
hak tertentu menyebar foto-foto separuh bogel anggota Exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong yang sedang tidur. Tanpa memberi peluang kepada Adun terbabit menjelaskan perkara sebenar bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo terus mendesak Elizabeth meletak jawatan Exco dan Adun Bukit Lanjan.Mengulas perkembangan itu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) berkata, apa yang berlaku tidak seharusnya dipersalahkan kepada anggota Exco berkenaan, mungkin beliau dijadikan mangsa penyebaran gambar peribadinya. "Kita sebenarnya tak boleh salahkan orang itu sahaja, tentu ada sebab yang berlaku," ujarnya ketika ditemui.
Oleh itu, Menteri Besar Kelantan menyerahkan kepada kerajaan Selangor untuk menyelesaikan kes anggota Exco berkenaan dan bukannya pihak lain. Bagaimanapun tambahnya apa yang berlaku itu tidak sedikit pun menjejaskan kerajaan Pakatan Rakyat memandangkan ia hanya masalah peribadi. "Ia masalah peribadi saja, di mana-mana pun boleh berlaku, yang tak keluar akhbar pun banyak, tu dah nasib dia (keluar akhbar)," katanya.
Menurutnya juga di Kelantan gambar-gambar wanita yang menjadi iklan produk tertentu dipastikan menutup aurat.
