Ikuti Blog ini

19 Perkara Jangan


Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 19 perkara - perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri :

1. Jangan sengaja lewatkan solat, perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah dan sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan dan kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.

14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

BN guna 200 motosikal, RM50.00 seorang, RM1.2 juta di Permatang Pauh

Kuasa rakyat akan dibukti dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 ini. Jentera parti Pakatan Rakyat termasuk PAS berada dalam keadaan siap sedia sebelum hari penamaan calon lagi.

Tinjauan kami pada malam hari penamaan calon 15 Ogos 2008 lalu di Kampung Permatang Janggus mendapati rata-rata golongan muda bersemangat menyokong Pakatan Rakyat terutama Parti KeADILan Rakyat (PKR) yang bertanding mempertahankan kerusi tersebut.

http://buletinonline.net/images/Berita10/rempitbn.jpg
Ketua Jentera Daerah Mengundi (JDM), Mohd Idris Husin, 39, berkata semua jentera parti PAS berada dalam keadaan siap sedia menghadapi pilihan raya kecil ini.


Katanya, penyusunan jentera parti lancar serta berada dalam keadaan baik sehingga hari pengundian 26 Ogos 2008 ini.


“Kami (PAS) semua bersiap sedia dengan jentera parti yang tersusun untuk menghadapi pilihan raya kecil ini bagi mempertahankan kerusi KeADILan (PKR).

“Anak-anak muda semakin bersemangat untuk bekerja dan kami (PAS) yakin boleh menang sekaligus mempertahankan kemenangan di Parmatang Pauh ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika membuat tinjauan rambang di beberapa tempat di kawasan pilihan raya berkenaan.

http://buletinonline.net/images/Berita10/rempitbn1.jpg
Menurutnya, jentera Barisan Nasional (BN) ‘lumpuh’ kerana tidak ada orang tempatan yang sedia bekerja kecuali ‘diimport’ dari luar kawasan.

Oleh itu, katanya tidak hairan BN menggunakan tenaga luar yang dibawa masuk untuk berkempen, memasang poster dan lain-lain.

“Kami (PAS) dapat maklumat BN guna banyak duit dan tenaga luar dalam pilihan raya kecil di Parlimen Permatang Pauh.

“Barisan Nasional (BN) akan guna 200 buah motosikal setiap hari dengan bayaran RM50.00 seorang yang dianggarkan berbelanja RM1.2 juta kali ini,” ujarnya.

Menurutnya, para pengundi dan rakyat umum kini sudah mempunyai pilihan masing-masing sebelum hari penamaan calon lagi.

Ramlang Porigi - Ahli Pemuda UMNO No Keahlian 03405843


Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.

Beliau adalah ahli Pemuda UMNO Cawangan Seri Machang di dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan Kod keahlian 03405843.

Tidak menghairankan kepada semua kini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah yang diajarkan oleh Islam.

a

Sila klik untuk pembesaran imej.

13 Anggota Parlimen Sabah akan sertai Pakatan Rakyat


BUKIT MERTAJAM, 19 Ogos - Bernama melaporkan Naib Presiden KeADILaan Dato' Dr Jeffrey Kitingan mendakwa 13 anggota Parlimen dari Sabah akan melompat parti menyertai Pakatan Rakyat jika Dato' Seri Anwar Ibrahim menang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Menurutnya kesemua 13 anggota Parlimen itu sebenarnya telah menemui beliau secara peribadi dan menyatakan sokongan terhadap Anwar.

"Kita bercakap benar, saya bercakap mengenai 13 MP (anggota Parlimen) yang akan sertai Pakatan Rakyat selepas Anwar menang pilihan raya kecil ini (Permatang Pauh)...sekarang mereka sedang menunggu sahaja," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Jalan Berapit di sini malam tadi.

Beliau berkata daripada jumlah itu, dua anggota Parlimen adalah dari Parti Maju Sabah (SAPP) dan bakinya wakil rakyat Umno.

Pakatan Rakyat memerlukan sekurang-kurangnya 30 anggota Parlimen lagi untuk membentuk kerajaan pusat dan Sabah mempunyai 24 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN).

Majlis Ttemu Mata Anak Kelate


Assalamualaikum dan Salam Perjuangan.


Majlis Ttemu Mata Anak Kelate

Tarikh: 23 Ogos 2008

Hari: Sabtu
Pukul: 8:30 Malam
Tempat: Stadium Bandar Baru Bangi
Anjuran: Perakan Malaysia
Web Site: www.perakan.org.my
Email: setiausaha.perakan@gmail.com

Tetamu Kehormat:

Y.A.B Tuan Guru Datuk Menteri Besar Kelantan

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

012 319 5435 (Ir. Hamdzah - Setiausaha Perakan Malaysia)

Siapa Yang Samseng Sebenarnya ??





Sudah menjadi kelaziman setiap kali Pilihanraya kecil diadakan. Isu samseng sentiasa timbul dengan melibatkan parti-parti yang bertanding. Hebatnya apabila media memanipulasikan isu-isu ini terutama jika ia membabitkan petugas dari pemerintah yang 'dikatakan' dibelasah oleh petugas dari parti pembangkang.

Terkini semasa proses penamaan pada 16 Ogos lepas, diceritakan bahawa seorang jurukamera dan penyelia syarikat menjadi mangsa samseng yang dicetuskan oleh penyokong PKR. Saya melawat juga blog Puan Emy yang juga Ketua Gerakan Puteri UMNO Negeri Melaka dimana dalam blog beliau ada menceritakan perihal samseng yang kali ini melibat salah seorang petugas Puteri UMNO yang dikasari oleh petugas dari parti lawan.

Disini saya ingin senaraikan beberapa kes yang melibatkan 'kesamsengan' puak-puak UMNO @ BN kepada petugas pembangkang setiap kali Pilihanraya Kecil @ umum diadakan.

1.Pada pilihanraya kecil Ijok, terdapat beberapa insiden yang didalangi oleh samseng pilihanraya. Telah dikenalpasti bahawa Barisan Nasional dibawah pengaruh Pemuda UMNO dan MIC memang sedia maklum menggunakan khidmat samseng.
Klik untuk seterusnya... (Tetapi isu ini ditutupkan oleh media KERAjaan).

2.Pada pilihanraya kecil di Permatang Pasir, Kelantan saya bersama kumpulan saya yang cuma terdiri dari 3 orang rakan telah dikepung lebih dari 10 orang pemuda UMNO di kampung tersebut (Berdekatan dengan masjid di Tal Tujuh). Kami nyaris dipukul tetapi syukurlah ketua kampung dapat selesaikan masalah tersebut, jika tidak tak tahula apa nak jadi..

3. Pilihanraya Kecil di Sanggang, dimana Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob telah menunjukkan isyarat lucah dan juga punggung beliau dikhalayak penyokong pembangkang.
Klik disini untuk melihat tayangan video.

4. Terakhir, bagaimana
kisah Puteri UMNO Bakri di cabul oleh orang kuat Calon BN sendiri ketika sedang berkempen di dalam PRU 12 baru-baru ini. Kenapa media tidak mewar-warkan berita ini.??

Persoalannya, sapa yang samseng Pilihanraya sebenarnya ?? Harap media, wakil-wakil atau penyokong setia 'karat biru pekat' dari parti pemerintah boleh jawab isu ini..by mujahid.

Anwar temui pekerja tertindas

PERMATANG PAUH - Sekumpulan pekerja yang tertindas dan dibuang kerja oleh majikan tanpa pampasan semalam berpuas hati setelah menemui calon KeADILan Anwar Ibrahim di Yayasan Aman semalam.

Sikap prihatin Anwar itu, memberi harapan kepada para pekerja berkenaan untuk mengubah kerajaan kelak, dan yakin dengan kepimpinan Anwar sekiranya mentadbir negara dengan perubahan kerajaan persekutuan.

Dalam pertemuan berkenaan, turut hadir ialah Menteri Besar Perak, Mohd Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Anwar turut memuji usaha kerajaan Perak dan Kijang Care yang membantu bagi meringankan beban 400 pekerja berkenaan dan beliau mengatakan tindakan kilang tersebut amatlah mengejutkan.

“Usaha Kerajaan Perak untuk meringankan beban 400 pekerja disamping bantuan Kijang Care wajar dipuji serta dicontohi. Tindakan kilang tersebut membuang perkerjanya dengan notis 24 jam amatlah mengejutkan dan ternyata tidak bertanggungjawab. Saya menyeru agar tindakan dan langkah yang sewajarnya diambil,” katanya.

400 pekerja berkenaan adalah bekas pekerja Kilang Elektronik Nikko, kes mereka akan dibawa ke mahkamah pada 25 Ogis ubu dan akan dikendalikan secara percuma oleh MTUC Pulau Pinang.

Kalau TGNA Doa Kan Betul2 , UMNO Mati !!!


"aTeringat sewaktu masa dulu , bila mana Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, merangkap Mursyidul Am PAS , berkata beliau akan mengadu kepada Allah, berkaitan dengan anakanda nya , Nik Adli, yang masih dalam tahanan ISA

Dalam kenyataan yang dipetik oleh pemberita media tempatan , TGNA tidak pun menyebut supaya Pak Lah di laknat oleh Allah swt. TGNA juga tidak memohon supaya Pak Lah ditimpa azab, siksa di dunia dan akhirat, atau seumpamanya.

Kalau tidak silap , beberapa bulan lepas tu , molek – molek ada Nik Adli dilepasbebaskan

Gementar juga hati Pak Lah dengan kata – kata TGNA , sangat berkesan.

Begitu juga , bulan lepas sebaik saja selesai kuliah subuh dan pagi di Dataran Ilmu , Kota Bharu , TGNA telah mendoakan kesejahteraan ke atas DSAI , ekoran fitnah liwat yang terbaharu.

Ada sahabat yang selalu bersama – sama dengan TGNA , mengingati seingatnya , belum pernah TGNA mendoakan ke atas seorang individu secara langsung , di depan orang ramai.


Maka , bagaimana agaknya nanti , akan terjadi sekiranya TGNA mendoakan sesuatu ke atas UMNO , iaitu seperti katanya semalam semasa mengulung perbahasan di Muktamar ke-54 PAS , kerana parti itu telah menolak islam , tidak lagi mahu membawa islam dan mendaulatkannya , malah telah menghina islam dan umatnya di Malaysia ini ?


Sukar untuk digambarkan , dalam keadaan UMNO yang sangat tenat dan uzur ini , kiranya TGNA turut mendoakan sesuatu ke atas nya , apa kah nasibnya ?


Terdetik di hati ini , kalau TGNA benar – benar berdoa , bermunajat ke hadrat ilahi , memohon petunjuk dan hidayahNya , agar UMNO dihapuskan sahaja dari muka bumi ini , maka insyaAllah ia akan berlaku , dalam keadaannya yang cukup tenat dan uzur serta nazak.

Doa Tok Guru iringi kempen Anwar di Permatang Pauh


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa agar Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim diberikan kemenangan oleh Allah pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos depan.

Di sebalik keuzuran dan kesibukan beliau menghadiri Muktamar Tahunan PAS ke 54 di Ipoh, Tok Guru bergegas ke Permatang Pauh seusai menunaikan solat subuh, untuk menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Anwar.

Menteri Besar Kelantan itu tiba di Pusat Penamaan Calon di Institut Perguruan Tuanku Bainun yang terletak di sisi Lebuhraya Butterworth-Kulim Express (BKE) kira-kira jam 9.30 pagi, disambut pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Akibat kesesakan lalu lintas, kenderaan rasmi yang membawa Tok Guru terpaksa diletakkan berjauhan daripada pusat penamaan dan beliau dibawa masuk dengan menaiki proton wira milik seorang penyokong PAS.

"Ambo (saya) terlekat dalam jam (kesesakan lalulintas) lama, dari pukul berapa tadi tak boleh masuk," ujarnya yang datang bertongkat ketika disambut penulis.

Image "Ya Tok Guru, sejak subuh lagi, jam 6.30 pagi orang dah mula berkumpul," kata penulis.

"Pelik ni, ramai sungguh ore (orang)," kata Tok Guru merujuk kepada sambutan yang diberikan kepada calon Pakatan Rakyat.

Menurut Tuan Guru Nik Abdul Aziz, dengan jadual beliau yang begitu padat, beliau berasa amat letih untuk berjalan jauh.

Namun katanya di sebalik kekangan jadual dan kesihatan, beliau tetap berkunjung ke Permatang Pauh kerana amat komited dengan agenda Pakatan Rakyat.

Selain Tok Guru, pemimpin PAS yang hadir memberikan sokongan ialah Naib-naib Presiden, Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu; Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Dr Dzulkefli Ahmad, Dr Lo'lo Mohd Ghazali, Dr Siti Mariah Mahmood dan Dr Mujahid Yusof yang juga Pengarah PAS untuk pilihan raya kecil tersebut.

Image Mereka disertai oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Salleh Man dan Ahli Dewan Undangan Negeri (PAS) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman.

Bagi pihak KeADILan, Anwar diiringi isteri Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga Presiden KeADILan serta keluarga, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali, Naib Presiden, Mohamed Azmin Ali, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta lain-lain pemimpin utama mereka.

Turut sama ialah veteran DAP, Dr Chen Man Hin; Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta lain-lain.

BANYAKNYA SESUMPAH DI PERMATANG PAUH




Adakah anda kenal dengan binatang yang dinamakan sesumpah. Kalau anda belum tahu sila baca posting saya ini yang kongsikan dengan tuan-puan takut-takut nanti 'digigit' sesumpah yang begitu banyak berkeliaran di Permatang Pauh sekarang ini sehingga 26 Ogos nanti.

Sesumpah ialah sejenis binatang seperti biawak dan cicak. Namun saiznya lebih besar dari cicak tetapi lebih kecil dari biawak. Bentuk badan, kaki dan lain-lain tidak jauh bezanya dengan biawak. Pendek kata Sesumpah sepupu atau dua pupu cicak dan biawak ini.

Keistimewaan sesumpah ini ialah kulit binatang ini boleh bertukar warna sama seperti keadaan sekelilingnya. Kalau keadaan disekelilingnya berwarna coklat kulitnya bertukar menjadi coklat. Kalau warna disekelilingnya berwarna hijau dia pun bertukar menjadi hijau. Inilah keajaiban dan kekuasaan Allah S.W.T.

Namun sifat sesumpah ini kadang-kadang ditiru oleh manusia. Kadang-kadang dengan meniru inipun baik juga bukan semua tidak baik.

Saya berpengalaman di dalam banyak pilihanraya samada pilihanraya umum atau kecil. Semasa kempen inilah ada orang yang tidak pernah atau jarang pakai tudung akan berlakon pakai tudung, ada yang jarang pakai ketayap putih akan pakai ketayap putih, ada yang jarang ke surau atau ke masjid berjemaah akan rajin ke masjid, ada yang jarang pakai kain pelikat tiap-tiap hari pakai kain pelikat keluar masuk kampung, ada yang jarang ziarah orang sakit akan ziarah sampai 3 atau 4 kali terhadap orang yang sama.

Apa guna mereka berlakon atau bertukar warna kulit macam sesumpah?
Jawapannya ialah mereka ingin menunjukkan bahawa mereka juga pakai tudung, pakai kopiah dan sebagainya supaya mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik percaya yang mereka ini sama-sama tutup aurat, alim dan suka kepada surau dan masjid. Maksudnya mereka juga mahu dilihat serupa dengan pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik, tiada bezanya. Jadi mudah untuk mereka memancing undi. Bukankah ini sama sifatnya dengan sesumpah......suka mengikut persekitaran untuk menyelamat diri, cuma 'Sesumpah' Permatang Pauh bukan untuk selamat diri tetapi untuk dapat upah dan duit serta dapat projek dan sebagainya.

Puteri Umno yang ditugaskan ke kampung-kampung sekitar Parlimen Permatang Pauh untuk menarik undi akhirnya terpaksa bertukar imej daripada berbaju pink, bertopi dan berjaket hitam kepada berpakaian biasa berbaju kurung dan bertudung.

Tinjauan dan maklumat yang diperolehi mendapati usaha mereka dilihat masih gagal melaksanakan tugasan merayu simpati agar penduduk Permatang Pauh berubah undi kepada Barisan Nasional (BN) yang dikatakan lebih relevan pada masa ini.

Malah tindakan merayu undi menambah kemarahan penduduk beberapa buah kampung yang dimasuki oleh Puteri Umno kerana kurang senang dengan tingkah laku atau pujukan yang dijalankan seolah-olah penduduk di Permatang Pauh kurang faham situasi negara apatah lagi cara terbaik untuk memilih kepimpinan negara.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .