Bahang  kini mula terasa. BN yang menerima tamparan hebat apabila  rakyat  Sarawak beralih perhatian terhadap kempen-kempen Pakatan Rakyat  disana  membuatkan BN semakin resah.
Sarawak   yang merupakan 'fixed deposit' ataupun  talian hayat untuk BN  menduduki  Putrajaya semakin kehilangan taringnya dengan kedatangan  Pakatan Rakyat  membawa pembaharuan dan harapan buat rakyat Sarawak yang  selama ini  mendiamkan diri dizalimi berpuluh tahun lamanya.
Sungguhpun   BN menguasai media disana dan dibantu oleh media Semenanjung   terutamanya siaran TV1 dan TV3 setiap hari melalui 'Sayang Sarawak',   namun ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat tetap menjadi pilihan   ribuan rakyat disana yang sentiasa memenuhi tapak ceramah yang belum   pernah dilihat BN selama memerintah Sarawak. 
Tempoh   kempen yang berbaki selama seminggu ini telah memaksa Najib Razak  untuk  turun berkampung disini selama 6 hari untuk memastikan laluan ke   Putrajaya tidak terlepas ketangan Pakatan Rakyat.
Amat   terdesak sekali nampaknya BN apabila Najib Razak sendiri terpaksa  turun  berkempen dan entah berapa juta lagi wang kerajaan akan  dihamburkan di  Sarawak demi memastikan kuasa tidak terlepas dari  tangan. 
Petanda   jelas ini merupakan isyarat kepada Pakatan Rakyat untuk terus berkerja   keras dalam memastikan kemenangan semua calonnya di pilihanraya negeri   Sarawak.
SUPP ceramah at Stutong C121. Ceramah anjuran SUPP di kawasan Stutong malam tadi. — Foto oleh Choo Choy May
Sebaik  sahaja jadual Najib yang juga adalah pengerusi BN disahkan,  timbul  spekulasi bahawa kemungkin Sarawak akan menyaksikan beberapa  kerusi di  kubu kuatnya tumbang.
Najib mungkin menjadi perdana menteri pertama yang berkempen sebegitu aktif. Lazimnya, tugas itu diserahkan kepada timbalan perdana menteri manakala perdana menteri sibuk dengan urusan mentadbir negara di Putrajaya.Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada April 2009, Najib hanya memainkan peranan kecil dalam pilihan raya kecil dan tindakannya kali ini dikata mengejutkan banyak pihak.

Lebih  menarik lagi, tahun ini sahaja sudah dua kali beliau  melawat Sarawak.  Kali pertama pada 19 Mac lalu pada perhimpunan di  Serian dan pada 7  April lalu beliau berjalan sekitar bandaraya di  Kuching untuk bermesra  dengan penduduknya.
Anwar juga di Kuching
Kali   ini, tumpuan Najib adalah di bandar-bandar utama  – Miri, Sibu dan   Kuching – yang sejak beberapa hari lalu menyaksikan ribuan rakyat   tertarik kepada ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan rakyat.
Kerusi-kerusi   di kawasan bandar-bandar utama itu dikatakan sebagai kawasan gelap di   mana parti komponen BN, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menghadapi   persaingan sengit.
Sekilas pandang, perdana menteri dilihat cuba meninjau sokongan etnik-etnik berkenaan di kawasan luar bandar yang sebelum dikatakan sebagai 'simpanan tetap' BN.
Dan seperti pada beberapa pilihan raya kecil yang lalu, lawatan Najib tidak akan lengkap tanpa membawa 'ole-ole' untuk rakyat Sarawak.
Esok,  Najib akan melawat Hospital Sri Aman yang dibina sebelum Sarawak   mencapai kemerdekaan. Bangunan itu kini uzur dan memerlukan bantuan   kewangan untuk dibaik-pulih.
Pada Khamis pula, beliau akan ke Sungai Baram, kawasan pembinaan empangan Bakun yang kontroversial dan dijadual melancarkan 'klinik terapung 1Malaysia'.
Najib juga akan menghadiri dua perhimpunan di Kuching pada malam ini dan esok dan dijangka membuat beberapa pengumuman penting bagi menarik undi di kalangan mereka yang tidak berpuas hati dengan BN.
Hari ini juga menyaksikan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menggempur Sarawak dan fokusnya kali ini adalah di Kuching dan kawasan sekitarnya.
Anwar, dijadualkan berceramah di Asajaya, Kuching, Kampung Samariang dan Petrajaya.

 Catatan
Catatan