Tajong Bundong, Muara Tuang.Kota Samarahan, Sarawak
"Dan  tuntutlah dengan harta kekayaan yang  telah dikurniakan Allah kepadamu  akan pahala dan kebahagiaan hari  akhirat dan janganlah engkau melupakan  bahagianmu (keperluan dan  bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah  (kepada hamba-hamba Allah)  sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu  (dengan pemberian nikmatNya yang  melimpah-limpah); dan janganlah engkau  melakukan kerosakan di muka  bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada  orang-orang yang berbuat  kerosakan ".
Surah Al-Qasas, ayat 77
Kota  Samarahan, Sarawak . 11 April - AJK PAS Pusat, YB Dato Haji  Husam Musa  turut turun ke medan perang untuk menggempur Barisan Nasional  dalam  pilihanraya negeri Sarawak.YB Husam turut serta di dalam program   mendekati rakyat,mendengar aduan  masalah rakyat serta pencerahan   maklumat kepada rakyat bersama calon PAS N15 DUN Muara Tuang, Puan   Noraini bt Hamzah dan jentera PAS Negeri Perak di kawasan jeti Kota   Samarahan.Sarawak.
Lawatan muhibbah jentera PAS  DUN Muara   Tuang di kawasan jeti Kota Samarahan mendapati para penjual  ikan dan   sayur-sayuran yang terdiri dari kaum melayu pribumi Sarawak ini masih   berniaga dalam keadaan daif  dengan gerai kayu yang uzur, berbumbungkan   kain kanvas dan zink, sistem perparitan dan pengairan yang tidak   sempurna.Para peniaga di kawasan jeti Kota Samarahan ini mengadu kepada   YB Dato Haji Husam bahawa tempat mereka berniaga secara kecil-kecilan   ini tiada kemudahan infrastruktur yang sempurna untuk mereka berniaga   dengan selesa.
YB Husam amat sedih dan kecewa dengan pengabaian   kemajuan rakyat oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri sarawak, Barisan   Nasional khasnya para peniaga kecil di Kota Samarahan ini.
Walaupun   Kota Samarahan maju  dengan wujudnya UITM, Unimas, IPG Kota Samarahan,   kawasan-kawasan komersial tetapi  ketidak adilan sosial dan   ketidakseimbangan ekonomi di antara penduduk kampung dengan kawasan yang   lebih membangun amatlah ketara.
Inikah   hasil pemerintahan kerajaan Barisan Nasional yang  diketuai oleh Ketua  Menteri Pehin Seri Abdul Taib Mahmud  selepas  30  tahun.Negeri Sarawak  bukankah kaya dengan sumber alam dan tanah yang  subur yang sudah  diterokai seperti petroleum dan gas, kayu balak, emas,  besi dan bahan  mineral serta projek ladang kelapa sawit  mega oleh  kerajaan Barisan  Nasional di Sarawak.
Bukanlah niat untuk  menghina rakyat  Sarawak, tetapi sebagai satu contoh perbandingan, iaitu   Bazar Tok Guru  yang dibina oleh kerajaan Negeri Kelantan adalah satu  simbol keadilan  oleh kerajaan Pakatan Rakyat /PAS untuk menjamin  kebajikan dan  kesejahteraan rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan  ideologi  politik.Pasar Siti Khadijah, Pasar Wakaf Che Yeh, Bazar Tok  Guru, Pasar  Ikan Tok Bali, Pasar Ikan Kuala Besar, pasar-pasar di  seluruh Kelantan  diurus dengan baik oleh PBT-PBT Tempatan yang  bekerjasama dengan  kerajaan negeri Kelantan.
Rakyat Sarawak  yang rata-ratanya  sudah cerdik dan berilmu boleh menilai akan prestasi  kerajaan Barisan  Nasional untuk terus memerintah negeri Sarawak dan  seluruh Malaysia  amnya.
Kemenangan Parti-parti Pakatan Rakyat dalam  pilihanraya  negeri Sarawak adalah penting untuk mengubah pemerintahan di   putrajaya.Semoga rakyat Sarawak dan seluruh Malaysia amnya tidak akan   terus dizalimi oleh mereka-mereka berkenaaan.
YB Husam   berharap Rakyat Sarawak dapat mengundi calon dari parti-parti Pakatan   Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP untuk terus membela nasib mereka di dalam   DUN Sarawak dan seterusnya mengubah pentadbiran kerajaan negeri   Sarawak.Rakyat Sarawak disarankan agar mengundi parti politik yang tidak   membohongi serta menzalimi mereka.
Kredit Gambar : Blog Batu Gajah Mari
 

 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
