segi intergritinya.

Anwar juga berkata, Pakatan Rakyat juga berbangga dengan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Guan Eng hebat dari segi kecekapan dan ketelusan yang ditunjukkan oleh kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin beliau.

"Beliau juga sanggup mengaku kelemahannya untuk memahami keperluan Melayu Pulau Pinang.

"Selepas kita beritahu, dia telah memperuntukkan setengah bilion ringgit (RM500 juta) untuk perumahan di Pulau Pinang," kata Anwar.

Anwar juga berkata, Pakatan Rakyat sangat berbangga dengan kehebatan yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Dengan perancangan yang dibuat oleh Khalid, lihatlah apa yang dikecapi oleh rakyat Selangor sekarang," kata Anwar dalam ucapannya memuji kehebatan Khalid dalam membangunkan ekonomi Selangor. -Hrkh

[HOT] Risikan Tentera, Polis Yakin Pakatan Menang, Rangka Pelan Keamanan


Tentera dan polis yakin Pakatan Rakyat akan menang pada Pilihan Raya Umum ke 13, kata Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

“Risikan dari tentera dan polis mengatakan bahawa mereka yakin Pakatan akan menang.

“Mereka juga merangka rancangan bagaimana untuk menjaga keamanan negara,” kata bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat itu.

Beliau berucap demikian depan hampir 2,000 perwakilan pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.

Ghafir berkata, peralihan kuasa nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan seperti yang didakwa Umno BN.

“Saya percaya tidak akan ada revolusi yang akan terjadi kerana rakyat kita adalah rakyat yang berbudaya,” kata Ghafir.

“Saya juga ingin memberi jaminan bahawa angkatan tentera kita adalah profesional dan taat kepada Yang DiPertuan Agong.

“Sekiranya pemimpin-pemimpin Pakatan dipanggil mengangkat sumpah untuk membentuk kerajaan, saya yakin angkatan tentera akan berada di belakang pimpinan ini,” ujarnya disambut tepukan gemuruh.

Dalam pada itu, beliau menyokong penuh Manifesto Pakatan Rakyat yang disifatnya terbukti menjamin keadilan untuk rakyat.

“Tahniah kepada pimpinan Pakatan kerana berjaya hasilkan manifesto terbaik untuk mengangkat martabat rakyat khususnya rakyat miskin.

“Ia ternyata bukan sekadar retorik, tapi ada implikasinya,” kata Ghafir. -KD

Berita Memalukan Ini Di Sorokkan Oleh Media Pencacai Umno BN.. Saksikanlah!!


Kunjugan Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sabah pada 23hb Februari 2013 yang lalu telah mendapat kejutan maut sambil dimalukan oleh penduduk DUN Nabawan Parlimen Pensiangan, Sabah.

Apabila beberapa sepanduk menuntut janji-janji yang pernah ditaburkan oleh Kerajaan UMNO/BN kepada rakyat Sabah masih belum tertunai lagi.

Keberanian yang ditonjolkan oleh penduduk Sabah secara terbuka, tegas dan berani ini amat mengejutkan sekali.

Senario sebegini belum pernah terjadi apabila pembesar negara membuat kunjungan maupun lawatan rasmi ke Sabah sebagai tanda rasa hormat yang amat tinggi.

Tetapi itu semua sudah menjadi sejarah. Rakyat Sabah kini sudah mula bangkit mau melakukan perubahan. Rakyat Sabah sudah muak dan bosan sampai nak muntah dengan segala janji-janji manis UMNO/BN.

Rakyat Sabah pun dah sedar yang janji-janji manis yang ditabur UMNO/BN langsung tidak boleh dipercayai.

KEPERCAYAAN SIFAR ! Sabah kini jelas bukan lagi deposit kekal tetap UMNO/BN pada PRU 13 nanti.

Perubahan besar bakal melanda politik Sabah sehingga tempiasnya mengenai tubuh Putrajaya.. Ins'y Allah.
INI KALI LAH TUKAR..JOM UBAH.. SELAMATKAN MALAYSIA. ~omakkau

Pakatan buktikan perpaduan, tolak perkauman -TG Hadi


SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Pakatan Rakyat telah membuktikan perpaduan dan muafakat yang erat walaupun kadang-kadang berbeza pendapat.

"Kita buktikan perpaduan walaupun bertelingkah, berdebat, boleh berbalah, tetapi kacau gula, kopi dan teh tidak memecahkan cawan itu," katanya yang diikuti tepukan gemuruh lebih 1,500 perwakilan yang memenuhi dewan SACC.

Bagaimanapun beliau mengingatkan agar Pakatan Rakyat memelihara perpaduan yang dibina selama ini kerana parti lawan sedia untuk mengambil kesempatan.

"PAS, DAP dan PKR bergaduh, yang kenyang BN," katanya.

Abdul Hadi juga, turut menegaskan lima perkara yang menjadi harapan rakyat di mana Pakatan Rakyat mesti melaksanakannya.

Lima perkara tersebut, perpaduan masyarakat majmuk, adil terhadap semua, demokrasi hak rakyat sebenar, kehebatan perlembagaan dan undang-undang yang adil dan kerajaan yang bersih.

"Inilah harapan rakyat, kita perlu sedar dan faham lima perkara ini yang menjadi harapan rakyat," katanya ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat.

Jelas Abdul Hadi, semua kaum yang ada di Malaysia telah menerima hakikat masyarakat majmuk melalui Pakatan Rakyat yang telah diterjemahkan melalui PRU-12 pada 2008 lalu.

"Apabila orang Melayu Islam yang kuat PAS boleh mengundi calon DAP dan PKR dari kalangan bukan Islam. Apabila orang kuat DAP dan berbagai kaum dan agama boleh undi calon PAS dan PKR dari kalangan Melayu Islam. Mereka sedia mengalahkan calon dari bangsa mereka sendiri," katanya.

Senario ini, katanya, Pakatan Rakyat telah berjaya memecahkan fanatik perkauman yang dihidupkan oleh BN selama ini, sudah dianggap tidak relevan lagi.

"Kita terima berbagai kaum satu adunan yang baik, pelbagai budaya dan pengalaman disatukan. Kita boleh bina kekuatan Pakatan Rakyat dengan satukan berbagai kaum di atas konsep dalam perlembagaan yang tak mampu dibuat oleh BN,"katanya. -Hrkh

Ustaz Azhar Idrus bersama Baby beliau dan sekitar gambar ceramah di Gopeng, Perak


UAI bersama babynya di Salah sebuah Pusat Membeli belah..

Subhanallah.. Beginilah susana di sekitar Masjid Jame Gopeng, Perak semalam
Iaitu sedang menunggu azan magrib. Dan Kuliah Maghrib oleh UAI selepas itu. 
Sebelum azan pun orang telah ramai. Semasa solat lagilah ramai. Sampai ada yang sola
Kuliyah jenputan Ustaz Azhatr Idrus -di Masjid lama Gopeng, Perak malam tadi..23/2/2013





Semua yang menghadiri  kuliah UAI, teruja dengan cara penyampaian beliau  menyampaikan kuliah..di Gopeng. 
  
Nukilan ABu Luqman

Bingkisan saya kepada Mufti – Tuan Guru Nik Aziz


Agak kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Sohibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan. Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap PAS lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Saya mengira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik. Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera. Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau.

Saya pohon kepada Mufti Perak, agar berhati-hati di dalam membuat ulasan. Hari ini maklumat boleh diakses dengan mudah, sebarang ulasan berkenaan kenyataan saya dan pemimpin PAS yang lain khususnya eloklah dirujuk kepada sumbernya yang sahih. Rakaman ucapan saya yang didakwa menyifatkan penerima bantuan sebagai 'haiwan' juga sudah disiarkan dengan meluas, mustahil pejabat mufti Perak berhalangan untuk mendapatkannya.

Adakah dalam rakaman tersebut saya menyifatkan penerima bantuan sebagai haiwan? Tentu sekali tidak. Bahkan saya selama ini menggalakkan rakyat Kelantan yang layak menerima bantuan untuk beramai-ramai mengambil bantuan yang diberikan. Ini kerana wang yang diberikan tentu sekali bukan wang UMNO/Barisan Nasional tetapi wang kerajaan dan milik rakyat. Namun mengambil kesempatan daripada majlis pembahagian bantuan seperti ini untuk menyampaikan dakyah ideologi kepartian ialah satu perbuatan yang terkutuk.

PAS juga dituduh berkerat rotan dengan UMNO. Kenyataan begini sebenarnya berpunca daripada jahil sejarah. Rujuklah sejarah politik negara, bukankah PAS pernah menyertai Barisan Nasional? Apabila PAS berada dalam Barisan Nasional, UMNO pula mengambil pendirian untuk menendang PAS keluar kerana 'cemburu buta'. Saya ingin ulangi, bukan PAS yang keluar daripada Barisan Nasional tetapi  UMNO yang membuat ketetapan untuk menendang PAS keluar. Inilah yang termaktub di dalam ucapan Allahyarham Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977.

Justeru, Tan Sri Mufti Perak wajar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Jika perkataan sebegini keluar dari mulut saya, agaknya berbulan-bulan ia akan diratib tanpa henti oleh media massa. Pesan saya kepada Tan Sri Mufti Perak, janganlah melampau-lampau sangat menunjukkan sokongan kepada UMNO/Barisan Nasional. Jika ditakdirkan nanti UMNO tersemban dalam pilihanraya, saya bimbang ada individu yang mencari makan dengan UMNO terkial-kial kelemasan mencari pelampung!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Kuala Lumpur.
13 Rabiul Akhir 1434H bersamaan 24 Februari 2013M




BUKTI BERGAMBAR KEBENARAN KATA-KATA TGNA, BAGAIMANA UMNO LAYAN RAKYAT SEUMPAMA HAIWAN DALAM PEMBERIAN BR1M.!!!!!


BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA BAGAIMANA UMNO/BN JADIKAN RAKYAT DALAM PEMBERIAN BR1M UMPAMA HAIWAN.

"BN jadikan rakyat umpama haiwan"  ertinya Kerajaan UMNO/BN dibawah pimpinan Najib Razak cuba nak ambil dan tawan hati rakyat agar menyokong dan memberikan undi kepada UMNO/BN pada PRU 13 akan datang ini saling tak tumpah sebiji seketul macam layan haiwan ketika memberikan BR1M.

Menurut TGNA, seharusnya sebagai pemimpin negara mereka perlu diberikan ilmu dan bukannya wang ringgit atau kebendaan.

Lebih menyedihkan ada warga yang pengsan kerana tunggu beratur panjang.

Ada lokasi seperti di Johor Bahru berebut, tolak menolak berlaku hingga terpaksa pihak polis dan Rela masuk campur meredakan keadaan.

Yang jadi mangsanya ialah warga yang miskin dan berpendapatan rendah rata-rata berumur 50 tahun keatas.

Mengapa perlu suruh rakyat beratur panjang selepas mendengar celoteh yang karut marut dari pemimpin UMNO/BN sebelum nak ambil voucher RM500?

Bukankah pada borang permohonan BR1M ada diminta no akaun bank?

Mengapa tidak disalurkan terus kedalam akaun penerima yang dikategorikan layak?

Bukankah ini memberi maksud jua yang UMNO cuba nak layan penerima BR1M macam haiwan..Seperti menabur dedak kepada ayam untuk pujuk dan kemudianya cekup terus sembelih?

Dimana silap dan salahnya kata-kata kiasan yang dihujahkan oleh Mursyidul Am PAS, TGNA, ini?
-Omak Kau!!!
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .