Ikuti Blog ini

DUN Perak : Persidangan orang-orang pekak dan bisu


Gambar ehsan Merdekareview

DS Nizar menyatakan bahawa ADUN Pakatan Rakyat ternyata lebih peka dan telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan keadaan yang telah mereka jangkakan.

“Kami sudah jangka, mereka akan tutup mulut kami, sebab itu kami bersiap dengan banner-banner kecil untuk menyuarakan protes kami terhadap layanan tidak adil mereka keatas kami,” terang Nizar.

“Jangkaan kami tepat sekali bilamana semua pembesar suara 28 orang ADUN Pakatan Rakyat Perak telah ditutup sepanjang masa persidangan supaya kami tidak tidak boleh berucap , tidak dapat mengemukakan soalan tambahan, tidak boleh membahas titah Ucapan Tuanku, tidak boleh baca peraturan dan tidak boleh mengemukakan usul,” rungut Nizar yang menampakan rasa keciwanya.

“ Kami seolah-olah mahu dibisukan oleh Umno/BN didalam dewan dan Umno/BN sendiri bertindak seperti orang pekak (baca pekak badak), sampuk Dato’ Ngeh Khoo Ham yang duduk disebelsh Nizar.

Ngeh menyifatkan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang berlangsung pada 31 Mac itu umpama persidangan antara orang-orang bisu dan orang-orang pekak.

YB Pantai Remis, Nga Kor Meng turut membidas pihak pentadbiran Barisan Nasional kerana mengurung pihak media di galeri orang awam di tingkat tiga dan mengakibatkan pihak media tidak dapat membuat laporan liputan media dengan telus dan tepat.Hanya media pro BN sahaja yang bebas membuat liputan.

Beliau berkata, "kebanyakan media dikurung di bilik atas dengan pembesar suara ADUN Pakatan semua ditutup supaya pihak media tidak dapat dengar hujah ADUN Pakatan Rakyat. Sila tepuk dada, tanya iman, adakah ini adil dan saksama?"

“Dan apa guna kami duduk dalam Dewan kuku besi sebegini?" soalnya sekali gus menjelaskan kenapa ADUN Pakatan Rakyat mengambil keputusan untuk keluar dewan.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .