Khabar angin di pihak Umno menampakkan lobi-melobi yang kuat terhadap dua nama calon iaitu wakil wanita iaitu Ketua Wanita Bahagian Labis,Haslinda Salleh selain nama ADO bagi Daerah Kecil Rengit,Azhar Ibrahim. Selain dua nama tersebut,nama Timbalan Ketua Umno Labis,Rusdin Mahmud dan Naib Ketuanya Hashim Daud turut diperkatakan orang untuk menjadi calon Umno di kerusi tersebut.Apapun,dalam masa beberapa jam sahaja daripada sekarang,lawan kepada calon Pas bakal terjawab di Tenang.
Apapun,Pas sebenarnya mempunyai kelebihan dalam tempoh berkempen kerana calonnya mempunyai masa yang lebih lama untuk berkempen semenjak namanya diumumkan Ahad lepas.Masuk hari ini,sudah tiga hari Cikgu Mala turun menemui para pengundi di Dun Tenang.Cikgu Mala yang juga merupakan Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Johor merupakan seorang anak peneroka tempatan selain mempunyai auranya yang tersendiri serta disenangi oleh pelbagai latarbelakang pengundi.Sepanjang dua hari tempoh berkempen secara tidak rasmi,Cikgu Mala telah berkunjung dari rumah ke rumah,dari kedai ke kedai untuk mengagihkan buah limau kepada mereka yang dijumpainya terutamanya golongan wanita di Dun Tenang.
Pada hari pertama kempen tidak rasminya Isnin lalu,Cikgu Mala yang tampil berjubah merah mempunyai personaliti yang menyenangkan semua pihak tetapi masih menjaga batas-batas seorang muslimah dalam Islam. Beliau bersama beberapa orang wakil muslimat Pas dan Ketua Wanita DAP,Chong Eng telah mengadakan sesi berkenalan di kawasan tumpuan ramai di kawasan Bandar Labis termasuk di pasar,pasar tani,kedai dan restoran.
Semalam  pula,pada Hari Selasa,beliau menyambung semula kempen tidak rasminya di  sekitar pekan dan di kawasan Felda termasuk menziarahi jenazah  Allayarham Abdul Latif Subhi bin Mohd Din,Setiausaha Umno Cawangan Felda  Tenang.
Kehadiran  beliau semestinya memberi kesedaran kepada pengundi di kawasan Felda  akan keperibadian calon Pas tersebut dalam berkhidmat.Tatkala hampir  kesemua pemimpin Umno di Tenang meraikan Najib di Chemplak,para petugas  Pas Pahang mengambil tanggungjawab menyempurnakan jenazah arwah.Lebih  memilukan,Najib langsung tidak mengambil kesempatan untuk menziarahi  arwah yang merupakan pejuang Umno di Tenang.Malah,Imam bertugas di  masjid juga tidak dapat menunaikan kewajipannya menguruskan jenazah  apabila terpaksa meraikan kedatangan Najib di Dun Tenang.Oleh itu,secara  moralnya Pas telahpun menang di Dun Tenang kali ini.
Berbalik  kepada isu yang ingin dibincangkan dalam artikel kali ini,kelihatannya  Cikgu Mala bakal menghadapi usaha-usaha sabotaj tertentu daripada pihak  tertentu dalam pilihanraya kali ini.
 Pertamanya,suami  beliau telah menghadapi arahan berpindah ke Johor Bahru serta merta  dalam masa 24 jam selepas Cikgu Mala diumumkan sebagai calon  Pas.Tindakan itu kononnya adalah disebabkan oleh ketidakbolehan suaminya  yang juga seorang guru di Tenang tidak boleh mengawal isterinya  daripada menyokong Pas.Walaubagaimanapun,isu ini reda setelah bantahan  umum berlaku terhadap Pengarah Pelajaran Johor yang nyata lebih Umno  daripada seorang Umno.
Pertamanya,suami  beliau telah menghadapi arahan berpindah ke Johor Bahru serta merta  dalam masa 24 jam selepas Cikgu Mala diumumkan sebagai calon  Pas.Tindakan itu kononnya adalah disebabkan oleh ketidakbolehan suaminya  yang juga seorang guru di Tenang tidak boleh mengawal isterinya  daripada menyokong Pas.Walaubagaimanapun,isu ini reda setelah bantahan  umum berlaku terhadap Pengarah Pelajaran Johor yang nyata lebih Umno  daripada seorang Umno.Keduanya pula, pihak  saraf BN sedang mengatur strategi memburukkan imej Islam yang dibawa  oleh beliau. Apa yang dimaksudkan ialah semasa calon berkenaan  mengunjungi tempat awam termasuk pasar  perhentian bas, lawatan rumah ke  rumah dan sebagainya, dari kalangan yang ramai tersebut akan ada  seorang atau beberapa orang lelaki yang sudah tentu bukan muhrim,  berebut menghulurkan tangan untuk bersalam.
Mereka  juga menyediakan kamera dan media seperti TV3 dan RTM untuk merakamkan  peristiwa itu. Walau apapun reaksi Cikgu Mala terhadap lelaki-lelaki  ini, pihak media akan memutar belit isu ini bagi mengelirukan pengundi  dan orang ramai. Gambar itu bakal diulang tayang bagi menimbulkan  persepsi negatif terhadap bakal calon Pas ini.
Semua  petugas Pas terutama muslimat, diingatkan agar berhati-hati dengan  provokasi pihak BN yang sanggup berbuat apa sahaja. Mereka begitu  terdesak dalam usaha memenangi kerusi Tenang yang sememangnya dilihat  sebagai kubu kuat mereka.
Setakat  ini,fitnah tersebut masih berjaya dielak oleh Cikgu Mala.Ternyata dalam  tempoh beliau bertemu dengan penduduk setempat,beliau masih berjaya  mengelak untuk bersalaman dengan mana-mana lelaki dan pertemuannya  dengan mana-mana lelaki sentiasa diiringi oleh suami dan wakil  muslimat.Syabas,Cikgu Mala.
|  | 
| ditemani suami | 
| Gaya tangannya ketika memberi buah kepada lelaki untuk mengelakkan berjabat salam | 
| sentiasa ditemani ketika bertemu pengundi lelaki | 
Selain itu,usaha-usaha memburukkan Cikgu Mala di  internet juga turut berlaku terutamanya oleh pejuang maya tegar Umno di  internet.Mereka kelihatannya sanggup menyamakan Cikgu Mala sebagai Amina  Wadud, wanita yang menjadi Imam di Amerika Syarikat semata-mata kerana  Pas mencalonkan seorang wanita sebagai calon.
| Mereka menganggap Cikgu Mala tidak kenang budi | 

 

 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
