The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku "The 500 Most Influential Muslims In The World" tahun 2009.
Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.
"500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia" sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.
Nama tokoh Islam dari Malaysia yang tersenarai ialah Mursyidul Am PAS, TG Nik Abd Aziz Nik Mat yang menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh.
Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.
Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 "Honourable Mention" di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam "Honorable Mention".
Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Dato Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.
Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.
Dua orang pemimpin SIS yang kerap menimbulkan kontroversi dan pendokong Islam liberal di kalangan feminis, Sharifah Aljeffri dan Zaynah Anwar juga disenaraikan.
Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.
Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.
Dalam satu keputusan bersejarah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak lagi dibenarkan menyoal siasat saksi pada waktu malam.
Hakim Mohd Ariff Md Yusof memutuskan SPRM hanya berhak menyoal siasat saksi dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.
Keputusan itu dibuat berikutan pendedahan mendiang Teoh Beng Hock disoal siasat sepanjang malam sehingga awal pagi sebelum di jumpai mati di perkarangan ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam 16 Julai lalu.
Seorang lagi saksi yang turut disoal siasat ketika itu, Tan Boon Wah, telah memohon Mahkamah Tinggi untuk menyemak sama ada SPRM berhak menyoal siasat saksi pada bila-bila waktu.
Boon Wah turut mendakwa beliau di kasari oleh pegawai penyiasat SPRM ketika beliau di soal siasat.
Beng Hock mati dalam keadaan mencurigakan, malah seorang pakar bedah dari Thailand tidak menolak kemungkinan mendiang mangsa jenayah.
Berikutan keterangan pakar itu pada inkues Beng Hock bulan lalu, arahan diberi untuk menggali semula mayat mendiang Sabtu ini bagi membolehkan bedah siasat yang lebih terperinchi dijalankan.
Dalam keputusannya hari ini, Hakim Mohd Ariff menolak tafsiran SPRM bahawa
Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM kononnya memberi kuasa kepada badan itu untuk menyoal siasat saksi sepanjang masa.
“Ungkapan dari hari ke hari (untuk jalankan siasatan) dalam seksyen itu tidak bermaksud 24 jam tetapi waktu kerja pejabat yang biasa,” kata beliau.
“Justeru, saya bersetuju bahawa pemohon (Boon Wah) dalam kes ini telah ditahan secara tidak sah untuk disoal siasat. -TVS
Wah PAS makin kaya sekarang ni. Isu Hangat TGNA cancel pergi ke Mekah kerana tajaan kontraktor tak sejuk lagi ni dah isu hangat PAS beli kapal terbang pulak.Entah mana punya sponsor lak ni. Kalah UMNO camni.
Opss jangan salah sangka dan jangan membuat spekulasi bukan-bukan. Sebenarnya kapal terbang yang ekornya yang seakan logo PAS ni adalah kapal terbang luar negara yang selalu turun di lapangan terbang kargo Senai.
Kepada penduduk Kulai/Senai yang selalu lalu di jalan alternatif Bandar Putra ke Senai mesti dah biasa melihat kapal terbang ni. Orang-orang PAS area sini banyak bergurau mengenai kapal terbang yang ekornya seakan logo PAS ni. Tak tau dari negara mana tapi katanya mempunyai tulisan Arab di tepinya.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi saya ingin menyentuh yang pertama B.4, 010000 -Suruhanjaya Pilihan Raya, 010100, 010200.
Sebagaimana kita maklum bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya tiap-tiap sepuluh tahun mereka membuat persediaan baru. Melihat kepada perkembangan semasa dan terkini, apa yang mendukacitakan tiga buah negeri di Utara dan Pantai Timur, Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak mengalami perubahan sebagaimana ianya berlaku dan tidak ada penambahan kawasan Parlimen.
Kawasan-kawasan di sana adakan juga satu kawasan Parlimen seperti Baling, Sik, Kuala Krai, Jeli, Kuala Terengganu, Dungun, Kemaman. Sebahagiannya sama besar dan lebih besar dari negeri Perlis. Akan tetapi tidak ada perubahan oleh kerana kita telah mengalami keadaan yang berubah, penduduk yang bertambah, menyebabkan mereka yang menjadi Ahli-ahli Parlimen mengalami kesukaran untuk melawat dan mengendalikan anak buah mereka dalam keadaan yang berubah.
Oleh kerana itu, sangat wajar pihak Suruhanjaya Pilihan Raya di bawah Jabatan Perdana Menteri membuat kajian untuk membuat perubahan kepada kawasan-kawasan di negeri tersebut. Kedua, saya ingin menyentuh B.6, 020000 - Unit Perancang Ekonomi dan 020200 - Perancangan Ekonomi, sebagaimana yang disebut oleh rakan-rakan yang lain dalam perbahasan tadi bersabit dengan royalti petroleum yang dibatalkan di Terengganu pada tahun 2000 dan terkini di Kelantan.
Saya melihat ianya lebih bersifat politik daripada bersifat perundangan dan perjanjian yang sebenarnya berlaku, kita perlu kembali kepada kronologi bagaimana royalti itu berlaku kepada negeri-negeri di Sabah dan Sarawak dan diikuti oleh negeri Terengganu. Hasil dari perundingan antara Almarhum Perdana Menteri Tun Abdul Razak dengan kalangan perundangan dan kalangan ekonomi bagi menyelesaikan krisis di antara Malaysia Timur dan Barat pada masa itu.
Lalu mereka bersetuju menggubal dan meluluskan Akta Petroleum 1974 yang membawa kepada penubuhan Petronas. Maka Petronas telah mengadakan perjanjian dengan semua negeri-negeri, di mana ternyata dalam perjanjian itu, mana negeri yang ada hasil petroleum sama ada di laut ataupun di darat tanpa mengira berapa jaraknya di laut, maka diberi peruntukan royalti sebanyak 5%. Maka diberi kepada Sabah dan Sarawak.
Negeri Terengganu berlangsung pada tahun 1978 sehingga tahun 2000, ertinya 20 tahun lebih sehinggalah kerajaan PAS memerintah, kerajaan Pakatan Rakyat memerintah di masa itu, maka berlaku perubahan.
Di mana kita melihat pemberian di negeri Terengganu sama dengan negeri Sabah dan Sarawak. Secara rasmi melalui kenyataan Perdana Menteri di masa itu.
Melalui jawapanjawapan di Parlimen, melalui kenyataan bertulis dan kenyataan lisan semuanya menggunakan perkataan royalti. In secara rasmi dan kenyataan yang jelas dan nyata. Saya melihat perubahan berlakunya rampasan terhadap negeri Terengganu adalah kerana lebih berunsurkan politik, berunsurkan hilangnya semangat patriotisme dan hilangnya semangat persaudaraan di kalangan negeri.
Menganggap Pembangkang adalah musuh dan kita perlu ingat bahawa pembatalan ini berlaku hasil daripada peranan UMNO, tahun 2000. Apabila adanya cadangan dari UMNO, kalau tidak silap saya usul yang mendesak supaya dibatalkan royalti petroleum pada negeri Terengganu kerana diperintah oleh parti yang dianggap tidak sama dengan Kerajaan Pusat.
Maka berlakulah peristiwa yang malang dan mendukacitakan. Bertukar kepada duit ihsan, yang malangnya ihsan ini bukannya rakyat diutamakan. Akan tetapi kroni diutamakan. Kerana duit ihsan ini dikendalikan oleh tangan-tangan yang tertentu.
Sama ada tangan-tangan yang nyata atau tangan-tangan yang ghaib. Melalui projekprojek yang besar, projek-projek yang mewah, maka diutamakan kroni-kroni yang tertentu, hanya kuah yang sedikit turun kepada rakyat. Ini ternyata, ini yang berlaku di negeri Terengganu yang menimbulkan krisis di antara istana dan di antara politik. Ini puncanya. Saya bimbang Kelantan akan mengalami nasib yang sama akan mengalami keadaan yang sama.
Yang ketiga, saya ingin menarik perhatian kepada 050000 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berhubung dengan penguatkuasaan barangan halal. Barangan halal merupakan barangan yang menarik minat seluruh dunia, bukan sahaja dari kalangan orang Islam termasuk di kalangan orang yang bukan Islam. Kerana apabila sebut halal bukan sahaja berkat pada orang Islam, termasuklah bersih, adanya unsur-unsur kebersihan. Maka ia mendapat satu pasaran yang luas.
Apa yang membimbangkan, di sana ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang menyalahgunakan sijil halal. Oleh kerana itu, satu peraturan yang tegas, satu tindakan tegas perlu diadakan supaya persijilan halal ini tidak menjadi bahan yang dipermainkan dan berlakunya penyelewengan.
Seterusnya ialah berkait dengan 010000 - Khidmat Sokongan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Di mana dalam bahagian 010400 - Kecemerlangan Dan Profesionalisme. Saya melihat ini berlaku kegagalan. Mengapa gagal? Walaupun kita telah berpuluh tahun mencapai kemerdekaan sedangkan indeks rasuah sangat menjunamkan negara kita ke suatu tahap yang sangat memalukan walaupun kita menobatkan dan menyatakan Islam adalah agama Persekutuan.
Puncanya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana tidak ada unsur Islam di dalam undangundang pencegahan rasuah. Unsur perhitungan dosa dan pahala. Undang-undang yang tidak roh, undang-undang yang menganggap hanya pandangan mata manusia. Tidak melihat diketahui oleh Allah SWT sedangkan dari segi Islam rasuah adalah perkara dosa besar yang diberi amaran oleh Al-Quran, yang diberi amaran oleh hadis-hadis Nabi SAW.
Dianggap amalan kaum Bani Israel, yang dilaknat oleh Allah SWT, mengapa roh ini tidak masuk dalam diri orang Islam? Sebabnya kerana kita tidak memperkasakan undang-undang itu berdasarkan kepada roh dan sifat yang sebenar, maka berlakulah double standard di dalam tindakan. Seperti disebut rakan-rakan tadi, maka ikan-ikan kecil sahaja yang ditangkap, ikan-ikan yang besar terlepas begitu sahaja, maka berlakunya tindakan yang terpilih.
Kerajaan mestilah merasa malu dan mestilah membuat muhasabah diri dalam menangani masalah dan saya mengharap Perdana Menteri yang baru ini akan membuat perubahan dengan cara yang sebaikbaiknya. - presiden.pas.org.my/
Kempen seruan mengibarkan 'jalur Memali' (dibawah) selama 3 hari mulai hari ini di blog. Berikan sokongan anda menentang kezaliman penguasa. Alfatihah untuk semua syuhada !
Sajak ini adalah karya seni Rahmat Haron, sebuah karya yang membuat jiwa menangis mengenangkan korban-korban jiwa pada syuhada Memali yang menentang penangkapan tanpa bicara.
[Dalam sejarah perjuangan melawan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Ibrahim Mahmud (yang dikenali dengan nama Ibrahim Libya) dan penduduk kampung Memali adalah antara mereka yang paling berani – dengan keras menentang penahanan tanpa bicara hingga derita raga dan jiwa serta terkorban kehilangan nyawa mereka. Maka pergilah mereka meninggalkan kita sebagai syuhada dan pengorbanan yang cukup besar sekali.]
____
Hari itu Selasa malang, hari tujuh RabbiulAwwal tahun seribu empat ratus enam hijrah. setelah malap cahaya lokap, panjang kembara malam membawa gelap subuh menutup terang matahari, negara, seragam dan senjata mengepung para pejuang yang enggan menyerah, enggan ditahan tanpa kesetaraan, enggan ditangkap tanpa kesaksamaan hak manusia penjara tanpa bicara-warisan tuan penjajah mahu rakyat menjadi hamba.
sejahtera keadilan telah ditelan kebusukan huru hara rasuah. merekalah para pejuang menentang kezaliman haloba, tapi ketamakan kuasa tetap serakah nafsunya mentah kedarah para petani dan buruh mereka para pejuang kebenaran hanya penoreh getah
iya mereka hanya himpunan orang-orang kampung, para guru, merinyu malaria, bekerja sendiri, mekanik motorsikal, pemandu, penoreh getah, tapi mereka setia segar menghidupkan tanah air yang bukan milik mereka.
Tanah dan air yang telah dirompak bebal nasional, tanah dan air yang telah dijual bodoh nasional, Ibrahim Mahmud dan teman-temannya siap teguh iman perjuangan melawan perisai ampuh kekuasaan Iblis_Syaitan_Act - ISA.
ISA adalah jaminan selamat buat penguasa rakus menindas dan memeras penguasa pujanya Iblis kuasa penguasa sembahnya Syaitan rasuah penguasa berkuku besi pelindungnya ISA_Iblis Syaitan Act.
Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah undang-undang yang menyelamatkan para perompak zalim bertopeng alim, Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah undang-undang yang menyelamatkan para perusuh hak asasi rakyat,
Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang yang menyelamatkan perasuah dan penyeleweng kuasa Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang yang menyelamatkan kepura-puraan Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang Iblis dan Syaitan, akur aturan perjanjian sesat mengekalkan kuasa sementara,
Pemerintah ketagihan kuasa dadahnya wang dan harta pemimpin khayal dengan serakah erat sayangnya pada angkuh memaksa rapat kasihnya pada sombong memeras begitu dalamnya cinta kuasa memeluk timbunan harta kekayaan rakyat jelata .
ISA gari yang merantai kejujuran, ISA tembok batu, jeriji besi, memisah kasih anak dan isteri, keluarga tercinta ISA adalah tangisan ISA adalah ketakutan
Tapi ISA bagi Ibrahim dan Memali adalah keberanian paling tinggi perjuangan menolak pemenjaraan tanpa bicara pengorbanan nyawa demi merdeka dari menjadi hamba pemerintah yang gila kuasa dan November adalah bulan cukup hitam, sembilan belas hari bulan tahun sembilan belas lapan puluh lima di Baling, siong kekuasaan Bangsat Nasional laparkan darah rakyat murba ketabahan para pejuang cukup sabar teguh berdiri, di balas kereta perisai dan senjata Memali adalah sejarah melawan ISA paling berani merdeka semangat Ibrahim Libya dibalas peluru gegak gempita tembakan adalah sendu kesedihan
maka tumpahlah darah ke tanah air yang kegeringan gugur empat belas orang pejuang syahid menuntut keadilan melawan penahanan tanpa bicara
akal penguasa putus budinya dan dacing timbang berat sebelah tidak seimbang rasa hati telah kabur, pudar dan terhakis benang-benang kusut fikiran hanyut keyakinan tak dapat dikoyakkan kuasa merah mengalir darah merdeka korban ISA dan kekejaman negara syahid para pejuang terpejam mata dalam sejahtera nafas keadilan BN merampas kebahagian keluarga, mencabut nyawa suami dan ayah, para perempuan menjanda dan anak-anak yatim tidak berbapa
Mereka telah membunuh:
1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.
2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.
3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.
4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.
5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.
7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.
8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.
9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.
10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.
14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.
KOTA BHARU, 18 Nov: Keputusan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasrat mengerjakan haji ke Makkah tahun ini dianggap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz boleh menyelesaikan isu.
“Tindakan Menteri Besar Kelantan mengambil keputusan membatalkan hasrat mengerjakan haji memudahkan kerja kami.
“Memang penajaan sebenarnya bukan rasuah, tetapi memandangkan Tuan Guru seorang Menteri Besar, ia tidak boleh berlaku perkara sedemikian.
“Tidak ada masalah sesiapa pun nak menaja Tok Guru pergi ke Makkah, tetapi kedudukannya sebagai Menteri Besar,” ujarnya kepada media selepas mengunjungi Menteri Besar, di pejabatnya petang tadi.
Jumaat lalu Tuan Guru Nik Abdul Aziz membatalkan hasrat menunaikan haji disebabkan isu ada pihak memperbesarkan isu tajaannya untuk ke Makkah.
Nazri berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku badan bebas melakukan siasatan berdasarkan laporan dalam akhbar dan bukannya melalui mana-mana individu.
Katanya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri mengeluarkan kenyataan beliau ditaja seseorang ke Makkah.
“Pada saya, Nik Aziz mengeluarkan satu kenyataan tanpa rasa bersalah kerana kalau tok guru nak pergi, dia tak perlu cakap, tetapi dalam hal ni dia cakap dan dia sendiri bukan ada niat apa-apa.
“Kalau dia betul nak pergi, dia tak payah cerita daripada mana dia dapat duit, kita pun tahu dia ada duit, tapi Tok Guru ni seorang yang lurus,” ujarnya.
Beliau juga berkata, sebagai contoh jika seseorang itu memberikan rasuah dan meletak wang di atas meja tanpa diusik orang yang ingin dirasuah, ia belum boleh dikaitkan dengan rasuah.
Mulai tahun depan, golongan miskin semua kaum di Kedah akan menerima bantuan RM500 melalui khairat kematian 'kifalah' bagi pengurusan jenazah anggota keluarga mereka yang meninggal dunia.
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata menerusi skim bantuan itu, mereka akan mendapatkan bantuan wang tersebut jika terdapat anggota keluarga mereka seperti ibu bapa atau anak yang meninggal dunia.
"Kifalah bertujuan memberi bantuan segera kepada rakyat miskin yang kehilangan anggota keluarga dan wang itu boleh digunakan untuk pengurusan jenazah dan sebagainya," katanya di Alor Star hari ini.
Katanya, bantuan tersebut menjadi salah satu bukti bahawa kerajaan negeri komited untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik atau miskin tanpa mengira kaum dan fahaman politik.
"Menerusi bantuan ini, rakyat daripada semua kaum dan tanpa mengira fahaman politik boleh menghubungi wakil rakyat atau ketua kampung masing-masing untuk membuat permohonan Kifalah jika berlaku kematian anggota keluarga mereka," katanya. - Bernama
Hakim tolak kes Dr. Asri dibawa ke Mahkamah Tinggi
GOMBAK, 18 Nov: Hari ini merupakan kejayaan moral pertama buat Bekas Mufti Negeri Perlis, Dr. Mohd Azri Zainul Abidin apabila Mahkamah Rendah Syariah Gombak menolak permohonan pihak pendakwaraya untuk membawa kes beliau ke Mahkamah Tinggi.
Dalam pendengaran kes itu hari ini, Hakim Wan Mahyudin Wan Mohammad menyatakan bahawa alasan-alasan pendakwaraya untuk memindahkan kes tersebut adalah tidak munasabah.
Pendakwaraya dalam penghujahan mereka sebelum itu telah memberi alasan bahawa kes ini wajar dibicarakan di mahkamah tinggi di hadapan seorang hakim yang berpengalaman dan kes ini juga telah menjadi terkenal disebabkan hebahan media masa.
Peguam bela mewakili Dr. Mohd Asri, Jamal Lokman Sulaiman dalam penghujahannya pula memberitahu permohonan dan alasan pihak pendakwaraya tersebut seolah-olah dianggap menghina hakim dan mahkamah rendah syariah sebagai tidak berpengalaman.
Seorang lagi peguam bela mewakili Dr. Mohd Asri adalah Kamal Aniah Kamarulzaman.
Permohonan memindahkan kes tersebut diserah pihak pendakwaraya hanya 10 minit sebelum perbicaraan hari ini bermula.
Dalam Pada itu, Dr. Mohd Asri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengajar tanpa tauliah.
Mahkamah juga menetapkan perbicaraan kes ini didengar pada 5 Januari depan di mahkamah yang sama.
Bekas mufti Perlis itu ditangkap di sebuah banglo di Hulu Kelang tengah malam 1 November lalu berhubung siasatan bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atau kesalahan menyampaikan kuliah tanpa tauliah.
Hadir sama memberi sokongan pada perbicaraan hari ini bekas Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim, ADUN Hulu Klang, Saari Sungib, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu Zulkifli Nordin, anak bekas Perdana Menteri, Marina Mahathir dan selebriti Azwan Ali.
Kota Siputeh: SPR/BN, akan Minta Nasihat Peguam Negara
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meminta nasihat Peguam Negara berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh, Kedah.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR akan meminta nasihat Peguam Negara bagi menentukan langkah seterusnya yang patut diambil berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu.
"Kita perlu meminta nasihat daripada Peguam Negara terlebih dahulu mengenai langkah yang perlu diambil memandangkan ini kali pertama kes sedemikian berlaku dalam sejarah.
"Kita mahu lihat sama ada SPR menpunyai ruang untuk merayu kes itu kepada pihak yang lebih tinggi (Mahkamah Rayuan)," katanya kepada Bernama.
"Isu ini telah menjadi satu isu akademik yang wajar diteliti, jadi elok SPR membawanya kepada Peguam Negara terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan," kata Wan Ahmad.
Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin hari ini memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.
Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi kawasan Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.
Isu ini dibawa ke Mahkamah Tinggi berikutan SPR pada mesyuarat 1 Sept lepas memutuskan kerusi itu tidak kosong kerana pada pandangan suruhanjaya itu, Abu Hassan perlu dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib DUN Kedah terlebih dahulu sebelum kerusi itu disahkan kosong.
Sementara itu, di ALOR SETAR, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Abu Hassan tidak akan menghadiri persidangan bajet DUN Kedah yang dijadual berlangsung selama tiga hari mulai hari ini sebagai menghormati keputusan mahkamah.
"Kita menerima keputusan (mahkamah) dengan lapang dada dan hati terbuka dan akan sabar menunggu keputusan rayuan pada 20 Nov ini," kata Ahmad Bashah semasa dihubungi Bernama.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh itu membuktikan kerajaan negeri Kedah bertindak berlandaskan undang-undang.
Katanya Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail mengambil tindakan yang betul apabila mengisytiharkan Abu Hasan telah hilang kelayakan sebagai Adun ekoran tidak menghadiri sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut tanpa memaklumkannya kepada Speaker.
"Kita bertindak atas undang-undang dan keputusan Mahkamah Tinggi itu haruslah menjadi pengajaran kepada semua wakil rakyat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan diberi amanah oleh rakyat untuk menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri," kata beliau kepada Bernama.
KUALA LUMPUR, 17 Nov: Pakatan Rakyat mencabar Umno agar tidak membuat rayuan di mahkamah bagi membolehkan pilihanraya kecil di Dun Kota Seputeh berjalan sebagaimana yang sepatutnya.
Demikian kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi, selepas selesai mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen. Turut serta dalam sidang media bersama PR itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pimpinan tertinggi parti masing-masing.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan bahawa PKR dan DAP sebulat suara akan membantu PAS, jika pilihanraya kecil berlaku kelak.
Beliau juga turut menjelaskan beberapa isu kehakiman berbangkit, termasuk dalam isu keputusan "tergantung" pengesahan Menteri Besar di Perak.
Ujarnya lagi, sistem kehakiman negara seharusnya hanya tunduk pada perlembangaan.
Beliau juga mengkritik segelintir hakim yang dilihat tunduk pada kuasa eksekutif.
Ditanya tentang konvesyen PR Disember depan, Anwar menjelaskan bahawa mesyuarat tersebut turut membincang isu-isu dasar yang disepakati bersama antara ketiga-tiga parti pembangkang tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, mahkamah akan memutuskan rayuan BN agar pilihanraya kecil Dun tersebut tidak berlaku.
Sekiranya mahkamah menolak rayuan BN sekali gus membangkitkan semula isu berkaitan yang lain, seperti di Dun Perak.
Ini kerana, Speaker Dun Perak V. Sivakumar sebelum ini pernah menghantar Surat Pengosongan Dun kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) ekoran beberapa Adun tidak menghadiri sidang Dun dan gagal dikenal pasti kedudukan mereka.
Namun, SPR mendahului kuasa mahkamah dengan memutuskan bahawa kepitusan tersebut adalah tidak sah.
Akhirnya, keputusan mahkamah Jumaat ini dilihat penting untuk memulihara semula institusi kehakiman itu sendiri.
TG Nik Aziz menyapu air mata kerana sedih dengan fitnah yang dilakukan terhadapnya.
Tok Guru,
Aku tak tau dah banyak mana airmata Tok Guru yang mengalir sepanjang perjalanan perjuangan Tok Guru. Aku tak tau dah banyak mana tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan terhadap Tok Guru. Aku tak tau dah banyak mana kesedihan dan keperitan yang dialami oleh Tok Guru.
Tapi aku tau sejauh mana keikhlasan Tok Guru dalam memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan. Aku tau sejauh mana pengorbanan yang telah dilakukan oleh Tok Guru. Aku tau sejauh mana kejujuran Tok Guru dalam menanggung amanah yang diberikan.
Dan aku sakit hati bila ada orang melakukan khianat terhadap Tok Guru. Aku sakit hati bila ada orang yang menuduh dan memfitnah Tok Guru. Aku sakit hati bila ada orang yang cuba menjatuhkan Tok Guru.
Jangan diambil sedekah orang yang khianat. Jangan diambil budi orang yang berperangai iblis. Jangan diambil peduli mereka yang cuba mengkhianati Tok Guru.
Aku masih menghormati Tok Guru sebagai pemimpin rakyat. Aku masih menghormati Tok Guru sebagai pemimpin masyarakat.
Sebab aku tahu Pengorbanan Tok Guru adalah untuk rakyat. Air mata Tok Guru adalah airmata untuk rakyat. Dan doa Tok Guru adalah doa untuk rakyat.
Aku tak ada duit nak sponsor Tok Guru. Dan aku tau Tok Guru juga tak perlu duit aku untuk pergi Mekah. Tapi aku sakit hati, bila niat Tok Guru untuk ke Mekah di putarbelitkan oleh orang lain.
Hari ini aku jual getah. Lepas tolak duit beras. Lepas tolak duit gula dan kopi. Lepas tolak duit belanja anak kesekolah. Lepas tolak duit bayar bil air dan api. Lepas tolak bayar duit streamyx.
Aku masih ada RM2.00 untuk aku sedekahkan kepada Tok Guru. Supaya Tok Guru dapat mengerjakan Haji pada tahun ini. Supaya Tok Guru dapat berdoa didepan Kaabah untuk kesejahteraan kami. Supaya Tok Guru dapat terus berjuang untuk kebebasan kami.
Dan aku percaya, masih ramai diluar sana yang akan bersetuju dengan aku. Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan wang rakyat. Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan duit penoreh getah, duit petani, duit penjaja, duit pekerja kilang, duit nelayan. Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan penuh keikhlasan.
Kita tidak mengharapkan pembalasan. Kerana kita tahu…
Pengorbanan Tok Guru adalah untuk rakyat. Keikhlasan Tok Guru adalah untuk rakyat. Airmata Tok Guru adalah untuk rakyat. Doa Tok Guru adalah untuk rakyat.
Kita buktikan…. Bahawa Tok Guru sentiasa dekat dihati rakyat.
Kemaskini 1.25 pagi.
Selepas berbincang dengan kawan-kawan, aku setuju untuk menggunakan akaun lapuk aku untuk digunakan sebagai akaun untuk mengumpul sumbangan.
Sam Ahmad akan mengendalikan akaun, dengan mengemaskini jumlah yang diterima setiap hari. Setiap hari, Sam akan mengemaskini posting ini dengan menyiarkan printscreen jumlah terkini. M3M akan mengemaskini senarai penderma.Semua yang memberikan sumbangan, diminta memberitahu M3M nama dan jumlah yang dimasukkan kedalam akaun. Hantarkan nama dan jumlah yang saudara masukkan kepada: mahligai83@gmail.com
Dibawah adalah printscreen akaun yang akan digunakan, dan baki didalam akaun tersebut ialah RM26.44.
Aku akan bertanggungjawab terhadap sumbangan yang dimasukkan kedalam akaun ini sahaja. Tolong maklumkan, kalau ada blog-blog lain yang membuat kutipan sumbangan ini, tetapi menggunakan akaun yang berbeza.
Dan aku tak mau terima cash, cek, gelang cerai atau rantai emas. Aku hanya menerima sumbangan yang dimasukkan terus kedalam akaun.
Nombor akaun ada terdapat di sidebar sebelah kanan.
Hari ini SPR malaysia boleh dikategori Raja lawak 1 Malaysia kerana tindak tanduk berikut dan banyak persoalan yang tak dapat kita jawab hanya penggurus SPR saja yang mengerti.. mengapa SPR mahu menbuat rayuan dimahkamah dalam isu Dun Kota Seputih.antara yang lawak
Apa pasal Spr yang gila meroyan dan kelam kabut nak buat rayuan ?
Adakah calun SPR yang kehilangan kerusi.
kenapa bersungguh-sunguh nak buat rayuan ?untuk siapa ? jawapannya dah tentu untuk Dato Abu Hassan..BN..
Calun yang kalah pun akur dengan keputusan mahkamah, tapi SPR yang lebih lebih..
Atau pun SPR ini komponen BN yang ke 15 ?
Tugas SPR mengadakan pilihan raya bila ada kekosongan (bukan nak buat rayuan untuk mana mana parti ).
Tetapi aku rasa macam cerita atau skrip perebutan kuasa Mb diPerak jer...mula menang kemudian bila buat rayuan mereka menang..tetapi aku harap jangan lah bergitu he he ...dan ucapan sekalung tahniah kepada hakim yang menjalankan tugas dengan amanah dan jujur, tetapi harus diingat ranjau seterusnya adalah Mahkamah rayuan dan Hakim yang lain pula selepas itu mungkin semua akan hampa..he he he ( maaf ini hanya imginasi aku sahaja ).
Doa aku dan penyokong Pakatan Rakyat semua biarlah keputusan ini berkekalan kerana gian nak pi kempen dan tampal poster..serta nak tebus balik kekalahan kita di Bagan Pinang..serta bagi pengundi Kota seputeh pula ini masa dapat durian runtuh dan ini masa mereka jadi anak emas ..dengan projek mewah berstatus mee segera...
Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil seharusnya dipanggil untuk mengisi kekosongan tersebut.
Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai wakil rakyat di situ.
Abdul Isa memfailkan saman pada 1 Okt lalu, menamakan Abu Hassan daripada BN dan SPR sebagai responden.
Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi tersebut berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.
Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.
Pada 1 Sept lalu, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya.
Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bertindak bagi pihak SPR.
KUALA NERUS – Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Hj Mohd AbdulWahid Endut mendedahkan, terdapat terdapat kebocoran, ketirisan, pengkhianatan, salah guna duit dan salah guna kuasa dalam kerajaan Umno dan Barisan Nasional daripada atas hingga ke bawah.
Menurutnya, antara yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara adalah kes curi minyak yang berlaku di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu dan Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Terengganu.
”Tapi yang digambarkan dengan jelas lagi oleh Ketua Audit Negara, di negeri Terngganu (adalah) kes curi minyak, ”pejabat SUK ada nombor kereta sekian-sekian, pejabat JKR pun begitu di negeri Terengganu,”katanya ketika berucapa dalam majlis ceramah sempena sambutan Jubli Emas PAS Kawasan Kuala Nerus, di Pekan Batu Enam, dekat sini, semalam.
Katanya, ditulis dalam Laporan tersebut, kapasiti tangki minyak Proton Perdana boleh diisi penuh adalah 64 liter, tetapi ia diisi sehingga 102 liter.
”Kereta Proton Perdana, penuh tangki minyak 64 liter, tapi isi hingga 10 liter, harga sampai RM102.00 sekali isi,
”maknanya lepas isi penuh (kereta Perdana) dia isi (minyak) kereta lain pula, tapi kerajaan bayar pakai ‘indent’ yang sama,”jelasnya.
Beliau berkata, terdapat satu lagi kes curi duit kerajaan melalui ‘indent’ dikesan dalam laporan itu adalah dengan cara yang tidak munasabah, iaitu mengisi minyak RM200.00 dalam masa tiga minit sahaja.
”Ada satu lagi (di) pejabat SUK pukul 3.05 isi (minyak) RM150, nombor kereta yang sama (pada pukul) 3.06, seminit kemudian isi pula RM100,
” (pada pukul) 3.07, seminit kemudian isi pula RM50, nye baham (dia curi) RM300 dalam masa 3 minit,”kata Wahid yang juga ADUN Wakaf Mempelam dan Timbalan Pesuruhjaya Pesuruhjaya PAS Terengganu.
Katanya, itu dilaporkan Ketua Audit Negara yang berlaku di pejabat SUK, dipejabat-pejabat lain turut berlaku demikian.
Semakan yang dibuat Buletinonline perkara tersebut terdapat dibawah perkara 4.5 dibawah tajuk Penemuan Audit, pada mukasurat 51, Laporan Ketua Audit Negara, Aktiviti Kerajaan/ Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2008, sebagaimana jadual yang dipaparkan.
Turut hadir dalam majlis ceramah tersebut adalah Naib Presiden PAS, Haji Salahudin Ayob dan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus, ustaz Abu Bakar Abdullah. SM Noor