Ikuti Blog ini

Halatuju PAS, Hamas sama

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/HamasUnwrittenChapters.jpgKuala Terengganu – Al- Harakah al-Muqawwamah al-Islamiyah atau Hamas yang wujud di Palestin hari ini mempunyai halatuju yang sama dengan gerakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di negara ini.

Tekanan, halangan serta ancaman yang dihadapi oleh gerakan Islam Hamas di Palestin oleh tentera zionis Israel kerana mempertahankan Islam sama seperti yang dialami oleh PAS di Malaysia.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata Hamas boleh bertahan dari serangan Israel meski pun tanpa persenjataan berat kerana Islam.

Katanya, Hamas telah meletakkan asas perjuangan Islam dilandasan yang betul dengan mengharapkan kemenangan atau mati syahid.

“Kenapa Hamas boleh bertahan daripada serangan Israel walau pun Hamas tidak mempunyai senjata berat seperti kereta kebal, helikopter dan lain-lain.

“Kita (PAS) telah diberitahu oleh pemimpin Hamas bahawa mereka meletakkan perjuangan Islam dilandasan yang betul.

“Mereka (Hamas) berjuang menentang Israel sama ada akan mencapai kemenangan atau mati syahid di Palestin,” jelasnya ketika berucap pada Majlis Penutup Kempen Rayuan Gaza Air Mata Palestin, anjuran Yayasan Amal Malaysia (Amal) di Kampung Gelung Bilal, dekat sini, baru-baru ini.


Menurutnya, asas perjuangan Hamas di Palestin adalah sama dengan dasar dan gerakan PAS di negara ini yang sama sekali menentang kezaliman Israel.

Beliau yang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok secara terbuka berkata PAS menyokong serta mengiktiraf perjuangan Hamas di Gaza, Palestin.

Ini kerana, katanya gerakan Islam Hamas merupakan tunggak bagi mempertahankan Masjid al-Aqsa di Palestin.

Hadir sama pada majlis tersebut Naib Presiden PAS Pusat, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

Buletinonline di maklumkan sumbangan serta kutipan derma yang dilancarkan selama sebulan bagi mengumpul dana Rayuan Gaza, Palestin tersebut mencecah angka melebihi RM350,000 serta melepasi sasaran awal RM250,000 di negeri ini.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .