Ikuti Blog ini

Siapa Calon PAS Di Permtg Pasir?

Calon PAS akan diketahui pada 14 Ogos ini dan PAS akan menang serta mempertahankan kerusi Permatang Pasir dalam pilihan kecil kelak

Demikian penegasan yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub semasa melawat dan menyampaikan bantuan kepada peserta yang cedera dalam himpunan aman mansuhkan ISA pada 1 Ogos lalu, lapor harakahdaily.

Menurutnya, walaupun berdepan dengan jentera Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai kekuatan tetapi beliau yakin PAS mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan mudah.

Siasah pula melaporkan PAS Pulau Pinang menyenarai lima nama utama untuk dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir.



PERMATANG PAUH, 11 Ogos: PAS Pulau Pinang menyenarai lima nama utama untuk dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir.

(Gambar: Salleh Man)

Mereka adalah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang sendiri, Ustaz Mohd Salleh Man, timbalannya yang juga AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Turut dicalonkan adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS III Pulau Pinang yang baru dilantik, Rosidi Hussain, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah dan bekas pegawai peribadi kepada Mohd Hamdan, Shamsul Kamal Sahpie.

Kerusi Dewan Undangan Negeri(Dun) N11, Permatang Pasir yang berada dalam Parlimen Permatang Pauh akan sekali lagi menjadi kubu peperangan sengit antara PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dan Umno yang mewakili Barisan Nasional(BN) dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 25 Ogos yang akan datang.

(Gambar: Mohamad Sabu)

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 17 Ogos sebagai tarikh penamaan calon manakala 25 Ogos pula sebagai hari pengundian yang kedua-duanya jatuh di bulan Ramadhan.

PAS telah mempertahankan kerusi ini selama tiga penggal berturut-turut sejak 1999 itu tidak mudah untuk digugat oleh Umno walaupun sebelum 1999 ia pernah menjadi milik dan kubu kuat mereka.

(Gambar: Rosidi)

Dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu PAS berjaya mempertahankan kerusinya bagi kali ketiga melalui Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman apabila berjaya memperolehi sebanyak 11,004 undi setelah berjaya menewaskan calon Umno yang hanya meraih sebanyak 5,571 undi.

(Gambar: Mohd Yusni)

Dun Permatang Pasir mempunyai seramai 20,350 pengundi. 72.0 peratus adalah pengundi Melayu. 25.7 peratus terdiri daripada pengundi Cina dan 1.2 peratus adalah pengundi India.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .