Ikuti Blog ini

Husam & 2 Puteri UMNO..Bila Susah UMNO Tiada?

 

Pertama: PUTRAJAYA - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengucapkan takziah kepada keluarga Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia II (Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim yang meninggal dunia akibat ditembak pagi semalam.

"Saya ucap takziah kepada keluarga Allahyarham, saya juga telah hadir ke masjid, saya telah solat jenazah dan telah hantar jenazah ke tanah perkuburan," katanya pada ceramah anjuran Pas di sini, malam ini.

Bagaimanapun, beliau berkata semasa proses pengurusan jenazah Shaharuddin sehingga pengebumian tidak terdapat seorang menteri pun yang turun memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Beliau juga percaya kematian Shaharuddin berkaitan dengan tugasan dan tanggungjawab yang dilakukan arwah demi negara.

"Saya yakin operasi-operasi yang diuruskan beliau menjadi salah satu sebab beliau ditembak di Putrajaya, sebuah kota yang canggih. "Saya juga syak CCTV tidak dapat 'cam' penjenayah itu," katanya lagi. Shaharuddin meninggal dunia akibat terkena tiga das tembakan berhampiran lampu isyarat ibu pejabat polis, di Persint 8, Putrajaya.

Dalam pada itu, Husam yang juga calon kerusi Putrajaya menggesa pihak penguat kuasa dan kerajaan segera mengambil tindakan. Katanya, jika penjenayah itu gagal ditangkap, ia akan menimbulkan kebimbangan kepada pengundi khususnya warga Putrajaya.

"Kita harap kerajaan dapat bertindak segera sebelum pilihan raya umum ini," katanya lagi.


 
Calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa mengiringi jenazah bekas Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak pagi semalam sehingga ke tanah perkuburan.

Kedua: Lihat gambar di atas sekali.. Rakaman gambar yang dikirim kepada (Blog) Omak Kau memberitahu ada (kemalangan) jalanraya berlaku melibatkan 2 buah motosikal yang ditunggangi oleh dua Puteri UMNO. Datang membantu segera ialah para petugas PKR yang kebetulan berada dekat situ sedangkan petugas UMNO masih tidak nampak muka.

Kawan ketawa ramai kawan untuk sama menangis sukar nak jumpa... Sekarang baru tahu siapa kawan siapa lawan..Kawan boleh jadi lawan ... lawan boleh menjadi kawan. Ini dinamakan politik dinamika..politik tolak fahaman sempit...politik berhemah bukannya politik lucah...

Politik guna otak bukan pakai otot. Kesimpulan: Sebagai sutu pengajaran, UNDILAH PAS 5 Mei ini...

Saksikan video yang buat UMNO bertambah sakit hati pada TGNA


Impian Tok Pa Mahu Jadi MB Kelantan Berkecai

KOTA BHARU: Biar pun sesetengah tempat di bandar Kota Bharu tenggelam dengan poster dacing, namun lonjakkan semangat 1990 dilihat seperti berulang semula di Kelantan. 
Kehadiran orang ramai pada setiap ceramah yang diadakan di seluruh Kelantan begitu mengujakan sekali. Malah ceramah di kawasan kubu Umno iaitu Jeli dan Gua Musang juga memberi petunjuk luar biasa. 
Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, berdasar kepada perkembangan sekarang, situasi yang berlaku pada 1990 seperti mahu berulang kembali. 
“Ketika itu rakyat Kelantan mencatat satu sejarah dalam politik negara yang tidak pernah dipecah rekod di negeri-negeri lain. 
“PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah yang dianggotai Berjasa, HAMIM dan Semangat 46 memberi pukulan hebat kepada Umno-BN di Kelantan di mana tiada satu pun dimenangi mereka ketika itu,” katanya pada ceramah di UPU Telipot, Dun Bunut Payong malam tadi. 
Beliau yang juga calon parlimen Kota Bharu berkata, pada pilihan raya umum kali ini rakyat Malaysia di seluruh negara juga memperlihatkan semangat yang luar biasa. 
Menurutnya di Segamat, Johor semalam dilaporkan tidak kurang 25,000 datang mendengar ceramah Pakatan Rakyat. 
“Di Gelang Patah yang mana Lim Kit Siang berdepan Datuk Ghani Othman lebih 30,000 orang keluar memberikan sokongan kepada calon Pakatan,” ujarnya. 
Kata beliau situasi serupa juga berlaku di Negeri Sembilan, Perak, Perlis dan boleh dikatakan di seluruh negara. Kita yakin sejarah politik Malaysia akan tercipta lagi. 
Hadir sama calon PAS Dun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat dan Presiden Kekal, Zulkapli Yaacob. 
Sementara itu dalam perkembangan lain Takiyuddin yang anggota Exco kerajaan negeri menolak dakwaan Ketua Umno Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Salleh yang mendakwa kerajaan negeri hanya meluluskan 300 daripada 1,000 unit projek perumahan 1Malaysia di Wakaf Mek Zainab. 
Sebelum ini Fatmi yang juga calon BN di Kota Bharu mendakwa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) hanya meluluskan 300 daripada 1,000 unit projek perumahan berkenaan. 
“Sehingga ke hari ini belum ada apa-apa permohonan daripada pihak berkenaan diajukan kepada MPKB BRI. Jadi bagaimana beliau boleh dakwa hanya 300 unit yang dilulus,” katanya. 
Projek perumahan itu yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kampung Baru raja Udang, Wakaf Mek Zainab pada Mac lalu. 
Takiyuddin juga berkata, sejak 1990 sehingga sekarang kerajaan pusat langsung tidak membantu Kelantan membina projek awam kos rendah sebagaimana diberi kepada negeri-negeri lain. ~harakahdaily

[VIDEO & GAMBAR] Saksikan Puluhan Ribu Hadiri Ceramah Husam Di Putrajaya Malam Tadi



Putrajaya: Puluhan ribu menyertai ceramah yang dihadiri oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Presint 3 malam ini.

Turut memberikan ucapan adalah calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa.

Tengaharinya, belum selesai TG Nik Aziz menunaikan solat sunatnya, sudah penoh orang ramai yang mengelilingi beliau untuk bersalam.

TG Nik Aziz sampai ke KLIA pagi. Paginya beliau makan pagi bersama dengan warga Putrajaya di sebuah kentin pejabat di sana.

Pada sebelah tengaharinya, beliau menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan atau lebih dikenali Masjid Besi Putrajaya.

Di sanalah beliau Datuk Husam Musa, calon PAS diserbu oleh orang ramai yang ingin bersalam. 















TunM bimbang Adnan hilang deposit..

Putrajaya goyah: Akhirnya Mahathir terpaksa turun padang

PUTRAJAYA: Setelah menyaksikan bagaimana laungan takbir mengegarkan Masjid Besi Putrajaya dan sambutan menggerunkan di Presint 3 terhadap kehadiran Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya terpaksa turun ke padang malam ini untuk menyelamatkan Putrajaya.
Putrajaya, yang selama ini digempar-gempurkan sebagai kubu paling selamat untuk Barisan Nasional, di mana Timbalan Presiden BN Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin bahawa calon PAS Datuk Husam Musa bakal kehilangan deposit kini goyah.
Sambutan menggerunkan pada setiap program Husam sudah memberikan signal yang cukup jelas bahawa Umno di dalam bahaya di Putrajaya.

Jika tidak, perlukah Mahathir datang berkempen di Putrajaya? Ada banyak lagi kawasan yang perlu dihadiri Mahathir untuk berkempen, tapi beliau terpaksa meluangkan masa malam ini untuk membuat ceramah perdana bertajuk “Pertahankan Putrajaya.”

Malam ini, Mahathir akan berceramah jam 8 malam di Bilik Gerakan PDM Metropolitan, Presint 9, Putrajaya.

Makluman itu dimuatkan di Facebook beliau.

Semalam, sumber Umno memberitahu Harakahdaily bahawa Mahathir dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak akan turun ke Putrajaya kerana keadaan di situ kini berpihak kepada Husam.

“Kan semalam saya dah kata Mahathir akan turun ke Putrajaya. Selepas ini Najib pula. Ini indikator yang saya kata semalam, nyawa Umno-BN tinggal 9 hari sahaja lagi. Ini kali-lah,” kata beliau kepada Harakahdaily sambil ketawa.

“Tak sangka. Akhirnya saya juga terkena gelombang menyebut Ini-Kalilah,” tambahnya.

Menjawab persoalan Harakahdaily semalam, mengapa Umno harus gelabah di Putrajaya sedangkan itu kubu kuat mereka, sumber Umno itu menyatakan kerana mood di ceramah Husam sungguh memberi inspirasi ke arah perubahan.

“Sesiapa saja hadir akan terpukau dan akan tergerak hatinya untuk mengundi PAS dan Pakatan Rakyat kali ini,” katanya lagi.

Sumber Umno itu turut menyatakan bahawa pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir bakal bertandang ke Putrajaya tidak lama lagi untuk menyelamatkan calon mereka Setiausaha Agong Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Muhyiddin dah turun ke Putrajaya dan terus serang Husam. Selepas ini Najib dan Mahathir akan datang menyerang Husam, itulah indikator Putrajaya dah goyang,” katanya.

Apa yang dikatakan sumber Umno itu kini menjadi kenyataan dengan bertandangnya Mahathir ke Putrajaya dengan ceramah bertajuk ‘Pertahankan Putrajaya.’
“Kubu kuat dah kena pertahan. Itu petanda apa dari Mahathir? Gelabah,” tambah sumber Umno itu lagi.
Harakahdaily,     27 Apr 2013

Ceramah Husam dan TG Nik Aziz di Putrajaya

Ceramah Teuku Adnan Teuku Mansor - juga nampak hijau, rumput...

Abang Kepada Calon BN Sertai PAS Di Perak



Markas PAS Sungai Bayor Selama telah melakar satu sejarah politik dimusim PRU13 apabila Saudara Noor Ghani bin Mohd Yusof 57, abang kandung kepada calon BN bagi N05 DUN Selama Datuk Daud bin Yusof dengan rasmi menyertai PAS disini.

Majlis yang dihadiri oleh penduduk sekitar Sungai Bayor yang mencecah 1000 orang penyokong Pakatan Rakatan dihadiri oleh Datuk Fauzi Shaari calon Parlimen Larut,Ust Akmal Kamaruddin calon DUN Selama dan beberapa pimpinan PAS serta Pakatan Rakyat.

Sebagai simbolik penyertaan Sdr Noor Ghani ke-dalam PAS, bendera UMNO dan BN digulung oleh beliau dihadapan hadirin yang hadir kemudian disambut dengan laungan Takbir..!!!

"Semalam Najib ke sini dan mantan Ketua Cawangan PAS Sungai Bayor Zanian kembali kepangkuan UMNO... dan hari ini PAS Sungai Bayor di DUN Selama mendapat berita amat gembira sekali, yang mana abang kepada calon BN disini menyertai PAS" - Ujar Datuk Fauzi Calon PAS Parlimen Larut. -orangni



Pemuda India turut hadir memberi sokongan


Datuk Fauzi disambut pemuda India Selama


Rasmi: Penyerahan borang PAS oleh abang kepada calon BN Selama


PAS Cawangan Sungai Bayor meraikan Sdr Ghani menyertai PAS


Takbir..!!! Ust Akmal dan Datuk Fauzi bersama penyokong Pakatan Rakyat meraikan penyertaan Sdr Ghani


Aksi Sdr Ghani :Bendera UMNO BN digulung tanda meninggalkan parti tersebut


Berdoa sebelum majlis bersejarah selesai

Zahid Hamidi Dan Hishamuddin, Dua Menteri Yang Wajib Ditumbangkan!

Jika sekarang ini rakyat hanya memikirkan untuk menumbangkan BN dan mengakhiri era pemerintahannya yang sudah menjangkau usia 56 tahun, sebenarnya terdapat juga beberapa menteri yang seharusnya ditunjukkan jalan keluar yang keluar yang sama seperti yang mahu dilakukan kepada BN itu.

Sehingga ini sekurang-kurangnya dua menteri yang tidak bertanggungjawab yang  hanya memikirkan manfaat politik di sebalik keselamatan dan kedaulatan negara serta kehilangan nyawa orang lain iaitu, Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan dan Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri, dilihat wajar diberi pengajaran oleh pengundi di kawasan masing-masing dalam pilihanraya ini.

Sebagai rakyat dan pembayar cukai, ramai yang kecewa dengan kenyataan mereka sehari dua ini yang seolah-olah tidak dapat membezakan tugas antara pemimpin politik dengan menteri yang bertanggungjawab terhadap kedaulatan serta keselamatan negara serta rakyat seluruhnya.

Dan cara terbaik untuk mengelakkan mereka ini tiada lagi di persada politik negara ialah dengan pengundi Bagan Datoh dan Semberong menolak mereka dalam pilihanraya ini.

Zahid bukan saja mengeluarkan kenyataan mengenai kematian 35 penceroboh Sulu yang kononnya ditembak mati oleh tentera Filipina tetapi juga mengeluarkan kenyataan mengenai 3 pemimpin pembangkang Malaysia yang didakwanya menjadi dalang dalam kejadian pencerobohan di Lahad Datu. Mengenai kematian 35 penceroboh itu, ia bukan saja tidak dapat disahkan oleh tentera Filipina tetapi jika benar pun kejadian itu betul sebagaimana yang didakwa Zahid diperolehinya melalui maklumat risikan, biarlah pihak Filipina atau Menteri Pertahanan Filipina yang mengeluarkan kenyataan mengenainya, bukannya beliau.

Zahid juga mendakwa 35 yang ditembak mati itu kerana mahu menimbulkan kekacauan dalam pilihanraya di negara ini. Soalnya, sejauh mana tepatnya maklumat ini dan bolehkah dipercayai dengan jumlah 35 orang itu mampu menimbulkan kekacauan dalam pilihanraya Malaysia?

Ternampak bahawa Zahid cuba menjadikan isu keselamatan dan kedaulatan negara sebagai modal politik untuk kepentingan UMNO dan BN. Sebagai menteri pertahanan, tindakan ini amat tidak matang dan diluar  perilaku yang berwibawa sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab mengenai pertahanan dan kedaulatan negara.

Zahid juga kemudiannya mendedahkan tiga orang pemimpin pembangkang negara ini yang didakwanya terlibat sebagai dalang dalam isu pencerobohan di Lahad Datu tetapi berkata hanya akan mendedahkan dan mengambil tindakan selepas pilihanraya untuk mengelakkan dituduh sebagai bermain politik.

Hello! Menteri Pertahanan, sekali lagi soal keselamatan dan kedaulatan negara tidak harus dikaitkan dengan politik dan pilihanraya dan jika benar cukup bukti mereka yang terlibat, tindakan harus diambil tidak kira sebelum atau selepas pilihanraya.

Dengan membuat tuduhan 3 pemimpin pembangkang menjadi dalang dan membayang tindakan hanya akan diambil selepas pilihanraya, jelas Zahid cuba bermain politik dan mahu rakyat menolak pembangkang dalam pilihanraya 5 Mei depan ini.

Sambil berkata tidak mahu dituduh bermain politik, Zahidlah yang sedang bermain politik sebenarnya.

Hishammuddin pula, ketika mengulas pelbagai kejadian jenayah yang sedang berlaku sekarang dan yang terbaru melibatkan kejadian seorang timbalan pengarah kastam ditembak mati, berkata  lebih banyak usaha akan dilakukan oleh kerajaan untuk memerangi jenayah jika BN terus diberi mandat dalam pilihanraya ini.

Nampaknya sama seperti Zahid,  Hishamuddin juga cuba bermain dan mengaut keuntungan politik disebalik isu keselamatan dan  kehilangan nyawa orang lain. Soal keselamatan dan membanteras jenayah tiada kena-mengenai dengan pilihanraya dan mandat baru kerana ia sepatutnya merupakan usaha berterusan yang harus dilakukan oleh belkau sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai perkara itu.

Lagi pula, bukankah rakyat sudah memberi mandat selama 56 tahun kepada BN dan apakah relevannya kaitan mandat baru dengan peningkatan kadar jenayah. Apakah hanya setelah menang pilihanraya, baru usaha mencegah jenayah mahu dilakukan?

Sebagai Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin juga nampaknya keliru antara tugasnya sebagai menteri dan pemimpin UMNO. Jawatan menteri inginkan diUMNOkannya dan  UMNO pula ingin dimenterikannya.

Hishamuddin juga dipertikaikan banyak pihak dalam beberapa isu keselamatan sebelum ini dan dilihat sebagai menteri yang kurang berwibawa serta lebih gemar memberi amaran saja. Beliau tidak saja dipertikaikan rakyat, malah pemimpin UMNO sendiri tidak segan-segan melabelnya dengan pelbagai gelaran yang tidak baik.

Kedua-dua menteri ini terlihat tidak cukup wibawa menguruskan soal keselamatan, pertahanan dan kedaulatan negara, sebaliknya hanya ingin mempolitikkan semua perkara.

Jika sebelum ini ramai yang gembira bila Rais Yatim digugurkan sebagai calon dan bakal mengakhiri tugas menterinya tidak lama lagi, rakyat juga pastinya gembira jika tidak lagi mempunyai menteri seperti Zahid Hamidi dan Hishamuddin selepas ini. Kedua mereka ini sering memperlekeh jawatan menteri yang disandang yang seharusnya untuk manfaat seluruh rakyat, sebaliknya lebih ghairah mencari laba politik disebaliknya.

Sebagaimana era BN harus diakhiri untuk digantikan dengan kerajaan baru yang lebih diyakini, kedua-dua menteri ini juga tidak seharusnya dipanjangkan lagi nyawa politiknya. Seperti BN yang perlu diakhiri dengan menewaskannya di peti undi pada 5 Mei ini, kedua mereka ini juga perlu ditumbangkan di kawasan masing-masing iaitu Bagan Datoh dan Semberong..

Zahid dengan kemenangan hanya 2000 lebih undi dalam pilihanraya lalu, manakala Hishamuddin pula lebih 11,000 undi tetapi dalam suasana penolakan rakyat sekarang, menumbangkan mereka bukanlah sesuatu yang mustahil. Jika BN pun diusahakan untuk ditumbangkan, apalah sangat dua pemimpin itu. Tambahan pula dengan kegagalan sebagai menteri yang sedangkan disandang sekarang, menewaskan mereka ini merupakan sumbangan yang tidak ternilai kepada negara. Dan mudah-mudahan juga ada pahala.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .