Ikuti Blog ini

Anak PR Bakal Lahir di PRK P036

Semalam penulis berkesempatan untuk bersama-sama lautan manusia di Kompleks PAS Kedah untuk mengikuti ceramah perdana YAB MB Kedah dan YAB MB Perak.

Sejak dilantik MB Perak, inilah kali pertama bagi YAB Dato' Seri (Ir) Mohammad Nizar Jamaludin bercakap dihadapan penyokong PAS dan PR di negeri utara semenanjung. Bagi penulis, sememangnya cukup beruntung rakyat Perak secara keseluruhannya kerana mendapat seorang tokoh yang petah berbicara (termasuk dalam berbagai bahasa) YANG BELUM ADA pada MB sebelumnya... Syabas dan tahniah..!

Sebelum itu YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (MB Kedah) dalam ucapan aluannya menceritakan bagaimana dalam usia 9 bulan pemerintahan PR di lima buah negeri (kecuali Kelantan) seumpama menunggu kandungan yang bakal lahir berhadapan banyak dugaan dan ujian.

Kerajaan PR sentiasa menangkis segala bentuk serangan dari segenap penjuru oleh media perdana yang rata-rata mahu menamatkan usia kandungan PR layaknya. Perkara ini memang berterusan dan belum ada penyudahan yang nampak bahawa BN sememangnya 'gila talak' dan sentiasa 'menyalak'.

Bagi penulis, BN terus menyalak tanpa rasa segan silu meskipun rakyat telah membuat isyarat untuk mereka dalam PRK Permatang Pauh. Rasanya dalam menanti saat kelahiran seperti lazim seorang ibu mengandung selama 9 bulan, apakah akan bakal lahir seorang putera PR di PRK K.Terengganu pada 17/01/2009 ?

Dalam menanti (over-due) pada tarikh tersebut, ujian PR semakin hebat dan kita tidak mahu kandungan gugur begitu sahaja. Apa yang penting ancaman BN untuk menggugurkan kandungan PR semestinya dihentikan sebaliknya memastikan kelahiran putera Pakatan Rakyat LAHIR DENGAN SELAMAT..!!


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .