Ikuti Blog ini

Puzi Ghazali & Firdaus Sharuddin Ejen UMNO???



Nama : Firdauz Sharudin.

Pekerjaan / Jawatan : Pegawai Khas ADUN Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi.

Lain-lain butir diri : Tiada.

Status keahlian dalam parti politik : Tidak diketahui.

Mula dikenali selepas muncul pada sidang media yang sepatutnya dihadiri oleh ADUN Behrang dan mengaku sebagai Pegawai Khas ADUN Behrang.

Setelah cuba mendapatkan info berkaitan id Firdaus Sharuddin daripada berbagai pihak baik dari pihak PKR Perak, kakitangan SUK Perak, ternyata setakat ini tiada siapa yang mengenali Firdaus dan tiada siapa juga yang dapat mengesahkan bahawa Firdaus Sharuddin adalah Pegawai Khas ADUN Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi.

Nama : Puzi Ghazali.

Pekerjaan / Jawatan : Pegawai Khas ADUN Changkat Jering - Osman Mohd Jailu.

Lain-lain butir diri : Tiada.

Status keahlian dalam parti politik : Tidak diketahui.

Mula dikenali selepas muncul pada sidang media yang sepatutnya dihadiri oleh ADUN Changkat Jering dan mengaku sebagai Pegawai Khas ADUN Changkat Jering.

Setelah cuba mendapatkan info berkaitan id Puzi Ghazali daripada berbagai pihak baik dari pihak PKR Perak, kakitangan SUK Perak, ternyata setakat ini tiada siapa yang mengenali Puzi dan tiada siapa juga yang dapat mengesahkan bahawa Puzi Ghazali adalah Pegawai Khas ADUN Changkat Jering - Osman Mohd Jailu.

Siapa sebenarnya depa 2 orang ni?

Jom kita siasat...!!!

SPR bertindak di luar perlembagaan - Pengerusi DAP

SPR telah bertindak di luar perlembagaan dalam keputusannya tidak mahu mengiktiraf notis makluman kekosongan yang disampaikan oleh Sivakumar.

SPR telah bertindak di luar perlembagaan dalam keputusannya tidak mahu mengiktiraf notis makluman kekosongan yang disampaikan oleh Sivakumar.Sebagaimana dijelaskan oleh bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, fungsi SPR ialah bertindak selaras dengan notis pemakluman rasmi Speaker Perak mengenai kekosongan yang wujud dan mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari- Lim Kit Siang

Speaker boleh cabar, DAP beri SPR 48 jam

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil pendirian terbuka jika Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mahu mencabar keputusan SPR yang memutuskan tidak wujud kekosongan bagi kerusi Behrang dan Changkat Jering.



DAP, salah satu komponen Pakatan Rakyat pula menyifatkan keputusan SPR pagi tadi sebagai tidak demokratik dan bertentangan dengan perlembagaan.


Terdahulu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Speaker DUN Perak mempunyai hak untuk mencabar keputusan itu jika beliau tidak berpuas hati.


“Kita negara demokrasi. Semua orang ada hak untuk mencabar dan mahkamahlah yang menentukan,” kata beliau selepas mesyuarat khas SPR berhubung isu peletakan jawatan dua ADUN iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering).


SPR hari ini memutuskan bahawa kedua-dua ADUN tersebut masih penyandang kerusi DUN terbabit kerana wujud keraguan dalam surat peletakan jawatan yang dikemukakan oleh Speaker DUN Perak, N. Sivakumar pagi semalam.


Sivakumar semalam menghantar surat memaklumkan kekosongan DUN Behrang dan Changkit Jering kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri selepas ADUN bagi kawasan tersebut, Jamaluddin dan Mohd Osman dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka sebagai wakil rakyat di rumah beliau pada 5.45 petang Ahad lalu.


Bagaimanapun, kedua-dua ADUN berkenaan pada hari yang sama turut menghantar salinan surat yang menafikan mereka meletak jawatan.


Ditanya sama ada SPR memberatkan mana-mana surat untuk membuat keputusan, Abdul Aziz berkata, pihaknya meneliti kedua-dua surat tersebut secara sama rata.


“Ini bukan soal memberatkan mana-mana. Kita mengambil kandungan kedua-dua surat itu secara sama rata daripada orang yang sama.” katanya.


Dalam pada itu, Pengerusi DAP, Lim Kit Siang berkata, SPR telah bertindak di luar perlembagaan dalam keputusannya tidak mahu mengiktiraf notis makluman kekosongan yang disampaikan oleh Sivakumar.


“Sebagaimana dijelaskan oleh bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, fungsi SPR ialah bertindak selaras dengan notis pemakluman rasmi Speaker Perak mengenai kekosongan yang wujud dan mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.


Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor di Perak berkata, bukan urusan untuk SPR bertindak dan merampas jurisdiksi mahkamah dalam mempertikaikan keputusan Speaker DUN negeri itu.


Dalam soal ini, cabaran perundangan seharusnya datang daripada kedua-dua ADUN berkenaan jika mereka mahu mencabar kesahihan surat letak jawatan masing-masing, kata beliau.


Sehubungan itu, kata beliau, semua opsyen akan dipertimbangkan untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.


Ulasan Mutaligat


SPR KINI SUDAH AMBILALIH KUASA SPEAKER DAN MAHKAMAH


SPR dibawah kepimpinan baru iaitu Aziz Yusof nampaknya semakin hebat dengan bertindak ‘merampas’ kuasa yang ada pada Speaker DUN dan mahkamah.


Kalau sebelum ini tugas SPR hanya menjalankan pilihanraya kini SPR sudah ada kuasa menentukan perletakan jawatan seseorang ADUN adalah sah atau tidak.


SPR juga kini sudah boleh menjatuhkan hukuman dan keputusan bahawa surat perletakan jawatan adalah sah atau tidak sah.


Bukti dakwaan diatas terpampang di depan mata kita apabila SPR tanpa segan silu membuat keputusan tidak menghormati kuasa Speaker DUN Perak yang memaklumkan kekosongan di dua buah DUN iaitu DUN Behrang dan Changkat Jering. SPR sebaliknya menyatakan ada keraguan terhadap surat perletakan jawatan tersebut. Persoalannya bila pula SPR boleh campurtangan adalah urusan perletakan jawatan ADUN. Bukankah tugas SPR adalah menjalankan Pilihanraya bila sesuatu kerusi disahkan oleh kosong oleh Speaker.


SPR tidak layak dan tiada kuasa untuk mencabar kesahihan surat perletakan jawatan itu. Orang yang paling layak mencabar keputusan Speaker ialah 2 orang ADUN yang terlibat iaitu Jamaludin Md Radzi dan Osman Md Jailu.


Saya sekali mencadangkan rakyat Malaysia, NGO dan parti-parti politik membuat laporan Polis terhadap tindakan SPR yang jelas bertindak diluar batasan kuasanya sendiri.




SPR hina DYMM Sultan Perak.

Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)yang telah memutuskan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang telah kosong melalui peletakan jawatan masih disandang oleh wakil-wakil rakyat PKR adalah keputusan yang saya sifatkan sangat mengelirukan dan pada pandangan saya menghina DYMM Sultan Perak.

Tindakan SPR mendakwa tidak boleh menggunakan kuasa bawah Perkara 36(5) Perlembagaan Negeri Perak dalam memastikan berlakunya kekosongan bagi kedua-dua kerusi tersebut seperti kata pengerusinya Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof jelas sesuatu yang menghina DYMM Sultan Perak.



ec announces no by election will be held in perak 030209 spr chairman 01Saya menyifatkan suruhanjaya itu bertindak "bercanggahan dengan perlembagaan" negara dan negeri Perak apabila membelakangkan keputusan Speaker DUN Perak.

Lebih malang apabila dokumen yang dipertikaikan oleh SPR itu telah diserahkan kepada DYMM Sultan Perk kelmarin oleh Menteri Besar Perak, dan mendapat ulasan banyak pihak seperti bekas Hakim dan bekas Pengerusi SPR mengenai SPR yang patut akur dengan keputusan Speaker sesuai dengan peruntukan undang-undang yang diberi.

Keputusan mengosongkan DUN berkenaan dengan pertikaian kesahihan surat adalah dua perkara berbeza. Hanya mahkamah tempat yang boleh mengesahkan pertikaian surat perletakan dua ADUN.


Kenapakah SPR pada hari ini bertindak seolah-olah sebagai mahkamah dan saya menyifatkan sebagai satu keputusan yang jelas dipengaruhi oleh kepentingan politik pihak tertentu.

Dengan ini selaku pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak membantah keputusan SPR yang jelas menghina Sultan Perak dan Institusi Speaker di Negeri perak.

Keadaan ini amatlah dikesali dan sangat tidak bertanggung jawab dalam suasana hari ini seluruh rakyat di Perak malah diseluruh negara sedang meraya Jubli Perak DYMM Sultan Perak yang kami kasihi.




PAS sokong kosongkan kerusi Behrang dan Changkat Jering

IPOH, 3 Feb :- PAS menyokong apa jua keputusan yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat termasuk mengosongkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Behrang dan Changkat Jering berikutan tindakan kedua-dua ADUN yang dikatakan melompat parti.

Perkara ini ditegaskan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa pada sidang media khas jam 12.00 tengah malam, yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, sejurus selesai Mesyuarat Bersama Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS Pusat bersama Dewan Harian PAS Perak, dekat sini, tengah malam tadi.

Kata beliau, PAS juga menyokong penuh tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar yang menyerahkan surat perletakan jawatan kedua-dua ADUN berkenaan, Jamaluddin Mohd Radzi dan Osman Jailu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi 2 Februari lalu.

Nasharuddin menjelaskan, mesyuarat bersama itu hanya membincangkan senario terkini berkaitan kedua ADUN KeADILan yang melompat parti dan pengosongan kerusi Behrang dan Changkat Jering.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin pada sidang media itu memberitahu, beliau telah memanggil semua ADUN Pakatan Rakyat di negeri itu dan menjelaskan senario politik terkini.

Tegasnya, Kerajaan Negeri Perak masih stabil dan berjalan seperti biasa. Sehingga kini, katanya, Pakatan Rakyat memiliki 30 kerusi dan ia makin stabil berikutan sokongan dan simpati rakyat tidak berbelah-bahagi atas musibah yang terjadi.

Kata Nizar, Umno telah mengambil kesempatan atas sejarah hitam "pertuduhan rasuah" kedua-dua ADUN berkenaan sebelum ini dan percubaan sekali lagi oleh Umno itu terbukti gagal.

Ditanya adakah kedua-dua ADUN tersebut akan mengambil perintah injuksi mahkamah, beliau berkata, kemungkinan besar mereka akan berbuat demikian secepat mungkin.

Antara pemimpin utama PAS yang turut hadir pada sidang media itu termasuklah Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali; Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar dan Ahli Jawatan Kuasa Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS Pusat, Khalid Abdul Samad.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, berikutan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kini berada di Palestin.




Isu ADUN PKR Perak, Menteri Besar Sahkan Bahawa Surat Perletakan Jawatan ADUN Memang Wujud Dan Terbukti Bukan Penipuan !!

PETALING JAYA - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, surat perletakan jawatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat memang wujud berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Speaker Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak.


"Surat itu memang ada dan ia ditujukan kepada Speaker. "Ini bermakna beliau ada bukti bagi mengatakan yang kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering sememangnya telah kosong. "Dalam Perak ini, Speaker mempunyai kuasa berhubung hal tersebut," katanya.

Berhubung dakwaan Jamaluddin bahawa surat tersebut telah ditandatangani pada 8 Mac lalu oleh beliau dan tujuh ADUN PKR yang lain, Mohammad Nizar berkata, hal itu sepatutnya ditanya kepada Jamaluddin kerana beliau yang menandatangani surat itu. "Kalau hendak letak jawatan, ia sememangnya memerlukan persetujuan beliau," katanya. Ditanya sama ada beliau mengetahui tentang penghantaran surat itu, Mohammad Nizar berkata, beliau tidak tahu menahu mengenainya kerana Menteri Besar dan Speaker mempunyai kuasa yang berasingan.


[Sekarang ini terbukti bahawa memang dua Exco ADUN PKR terbabit telah berbohong kepada diri mereka sendiri sebenarnya. Mereka sebenarnya berjumpa Najib dan memang berunding untuk keluar parti dengan menyertai UMNO.

Namun dek kerana terlewat membuat pengumuman tersebut akhirnya mereka bakal kehilangan segala-galanya. Bahkan mereka sanggup pula berbohong dengan mengatakan mereka tidak hilang, sebaliknya berehat kerana
Cuti Sakit (MC). Padahal mereka bukan tidak tahu status seorang YB malah Exco Kerajaan Negeri kehilangan itu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Apakah mereka langsung tidak boleh memaklumkan kepada
Pembantu Peribadi (PA) masing-masing ke mana mereka pergi selama lima hari kehilangan tersebut. Bahkan keluarga sendiri pun tidak dimaklumkan tentang perkara ini. Maka adalah wajar mereka meletakkan jawatan, kerana mereka gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat dan Exco Kerajaan Negeri yang sepatutnya].

Surat itu memang ada dan ia ditujukan kepada Speaker.

Surat itu memang ada dan ia ditujukan kepada Speaker.Ini bermakna beliau ada bukti bagi mengatakan yang kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering sememangnya telah kosong- MB Perak

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .