Ikuti Blog ini

Puluhan Ribu!! Himpunan Rakyat Sarawak Di Miri..!!(video)


Wartawan 8tv kantoi


Sidang akhbar Anwar mengenai prospek kemenangan PR di Sarawak diganggu soalan tak masuk akal

KUCHING: Gelagat seorang pemberita wanita dari stesen penyiaran 8TV yang bertanya soalan berkaitan jam tangan Omega pada sidang media Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Continental di sini, petang ini, mengundang kemarahan wartawan akhbar Sarawak.

Seorang wartawan akhbar Sarawak itu memintas dan menegur pemberita penyiaran berkenaan kira-kira jam 2.30 petang dengan menyatakan sidang media itu berkaitan isu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

“Lebih baik tanya isu pilihan raya dan manifesto Pakatan Rakyat. Bukannya dengan bertanyakan soal-soal seks yang tidak masuk akal,” kata wartawan akhbar Sarawak itu sebelum disambut tepukan wartawan lain.

Sarawak memiliki banyak akhbar tempatan yang hanya berpangkalan di negeri itu, kebanyakannya dikawal regim Taib Mahmud tetapi mereka dipercayai mula berpaling tadah.

Pemberita penyiaran itu dilihat cuba mengheret isu video fitnah berbanding perkembangan PRN Sarawak hingga meresahkan puluhan wartawan lain.

Beliau dipercayai diarah pihak atasannya supaya bertanyakan soalan itu kepada Anwar bagi menggembar-gemburkan isu video fitnah yang tidak mendapat perhatian rakyat Sarawak.



Anwar pada sidang media itu menyifatkan soalan berkenaan jam tangan Omega itu membuktikan media arus perdana tidak putus-putus mencari jalan merosakkan reputasinya.

“Untuk apa saya menjawab soalan-soala ini (isu video fitnah)? Bukankah Azizah (isteri Anwar) sudah mengadakan sidang media berkenaan perkara ini?
“Inilah cara Barisan Nasional (BN) memperkudakan media dengan soalan yang tidak berkenaan,” kata Anwar yang kelihatan sedikit berang dengan soalan itu.- keadilandaily

PECAH BERITA!! Pilihanraya DUN Sarawak: Najib Altantuya Tidak Lagi Percaya Taib Mahmud!!



Sebentar tadi Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di Hotel Grand Continental, Kuching, menyelar serta menghentam teruk perancangan Najib Altantuya yang akan berkampung di Sarawak selama enam hari ini bermula malam ini!

Anwar dalam sidang media bersama petugas media dari seluruh dunia mendakwa kehadiran Najib Altantuya ke Sarawak buat kali ketiga dalam tempoh sebulan membayangkan dua petanda:

Pertama, Barisan Najis sudah sememangnya terdesak untuk mempertahankan kedudukan Taib Mahmud dan kemenangan mereka DAN

Kedua, Najib Altantuya tidak lagi mempercayai Taib Mahmud mengepalai kempen Barisan Najis yang semakin lama semakin diasak hebat Pakatan Rakyat sejak kempen secara rasmi bermula 7 April lalu.

Anwar Ibrahim menambah, belum pernah dalam sejarah seorang Perdana Menteri turun terlalu kerap ke sesebuah negeri bagi membantu pemimpin Barisan Najis sekiranya dia sendiri tidak lagi yakin dengan keberkesanan jentera negeri!

Najib Altantuya dijangka tiba malam ini jam 740 malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dari KLIA setelah menyampaikan trofi pemenang perlumbaan Formula 1 yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang sekarang.

Anwar berjanji, sekiranya Najib Altantuya meneruskan rancangannya untuk memperbaiki serta menggempur kawasan Pakatan Rakyat, beliau dan seluruh jentera Pakatan Rakyat yang sudah berkampung di Sarawak lebih dua minggu akan memastikan "segala usaha yang dilakukan Najib Altantuya dan pemimpin Barisan Najis akan sia-sia".

Amaran Anwar membayangkan Pakatan Rakyat akan terus mengekalkan momentum positif pasca dari ceramah dan sesi bertemu pengundi di seluruh DUN sehingga hari pengundian pada Sabtu ini 16 April.

Turut hadir dalam sidang media khas tersebut adalah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan beberapa pemimpin PKR negeri.

JALAN PULANG

Wartawan Ditahan Polis Selepas Sidang Media



KUALA LUMPUR 10 APRIL : Tiga wakil media ditahan polis sewaktu membuat liputan di KL Sentral hari ini termasuk Jurukamera TV Selangor.

Mereka menghadiri sidang media program Jelajah Mahasiswa Salamatkan Rakyat anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sebelum ditahan polis atas alasan menyertai perhimpunan haram.

Menurut sumber 11 orang ditahan kira-kira jam 10.30 pagi sejurus tamat sidang media program jelajah berkenaan yang disertai kira-kira 40 aktivis Mahasiswa.


solidariti mahasiswa malaysia pc at kl court complex 130810 ahmad syukri kamarudin 01Turut ditahan ialah wartawan dan jurukamera laman keadilandaily.com serta lapan aktivis SMM.

Jurukamera TV Selangor Naim Abu Bakar yang ditahan menyatakan dalam perbualan ringkas 'beliau ditahan oleh sekumpulan polis berpakaian preman dan dibantu polis bantuan KL Sentral.'

"Saya sedang duduk selepas habis (sidang media) tiba-tiba kena tangkap. Saya tunjuk Pas Media tapi tetap ditahan," kata beliau.

Mereka dibawa ke Balai Polis Jalan Travers Kuala Lumpur untuk direkodkan kenyataan kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Selepas memberi keterangan, mereka dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira sejam kemudian.

TERKINI!! Pilihanraya DUN Sarawak: Sidang Media Anwar Ibrahim Di Kuching Sekarang!!


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim sedang mengadakan satu sidang media khas kepada seluruh agensi media tempatan dan antarabangsa yang kini sedang membuat liputan perjalanan kempen pilihanraya DUN Sarawak.

Sidang media kini berada di Hotel Grand Continental Kuching, tempat berlangsungnya majlis pengumuman calon-calon PKR kawasan zon Sarawak Selatan merangkumi tiga zon, 6 April lalu yang disempurnakan Timbalan Presiden, Azmin Ali.

Anwar sendiri mengumumkannya pada satu lagi majils yang sama di Sibu.

Dalam sidang media kini, Anwar akan memperincikan laporan perjalanan kempen bersama DAP dan PAS bermula 7 April lalu, di samping isu-isu terkini termasuk berita penarikan diri calon PKR N 51, Suriati Abdullah yang kemudian disahkan tidak benar.

Suriati baru saja dihubungi bilik gerakan utama PKR memaklumkan berita tersebut disebarkan oleh PBB.

Juga bakal disentuh prestasi terkini kesemua 48 calon PKR dan 20 calon DAP serta PAS yang bertanding.

PRN Sarawak : Calon PAS Tanjung Datu cuba dibeli


Nazri Abddullah

SANTUBUNG, 10 April: PAS membuat satu laporan polis ekoran calon mereka di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjung Datu, Nani Sahari didakwa cuba diugut dan cuba dibeli pihak tertentu.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Lundu 7 April lalu oleh wakil calon, Syed Abdul Rahman Syed Hussain.

Menurut Abdul Rahman, ketika sedang mengadakan kempen rumah ke rumah, calon menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai seorang pegawai polis.

Dalam perbualan itu, lelaki tersebut cuba memujuk beliau untuk berjumpa dan berunding tentang penyertaan beliau dalam pilihan raya negeri kali ini.

Bagaimanapun, Nani didakwa menolak pelawaan tersebut secara baik dan meletak telefon biarpun diajak bertemu sendirian beberapa kali.

"Calon bagitahu saya dia menolak pelawaan itu dengan memberitahu dia ada perinsip dan tidak mahu berunding apa-apa.

"Kita anggap ini satu percubaan untuk membeli, mengugut dan menyusahkan calon kita," katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, pihak polis juga turut mengesahkan nombor telefon yang diguna untuk menghubungi calon itu adalah dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

"Kita mahu polis mengadakan siasatan segera kerana kita tidak mahu perkara sama berulang dan boleh menjejaskan kempen calon," tegasnya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kemudiannya menunjukkan kepada Harakahdaily laporan polis yang dibuat oleh Syed Abdul Rahman itu.

Nani akan ditentang Tan Sri Adenan Satem dari BN manakala Gilbert Asson Anak Kulong (Bebas)

Anwar Jauh Di Depan, Najib Mula Pening

Bahang kini mula terasa. BN yang menerima tamparan hebat apabila rakyat Sarawak beralih perhatian terhadap kempen-kempen Pakatan Rakyat disana membuatkan BN semakin resah.

Sarawak yang merupakan 'fixed deposit' ataupun talian hayat untuk BN menduduki Putrajaya semakin kehilangan taringnya dengan kedatangan Pakatan Rakyat membawa pembaharuan dan harapan buat rakyat Sarawak yang selama ini mendiamkan diri dizalimi berpuluh tahun lamanya.

Sungguhpun BN menguasai media disana dan dibantu oleh media Semenanjung terutamanya siaran TV1 dan TV3 setiap hari melalui 'Sayang Sarawak', namun ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat tetap menjadi pilihan ribuan rakyat disana yang sentiasa memenuhi tapak ceramah yang belum pernah dilihat BN selama memerintah Sarawak.

Tempoh kempen yang berbaki selama seminggu ini telah memaksa Najib Razak untuk turun berkampung disini selama 6 hari untuk memastikan laluan ke Putrajaya tidak terlepas ketangan Pakatan Rakyat.

Amat terdesak sekali nampaknya BN apabila Najib Razak sendiri terpaksa turun berkempen dan entah berapa juta lagi wang kerajaan akan dihamburkan di Sarawak demi memastikan kuasa tidak terlepas dari tangan.

Petanda jelas ini merupakan isyarat kepada Pakatan Rakyat untuk terus berkerja keras dalam memastikan kemenangan semua calonnya di pilihanraya negeri Sarawak.

SUPP ceramah at Stutong C121. Ceramah anjuran SUPP di kawasan Stutong malam tadi. — Foto oleh Choo Choy May
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadualkan ke Sarawak sekali lagi malam ini dan akan 'berkampung' di bumi Kenyalang itu sehingga sehari sebelum pilihan raya negeri Sarawak ke-10 berlangsung.
Sebaik sahaja jadual Najib yang juga adalah pengerusi BN disahkan, timbul spekulasi bahawa kemungkin Sarawak akan menyaksikan beberapa kerusi di kubu kuatnya tumbang.

Najib mungkin menjadi perdana menteri pertama yang berkempen sebegitu aktif. Lazimnya, tugas itu diserahkan kepada timbalan perdana menteri manakala perdana menteri sibuk dengan urusan mentadbir negara di Putrajaya.Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada April 2009, Najib hanya memainkan peranan kecil dalam pilihan raya kecil dan tindakannya kali ini dikata mengejutkan banyak pihak.

Lebih menarik lagi, tahun ini sahaja sudah dua kali beliau melawat Sarawak. Kali pertama pada 19 Mac lalu pada perhimpunan di Serian dan pada 7 April lalu beliau berjalan sekitar bandaraya di Kuching untuk bermesra dengan penduduknya.

Anwar juga di Kuching

Kali ini, tumpuan Najib adalah di bandar-bandar utama – Miri, Sibu dan Kuching – yang sejak beberapa hari lalu menyaksikan ribuan rakyat tertarik kepada ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan rakyat.

Kerusi-kerusi di kawasan bandar-bandar utama itu dikatakan sebagai kawasan gelap di mana parti komponen BN, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menghadapi persaingan sengit.

Najib juga dijadual melawan pekan-pekan kecil seperti Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Engkilili, Sebuyau, Sadong Jaya, Bau, Bario, Sungai Baram, Lawas dan Limbang.

Sekilas pandang, perdana menteri dilihat cuba meninjau sokongan etnik-etnik berkenaan di kawasan luar bandar yang sebelum dikatakan sebagai 'simpanan tetap' BN.

Dan seperti pada beberapa pilihan raya kecil yang lalu, lawatan Najib tidak akan lengkap tanpa membawa 'ole-ole' untuk rakyat Sarawak.

Esok, Najib akan melawat Hospital Sri Aman yang dibina sebelum Sarawak mencapai kemerdekaan. Bangunan itu kini uzur dan memerlukan bantuan kewangan untuk dibaik-pulih.

Pada Khamis pula, beliau akan ke Sungai Baram, kawasan pembinaan empangan Bakun yang kontroversial dan dijadual melancarkan 'klinik terapung 1Malaysia'.

Najib juga akan menghadiri dua perhimpunan di Kuching pada malam ini dan esok dan dijangka membuat beberapa pengumuman penting bagi menarik undi di kalangan mereka yang tidak berpuas hati dengan BN.

Hari ini juga menyaksikan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menggempur Sarawak dan fokusnya kali ini adalah di Kuching dan kawasan sekitarnya.

Anwar, dijadualkan berceramah di Asajaya, Kuching, Kampung Samariang dan Petrajaya.

Rakyat Sarawak Mampu Berubah Bersama PR





MIRI : Kehidupan daif rakyat Sarawak boleh diubah melalui dasar baik Pakatan Rakyat yang jauh lebih komited dalam memperjuangkan hak asasi rakyat tanpa mengira kaum.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Sarawak, Baru Bian berkata, hal ini dibuktikan oleh rakyat di empat negeri di Semenanjung yang yakin akan kemampuan Pakatan dan hari ini sedang menikmati hasil dari keberanian mereka pada pilihanraya umum 2008.

"Sebelum 2008 saudara kita di sini ada persepsi yang kita tak boleh lawan BN kerana asasnya sudah kukuh. Ia membawa kepada persepsi BN ialah pemerintah dan
pemerintah ialah BN. Jadi apa yang berlaku di Semenanjung membuktikan bahawa ini hanya persepsi dan kita boleh melawan, menukar dan mengubah pemerintah. Kerana itu kita berjaya membawa mesej perubahan kepada rakyat," kata beliau ketika ditemuramah TV Selangor dalam rancangan Fokus Berita di sini.

Beliau yang dicanang PKR dan DAP sebagai Ketua Menteri Sarawak jika Pakatan Rakyat mampu merampas negeri ini telahpun memperjuangkan nasib hak asasi rakyat
Sarawak semenjak lewat 80-an lagi.

Menurut Baru, masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak dari kaum Iban misalnya juga sudah mula berubah.

Malah, mereka juga dilihat tertarik dengan apa yang dibawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak menyebelahi kaum tertentu untuk berkuasa tetapi memberi peluang dan bantuan kepada semua.

Hal ini turut dibuktikan dengan pencapaian cemerlang Pakatan Rakyat di negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

"Tiap-tiap kali Ketua Umum datang Sarawak, dia mengatakan Keadilan mengutamakan hak sama rata. Dia kata anak Iban anak saya, Anak Bidayuh anak saya, Anak
Cina anak saya, Anak Ulu anak saya. Dengan kata-kata itu dan empasis terhadap isu hidup telah menarik perhatian rakyat Sarawak dengan apa yang telah dilaksanakan di empat-empat negeri. Terbukti telah dilaksanakan apa yang dijanjikan tanpa kekangan bangsa, adalah contoh yang baik," kata beliau.

Mengulas mengenai manifesto Pakatan Rakyat, Baru menerangkan ia jauh lebih realistik daripada slogan retorik Barisan Nasional iaitu 'Menjadikan Sarawak Negeri Terkaya di Malaysia.'

Baru menyatakan Sarawak memang negeri terkaya cuma kekayaannya tidak dapat diagihkan kepada rakyat yang memerlukan.

"Kita utamakan pembangunan luar bandar. Menghidup semula pembangunan selain isu tanah adat, isu yang dirisaukan rakyat Sarawak juga kemiskinan. Kerana terbukti dalam laporan rasmi yang mengatakan bahawa orang Sarawak ialah golongan paling miskin di Malaysia walaupun Sarawak negeri terkaya kalau dikira ikut sumber hasil bumi," tegas Baru.

Manifesto yang dilancarkan kelmarin oleh pemimpin Pakatan Rakyat itu setebal 8 halaman itu menawarkan 10 perubahan, antaranya menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.serta mengamalkan pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa engan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat.

Baru percaya jika diberi mandat, Pakatan Rakyat Sarawak mampu merealisasikan janji itu kerana ia senada dan seiring perjuangan mereka.

"Kita ada visi untuk merubah nasib orang kita di sini. Dan Kita ada manifesto yang realistik dan praktikal sebab itu kita ada tanggungjawab dan janji. Sebab itu saya percaya dengan mandat yang diberikan kita boleh realisasikan janji yang ada dalam manifesto itu," katanya lagi.

30 Tahun Taib Berkuasa, Ada Penduduk Sarawak Masih Menadah Air Hujan Untuk Air Minuman

Tiada air bersih meskipun dibayangi empangan

Kampung Bengoh - kira-kira 60km dari barat daya Kuching, adalah perkampungan Bidayuh yang sunyi. Ia hanya memiliki dua kedai runcit, sebuah sekolah rendah dan tiada sebarang kedai makan.

Lazimnya keheningan kampung yang dihuni kira-kira 200 penduduk itu diganggu dengan ngauman lori dan kenderaan berat yang berulang-alik ke Empangan Bengoh yang bernilai RM310 juta dan sebuah kuari yang baru dibuka bagi membekalkan batu kapur untuk projek berkenaan.

Kerja-kerja pembinaan empangan yang bertujuan membekalkan air besih kepada penduduk di Kuching dan kawasan sekitarnya, bermula pada tahun 2007 di sebalik bantahan daripada penduduk tempatan. Ia kini memasuki peringkat fasa terakhir dan dijadualkan siap sebelum tarikh tempoh yang ditetapkan.

NONESesetengah penduduk terpaksa mengorbankan rumah dan juga kawasan pertanaian mereka di atas tanah hak adat pribumi (NCR) bagi membolehkan empangan itu dibina. Namun di sebalik semua itu, mereka sendiri juga tidak menikmati bekalan air bersih.

Seseorang terpaksa melalui Kampung Bengoh sebelum boleh menuju ke resort mewah, Borneo Highlands.

Bagi penduduk, bekalan air diperolehi daripada gunung dengan setiap keluarga menyumbang RM10 setiap tahun bagi kos penyelenggaran menyalurkan air ke rumah mereka.

"Sistem itu okay bagi rumah-rumah di kawasan rendah tetapi bagi rumah di bukit, air tidak boleh naik. Air ini datang terus dari sungai, jadi kena berhati-hati, jika tidak mungkin terminum pacat,” kata seorang penduduk ketika ditemui Malaysiakini pada Jumaat lalu.

Sebagai membuktikan kepayahan mereka, rakannya membuka paip yang hampir langsung tidak mengeluarkan air.

"Macam kencing tikus.” kata rakannya yang mempunyai tatto tulisan Iban 'Agi Idup Agi Ngelaban' (Selagi bernyawa, saya terus berjuang) di lengannya.

Lelaki yang tidak mahu namanya disiarkan kerana khuatir akan menjejaskan kedudukannya sebagai kakitangan awam berkata beliau berasal dari kampung tersebut sebelum berpindah ke Tasik Biru berhampiran Bau kerana kepayahan hidup.

bengoh dam bidayuh protest sarawak 191208 02Namun ibu bapa dan saudara maranya masih di kampung itu. Beliau antara ramai anak muda Bidayuh yang terpaksa berpindah keluar kerana keperitan hidup.

Pemuda seperti dirinya terpaksa meninggalkan kampung mereka yang terpinggir dari arus pembangunan. Tiada sekolah menengah yang dibina dan mereka mesti ke bandar-bandar berdekatan untuk meneruskan pelajaran peringkat menengah.

Justeru, seperti golongan muda yang lain, rasa dikianati oleh kerajaan tidak dapat disembunyikan.

Bagi Akiu Nora, 63 masalah yang paling menghantui mereka adalah ramapasan tanah NCR untuk membina empangan tersebut.

Terdapat dua kes di mahkamah yang difailkan ke atas anak syarikat Naim Holdings - konglomerate yang membina empangan itu dan mengendalikan kuari tersebut - oleh penduduk Kampung Bengoh.

"Mereka rampas ladang kita untuk bina empangan tetapi bayaran pampasan tidak setimpal. Mereka juga tidak bagi tahu bagaimana mereka kira jumlah pampasan,” kata petani itu.

Empang kampung yang mempunyai 1,600 penduduk telah dipindahkan kerana pembinaan empangan berkenaan. Penduduk kemudiannya diarahkan membeli rumah di Kampung Tun Razak - yang bagi Akiu sesuatu nama yang melucukan - pada harga RM48,000 setiap satu.


Why are villagers depending on rain for free drinking water?

Sarawakians must wake up and realize that the future of the state lies in their hands, says Anwar Ibrahim.

BINTULU: Opposition Leader Anwar Ibrahim was stumped when villagers in Ba’ Kelalan told him that they waited for rain to get free drinking water.

“I’m in shock… (Chief Minister) Taib (Mahmud) has been in the office for 30 years and has enriched himself and members of his family while the people of Sarawak still living in poverty,” he said.

Relating his recent visit to Ba ’Kelalan in Lawas Division, he said he was impressed with huge parcels of lands in the area that were planted with oil palm.

“Some of these (oil) palm trees were planted right in front of the villagers’ doorsteps. I thought the villagers were rich.

“I was shocked to be told by the villagers that the lands did not belong to them but to Planning and Resource Management Minister, Awang Tengah Ali Hassan,” added PKR’s de facto leader.

He said he could not imagine how a leader could amass the wealth to himself alone without giving consideration to the people of his constituency.

“In Selangor which is now under Pakatan government, its citizens are enjoying free pipe-water for consumption, washing and bathing.

“I want the people of Sarawak to voice out ‘Enough is Enough’.

“If we win this election, Pakatan will go on to take Putrajaya,” he vowed, adding that the Dayaks would then not have to depend on rain for free drinking water.

Huge crowd at ceramah

Anwar said Sarawakians must wake up to the realization that the future of the state lies in their hands and not in the hands of Taib and his cronies.

He said Taib had abused his powers to deprive the people from enjoying the vast rich natural resources like oil and gas, timber and even their lands being expropriated.

Anwar, who spoke with charisma and dynamism, attracted a huge crowd in the open-air coffee shops at Jalan Masjid here last night.

Chiding Taib for his condescending comment about Pakatan’s inability to govern, Anwar said: “Taib doesn’t have to tell us that we Pakatan do not know how to govern,” retorted Anwar, pointing out two of the four Pakatan states – Penang and Selangor – had performed exceedingly well.

Anwar said once Pakatan formed the government, its calibered leaders would practice fairness and justice for all races.

On the sex scandal he was allegedly involving in, Anwar said this was the mean politics practiced by Umno to destroy his political career. -FMT

Vote for Change


Aurat : Apa Sudah Jadi ?

Ini lebih diredhai di mata Rasulullah SAW

Aurat : Apa Sudah Jadi ?

Oleh

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-

"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"

Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.

" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.

Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"

"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.

"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.

" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.

"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.

" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.

"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"

"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.

"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"

"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.

Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.

BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?

Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

BANTAHAN KAUM WANITA

"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.

"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.

"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.

"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"

"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.

"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.

"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya

"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"

PENGALAMAN MENUMPANG KE MASJID

Saya masih ingat, dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah Masjid di Ibu Negara. Pejabat saya di Jalan Sultan Ismail dan pada hari tersebut saya menumpang kereta seorang rakan. Bersama kami beberapa rakan sekerja yang lain. Tiba-tiba semasa berada di lampu trafik, tiba-tiba suasana dalam kereta agak bising dengan bunyi..uiiiii..oii...peh..mengancam...dan sebagainya, diikuti dengan kata-kata :

"Astaghfirullah..korang ini teruk betul la, kan ustaz ada dengan kita ini.." Kemudian "disambut dengan kata rakan di belakang, ye la..ini la yang bagus kita pergi masjid dengan ustaz, terjaga sikit"

Anda tentu dapat menggagak apa yang dilihatnya? Alhamdulilllah saya tidak sempat melihat apa-apa kerana sedang membelek pelbagai mesej soalan hukum hakam tertunda yang memenuhi telefon bimbit saya. Bila saya tanya, kenapa? dengan malu-malu mereka menyalahkan sesama sendiri akibat ‘gatal mata' melihat skirt-skirt pendek wanita KL, samada wanita Melayu mahupun Cina disekitar kawasan segitiga emas itu.

Cuba bayangkan, perasaan lelaki-lelaki ini. Mereka dalam perjalanan ke masjid, semuanya juga telah berumah tangga, tapi nafsu masih teransang apabila didedahkan kepada permandangan seperti itu. Jahatkah mereka?

"Gatal dan dah miang sangat kot orang lelaki ni, memang teruk mereka ni, tak sangka, harap suami kita tak macam ni" mungkin itulah yang akan dikatakan oleh sebahagian besar pembaca wanita sekarang ini.

Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..

"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."

Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء

Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

ANTARA LAWAK & HUKUM

Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.

Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.

Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

Inilah Yang Kerap Kita Lihat, Adakah Nabi SAW Tersenyum Melihat Wanita Yang Mengaku Ummatnya Menutup Aurat Sebegini?

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Ini lebih diredhai di mata Rasulullah SAW

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini

Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

يرحم الله المتسرولات

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-

" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

a) Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.

c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »

Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »

d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Kuala Lumpur

Video Anwar di Miri






Pelajar Menguap Nga-nga Mulut Sampai 5 Jam - Terpaksa Di Bawa Ke Hospital

Kes nanya !
Seorang pelajar yang sedang berada di kelasnya rasa mengantuk dan menguap. Oleh kerana terlalu power sangat nguapannya, mulutnya tidak dapat ditutup semula akibat jem tersangkut rahang.

Mulanya dia cuba menutupnya sendiri tapi tak dapat. Dia memberikan isyarat pada kawannya yang cuba membantunya, namun cubaan kawannya tersebut hanya menyakitkan lagi mulut serta rahangnya.

Akhirnya mereka terpaksa memberitahu guru yang bertugas yang kemudiannya membawa pelajar menemui jururawat sekolah. Jururawat juga gagal menutup semula mulut pelajar tersebut. Dia kemudiannya terpaksa di bawa ke hospital menemui doktor.


Semasa menunggu doktor pelajar wakita itu terpaksa menutup bahagian mulutnya akibat malu. Secara keseluruhannya dia berada dalam keadaan ternganga selama 5 jam.

Memang power punya menguap. Mungkin pecah rekod dunia. Agaknya pelajaran apa yang sedang diajarkan guru ketika itu. Tentu guru tersebut sungguh membosankan cara mengajarnya.

Berhati-hati jika anda menguap, ikutlah sunah dengan menutup mulut anda yang terdedah dengan tangan. Control sedikit mulut itu dengan tangan anda agar tak over-terbuka.

Tahu macam mana doktor buat untuk kasi mulut tutup semula?, doktor buka dengan lebih luar mulut tu perlahan-lahan sampai rahang betul semula pada kedudukannya. Begitulah cara nak betulkan rahang yang tergelincir dari tracknya. Kalau jadi kat anda esok tahulah macam mana nak selesaikannya.


Jangan kata video, DNA juga bukan bukti dalam Islam – Shura

KUALA LUMPUR: Kekeliruan dan ketidakpastian dalam tuduhan zina tidak diterima sebagai bukti dalam ajaran Islam sekalipun melibatkan video mahupun asid deoksiribonukleik (DNA), kata Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Samsudin.

“Yang dituntut syariat bukan seperti kain mengelembung untuk mensabitkan seseorang dalam tuduhan berzina tetapi empat saksi yang melihat situasi yang berlaku seperti timba masuk ke perigi.

“Islam menuntut apa yang jelas. Yang tidak pasti, tidak boleh dijadikan bukti kerana boleh menimbulkan kekeliruan, contohnya sampel DNA. Ia juga tidak boleh dijadikan bukti kerana al-Quran tidak menyatakan hal itu.

“Walaupun DNA itu benar tetapi tidak boleh dipastikan sama ada dilakukan atau tidak perbuatan tersebut. Contohnya, dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tuduhan Saiful,” katanya kepada Keadilan Daily sambil menegaskan ia bukan bermakna Islam menolak perkembangan kemajuan.

Ghani menegaskan, pensabitan jenayah mengikut ajaran Islam adalah melalui qazaf, bukan mengguna pakai pelbagai kaedah lain yang sama sekali tidak pernah dianjur agama itu.
“Islam sangat berhati-hati dan tidak menganjurkan cara menjadikan video lucah sebagai bukti. Kalau menggunakan rakaman, itu mesti dikaji siapa yang rakam, pengakuan polis tetapi semua itu boleh dipalsukan,” katanya.

Ditanya status Malaysia sebuah negara Islam, beliau menganggapnya penganugerahan itu hanya semata-mata nama sedangkan pentadbiran negara tidak mengikut syariat sebenar.
“Kalau ikut Islam, mesti hargai kedudukan agama yang disanjung dan diangkat tetapi yang berlaku sekarang semuanya tidak betul kerana salah guna kuasa dan pelbagai penindasan berlaku.

“Jika betul negara Islam, keadilan perlu ditegakkan. Tetapi pemimpin Umno ikut dasar Melayu, bukan Islam,” katanya.

keadilandaily

Adakah anda rela dia terus membolot hasil bumi Serawak…

Ini bukan di Malaysia, Ini di London. Klik gambar untuk berita selanjutnya.

Khas untuk rakyat Sarawak. Kalau masih tak sedar, tak tahulah!

Pakatan Rakyat Lancar Menifesto Bersama

Manifesto setebal 8 halaman itu menawarkan 10 perubahan, antaranya:

  1. Menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
  2. Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa – cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan Barisan Nasional (BN) Sarawak sebelum ini.
  3. Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra dengan menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mengembalikan semula tanah adat Orang Asal.
  4. Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan.
  5. Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus.
  6. Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.
  7. Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah 1 serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun.
  8. Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
  9. Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga dan lain-lain.
  10. Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun sekiranya diberi mandat kelak.

Manifesto itu dibaca pemimpin Pakatan Rakyat Sarawak, David Wong Kee Woan yang juga calon DUN Kota Sentosa.

Anak muda Sarawak mula dekati PAS



KOTA SAMARAHAN : Ceramah PAS di Kampung Jawa, Dun Muara Tuang yang pada mulanya agak lengang malam tadi kemudiannya bertukar meriah dengan kehadiran hampir 50 anak muda.

Kira-kira setengah jam ceramah berlangsung, mereka datang dan berdiri dalam gelap kemudiannya mengambil tempat di kerusi yang disediakan.

Untuk pilihanraya negeri Sarawak kali ini, Noraini Hamzah, 49, (gambar) akan berhadapan dengan adik Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (BN-PBB) yang juga merupakan penyandang kepada DUN ini.

Noraini hampir menang percuma di DUN ini semasa sesi penamaan calon tempoh hari apabila Ali gagal mengemukan penyataan kewangan pilihanrayanya bagi tahun 2006 sebelum tempoh penamaan tamat. Namun ia diselamatkan oleh SPR dan lain-lain pihak.

Pada 2006, Mohamad Ali menang dengan mendapat 7.863 undi menewaskan calon PKR, Abang Ibrahim Abang Othman (1,536 undi) and calon bebas, Jong Nyuk Chan (415 undi).

AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memulakan ceramahnya dengan menekankan prinsip Pakatan Rakyat yang membela rakyat tanpa membela kaum.

Katanya, atas dasar itulah PAS bertanding di Sarawak dan menanamkan semangat kepada ahlinya untuk berusaha sehabis mungkin bagi merampas kerusi daripada BN.

"30 tahun saudara-saudari di bawah pemerintahan Taib Mahmud,nasib masih tidak berubah sebaliknya puak-puak mereka yang mengaut keuntungan.

"PAS datang untuk pastikan saudara-saudari tidak lagi berada di bawah kekuasaan BN," katanya.

Semalam Nizar bersama dengan pemimpin Pakatan Rakyat dari PKR dan DAP melancarkan bersama manifesto Pakatan Rakyat.

(Gambar: Nizar [paling kanan] melancarkan manifesto Pakatan Rakyat bersama pimpinan PKR dan DAP)

Sepuluh perkara yang terkandung di dalamnya ialah kebebasan kepercayaan, pentadbiran yang baik, reformasi tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra, pembasmian kemiskinan, hubungan persekutuan negeri Sarawak yang lebih hijau, layanan adil kepada semua rakyat Sarawak, kebudayaan dan pendidikan, hak wanita dan melabur dalam masa depan.

Bagi reformasi tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra,Pakatan Rakyat memberi jaminan untuk menubuhkan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumitputra bagi menyiasat semua tuntutan Tanah Hak Adat Bumiputra (NCR),dan selepas itu mengkaji selidik dan mengeluarkan geran atau pajakan bagi tanah yang dipersoal sejajar dengan adat kaum asli Sarawak.

Seorang lagi AJK PAS, Hanipa Maidin yang turut berceramah berkata, walaupun PAS masih baru di Sarawak, namun rakyat Sarawak sudah boleh menerima kehadiran PAS.

"Apa yang membezakan ceramah PAS dengan BN, saudara-saudari tak dapat dengar apa yang kami cakap dalam surat khabar atau televisyen.

"Walaupun PAS masih muda di sini, tapi setakat hari ini, dalam ceramah-ceramah kita menunjukkan orang Sarawak boleh menerima PAS," katanya.

Katanya, rakyat Sarawak tidak termakan dengan kata-kata Timbalan Perdana Menteri yang menuduh Pakatan Rakyat sebagai jembalang.

"Muhyiddin kata PAS jembalang akan masuk Sarawak.

"Kalau kami jembalang, dah tentu dia bapak jembalang," katanya.

Turut berucap malam tadi ialah bekas setiausaha politik Nizar, Ustaz Misbahul Munir dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Salbiah Wahab.

Sementara itu, bagi suasana pilihan raya pula, belum menampakkan kemeriahan dengan 'perang poster' di kawasan ini baik di pihak PAS mahupun BN.

Di tepi-tepi jalan tidak begitu kelihatan bendera dan poster calon-calon yang bertanding seperti yang biasa dilihat setiap kali pilihan raya. -Hrkh

TERKINI!! Pilihanraya DUN Sarawak: Najib Altantuya Makin Cemas BN Bakal Kalah!!




Ini berita yang baru diterima!

Beberapa media alternatif termasuk cakap-cakap pemimpin Barisan Najis sendiri mendakwa bahawa Perdana Menteri Najib Altantuya nampaknya semakin cemas dengan perkembangan terkini perjalanan kempen pilihanraya DUN Sarawak!

Najib Altantuya memberi pandangan negatif terhadap kelembapan jentera kempen yang didakwa bersikap defensif sedangkan Pakatan Rakyat semakin memperhebatkan ceramah dan sesi bertemu pengundi termasuk ceramah terbesar setakat ini di Miri, semalam yang dihadiri lebih 10,000 penduduk.

Kebimbangan Najib Altantuya dikatakan berasas sehinggakan dia mengarahkan kesemua pemimpin Barisan Najis yang berada di Semenanjung supaya turun ke Sarawak seberapa segera!

Ini ditambah lagi dengan pengumuman bahawa mesyuarat kabinet yang kebiasaannya diadakan setiap hari Jumaat, dibatalkan pada 15 April bagi membolehkan tumpuan penuh diberikan kepada kempen memancing undi, di samping menabur rasuah sesuka hati.

Ini disahkan sendiri melalui akaun Twitter yang dibangunkan khas oleh DAP Sarawak, swak4chg setelah berbalas mesej dengan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sebentar tadi!

Mesej balas swak4chg dalam Twitternya 10 minit lalu yang mengatakan:

Good! He did same 4 Sibu! RT @tonypua: heard PM Najib's so worried tht he'll b stayg in Swak fr tmr til nxt Fri!

(Bagus! Dia (Najib) buat yang sama untuk Sibu! RT @tonypua: telah dengar PM Najib sangat risau sehinggakan dia akan berada di Swak dari esok (Ahad) hingga Jumaat depan)

Kini, apa yang diramalkan penganalisis nampaknya semakin menjadi kenyataan!

Barisan Najis bakal tumbang di Sarawak!

Video Lucah : Orang kenallah siapa Rahim Thamby tu.. - Azalina

Selain dari mendedahkan UMNO kini memang dalam masaalah.. Azalina juga mendedahkan Rafidah dan Pak Lah tidak menyukai Puteri UMNO atau dalam lain ayat Pak Lah menyampah..

Jelas kini UMNO sudah berada didalam situasi panik.. mereka mula menyalahkan satu sama lain..

Dan buat yang masih bersama Puteri UMNO tu.. takkan nak tunggu lagi.. korang tu sudah umpama hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.. sorong pipi kat Pak Lah pun Pak Lah tak pandang jadi.. kenapa masih terhegeh-hegeh menyokong UMNO?

Umno sedang hadapi masalah

SHAH ALAM: Umno sedang menghadapi masalah dengan orang Melayu menyebabkan mereka tidak menyokong parti itu,, kata bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Umno menghadapi masalah dalaman hingga orang benci kepada Umno.


“Banyak sabotaj dalam Umno, ” katanya di majlis dengfan Puteri Umno Selangor hari ini.

Beliau berkata, pegawai kerajan dari kementerian pengajian tinggi, jabatan pelajaran pejabat tanah tidak sokong kerajaan.

“Kita ada masalah imej Melayu. Kes SPRM, kes video seks Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Telah dimanipulasi hingga orang kata Umno yang buat.

“Dalam video seks orang kenal siapa Tan Sri Rahim (Thamby Chik),” tambahnya.

Azalina berkata, Umno juga menghadapi masalah dengan pengundi Melayu di bandar.

Katanya, profesional Melayu bandar tidak pedulikan Umno, sebaliknya mementingkan soal gaji dan keluarga mereka.

“Ada wakil rakyat kita (Melayu) yang orang menyampah, ada berjabat tangan tidak tengok muka,” katanya.


Rafidah, Pak Lah tak suka Puteri, dedah bekas ketua

SHAH ALAM: Bekas orang nombor satu Puteri Umno hari ini mendedahkan Tun Rafidah Aziz menentang penubuhan sayap Umno itu.

Datuk Seri Azalina Othman Said juga mendakwa mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga cuba mengekang penubuhan Puteri Umno.

Azalina berkata,“ maklumlah Pak Lah lebih sayang kepada Khairy (Jamaluddin), menantunya.”

Katanya, hanya mantan perdana menteri. Tun Dr Mahathir Mohomad yang menyokong Puteri Umno.

“Mereka mempersoalkan mengapa mesti ada Puteri sedangkan sudah ada Wanita Umno.

“Ketua bahagian dan ketua cawangan pun tidak sokong Puteri Umno.

“Kalau Datuk Najib (Tun Razak) tidak sayang Puteri, siapa nak cari pengundi Melayu muda,? katanya di majlis bicara tokoh anjuran Puteri Umno Selangor hari ini.

Azalina berkata, beliau yang paling dibenci oleh pergerakan Wanita Umno ekoran penubuhan Puteri Umno,

Bagaimanapun, katanya beliau menjadi ketua Puteri Umno yang pertama pada 2001 kerana dipilih oleh Dr Mahathir.

Beliau juga mendakwa ahli Puteri yang sudah habis tempoh iaitu mencapai usia 35 tahun tidak diterima di peringkat Wanita.

“Yang dapat jawatan ketua bahagian saya seorang saja,” kata Ketua Umno Pengerang itu.


Free Malaysia Today
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .