Nazri Abddullah
SANTUBUNG,  10 April: PAS membuat satu laporan polis ekoran calon mereka di Dewan  Undangan Negeri (Dun) Tanjung Datu, Nani Sahari didakwa cuba diugut dan  cuba dibeli pihak tertentu.
Laporan itu dibuat di Balai Polis Lundu 7 April lalu oleh wakil calon, Syed Abdul Rahman Syed Hussain.
Menurut  Abdul Rahman, ketika sedang mengadakan kempen rumah ke rumah, calon  menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan  diri sebagai seorang pegawai polis.
Dalam  perbualan itu, lelaki tersebut cuba memujuk beliau untuk berjumpa dan  berunding tentang penyertaan beliau dalam pilihan raya negeri kali ini.
Bagaimanapun,  Nani didakwa menolak pelawaan tersebut secara baik dan meletak telefon  biarpun diajak bertemu sendirian beberapa kali.
"Calon bagitahu saya dia menolak pelawaan itu dengan memberitahu dia ada perinsip dan tidak mahu berunding apa-apa.
"Kita anggap ini satu percubaan untuk membeli, mengugut dan menyusahkan calon kita," katanya ketika ditemui semalam.
Katanya,  pihak polis juga turut mengesahkan nombor telefon yang diguna untuk  menghubungi calon itu adalah dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
"Kita  mahu polis mengadakan siasatan segera kerana kita tidak mahu perkara  sama berulang dan boleh menjejaskan kempen calon," tegasnya.
Naib  Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kemudiannya menunjukkan kepada  Harakahdaily laporan polis yang dibuat oleh Syed Abdul Rahman itu.
Nani akan ditentang Tan Sri Adenan Satem dari BN manakala Gilbert Asson Anak Kulong (Bebas)

 

 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
