Minggu lepas kecoh pasal Suspek pencuri kereta mati dalam tahanan PDRM dan PDRM kena kecam dengan hebatnya, puas juga PDRM berkungfu menepis segala kecaman tersebut. Manakala media kerajaan seperti biasa, sebagai barua pembodoh fikiran rakyat memainkan isu dengan mengatakan parti pembangkang mengambil kesempatan politik dengan isu tersebut.
Minggu ini pula kecoh pasal Suspek Rasuah oleh ahli umno kena belasah dengan SPRM pulak, sebaliknya geng-geng umno kecoh dan sibuk yang sebelum ni tak pernah belajar ilmu Demonstrasi buat demonstrasi di perkarangan menara Dato Onn membantah pembubaran sayap-sayap umno, kes member kena belasah dengan SPRM sekadar perkara biasa saja bagi mereka.
Tetapi Dewan Pemuda Pas pula yang mengambil insiatif mengecam dan membela orang umno di atas kekejaman SPRM menjalankan sesi soal-siasat terhadap suspek. Adakah media kerajaan perbodoh fikiran rakyat akan memainkan isu ini dengan mengatakan parti pembangkang cuba mengambil kesempatan politik juga.
Orang-orang umno semua bukalah mata dan minda anda, dimanakah pembelaan dari parti perjuangan anda selama ini terhadap ahlinya, sedangkan ahli tersebut hanyalah suspek sahaja dan belum terbukti lagi beliau bersalah atau tidak, tetapi telah dimalukan dan dibelasah semahunya..., korang fikirlah sendiri...
Yang saya tahu suspek yang dibogelkan hanyalah suspek yang terlibat dengan dadah atau penyeludupan, habis lubang jubor dikoreknya, siasatan jika ada dadah yang disembunyikan, bagi suspek perempuan tu faham-faham jelah yea..., agaknya kalau suspek rasuah diorang takut ada duit yang disembunyikan dalam lubang jubor kot, pasal tu dipaksa bogel.
Walau apa pun PDRM dan SPRM tetap hebat selagi bernaung dibawah Kerajaan Barisan Nasional, sehebat pemimpin Barisan Nasional juga yang mengamalkan ilmu kereta KEBAL. Dan mereka juga lupa bahawa ada lagi yang lebih KEBAL dari mereka.... ha..ha..ha..
Yang ini BeEnd/Umno tak nak tangkap ke? dan belasah diorang pasal menghina membakar bendera parti, salah perbuatan diorang tu. Bukan apa? teringat pulak kes bakar bendera di Trengganu dulu, geng umno kan dah pandai berdemonstrasi jadi tunggu apa lagi, kerahkan geng korang semua buat bantahan terhadap penghinaan ini.
Lantak korang le.... PRU-13 nanti kita tengok siapa yang lebih KEBAL.