Sebentar tadi Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di Hotel Grand Continental, Kuching, menyelar serta menghentam teruk perancangan Najib Altantuya yang akan berkampung di Sarawak selama enam hari ini bermula malam ini!
Anwar dalam sidang media bersama petugas media dari seluruh dunia mendakwa kehadiran Najib Altantuya ke Sarawak buat kali ketiga dalam tempoh sebulan membayangkan dua petanda:
Pertama, Barisan Najis sudah sememangnya terdesak untuk mempertahankan kedudukan Taib Mahmud dan kemenangan mereka DAN
Kedua, Najib Altantuya tidak lagi mempercayai Taib Mahmud mengepalai kempen Barisan Najis yang semakin lama semakin diasak hebat Pakatan Rakyat sejak kempen secara rasmi bermula 7 April lalu.
Anwar Ibrahim menambah, belum pernah dalam sejarah seorang Perdana Menteri turun terlalu kerap ke sesebuah negeri bagi membantu pemimpin Barisan Najis sekiranya dia sendiri tidak lagi yakin dengan keberkesanan jentera negeri!
 Najib  Altantuya dijangka tiba malam ini jam 740 malam di Lapangan Terbang  Antarabangsa Kuching (LTAK) dari KLIA setelah menyampaikan trofi  pemenang perlumbaan Formula 1 yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang  sekarang.
Najib  Altantuya dijangka tiba malam ini jam 740 malam di Lapangan Terbang  Antarabangsa Kuching (LTAK) dari KLIA setelah menyampaikan trofi  pemenang perlumbaan Formula 1 yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang  sekarang.Anwar  berjanji, sekiranya Najib Altantuya meneruskan rancangannya untuk  memperbaiki serta menggempur kawasan Pakatan Rakyat, beliau dan seluruh  jentera Pakatan Rakyat yang sudah berkampung di Sarawak lebih dua minggu  akan memastikan "segala usaha yang dilakukan Najib Altantuya dan  pemimpin Barisan Najis akan sia-sia".
Amaran  Anwar membayangkan Pakatan Rakyat akan terus mengekalkan momentum  positif pasca dari ceramah dan sesi bertemu pengundi di seluruh DUN  sehingga hari pengundian pada Sabtu ini 16 April.
Turut hadir dalam sidang media khas tersebut adalah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan beberapa pemimpin PKR negeri.
JALAN PULANG

 

 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
