Ikuti Blog ini
PRK PERMATANG PASIR PADA BULAN RAMADHAN - PETANDA KEMENANGAN ISLAM , at 11.8.09,
P'raya kecil Pmtg Pasir bulan puasa , at 10.8.09,
Pengerusi SPR, Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya memutuskan untuk mengadakan pilihanraya kecil itu dalam bulan puasa "ia merupakan masa yang palng sesuai sekali untuk menyelesaikan secepat yang boleh kerana umat sedang berpuasa".
"Waktu itu juga merupakan masa cuti sekolah," katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya pagi ini.
Pilihanraya kecil kelapan ini diadakan ekoran kematian ADUN tunggal di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.
Permatang Pasir adalah satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.
Kubu kuat PAS ini dipertahankan selama tiga penggal berturut-turut oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999, sewaktu memuncak kemarahan orang ramai susulan insiden pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno.
Ramadhan dijangka jatuhnya pada 21 Ogos.
Bercakap dalam sidang akhbar pagi ini, Pengerusi SPR Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan kerusi DUN Pematang Pasir kosong, berkuatakuasa 1 0gos lalu.
Berikutan itu, katanya, SPR melantik pegawai daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahaya sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil tersebut.
Abdul Aziz berkata, senarai pemilih induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 yang telah dikemaskini sehingga 31 Julai 2009, akan digunakan dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.
DUN ini mempunyai 20,290 pemimilih berdaftar yang terdiri daripada 20,289 pemilih biasa dan seorang pemilih pos.
Abdul Aziz berkata, SPR akan menggunakan Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam sebagai pusat penamaan calon dan penjumlahan undi.
Terdapat lapan pusat mengundikan disediakan melibatkan 39 saluran. Daftar pemilih akan mula dijual pada 14 Ogos, tambahnya.
Menurut Abdul Aziz, keputusan dijangka dapat diumumkan pada jam 8 malam.
"Tepat 8 malam SPR akan umumkan keputusan walaupun calon yang menang tidak hadir.
"Apabila keputusan sudah muktamad ia boleh diumumkan. Kita tidak mahu lewat," katanya Abdul Aziz.
HIMPUNAN ISA : Jika Betul Mereka Rugi.. Ayuh Kita Bagi depa Rugi Betul-Betul... Jom Boikot.. , at 10.8.09,
Media PR terus mempertahankan tindakan demontrans dengan membawa pandangan sekiranya perhimpuanan tersebut dijalankan tanpa gangguan komponen UBN iaitu anggota polis. Menteri-menteri UBN menggaggarkan kerugian hampir RM 200 juta. Peniaga-peniaga pula membuat aduan melalui kaunter yang dibuka oleh UBN dan dianggarkan hampir RM 10 juta.
Saya tidak mahu mengulas berkenaan perkara ini kerana telah terlalu banyak diulas didalam blog dan media-media alternatif tetapi ingin memperkatakan masalah kerugian yang dialami oleh peniaga. Bayangkan dalam masa satu hari hampir 100 ribu rakyat dengan sukarela untuk turun menghantar memorandum kepada YDPA untuk menghapuskan akta zalim ISA. Harus diingat bukannya mudah 100 ribu rakyat serentak dari seluruh 1Malaysia boleh berkumpul di KL tetapi kerana sikap pemerintah zalim UBN semua itu menghadapi kesukaran dan hampir gagal. Maka wajar kedua-dua pihak bertanggungjawab ke atas peristiwa yang berlaku. Bagaimana?
Pakatan Rakyat wajar membayar ganti rugi kepada tuntutan peniaga iaitu sebanyak RM 10 juta tetapi sebagai balasan menyeru kepada semua penyokong PR supaya boikot membeli-belah di kawasan Masjid India, Sogo dan kawasan-kawasan lain yang dituntut ganti rugi oleh golongan peniaga sempena Ramadhan dan Syawal yang akan menjelma. Manakala pihak kerajaan UBN pula membayar ganti rugi yang akan dialami oleh pihak peniaga sepanjang Ramadhan nanti maka secara tidak langsung terdapat situasi menang-menang kerana kerugian yang dialami oleh peniaga pada hari 1 Ogos disebabkan oleh pihak berkuasa yang dikuasai oleh UBN maka ada kewajaran disini saling membayar ganti rugi. Peniaga-peniaga sepatutnya sedar supaya jangan jadi alat pada UBN maka tindakan ini secara tidak langsung merupakan satu kesan jangka panjang kepada UBN supaya jangan menghalang hak rakyat. Bayangkan sekiranya semua penyokong PR memboikot peniaga-peniaga di tempat-tempat tersebut????
Benarkah yang mati itu terrorist ? ,Ahad, Ogos 09, 2009 at 9.8.09,

PASUKAN polis Indonesia berdiri di luar rumah tempat persembunyian suspek pengganas di Temanggung, Jawa Tengah. Dalam serbuan yang dilakukan ke atas rumah tersebut lewat malam tadi, polis berjaya menembak mati dua suspek pengganas, menahan lima lagi serta merampas bahan letupan dan sebuah bom kereta.--fotoAP
IMEJ rakaman tv tempatan, TV One menunjukkan, polis anti pengganas Indonesia berada dalam kedudukan masing-masing ketika serbuan ke atas rumah tempat persembunyian anggota militan.--fotoAP
Akhirnya, polis Indonesia sedang membawa keranda seorang suspek pengganas yang terbunuh dalam serbuan yang dilakukan di sebuah rumah tempat persembunyian anggota militan di Temanggung, Jawa Tengah, semalam. Suspek pengganas yang paling dikehendaki, Noordin Mohammad Top dilaporkan terbunuh dalam serbuan itu.--fotoAPInikah Noordin M Top? Foto pria di sebelah kiri adalah korban tewas dalam bakutembak di Temanggung, Jawa Tengah, Sabtu (8/8/2009) pagi.
Pemuda PAS: Polis Enggan Serah Kad Pengenalan Peserta Anti-ISA , at 9.8.09,




Tidak cukup dengan keganasan yang dilakukan terhadap orang awam pada perhimpunan aman anti ISA 1 Ogos lalu, polis sekali lagi menyalahguna kuasa dalam cubaan mengekang hak demokrasi rakyat untuk bersuara.
Terbaru, Dewan Pemuda PAS mendedahkan tindakan polis enggan menyerahkan semula kad pengenalan sebilangan besar peserta perarakan itu yang ditangkap walaupun mereka dibebaskan kemudiannya.
Sebaliknya polis mengarahkan mereka membuat laporan kononnya kad pengenalan berkenaan hilang.
Tidak ada alasan diberikan mengapa polis bertindak sedemikian, walaupun ia jelas melanggar undang-undang, kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Azman Shapawi.
“Kami mendapat maklumat bahawa tahanan pada 1 Ogos berkenaan sebahagian besar daripada mereka, walaupun telah dibebaskan tetapi kad pengenalan mereka tidak diberikan semula oleh polis kepada mereka yang dibebaskan.
“Malah polis menasihati mereka supaya membuat laporan kad pengenalan berkenaan hilang. Pada hal Polis tidak meyerahkan kad pengenalan kepada mereka. Kita minta polis segera berbuat demikian tanpa mengenakan apa-apa syarat,” kata Azman.
Pemuda PAS Pusat sendiri mengesan sekurang-kurangnya tujuh orang dari Johor yang yang ditahan polis semasa himpunan berkenaan belum mendapatkan kembali kad pengenalan setelah dibebaskan.
Menurutnya, Pemuda PAS juga kesal dengan tindakan ganas polis terhadap orang awam pada 1 Ogos ternyata tidak profesional malah mengakibatkan peniaga mengalami kerugian besar.
Pada 1 Ogos lalu polis menahan secara rawak 589 orang termasuk ahli politik, wanita dan kanak-kanak yang dikatakan meyertai perhimpunan berkenaan. Ribuan rakyat disembur dengan air bercampur kimia dan ditembak dengan gas pemedih mata kerana mendesak pemansuhan undang-undang zalim ISA.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang menyebarkan surat palsu kononnya peniaga-peniaga di sekitar Masjid India boleh membuat tuntutan pampasan akibat perhimpunan itu kepada PAS.
“Surat ini kononnya ditandatangani oleh Nasaruddin Hassan Tantawi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat. Ini palsu kerana beliau bukan timbalan sebaliknya Ketua Pemuda," katanya.
Pemimpin UMNO Mengarut, Menipu ! ,Sabtu, Ogos 08, 2009 at 8.8.09,
Beliau yang telah menjadi ahli UMNO selama 29 tahun berkata, dakwaan tersebut adalah mengarut dan satu penipuan oleh pemimpin UMNO.
”Kita nak tanya dengan (pemimpin) UMNO, macamana yang dia boleh menganggap parti dia tu parti Melayu parti Islam, sedangkan menurut definasi dalam perlembagaan, UMNO ni bukan parti Melyu (dan) parti Islam,
”sebab ahlinya terdiri dari orang Kadazan, orang….. berbagai-bagi lagi di Sabah yang menganut ugama Kristian,
”jadi tak betul kalau dia kata UMNO parti Melayu, parti Islam…. Itu mengarut…menipu,”kata beliau yang telah keluar dari UMNO dan menyertai PAS tujuh bulan lalu.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ceramah Isu Semasa, sempena Program Bersama Pemuda Kuala Nerus di Padang Bola Batu Enam, dekat sini, semalam.
Beliau turut mempersoalkan, apa yang perlu dibanggakan oleh rakyat Terengganu berbanding dalam kemajuan yang telah dicapai sejak UMNO memerintah negeri ini.
Ronnie Liu Dipelawa Ke Kelantan , at 8.8.09,

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sistem penjualan arak di negeri ini berkesan dan mampu memberikan keselesaan kepada pengguna dan peniaga bukan Islam mengikut kaedah yang dituntut Islam.
“Kalau Ronnie Liu (Exco Selangor) nak mari, sebagai tuan rumah kita kena sambut tetamu yang mahu datang atau berkunjung ke rumah kita untuk belajar cara-cara kita mengendalikan sistem penjualan dan pengurusan kedai minuman arak kepada bukan Islam negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan durian bersama masyarakat Cina di sini, semalam.
Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan Kelantan mula melaksanakan sistem pengurusan penjualan arak di negeri ini selepas Pas mula mengambil alih teraju pentadbiran negeri ini pada 1990.
“Kalau boleh saya tak mahu campur urusan negeri Selangor itu kerana saya sendiri tidak tahu secara jelas apa punca kejadian itu, selain dari surat khabar dan media,” katanya.
Sementara itu di SHAH ALAM, Ronnie menyambut baik pelawaan Nik Aziz menjemput beliau ke Kelantan untuk melihat bagaimana Kerajaan Kelantan melaksanakan penguatkuasaan mengenai minuman keras.
“Saya difahamkan, negeri-negeri di Pantai Timur tidak mengharamkan penjualan minuman keras dan tiada halangan untuk berbuat demikian, Cuma penjualannya perlu mempunyai lesen.
“Kaedah permohonan lesen adalah sama dengan negeri-negeri lain iaitu sebarang permohonan perlulah mendapat kelulusan daripada Pegawai Daerah masing-masing,” katanya, semalam.
Mengulas desakan Datuk Dr Hasan Mohammed Ali, Ronnie berkata: “Beliau seorang pemimpin yang baik, malah hubungan beliau dengan saya sama ada dari segi peribadi dan urusan kerja tidak mempunyai sebarang masalah, berbeza pendapat adalah biasa."
Wartawan Pondan ,Jumaat, Ogos 07, 2009 at 7.8.09,
Misi Royalti Misi Maut
Hari ini kami dikejutkan tulisan wartawan Kosmo, Mohd. Khairi Mohamad menampakkan mentalitinya yang sudah lupa daratan, lupa kepada perjuangan kaum nelayan. Kalau sekadar 26 jam perjalanan di samudera kecil ini bersama 30 orang sudah dianggap satu misi menyabung nyawa, maka bagaimana dengan kehidupan para nelayan laut dalam kita?
Adakah hari-hari nelayan laut dalam kita membunuh diri dengan keluar ke laut lepas dengan lima orang tenaga mencari rezeki dan 3 ke 4 hari baru pulang.
No. 1 dan No. 3 dari kiri adalah wartawan Kosmo - Foto Perisik Rakyat
Kepada wartawan Khairi Mohamad anda tidak layak sebagai wartawan, anda hanya patut segera menarik selimut bersembunyi disebalik tilam empuk.
Sebagai wartawan, Khairi sepatutnya kena baca Pepatah Melayu dan kata bidalan berikut:
1. ‘Laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan’.
2. Bab kata bidalan ‘kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga’.
3. Sepatut wartawan Kosmo ini bersikap ‘Lautan yang dalam sudah diselami inikan pula air terenang’.
4. Rupanya wartawan Kosmo bersifat ‘Lautan dapat diduga, hati manusia siapakah dapat menduganya’.
5. Khairi kena berjiwa besar dan kena ingat pepatah melayu Pantang mati sebelum ajal.
Rupanya Khairi tidak faham misi pergi atau buat-buat tak faham atau kena pergi dengan misi tersendiri. Mungkin kepergian beliau ada udang di sebalik batu.
Orang lain dan saya turut serta buat kali pertama ke laut lepas, semua pulang dengan senyuman dan dengan pelbagai pengalaman pahit maung yang dipelajari. (lihat foto di sini – pengalaman seorang bekas ADUN Zaman Dato’ Asri belayar ke laut) dan Baca juga ini, warta’wang’ kata Blogger Perisik Rakyat.
Misi ini memberi banyak pengertian kepada perjuangan kehidupan. Misi kami ini adalah ingin mengesahkan apa cara sekalipun bahawa Pelantar Minyak dan gas adalah dalam kawasan perairan Kelantan. Justeru itu Royalti kepada Kerajaan Kelantan perlu dibayar seperti yang termaktub dalam perjanjian.
Kedua, misi ini memberi pengalaman baru kepada betapa susahnya hidup nelayan mencari rezeki menyabung nyawa untuk rakyat hidup diatas keringat mereka.
Jika inilah wartawan yang kita ada, lupakan saja mereka, memang mereka tidak layak untuk bergelar wartawan. Apa yang boleh saya katakan adalah wartawan ini adalah wartawan pondan.
FRU yang zalim & amaran Rasulullah , at 7.8.09,
Himpunan yang berjalan secara aman dengan kawalan Unit Amal bagi memastikan tidak berlaku tindakan di luar batas yang dibenarkan oleh pihak penganjur. Himpunan hari itu tentulah akan berjalan dengan santai dan berakhir dengan baik seandainya mereka tidak disembur gas pemedih mata serta tindakan ganas pihak FRU. Sayang, himpunan aman ini akhirnya bertukar kelam kabut, bilamana sebilangan rakyat yang berhimpun dikejar, ditangkap, digari dan dijemur dalam trak berjam-jam lamanya. Tembakan gas pemedih mata dan semburan air kimia menyaksikan kanak-kanak, remaja dari pelbagai kaum terpaksa berlindung di mana sahaja. Mungkin bagi pihak FRU dan polis, tindakan ini adalah lambang keegoan dan kemegahan. Megah kerana berjaya menghalang himpunan, berjaya memecahkan himpunan rakyat. Namun apakah ianya berakhir di situ sahaja?Persoalannya, salahkah rakyat berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap akta yang zalim ini, setelah pelbagai cara dilakukan bagi menentangnya. Rakyat telah gunakan seluruh saluran lain. Bantahan dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat, surat, kenyataan, seminar, resolosi bengkel bahkan tandatangan rakyat telah dibuat. Apa lagi bagi rakyat untuk menentang akta yang zalim ini. Kezaliman tiada kompromi dalam Islam, Nabi tidak mengaku umat mereka yang menyokong kezaliman, sehingga Baginda memberi amaran:
“Sesiapa yang berjalan bersama orang yang zalim bagi membantunya, sedang ia mengetahui kezaliman orang tersebut, maka telah terkeluar ia dari Islam” - Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi.
Kerana itu Imam Nawawi dalam syarahnya dalam juzuk 17, hal 190 sewaktu menghuraikan hadis :
“Ada dua golongan dari ahli neraka, yang belum aku saksikan iaitu suatu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi untuk memukul manusia, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka bertelanjang, yang menanggalkan tutup kepala, yang menarik kepada maksiat. Kepala (rambut) mereka diikat seperti bonggol unta. Mereka ini tidak akan memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan bauannya dapat dihidu dari jarak sekian-sekian”. -(Hadis Muslim)
Imam Nawawi menyatakan yang dimaksudkan dengan golongan yang keluar rumah ditangannya ada cemeti, mengejar dan memukul manusia ialah polis ( FRU). Wallahu a'lam. Apakah itu sebenarnya dimaksudkan, namun mari kita meneliti sifat yang dinyatakan oleh Rasulullah dengan tidak menuduh sesiapa, kalau bukan FRU siapa lagi.
Lihat pula sebuah hadis yang juga diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah sabda Baginda:
“Hampir sahaja sekiranya kamu panjang umur, maka kamu akan melihat sekelompok orang yang pada tangan mereka ada cemeti (cota) yang diikat seumpama ekor sapi mereka berangkat keluar dari rumah dengan kemarahan Allah dan mereka kembali ke rumah mereka dalam kemurkaan Allah”.
Apakah hati kamu puas bilamana kamu berjaya memukul orang-orang tua, membelasah kanak-kanak, menangkap muslimat dan menyemburkan gas kepada para ulamak. Demi Allah kalaupun kezaliman ini tidak dibalas oleh Allah di dunia, kita pasti bertemu di akhirat.
Apa yang berlaku di hadapan mata kita menyaksikan bagaimana rakyat yang tidak berdosa diterajang, dipukul dengan cota, digari, diheret setelah mereka ditembak dengan gas pemedih mata hanya kerana berhimpun untuk membantah akta yang zalim ini. Tindakan ini tentunya akan mengundang kemarahan rakyat, namun sekalung tahniah diucapkan kerana rakyat kerana tidak membalas bantahan dengan kekerasan, tiada satu pun tingkap kedai pecah, tiada sebuah kereta pun yang diserang, tiada sebarang kerosakan harta awam. Inilah akhlak yang dipamir oleh rakyat.
Lalu demi membenarkan tindakan kejam meraka dicari pelbagai alasan luar, kononnya demonstrasi tersebut menyebabkan berlakunya kesesakan jalan yang teruk. Sebenarnya puluhan himpunan yang dianjurkan melibatkan berlaku kesesakan jalan raya. Kalau kerajaan boleh mengisytiharkan penutupan jalan semata-mata bagi memberi laluan kepada pelumba basikal, pelumba jalan kaki, pesta perayaan pelbagai agama, perarakan pesta hiburan, bahkan beberapa orang artis pernah membuat konsert di tengah Chow Kit Road, apa payah pula untuk memberi laluan sekadar dua jam kepada rakyat untuk berhimpun menyerahkan memorandum rakyat kepada Istana, kamudian mereka bersurai dengan aman. Menyaksikan tindakan ganas yang ditunjukkan ini, maka benarlah kata-kata A. Samad Said:
“Kalau kerajaan tidak melayan tuntutan rakyat di jalan raya, kita mesti terjemahkannya dalam pilihanraya”.
Selagi nama undi...tak satu pun yang sokong umno , at 7.8.09,
Majoriti pengunjung laman web berita Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggesa akta ISA dimansuhkan kerana ia disifatkan sebagai kejam.
Daripada 522 responden, setakat ini, 481 atau 92 peratus mahu Akta Kementerian Dalam Negeri (ISA) dihapuskan, sementara hanya 36 responden bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk menyemak akta kontroversi itu.
Undian yang bermula hampir jam 9 malam tadi memuatkan lima soalan, masing-masing dengan tiga pilihan jawapan, bermula dengan "pada pandangan anda, ISA adalah...".
Semakan Malaysiakini mendapati 597 responden atau 88 peratus menganggapnya "kejam", manakala 51 responden atau 9 peratus menyifatkan akta itu sebagai "undang-undang pencegahan" daripada kegiatan mengancam keselamatan negara.
Majoriti responden, kira-kira 89 peratus daripada 621 responden, yang menentang akta itu menyatakan mereka "faham dan tahu sepenuhnya mengenai ISA", 51 responden menjawab "saya keliru" dan selebihnya memilih "saya tidak tahu dan tidak faham."
Mereka, 599 responden atau 89 peratus, juga mengetahui isu ISA melalui bahan bacaan dan hanya 51 responden "tangkap muat" berhubung isu tersebut, sementara 22 lagi melalui "cakap-cakap" pihak lain.
Pantun Tok Guru , at 7.8.09,
Pantun sempena merasmikan Konsert Antara Dunia 2009 anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Rabbani Production (M) Sdn Bhd.Konsert yang berlangsung 1 Ogos lepas di Stadium Malawati Shah Alam, menampilkan tiga kumpulan gergasi nasyid tanah air seperti Rabbani, Hijjaz dan Raihan.
Turut membuat persembahan ialah remaja Makkah al-Mukarramah yang menamakan kumpulan mereka dengan nama Nibras serta kumpulan Shoutul Harokah, dari Partai Keadilan Sejahtera Indonesia.
Petronas Cuai Agih Royalti - Ku Li ,Khamis, Ogos 06, 2009 at 6.8.09,

Beliau berkata, selain perjanjian dengan Kerajaan Negeri, Petronas turut membuat perjanjian pembahagian royalti tersebut dengan Kerajaan Persekutuan.
“Jadi kewajipan Petronas untuk membuat bayaran ini apabila ia mendapat hasil daripada penjualan minyak daripada kawasan yang berhampiran dengan negeri-negeri yang berkenaan. Yang penting tanggungjawab perlu dipikul dengan baik,” katanya, semalam.
Ku Li berkata, perjanjian itu sepatutnya dipatuhi kerana ia merupakan hak rakyat di negeri ini yang hidup dalam keadaan yang mundur tidak seperti di negeri-negeri lain.
“Dengan adanya duit daripada Petronas ini, ia boleh membantu meningkatkan pendapatan dan kemajuan di negeri ini. Saya cukup simpati dengan rakyat Kelantan. Saya juga berharap duit ini tidak digunakan untuk kepentingan politik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa yang kononnya Kerajaan Pusat belum menjelaskan tunggakan royalti sebanyak RM1 bilion hasil jualan minyak di perairan Kelantan.
Isu tuntutan royalti minyak itu juga turut menjadi isu utama kepada Pas sewaktu kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan negeri Manek Urai lalu.
Menurut Ku Li, beliau baru sahaja memberikan balasan terhadap surat yang dihantar oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disampaikan Husam minggu lalu.
“Dalam jawapan saya, saya telah dengan ikhlas menerangkan, apakah sebenarnya di dalam perjanjian yang kita buat di antara Petronas dengan kerajaan negeri. Ketika itu saya menjadi Pengerusi Petronas.
“Saya juga menerangkan latar belakang yang menyebabkan kita mengadakan perjanjian dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri di Semenanjung ini,” katanya.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri tidak perlu bertindak di luar batasan kerana ia telah termaktub hak rakyat di negeri ini.
“Tak payah nak lawan. Ia memang hak negeri ini. Petronas pun tahu di mana mereka membuat cari gali. Tak perlu ke pelantar, tak perlu nak ukur sebab Petronas dah tahu mengikut perjanjian,” katanya.
XPDC Royalty Minyak , at 6.8.09,
Cahaya macam ni memang biasa aku tengok kalau nak ke Kerteh. memang aku biasa sangat dengan cahaya ni... 2002-2007 aku di Kemaman. bekerja dalam Pelabuhan Kemaman atau lebih dikenali sebagai Kemaman Supply Base (KSB). kalau di KSB pun boleh tengok api dari flair di Terminal Gas bersebelahan KSB.
Kalau duduk dekat dengan area flair tu, boleh dengar bunyi dengung api yang keluar dari corong pelepasan. kalau berani, kalau di Kerteh, korang lalu di GPP1, akan nampak api marak yag keluar dari valve yang dibina serendah-rendahnya... pergi la dekat-dekat kalau nak jadi sate..!
Valve ni dibina untuk menstabilkan tekanan gas dalam paip yang menyalurkan gas ke kawasan pemprosesan kalau tak silap aku... lebihan tekanan boleh mengakibatkan kebocoran dan ini akan membahayakan pusat operasi dan kawasan sekitar. jadi untuk mengelakkan tekanan yang tinggi dan bahaya, lebihan gas akan dibakar untuk menstabilkan tekanan didalam paip.
Kalau aku salah, betulkan aku...
Kita akan pastikan rakyat Kelantan mendapat kembali haknya yang telah dinafikan selama hampir 5 tahun..!
KERAjaan Pusat pimpinan UMNgOk/Barisan Nasiyonal WAJIB membayar jumlah royalty yang telah dituntut oleh Kerajaan Kelantan..! jangan terus-terusan merompak hasil kekayaan negeri Kelantan..!



















