 Menteri  Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa  persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh  Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan  Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri.
Menteri  Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa  persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh  Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan  Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri.
Menurut  YB Saari Sugib,"Kalau ikutkan memang ada dikalangan ADUN BN yang  berjanji akan mengundi pindaan tersebut,tetapi telah di beri amaran  keras oleh YB Noh Omar dan barang siapa yang didapati mengundi maka pada  PRU kelak nama mereka tidak akan dicalonkan kembali."katanya. Di sini
Sidang DUN: Jangan Salaherti Sultan Selangor Menyokong Mana-mana Pihak
SHAH  ALAM, 19 Jan (Bernama) -- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris  Shah Rabu bertitah bahawa tindakan baginda menandatangani proklamasi  memanggil mesyuarat Dewan Undangan Negeri pada 24 Jan ini jangan  disalahertikan bahawa baginda menyokong mana-mana pihak.
"Beta  telah menandatangani proklamasi untuk memanggil mesyuarat Dewan Negeri  di bawah sub-peraturan 10 (3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri  yang ditetapkan pada 24 Januari 2011," titah baginda dalam satu  perutusan yang dikeluarkan hari ini.
Sultan Selangor bertitah  proklamasi itu ditandatangani baginda selaras dengan kuasa dan  tanggungjawab baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara LXX (1) dan LV  (1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Baginda juga  berharap agar mesyuarat dewan pada kali ini dapat dijalankan dengan  teratur mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.
"Janganlah  hendaknya perjalanan kuasa Beta menandatangani proklamasi ini  disalahertikan bahawa Beta menyokong mana-mana pihak dan janganlah Beta  diseret dan dilibatkan masuk dalam kancah politik oleh mana-mana pihak  berkepentingan yang tidak bertanggungjawab," titah Sultan Selangor.
Sementara  itu, dalam kenyataan akhbar yang berasingan, Setiausaha Sulit Sultan  Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata baginda telah menerima draf  pindaan Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan baginda  telah meneliti cadangan pindaan itu.
"Walaubagaimanapun baginda  menyerahkan kepada kebijaksanaan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri  Selangor untuk menilai sama ada pindaan tersebut wajar diterima untuk  diluluskan ataupun tidak," kata Mohamad Munir.
Menteri Besar  Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini mencadangkan Perkara  52 Undang-undang Kerajaan Negeri dipinda bagi mengembalikan kuasa Sultan  dan Menteri Besar di dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri,  Penasihat Undang-undang dan Pegawai Kewangan Negeri.
-- BERNAMA
 

 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
