Ikuti Blog ini

Sultan Kelantan pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-225


KUALA LUMPUR - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini mempengerusikan Mesyuarat ke-225 Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini. Baginda diiringi oleh Menteri Besar kelantan, Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Mesyuarat hari pertama itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Terengganu yang diwakili Tengku Seri Bendahara, Raja Tengku Mustaffa Kamel dan Pahang oleh Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Baginda semua diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi Ketua Menteri masing-masing kecuali Sarawak yang tidak hadir dalam mesyuarat itu.
Santapan malam bagi memuliakan Mesyuarat ke-225 Majlis Raja-Raja diadakan di Istana Negara malam ini.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .