Ikuti Blog ini

Ceramah TG Nik Aziz di Terong




TRONG : Hampir 10,000 orang telah bertali arus ke kawasan pendalaman di kawasan Batu 8, Trong untuk mendengar ceramah oleh TG Nik Aziz, Speaker Perak Sivakumar dan pimpinan yang lain.


Sivakumar menegaskan bahawa beliau mempunyai hak mutlak untuk memanggil sidang dun perak walaupun dibawah pokok kerana penggunaan dewan telah dihalang.

"Apakah dinding, atap dan lantai lebih penting daripada menjalankan tanggungjawab untuk meneruskan sidang dun?" tanyanya kepada hadirin.





Kenyataan Ustaz Ahmad Awang Pesuruhjaya PAS negeri Perak pula, memberi tamparan yang hebat buat UMNO.

Beliau memberi pandangan bahawa masyarakat seharusnya menolak Barisan Nasional (BN) kerana pemimpin-pemimpin BN adalah pembohong dan sering menabur fitnah kepada rakyat serta pakatan rakyat.

Beliau mengulas lagi bahawa Umno sudah kering ideal untuk menipu rakyat sehinggakan mereka membincangkan isu derhaka kepada calon pakatan rakyat iaitu Dato' Seri Ir Nizar Nizar Jamaludin.

Mengenai kes umno merampas kuasa dengan cara menggunakan politik kotor terhadap kerajaan pakatan rakyat di negeri Perak,terdapat beberapa hakim yang tetap memutuskan bahawa Nizar masih lagi menteri besar yang sah jika dirujuk kepada perlembagaan undang-undang negara.Beliau menambah lagi, UMNO sebenarnya telah mempermainkan undang-undang negara bahkan mereka telah melanggar tuntutan falsafah negara yang ketiga iaitu keluhuran undang-undang.



Mohd Sayuti Omar (msomelayu.blogspot.com) juga kelihatan dihadapan pentas untuk mengulas ceramah yang disampaikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat.



Dalam pada itu,Ahli Parlimen Gopeng Lee Boon Chye yang turut juga berucap semalam menyebut sekalipun orang Cina adalah bukan Islam,namun kami tetap menyokong Dato' Seri Nizar kerana beliau adalah seorang Muslim yang adil dan jujur.

Kepimpinan beliau tidak setanding dengan Najib atau calon BN di Bukit Gantang.Keadilan yang dilaksanakan oleh beliau ketika memerintah selama 11 bulan tidak pernah berbelah bahagi.

Pemimpin seperti ini jarang sekali ditemui di kalangan pemimpin BN.Selama memerintah Perak,Nizar telah membela kemiskinan rakyat China yang hidup dalam kemiskinan untuk memiliki tanah sendiri,dalam masa yang sama beliau turut membantu sekolah-sekolah agama rakyat dan memberikan tanah bagi memperluaskan sekolah-sekolah tersebut.

Inilah tindakan adil yang dilakukan oleh Nizar,bahkan Kelantan yang dipimpin oleh Tuan Guru Nik Aziz telah dahulu melaksanakan perkara ini dalam membantu kemiskinan orang-orang Cina di Kelantan.

Sebagai ahli parlimen yang berpandangan jauh, beliau berpendapat tindakan seperti ini sangat bijak kerana ianya menguntungkan rakyat dan kerajaan.
Beliau begitu kesal dengan politik BN yang hanya mementingkan poket sendiri tanpa melakukan perubahan kepada rakyat sekalipun setelah 50 tahun merdeka.

Dalam membincangkan tentang rang kekal yang dimainkan oleh BN, beliau menyebut dengan jelas bahawa rang kekal buka dari DAP,tetapi ianya wujud dari hasil kesepakatan parti Pakatan Rakyat dalam menifesto yang sudah diputuskan sejak dahulu.

DAP banyak mempelajari selok-belok cara pemerintahan yang betul daripada PAS dan PKR.


Pada akhir ucapannya,beliau mencabar Najib,sekiranya Perdana Menteri baru itu begitu berbesar hati membebaskan tahanan ISA, beliau sepatutnya menutup kem kemunting ini dan juga membebaskan media untuk berbicara secara telus.


Beliau mewakili rakyat Cina secara ikhlas menyatakan bahawa pimpinan PAS tetap dihormati oleh masyarakat muslim dan bukan muslim di Malaysia dan ini adalah satu kehebatan yang ada pada PAS.





Seperti biasa, TG Nik Aziz tidak lari daripada memberikan kiasan diantara kehidupan makhluk didunia ini (manusia) dengan Maha Pencipta yang menentukan segala-galanya.


Baik melayu, cina dan india kesemuanya menikmati nikmat dari Allah Taala secara saksama. Udara, hujan dan panas matahari dirasai oleh semua. Kejadian manusia juga yang bermula daripada Adam membuktikan bahawa melayu, cina dan india adalah daripada satu.

Oleh yang demikian, cogankata Najib 'Satu Malaysia' adalah satu benda yang lama. Sesuatu yang telah lama diamalkan oleh Pakatan Rakyat.


Rakyat juga dinasihatkan agar tidak terjerat dan tertipu dengan 'kebaikan' yang ditunjukkan Najib dengan membebaskan tahanan ISA kerana kesemua Perdana Menteri yang baru dilantik akan membuat suatu 'pembaharuan' yang menonjolkan seolah-olah kerajaan yang akan dipimpin adalah satu kerajaan yang adil.


Doa tokguru agar kemenangan berpihak kepada Pas agar Islam dapat ditegakkan dan keadilan yang dilaksanakan kepada semua.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .