Ikuti Blog ini

Isu ADUN PKR Perak, Menteri Besar Sahkan Bahawa Surat Perletakan Jawatan ADUN Memang Wujud Dan Terbukti Bukan Penipuan !!

PETALING JAYA - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, surat perletakan jawatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat memang wujud berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Speaker Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak.


"Surat itu memang ada dan ia ditujukan kepada Speaker. "Ini bermakna beliau ada bukti bagi mengatakan yang kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering sememangnya telah kosong. "Dalam Perak ini, Speaker mempunyai kuasa berhubung hal tersebut," katanya.

Berhubung dakwaan Jamaluddin bahawa surat tersebut telah ditandatangani pada 8 Mac lalu oleh beliau dan tujuh ADUN PKR yang lain, Mohammad Nizar berkata, hal itu sepatutnya ditanya kepada Jamaluddin kerana beliau yang menandatangani surat itu. "Kalau hendak letak jawatan, ia sememangnya memerlukan persetujuan beliau," katanya. Ditanya sama ada beliau mengetahui tentang penghantaran surat itu, Mohammad Nizar berkata, beliau tidak tahu menahu mengenainya kerana Menteri Besar dan Speaker mempunyai kuasa yang berasingan.


[Sekarang ini terbukti bahawa memang dua Exco ADUN PKR terbabit telah berbohong kepada diri mereka sendiri sebenarnya. Mereka sebenarnya berjumpa Najib dan memang berunding untuk keluar parti dengan menyertai UMNO.

Namun dek kerana terlewat membuat pengumuman tersebut akhirnya mereka bakal kehilangan segala-galanya. Bahkan mereka sanggup pula berbohong dengan mengatakan mereka tidak hilang, sebaliknya berehat kerana
Cuti Sakit (MC). Padahal mereka bukan tidak tahu status seorang YB malah Exco Kerajaan Negeri kehilangan itu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Apakah mereka langsung tidak boleh memaklumkan kepada
Pembantu Peribadi (PA) masing-masing ke mana mereka pergi selama lima hari kehilangan tersebut. Bahkan keluarga sendiri pun tidak dimaklumkan tentang perkara ini. Maka adalah wajar mereka meletakkan jawatan, kerana mereka gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat dan Exco Kerajaan Negeri yang sepatutnya].

Surat itu memang ada dan ia ditujukan kepada Speaker.

Surat itu memang ada dan ia ditujukan kepada Speaker.Ini bermakna beliau ada bukti bagi mengatakan yang kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering sememangnya telah kosong- MB Perak

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .