Gambar yang disiarkan adalah sama.. Cuma cuba korang perhatikan perbezaan antara gambar yang ada dalam Utusan dengan Berita Harian dan Harian Metro....
Dipadamkan.. mungkin kerana lelaki warga emas itu berkopiah putih ke?

BESUT – Orang ramai menggesa pihak berkuasa terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan penyiasatan keatas semua projek yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu terutamanya semasa diterajui bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh.
Ia adalah kerana, selain dianggap membazir, projek-projek tersebut mengalami banyak ‘kerosakkan’ walaupun baru di siapkan dan merupakan kerugian kepada harta rakyat.
Projek-projek pembangunan yang dibiayai ’dana khas’ dan ’wang ehsan’ merupakan yang paling banyak mengalami kecacatan rosak dan runtuh.
Kerosakan besar yang berlaku adalah seperti runtuhnya atap Stadium Sultan Zainal Abidin, Pusat Akuatik Batu Burok yang bocor, siling lapangan terbang Sultan Mahmud yang tanggal, runtuhnya menara komunikasi di Tembila, Besut dan runtuhnya bumbung masjid di Kerteh.Manakala semakan Buletinonline mendapati, rata-rata masjid-masjid yang di bina pada zaman Idris mengalami kerosakan sebaik sahaja siap dan mula digunapakai.
Antaranya adalah masjid Kristal yang mengalami kebocoran, masjid Hadhari, masjid Kampung Lingai, Batu Rakit dan masjid Kampung Bintang, Setiu.
Manakala dalam kawasan Dewan Undangan Jerteh sendiri dimana Idris adalah wakil rakyatnya, pelbagai projek yang tidak munasabah yang dilaksanakan menjadi terbengkalai dan rosak.
Antaranya pembinaan pasar besar Jerteh atau Jerteh Souq, bangunan Taman Selera di sisi jambatan Jerteh dan taman rekreasi ditebing sungai Jerteh berhampiran masjid Hadhari.
Sebanyak enam buah wakaf di taman rekreasi Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dibina menjadi lanskap bagi sebuah Masjid Hadhari disini, rosak ditenggelami airkerana dibina dalam lembah di tebing sungai Jerteh.Buletinonline dimaklumkan, Taman Rekreasi JPS dibina oleh Majlis Daerah Besut dengan kos lebih RM100 ribu.
Seorang penduduk, Abdullah Mat Zin, 45, hairan bagaimana pembangunan sebuah Taman Rekreasi JPS yang dibina di tebing Sungai Jertih diluluskan.
Ini kerana, katanya taman tersebut dibina terlalu rendah serta berada di bawah paras aliran air sungai berkenaan.
“Saya rasa pelik macam mana pihak kerajaan boleh lulus buat Taman Rekreasi JPS ini. Mereka (kerajaan) buat di tempat rendah dan mudah ditenggelami air Sungai Jertih.
“Jika air pasang atau hujan lebat sikit pun boleh tenggelam wakaf-wakaf serta Taman Rekreasi JPS itu,” jelasnya.
Beliau mahukan pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat.Selain Abdullah, seorang pesara kerajaan Mohamad Said, 63, berkata pembinaan wakaf dan taman rekreasi di tebing sungai Jerteh menjadi ‘bahan ketawa’ orang Jerteh.
“Semua orang tahu, pada setiap tahun ketika musim hujan, air sungai Jerteh akan melimpah dan banjir akan berlaku,
”pembinaan wakaf dan taman rekreasi tersebut, benar-benar tidak masuk akal,”katanya ketika ditemui.
Beliau dimaklumkan pembinaan enam buah wakaf yang kini ditenggelami air Sungai Jertih tersebut mencecah harga RM20,000 sebuah.
Bukit Gantang: Bertempat di Simpang Halt semalam telah diadakan satu program bersama masyarakat India dan penyampaian sumbangan kepada beberapa penerima dikalangan masyarakat india yang serba kekurangan.Turut serta dalam Majlis tersebut ialah Tuan Akram dan juga rakan-rakan Beliau yang hadir mewakili Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Larut yang mana Persatuan ini juga turut berbesar hati memberikan sumbangan keperluan kepada penduduk setempat.Acara cabutan bertuah juga turut diadakan.
Selepas itu Dato Seri Nizar mengadakan lawatan Ziarah ke Sekolah Al-Mulkan di Matang.Beliau hadir bagi bertanya khabar dan bertanyakan perkembangan terkini pembinaan bilik darjah bagi keselesaan pelajar-pelajar disana.
Dato Seri kemudian hadir bagi bersama-sama dengan jemaah menunaikan solat maghrib di Surau Al-Munawwarah,Kemunting.Beliau juga turut menyampaikan Tazkirah Maghrib disana.Antara isi penyampaian Beliau ialah Beliau mengajak semua yang hadir untuk kembali kepada satu fitrah yang asal iaitu sentiasa membesarkan kekuasaan Allah swt dan jangan sekali-kali meletakan segala pujian kepada manusia.Beliau juga turut mengingatkan kepada semua untuk tidak sekali-kali mensyirikan Allah swt dalam apa jua keadaan.
Selepas itu Dato Seri hadir dalam satu program ceramah di Kemunting.Sewaktu perjalanan kesana kami diberitahu bahawa satu sekatan jalan raya bagi menghalang Majlis tersebut telah dibuat dan ketika Dato Seri sedang berucap sekumpulan anggota Polis tidak beruniform hadir dan menyuruh agar ceramah tersebut dihentikan.Walau bagaimanapun ia tetap diteruskan sehinggalah Dato Seri habis berucap dan Beliau ke lokasi terakhir di Selama.



Analisis mStar Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
SETELAH BERAKHIRNYA apa yang dipanggil Seminar Memperkasakan Parti semalam, PAS kini nampaknya berazam untuk memperbaiki dirinya demi untuk menjadi sebuah 'parti untuk semua'.
Natijah ini sebenarnya terserlah daripada awal lagi. Soal capai atau tidak itu soal lain. Mari kita lihat kemungkinan-kemungkinannya ke arah itu.
Pertama, belum pernah dalam sejarah parti itu, satu seminar untuk melihat kelemahan diri diadakan dalam suasana yang begitu terbuka sebagaimana yang ditunjukkan melalui seminar itu.
Saya katakan terbuka kerana seminar itu turut dihadiri wakil-wakil media tanpa ada unsur-unsur saringan terlebih dahulu.
Kedua, PAS menjemput dua orang ahli akademik yang dari segi keanggotaannya tiada kaitan langsung dengan mereka untuk membentangkan kertas kerja mengenai kemajuan dan kelemahan PAS walaupun kehadiran Aziz Bari lebih kepada untuk menjawab atau mempertahankan tulisan beliau sehingga mengundang kepada kontroversi kritikan pedas Nik Aziz Nik Mat yang selepas itu pula mendorong kepada terhasilnya seminar berkenaan.
PAS yang seperti ini tidak akan kelihatan di era 1980an mahupun 1990an.
Malah PAS diera 1980an masih dengan slogan 'Bakar Wartawan' atau 'bakar suratkhabar'.
Tapi kali ini, PAS bukan sahaja membuka pintunya kepada kritikan luar malah mengizinkan pihak media mendengar kandungan kritikan tersebut.
Jadi cara PAS membawa dirinya ke alaf baru ini serta keputusan sebulat suara bagi meluluskan lima resolusi yang dicapai pada seminar berkenaan pada dasarnya menggambarkan bahawa segala kekalutan yang berlaku dalam PAS sejak akhir-akhir ini berjaya diselesaikan secara terbuka dan melalui kaedah musyawarah.
Pendek kata, PAS ingin menunjukkan kepada dunia bahawa ia benar-benar serius dalam menawarkan alternatif kepada rakyat Malaysia melalui dasar-dasar keterbukaan yang sedang ditunjukkannya masa kini.
Syabas PAS dan moga-moga apa yang ditunjukkannya ini tidak bermaksud satu gimik politik.
Bagaimanapun, apa yang diperkatakan ini hanyalah satu sudut pandang dari kacamata orang luar.
Seperkara lagi yang kelihatannya agak nyata hasil daripada seminar itu ialah betapa para perwakilan ke Seminar itu tidak lagi bersedia untuk duduk berbincang secara serius dengan UMNO berhubung kerajaan perpaduan.
Peluang mengikuti keseluruhan perjalan seminar berkenaan semalam menimbulkan satu persepsi bahawa pada dasarnya pemimpin dan ahli peringkat akar umbi sememangnya menolak idea kerjasama tersebut.
Rata-rata perwakilan yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan melahirkan persepsi yang negatif ke atas apa jua usaha sama ada yang tersirat mahupun tersurat berhubung cubaan menjalinkan kerjasama dengan Umno dan BN.
Dan menyedari akan sentimen inilah maka diakhir seminar itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa untuk kali yang terakhirnya menegaskan bahawa isu kerajaan perpaduan sudah berakhir dan parti itu menetapkan pendirian bahawa PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat 'dalam ribut mahupun dalam tenang'.
Malah Abdul Hadi juga memberi jaminan bahawa selepas berakhirnya seminar politik yang pertama kali dianjurkan itu, tidak akan ada lagi mana-mana pemimpin atau ahli parti itu yang akan membangkitkan lagi isu berkenaan yang dianggap telah menjadi punca berlakunya konflik dalaman PAS.
"Tak mungkin dibangkitkan lagi (isu kerajaan perpaduan), ia dah tutup... ini pendirian PAS, pendirian Pakatan Rakyat," katanya dalam sidang media di Markas Tarbiyah Pusat parti itu di Taman Melewar di sini sejurus selepas selesainya seminar berkenaan.
Nampaknya dari sudut ini, ketetapan PAS sudah jelas bahawa mereka menolak secara total sebarang kerjasama dengan Umno dan BN dan berikrar akan terus bersama Pakatan Rakyat yang turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Dan PAS tidak mahu lagi isu ini menghantui mereka dan menghambat mereka buat selama-lamanya. Ia perlu dihentikan sekarang sebelum perpecahan terus berlaku di kalangan mereka sendiri. Hadi menyedari risiko politik itu dan beliau akur dengan kehendak akar umbi.
Namun begitu pada sudut yang lain pula, seminar itu turut memperlihatkan bahawa keputusan untuk 'menutup buku perpaduan' dengan UMNO tidak juga bermakna mereka memberi 'blank cheque' kepada pucuk pimpinan melakukan apa sahaja dengan Pakatan Rakyat.
Ini kerana masih terdapat suara-suara yang mempertikaikan batas kerjasama yang terjalin antara PAS dan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.
Secara rawak memang dapat dirumuskan bahawa ada dikalangan ahli PAS sendiri tidak merestui jika PAS bergabung secara rasmi bersama Pakatan Rakyat apatah lagi menggunakan satu simbol parti mewakili pakatan itu.
Jika inilah sentimennya, usaha ke arah membentuk satu pakatan sepertimana BN yang kini sedang diusahakan oleh Zaid Ibrahim bukanlah satu pelayaran yang mudah.
Ini dapat dilihat daripada gesaan para peserta seminar yang mendesak agar pucuk pimpinan parti menggariskan batas persempadanan kerjasama yang hendak dijalinkan itu jika ianya menjadi realiti.
Malah gesaan sedemikian juga selari dengan hasil kajian yang dibentangkan oleh ahli akademik, Dr Abu Hassan Hasbullah yang hadir sebagai salah seorang ahli panel seminar itu.
Menerusi kajiannya yang bertajuk "Kajian Mikro Kepercayaan Politik di Malaysia Dari Persepsi Pola Kepercayaan Untuk PRU ke 13 akan datang", Abu Hassan berkata sebilangan besar responden di kalangan golongan muda mahu PAS bertindak sebagai ahli bersekutu sahaja.
Dan Abdul Hadi dalam responnya kepada soal membentuk pakatan pembangkang yang lebih terikat sebagai satu pasukan menegaskan PAS sebagai satu badan politik mahu tidak mahu perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam Pakatan Rakyat untuk memimpin rakyat ke arah perubahan.
Pada masa yang sama, Hadi berkata, persefahaman yang akan diwujudkan itu akan dilakukan tanpa mengorbankan dasar yang diperjuangkan PAS.
Dalam erti kata yang lain, ada sedikit kusyen politik di situ. Maknanya Hadi berhati-hati. Jika pakatan yang hendak dibentuk itu tidak jadi realiti ia bukan disebabkan oleh ketidaksepakatan pembangkang tetapi kerana PAS sejak awal-awal lagi telah berdiri teguh bahawa ia tidak bersedia mengadaikan dasarnya hanya kerana keperluan sebuah pakatan sepertimana BN.
PAS juga menurutnya adalah sebuah parti yang mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri. Tapi kenyataan ini lebih menjurus kepada ego Hadi dan ego PAS. Tidak lebih dari itu.
Tetapi apabila ego itu berlalu, maka Hadi pun terus berkata; "PAS bukan sahaja perlu memperkukuhkan kekuatan bagi memenangi undi di kalangan pengundi Islam namun dalam masa yang sama perlu lebih berusaha untuk meraih undi penyokong bukan Islam."
Soal keperluan kepada undi bukan Islam itu bukan ego tapi Hadi yang kembali berpijak kepada dunia realiti.
"Dalam masa yang sama kita hendaklah mendapatkan undi bukan Islam sebanyak mungkin kerana inilah pendekatan politik yang sebenarnya, asalkan kita mempelihara, akidah dan menjaga sempadan," katanya.
Dan berpijak di bumi yang nyata ini akhirnya diterjemahkan dalam bentuk resolusi yang dicapai semalam iaitu untuk meningkatkan sokongan bukan Muslim dengan bertindak aktif menubuhkan Kelab Penyokong Pas di kawasan masing-masing serta membuat pelan tindakan antaranya menguatkan kempen nasional bertemakan 'PAS Untuk Semua'.
Walaupun pada akhirnya tidak semua yang akan setuju dengan dasar PAS tetapi keazamannya untuk menjadi parti untuk semua adalah satu langkah yang berani; --- berani kerana berazam untuk menjadi parti untuk semua tanpa bersedia mengorbankan dasarnya.
Selamat Maju Jaya PAS...
Kejadian tersebut menggemparkan seluruh ahli usrah berkenaan yang masing-masing sedang khusyuk mendengar pengisian usrah.
Kedudukan sejadah tersebut betul-betul menghadap kiblat di tempat usrah, yang dirahsiakan lokasinya bagi mengelakkan salah tanggap masyarakat.

Dua sejadah terbabit menyerupai kedudukan orang yang sedang duduk bersimpuh.
Ia disedari oleh salah seorang ahli usrah kira-kira jam 11 malam sewaktu usrah sedang berlangsung.
Beliau menyedari perkara itu berlaku kerana beliaulah yang mem”berdiri”kan sejadah berkenaan.
Kejadian ini memberi iktibar kepada seluruh ahli usrah tersebut dan juga seluruh ahli PAS agar hadir ke usrah kerana jika sejadah pun boleh menghadiri usrah, apatah lagi manusia terutama ahli-ahli PAS.
SHAH ALAM : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta PAS menggunakan IT sepenuhnya untuk melawan segala tohmahan sehingga melahirkan persepsi buruk terhadap PAS.Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis perasmian sambutan 10 Tahun Jabatan IT PAS Pusat.
"Kita memang tersekat untuk masuk dalam semua rumah rakyat negara ini, tetapi saya yakin ICT boleh melakukannya," kata Abdul Hadi dalam ucapannya itu.
Untuk melaksanakannya, beliau meminta kajian, penyelidikan dan inovasi dibuat untuk membolehkan perkara ini dilaksanakan.
"Kita mesti mendahului lawan kita dalam hal ini walaupun kita kekurangan jentera, petugas dan sebagainya," kata beliau.
Dalam ucapannya itu juga, Abdul Hadi menyelar pihak-pihak yang menggunakan IT sekarang untuk menyebarkan maklumat salah sehingga menimbulkan fitnah.
"Kena ingat, fitnah ini besar dosanya," katanya.Turut hadir dalam majlis sambutan ini adalah Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.
Arahan Abdul Hadi ini diadakan sehari selepas seminar memperkasakan PAS yang banyak mendapat imput baru untuk memperkasakan parti Islam itu.
Saranan Abdul Hadi dilihat selaras dengan usaha Lajnah Penerangan PAS Pusat yang sedang berusaha menganjurkan Konvensyen Blogger PAS dalam masa terdekat.
Ianya mempunyai tujuan serupa iaitu membentuk kumpulan blogger PAS bagi menangkis fitnah di alam maya.
Selain itu ianya juga diharap mampu berdepan serangan 'cyber trooper' parti lawan.
Seminar Politik Memperkasakan Parti menyedari dan memahami bahawa:
1. PAS dan Pakatan telah melepasi ujian setahun setengah mengurus pemerintahan empat buah negeri dalam penggal parlimen ke-12 ini.
Baik-buruk, kejayaan-kegagalan negeri-negeri Pakatan ini telah mula mendapat perhatian umum. Pengiktirafan kejayaan telah pun diktiraf seperti Laporan Ketua Audit Negara 2008.2. PAS dan Pakatan mutakhir ini terperangkap dalam kemelut-kemelut yang merosakkan imej dan tanggapan umum terhadap kredibiliti dan kesepaduan Muafakat Politik ini. Benar media BN jahat memainkan isu-isu ini, tetapi PAS/Pakatan wajar menginsafi bahawa punca-sumber laporan-laporan tidak wajar kita salahkan pihak lain sebab kita juga bertanggungjawab.
3. PAS dan Pakatan sangat-sangat berhajatkan untuk terus memperbaikki "Persepsi" rakyat dan pengundi bahawa Muafakat Politik Pakatan adalah mantap dan matang, bersedia memikul tugasan menjadi Pemerintahan di peringkat Persekutuan bagi membawa Negara ini ke garis prestasi yang lebih berdayasaing, makmur dan sejahtera. Keutuhan dan kemantapan ukhuwwah dalam saff yang menjadi asset dan anasir kekuatan utama dalam jamaah dan parti telah sedikit terjejas dalam pergolakan mutakhir ini.
Seminar Politik Memperkasa Parti dengan ini merakamkan bahawa:
1. Peri-pentingnya PAS menyerlahkan keupayaan satu kepimpinan parti yang bijak, kompeten dan matang dalam mengurus perbedaan dalam parti dalam semangat musyawwarah memlalui mekanisme parti secara berkesan.
2. Pimpinan tertinggi parti wajar melaksanakan tugasan utama pimpinan sebagai 'ta alluf al-quluub' yakni mempertautkan ahli-ahli dalam saff yang kukuh.
3. PAS wajar mengingatkan kepada kepimpinan negeri yang memerintah kerajaan negeri, ahli-ahli EXCOnya yang menganggotai kerajaan negeri-negeri Pakatan yang lain supaya senantiasa memelihara semangat muafakat politik Pakatan dengan tidak melakukan sesuatu yang boleh dipersepsi sebagai menjejaskan dan memudharatkan keutuhan kerajaan negeri.
4. PAS wajar segera mempertegaskan kepada semua peringkat keahlian dari kepimpinan tertinggi sehingga ke akar umbi bahawa telah dikunci (dengan ketat) segala pintu-pintu perbincangan dalam parti tentang agenda "Kerajaan Perpaduan".
Seminar Politik Memperkasakan Parti mengesyorkan pimpinan tertinggi parti untuk:
1. Terus memperkukuhkan Pakatan dan meningkatkan persiapan untuk mengahadapi PRU ke-13 dengan sentiasa proaktif dalam memudahkan Pakatan melaksanakan serta menguruskan urusan kerajaan-kerajaan Pakatan dengan penuh keikhlasaan serta semangat setiakawan yang tinggi.
2. Kepimpinan Kawasan yang memilikki penduduk-pengundi bukan-Islam yang ramai supaya bertindak dengan lebih agresif untuk mengaktifkan Kelab-kelab Penyokong PAS di kawasan masing-masing.
3. Memantapkan rumusan pendirian-pendirian parti berdasarkan maklumat dan penyelidikan (informasi), kemudian menurunkan dan menyalurkan kesemua ini dalam pengarahan yang jelas dan berkesan sehingga ke akar umbi keahlian parti di semua kawasan dan cawangan di seluruh negara.
4. Membuat pengarahan yang jelas kepada Dewan Pemuda dan Nisa’ dengan KPIsnya, supaya segmen pengundi muda yang sedikit terjejas terhadap PAS mutakhir ini, dikembalikan keyakinan dan sokongan mereka kepada PAS. Juga dipertegaskan pentingnya untuk memugarkan kegiatan Unit ‘Amal dengan mempraktikkan modul yang telah sedia ada.
5. Membuat satu "Pelan Tindakan" bagi menghadapi PRU ke-13, bagi memperkukuhkan sokongan yang sedia ada di kalangan orang Islam-Melayu dan memuatkan satu ‘Roadshow Nasional’ bagi menerangkan tema “Pas For All” atau PAS untuk Semua” bagi melebarkan tapak sokongan merentasi semua agama, kaum dan budaya.
Resolusi Seminar Politik Memperkasakan Parti
7 November 2009, 19 Zulkaedah 1430H.
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi jaminan isu kerajaan perpaduan tidak akan dibangkitkan lagi oleh pemimpin dan ahli parti itu.
Beliau berkata selepas Seminar Memperkasakan Parti anjuran parti itu hari ini berakhit, kesemua perwakilan yang hadir kekal dengan pendirian untuk tidak membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebaliknya akan memperkukuhkan Pakatan Rakyat.
"Tak mungkin dibangkitkan lagi (isu kerajaan perpaduan), ia dah tutup... ini pendirian PAS, pendirian Pakatan Rakyat," katanya dalam sidang media di Markas Tarbiyah Pusat parti itu di Taman Melewar di sini hari ini.
Abdul Hadi menegaskan isu kerajaan perpaduan tidak timbul lagi dalam PAS.
Ditanya pandangannya sekiranya Umno masih berminat untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan PAS, beliau berkata parti itu akan bersama parti yang sudah lemah.
"Kita dah tutup, kita tak perlu bersama dengan bahtera yang sudah lemah.
"Kalau mereka masih berminat itu hanya nak tutup masalah dalaman sendiri," katanya.



KUALA LUMPUR, 7 Nov: Lebih 1,000 pemimpin PAS dari seluruh negara berhimpun di Dewan Datuk Fadzil Noor, Taman Melewar hari ini bagi menyertai seminar memperkasakan parti Islam itu.