
KAHERAH: Ulama konservatif dan pendakwah televisyen memuji calon presiden Ikhwanul Muslimin, Mohammed Morsi, ketika beribu-ribu penyokong berkumpul memberi sokongan kepadanya di stadium di bandar raya perindustrian Lembah Nil dengan tinjauan menunjukkan kedudukannya masih lemah.
“Kami
 lihat impian mewujudkan pemerintahan Khalifah Islam menjadi satu 
kebenaran di tangan Mohammed Morsi. Ibu negara Khalifah dan Negara Arab 
Bersatu ialah Baitulmaqdis, Insya-Allah,” kata ulama
Safwat
 Hegazy ketika beribu-ribu penduduk bersorak dan mengibarkan bendera 
Ikhwanul Muslimin berwarna hijau sambil melaungkan: “Rakyat mahu laksana
 undang-undang Allah.”
Calon
 presiden Ikhwanul Muslimin pada awalnya Khairat el-Shater, tetapi 
beliau tidak layak bertanding berikutan sabitan ketika pemerintahan 
Mubarak. Ia memaksa mereka menjadikan Morsi sebagai calon meskipun tidak
 sekuat Shater. 
Morsi
 bergelut mengumpul pengundi untuk berdepan dengan persaingan 
Abdel-Moneim Abolfotoh, yang lebih sederhana dan mendapat sokongan parti
 lebih konservatif, Salafi. 
Seorang
 lagi calon ialah Perdana Menteri terakhir ketika pemerintahan Mubarak, 
Ahmed Shafiq yang turut rancak mengumpul sokongan menjelang pemilihan 
presiden minggu depan. 
Bagi
 sebahagian rakyat, pengalaman dan latar belakangnya sebagai bekas 
komander tentera udara menjanjikan pengakhiran kepada krisis melanda 
negara itu sejak penyingkiran Mubarak. 
Beliau
 juga berdepan kritikan bagi mereka yang melihat beliau sebagai 
tinggalan rejim lama. Minggu ini Shafiq terpaksa menangkis serangan 
pembabitannya dalam penjualan tanah diperuntukkan bagi kakitangan 
tentera kepada anak lelaki Mubarak. 
Tidak
 hairanlah, ketika kempen pemilihan presiden tinggal sembilan hari, 
Ikahwanul Muslimin membuat perubahan drastik apabila lebih berani 
menyatakan keinginan menjadikan Islam dan undang-undang Syariah sebagai 
teras pentadbiran negara. 
Ia
 juga semakin jauh daripada penampilan lebih sederhana yang pernah 
ditunjukkan sebelum kejatuhan Hosni Mubarak 15 bulan lalu. Ketika 
berkempen untuk pilihan raya Parlimen lewat tahun lalu, Ikhwanul 
Muslimin menegaskan pelaksanaan undang-undang Syariah bukan 
keutamaannya. 
Pergerakan
 itu juga mahu meredakan kebimbangan ia mahu mengambil alih negara itu 
dengan berjanji bekerjasama dengan parti lebih liberal. 
Pengkritik
 dan anggota Ikhwanul Muslimin berkata ketegasan itu menunjukkan wajah 
sebenar kumpulan berusia 82 tahun itu, yang ditubuhkan oleh ulama sejak 
berdekad lalu tidak memberi peluang kepada tokoh lebih sederhana dan 
mengambil alih kepemimpinannya. 
Ulama
 konservatif, kata bekas anggota pergerakan itu, lebih bersikap 
konfrontasi dan berazam melaksanakan undang-undang Islam dan tidak 
mungkin mahu berkongsi kuasa dengan pihak lain. 
Bekas
 anggota juga percaya kumpulan itu juga sebenarnya kecewa kerana kuasa 
politik sekian lama diimpikan semakin terlepas daripada genggaman. 
Ikhwanul Muslimin muncul daripada pilihan raya Parlimen sebagai parti 
terbesar dalam perundangan, kejayaan dianggap sebagai bukti ia berhak 
meneruskan agenda mereka. – AP/Reuters
