Ikuti Blog ini

Analisis Manek Urai : PAS Hanya Merosot 399 undi Sahaja!




PETUGAS pilihanraya dari parti PAS yang mahu dikenali sebagai Pok Ya 61, menurunkan bendera di jambatan yang menghubungkan antara Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru selepas Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai.

Ketika artikel ini ditulis, keputusan rasmi pilihanraya kecil N41 Dun Manek Urai baru sahaja diumumkan PAS berjaya mempertahankan Manek Urai dengan majoriti tipis 64 undi. PAS dikatakan mendapat undi sebanyak 5347 manakala BN pula 5283. Dengan perbezaan undi yang begitu kecil, BN dijangka akan membuat tuntutan agar kiraan semula dilakukan.

Apapun, jika PAS berjaya memenangi Manek Urai sekalipun, dengan majoriti yang lebih kecil itu akan menjadi modal bagi UMNO dan BN menjaja ke seluruh dunia bahawa mereka telah mendapat kembali sokongan rakyat. Orang Melayu kembali bersama-sama dengan BN, itu kata mereka barangkali.

Namun, perlu diingat bahawa di dalam pilihanraya yang lepas, PAS berjaya memperolehi 5746 undi melalui almarhum Poksu Wei. Ini bermakna pada pilihanraya kecil ini PAS hanya merosot undinya hanya sekitar 399 undi sahaja. Benar, undi BN meningkat dengan mendadak, tetapi pengundi yang memilih PAS masih tegar tidak berganjak. Undi BN boleh saja meningkat dengan peningkatan jumlah keluar mengundi yang melepasi sasaran SPR, apa saja boleh berlaku dengan sejarah BN yang penuh dengan tipu muslihat.

Jika BN cerdik, penurunan undi sebanyak 399 undi di pihak PAS itu bukanlah satu kejayaan besar bagi BN. Bagaimanapun, di tengah-tengah kemelut dan mood rakyat yang memberikan kekalahan berturut-turut kepada BN, kejayaan ini bagi BN mungkin merupakan sedikit suntikan semangat. Tetapi secara jujur, BN boleh berfikir dengan waras, padankah dengan segala janji manis dari seluruh jeneral-jeneral BN berkampung di Manek Urai, hanya 399 undi sahaja berjaya ditarik dari PAS?

Untuk PAS, sekalipun menang dengan jumlah undi yang masih selesa, ia bukanlah tiket untuk menarik nafas lega. Kenapa pengundi muda rata-ratanya menolak PAS? Apakah kehendak mereka yang tidak dilayan dengan sempurna oleh kepimpinan? Kita melihat undi golongan penyokong tegar tidak berubah, menandakan isu ’kerajaan perpaduan’ yang dimainkan oleh UMNO/BN tidak berkesan. Lantas, PAS perlu membuat muhasabah dan pemeriksaan dalaman yang benar-benar telus ke arah memastikan Kelantan terus kekal di bawah penguasaan PAS di masa-masa akan datang.

Apapun, tahniah Abe Uji. Tahniah para petugas PAS. Allahuakbar!



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .