Ikuti Blog ini

Makcik Felda tau ka berita PANAS neh...


UMNO tolak hudud sebelum PAS kerjasama dengan DAP.

Kepada orang Melayu, Umno berkata PAS ialah kuda tunggangan DAP. Kepada orang Cina pula, MCA berkata DAP ialah kuda tunggangan PAS.

Inilah politik tidak beretika dimana amalannya ialah 'lain kenyataan kepada lain kaum' dengan tujuan untuk memperdayakan semua lapisan masyarakat. Strategi ini juga boleh digelar sebagai 'strategi pecah dan perintah' supaya masyarakat jangan bersatu untuk menolak BN.

Dalam pilihanraya umum tahun 1999, ramai orang Melayu telah menolak BN tetapi undi Cina dan undi dari masyarakat India telah menyelamatkan BN.

Hakikatnya, Umno telah menjadi kuda tunggangan MCA dan pada pilihanraya umum tahun 2008, undi Melayu telah menyelamatkan MCA ketika MCA telah ditolak oleh masyarakat Cina. Jika bukan kerana undi Melayu pada masa itu, MCA pun telah dikuburkan. Umno juga memerlukan undi Cina untuk membantunya mengekalkan kuasa seperti yang telah berlaku pada tahun 1999.

Isu kuda tunggangan ini dibangkitkan oleh BN padahal BN yang pandai menggunakan kuda tunggangan.

Bagi pihak Pakatan Rakyat (PR) pula, para pemimpin dan penyokongnya akan sama-sama menunggang kuda ke Putrajaya. Sudah tidak jauh lagi, hanya tinggal 50km sahaja ke pintu gerbang utama. Kuda pun masih penuh bertenaga. Dijangka kita akan tiba pada awal bulan April 2013 yang diharap akan menjadi tarikh yang bersejarah nanti.

Semoga Tuhan akan mengurniakan kepada kita kebijaksanaan dan kekuatan yang diperlukan untuk mengatasi segala cabaran dalam usaha kita melawan kezaliman.

TGNA berangkat ke Mekah mengerjakan umrah


Assalamualaikum.....^^

Salam Ukhuwah.

Tuan Guru Nik Aziz Tunai Umrah...

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertolak ke tanah suci Makkah hari ini untuk menunaikan umrah.

Turut mengiringi ialah isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, Setiausaha Sulit Khas, Che Rosdi Abdullah, anaknya Nik Omar serta lain-lain seramai 10 orang lagi.

Beliau berlepas ke Kuala Lumpur jam 7.55 malam tadi.

Tuan Guru yang disambut oleh orang ramai di Lapangan Terang Sultan Ismail Petra, tersenyum ceria sebaik tiba dari rumahnya.

Che Rosdi memberitahu rombongan mereka dijangka pulang ke tanah air pada 19 Febuari ini.

“Semoga kami selamat menunaikan ibadat umrah dan selamat pulang,” ujarnya ketika ditemui.-



Belajar hormati keilmuan orang lain. Setidak-tidaknya jangan hina beliau 
Takbir!-adios

Tolong la, jangan gelakkan Awie...

Penyanyi Awie ketuai kempen banteras maksiat

Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) hari ini mengambil inisiatif menubuhkan pusat media bagi membantu pihak berkuasa membanteras gejala sosial di Pulau Pinang.

? Timbalan Presidennya Azhar Othman atau penyanyi dan pelakon terkenal Awie berkata menerusi pusat media berkenaan, pertubuhan itu akan membongkar aktiviti tidak bermoral seperti kegiatan lumba haram, aktiviti perjudian tidak berlesen dan maksiat.

Katanya maklumat termasuk bukti bergambar mengenai kegiatan tidak sihat itu akan disalur kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya.

"Kita juga merancang untuk mewujudkan radio Internet tidak lama lagi bertujuan mendidik masyarakat menjadi warga negara yang mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian serta sayang kepada bangsa, agama dan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat media itu di Jalan Terengganu di Georgetown hari ini.

Awie berharap pusat media Pertiga berupaya menjadi medium yang dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya bekerjasama dengan kerajaan bagi mewujudkan persekitaran selamat serta bebas dari gejala negatif itu.

"Setakat ini skuad media kita terdiri daripada 20 orang 'cybertroopers' dan mereka akan mengumpul bahan mengenai kegiatan salah laku masyarakat untuk disiarkan dalam laman web rasmi dan facebook Pertiga," katanya.

Beliau berkata Pertiga memiliki lebih 60,000 ahli di seluruh negara dan pihaknya telah melancarkan skuad media seumpama itu di beberapa negeri lain seperti Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Perak dan Sarawak. - Bernama


Terbahak-bahak syaitan dan iblis membaca berita di atas kerana tugasnya kini telah diambil-alih.

Dah lah ilmu ugama kurang, buat pula maksiat dengan menubuhkan kelab malam, kemudian nak jadi hero banteras kegiatan maksiat! -GB

Gangnam Style: Tak Logik Penaja Habiskan RM2 juta Tapi Sorok Identiti


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengkritik kerajaan Umno BN kerana merahsiakan penaja artis antarabangsa dari Korea Selatan, Psy yang menelan kos hingga RM 2 juta

“Siapakah penaja yang sanggup bayar RM 2 juta tetapi merahsiakan? Bukankah penaja sepatutnya mahu tajaan mereka diketahui bagi mempromosi khidmat atau barangan mereka

“Inilah kali pertama dalam dunia penaja buang duit tetapi mahu merahsiakan,” kata Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin dipetik daripada blognya, hari ini

Beliau juga mempersoal tindakan Umno Pulau Pinang sebelum ini mengkritik dan mempertikaikan aktiviti anjuran Kerajaan Pulau Pinang tetapi bersetuju dengan pembaziran itu

“Adakah Umno Pulau Pinang bersetuju membawa artis Korea dengan RM 2 juta untuk menyanyikan satu lagu?” Laporan berita sebelum ini mendakwa Umno-BN membelanjakan RM 2 juta hanya untuk membawa “Psy” mempersembahkan lagu “Gangnam Style” di program rumah terbuka Tahun Baru Cina Kerajaan Persekutuan di Georgetown, Pulau Pinang

Akan tetapi, tujuan Umno-BN untuk meraih populariti daripada persembahan tersebut gagal dan menjadi buah mulut pelayar internet semasa Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan persembahan “Psy” kepada hadirin

“Apabila ditanya adakah yang hadir bersedia untuk Psy, semua serentak mengatakan ‘Ya’,” kata Badrul Hisham

“… Malangnya apabila dia mengambil kesempatan dengan bertanya adakah bersedia untuk BN? Majoriti yang hadir menjawab ‘Tidak’”

Rakyat tidak berselera lagi dengan Umno


Kalau kita menganggap isu Deepak dan Perdana Menteri serta isterinya ini secara ringan, ia merupakan satu isu yang sangat seronok dijadikan kajian semua kerana Deepak sudah jadikan isu ini sebagai satu isu politik besar untuk negara. Deepak bukannya seorang ahli politik tetapi apa yang dilakukan ke atas beliau oleh Rosmah dan suaminya Najib itu secara terus menjadikan Deepak menjadi orang penting dalam politik negara sekarang ini.
Secara terus terang Deepak mahukan Najib bersara dan digantikan dengan Muhyiddin Yassin untuk membina imej baru bagi BN sebelum pilihanraya kita tiba. Tetapi oleh kerana Deepak menjadi isu politik sekarang ini maka Deepak seolah-olah menjadi orang penting dalam politik atasan yang melibatkan Najib dan Muhyiddin. Isu Deepak dan Rosmah Mansor serta Najib ini diandaikan dilakukan oleh pihak pembangkang tetapi lama kelamaan ia menunjukkan kecenderungan yang isu ini datang dan diperbesarkan oleh UMNO sendiri dan yang menjadi ‘suspect’ nya ialah Muhyiddin Yassin sendiri.

Deepak mula merasakan jemu dan marah terhadap Najib dan isteri apabila beliau merasakan tertipu dengan segala urusan perniagaan beliau sehinggakan beliau mendapatkan kerugian besar. Isu ini telah diketahui umum dan ruang terlalu sempit untuk dimuatkan dalam posting ini. Orang ramai memahami keadaan yang menimpa Deepak apabila beliau diperguna oleh Najib dan isterinya ke tahap optima untuk menutup kejahatan yang dilakukan oleh Najib dan isteri.

Deepak telah menulis surat terbuka kepada Dr Mahathir yang beliau anggap mempunyai sama keturunan itu kerana saranan Dr Mahathir agar Najib hanya membiarkan dan tidak melayan tuduhan Deepak yang bermacam-macam terhadap Najib. Deepak bertanyakan jika Dr Mahathir berada di dalam situasi beliau apa yang Dr Mahathir akan lakukan dan lain-lain lagi. Deepak merasa tersentuh dengan komen Dr Mahathir itu kerana sememangnya Mahathir merupakan seorang yang terlalu biasa mengambil kesempatan di atas keadaan seperti sekarang ini.

Tidak ada siapa yang menyalahkan Deepak dalam isu ini kerana imej Najib itu sememangnya tidak mengejutkan jika perkara seperti yang dialami oleh Deepak itu dilakukan oleh Najib terhadap sesiapa termasuk Deepak.

Tetapi apa yang tidak betulnya Deepak memberikan ulasan politik dan beliau terjun dalam politik yang beliau tidak memahami latar belakangnya sekarang ini. Bagaimana Deepak boleh memberikan pandangan yang Najib mesti berhenti dan digantikan dengan Muhyiddin? Apakah Deepak sudah terlalu yakin yang Muhyiddin boleh memperbaiki imej parti sedangkan tiada siapa yang ada di dalam barisan majlis tertinggi parti UMNO itu layak untuk mengambil alih kepimpinan Najib.

Bagi pandangan saya dan ramai yang lain jika Muhyiddin menjadi pengganti kepada Najib elok dicadangkan supaya kekalkan Najib sahaja kerana Muhyiddin tidak mampu untuk membawa perbezaan dengan tadbiran dan politik Najib. Jauh sekali jika Najib digantikan dengan tiga orang Naib Presiden parti itu kerana mereka tidak mempunyai sisik untuk menjadi pemimpin utama negara.

Pendeknya Muhyiddin serta kesemua Naib-Naib Presiden UMNO tidak mempunyai kelayakan untuk mengambil alih kepimpinan Najib walau seburuk mana pun tahap kepimpinan Najib. Ini di sebabkan kerana semua mereka yang duduk di dalam Majlis Tertinggi itu merupakan mereka yang datang dari acuan yang sama sahaja. Jika Muhyiddin mengambil alih mungkin yang beruntung hanyalah Dr Mahathir kerana itu kehendak beliau sebenarnya. Mahathir tidak ada perasaan sayang kepada partinya dan apa yang beliau mahu hanyalah keuntungan untuk diri beliau dan kroni beliau semata-mata. Beliau hanya mahu dilihat sebagi orang penting dalam segala-galanya.

Saya bukan mengatakan yang Najib itu layak dan berkepimpinan. Malahan itulah sebabnya rakyat menolak UMNO dan BN sekarang ini. Yang saya katakan ialah tiada siapa yang ada di dalam Majlis Tertinggi UMNO sekarang ini termasuk Najib akan mampu mempertahankan arus perubahan yang sedang berlaku di kalangan rakyat dan Pakatan Rakyat akan menjadi pilihan rakyat dalam pilihanraya ini.

Pandangan ini tentu tidak akan diterima oleh penyokong membuta tuli UMNO atau pun Najib tetapi hakikatnya UMNO akan tumpas dengan kepimpinan yang ada sekarang ini. Blog ini telah berulang kali manyatakan yang rakyat tidak menghormati barisan kepimpinan UMNO itu lagi dan parti itu akan menjadi parti tunggal yang akan memenangi sedikit kerusi dalam BN di Semenanjung ini. Ia akan menjadikan BN itu UMNO, UMNO itu BN. Itu shaja. Parti-parti komponen yang lain boleh di anggap tiada lagi selepas pilihanraya nanti.

Saya memberikan reaksi ini kerana saya hanya mempunyai satu keyakinan. UMNO sudah begitu terlewat untuk memperbaiki diri kerana parti itu dikuasai oleh mereka yang tamak haloba yang sanggup melihat parti itu jatuh bergelimpangan dalam pilihanraya kali ini.

Pihak pembangkang dan penyokong-penyokongnya wajar berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana beliau (Mahathir) telah lama melakukan kerja yang akhirnya memusnahkan parti yang ditubuhkan oleh beliau sendiri itu. Sehingga ke saat ini Mahathir masih lagi melakukan kerja yang membinasakan parti itu sehinggakan UMNO sudah tidak dikenali lagi oleh rakyat termasuk ahli-ahlinya sendiri.
Rakyat lebih mengenali Pakatan Rakyat. - aspanalias
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .