Ikuti Blog ini
Sama-sama Kita Bakar Utusan Hari Ini ,Rabu, Februari 24, 2010 at 24.2.10,
Editor The Sunday Guardian Kecam Institusi Kehakiman Malaysia , at 24.2.10,

Penulis buku 'Kashmir: Behind the Vail', 'Riot after Riot' dan 'India: The Siege Within' itu melabel demikian berdasarkan pengamatan, selain berkongsi maklumat dengan media dan peguam.
"Seperti yang kita perhatikan, perbicaraan ini tampak begitu rompong. Perbicaraan ini penuh dengan kesilapan. Pada pandangan saya, saya tidak menyangkal hanya perbicaraan yang adil dapat melengkapkan segalanya," katanya kepada TV Selangor.
Beliau memberi pandangan peribadi itu apabila diminta mengulas mengenai proses kehakiman yang hangat diperkatakan, ketika mengadakan lawatan ke Malaysia bertemu Anwar bagi memberi sokongan moral.
Akbar petang semalam mengadakan dialog bersama wakil media dan penulis blog bebas di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sesi dialog selama satu jam itu membincangkan keberkesanan komunikasi dalam media melalui mesej yang disampaikan selain bentuk pengolahan sempurna untuk tatapan umum.
Beliau berkongsi pengalaman tentang kuasa penulisan kreatif yang boleh mengubah persepsi dan pendirian pembaca, dengan menggunakan mesej ringkas mampu memberi impak lebih besar berbanding penulisan kompleks.
Akbar yang dijadual pulang ke New Delhi hari ini, turut mengulas peranan komunikasi media sebagai medium penting dalam menyampaikan mesej individu kepada umum. -erapakatan
Tok Pa Pengkhianat No-1 Negeri Kelantan...!!! , at 24.2.10,

Kerajaan Persekutuan memutuskan sebanyak RM20 juta "wang ehsan" diberikan kepada Kelantan yang akan dibayar pada Mac ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.Sambung balik tengok gambar...
Beliau juga menjelaskan Kerajaan Pusat tidak dapat menyerahkan sepenuhnya RM20 juta itu untuk ditadbir sendiri oleh Kerajaan Kelantan kerana khuatir "wang ehsan" itu akan di"SALAH GUNA" bagi tujuan lain.
Katanya wang itu akan dimanfaatkan dengan "TELUS" bagi membantu rakyat Kelantan meningkatkan tahap pendidikan, membasmi kemiskinan dan keperluan lain yang difikir perlu oleh satu Jawatankuasa Khas.


Tarikh Mula: 1hb Dis.2008... Tarikh Siap: 31hb Julai 2009
Apa cerita Tok Pa..?
Ulang balik "kata-kata hikmat" dari Tok Pa...
Beliau juga menjelaskan kerajaan Pusat tidak dapat menyerahkan sepenuhnya RM20 juta itu untuk ditadbir sendiri oleh Kerajaan Kelantan kerana khuatir "wang ehsan" itu akan di"SALAH GUNA" bagi tujuan lain.Betul ke ayat Tok Pa tu..? kira-kiranya Kerajaan Pusat geng Tok Pa tu lagi TELUS la dari Kerajaan Negeri Kelantan ya Tok Pa..?
TELUS... sebab tu la Projek yang patutnya makan masa 6 bulan je tak siap-siap sampai sekarang... bukan setakat tak siap, PEMBINAAN PUN TAK MULA LAGI..! setakat pacak papan projek merata-rata, tulis besar-besar dekat papan projek "Kerajaan Malaysia", "1 Lagi Projek Pembangunan Oleh Kerajaan BN", anak Kontraktor Kelas "F" pun boleh buat...!!!
Oi Tok Pa..! Jambatan 2 lorong dekat Manek Urai yang BN janji masa Pilihanraya Kecil Manek Urai yang regenya lebih 7 juta apa cerita..?
Jambatan ke-2 Sultan Mohamad ke-IV apa cerita..?
Duit Katering supplier gerai makan yang dok jamu orang ramai masa PM Murujib datang Kota Bharu dekat Kompleks Sekolah bulan Ogos tahun lepas tak sampai RM300,000 apa cerita..?
Bila nak bayar..?
TAK PAYAH NAK SEMBANG PASAL "WANG EHSAN" LAAAAAA...!!!
Mana Lebih Canggih...Pesawat Israel tanpa juruterbang, pesawat Malaysia tanpa enjin ,Selasa, Februari 23, 2010 at 23.2.10,

Pesawat senyap Heron TP itu mempunyai sayap berukuran 26 meter yang menyamai saiz pesawat penumpang Boeing 737 dan merupakan pesawat tanpa juruterbang terbesar dalam angkatan tentera Israel.
Pesawat berkenaan boleh terbang berterusan untuk sekurang-kurangnya selama 20 jam dan tujuan utamanya ialah untuk melakukan kerja pengawasan.
Dalam satu majlis pelancarannya di Pangkalan Tentera Udara Tel Nof dekat sini semalam, pesawat berkenaan kelihatan begitu besar berbanding pesawat pejuang F-15 yang diletak berdekatan.
Heron TP yang kelihatan mirip Heron iaitu pesawat tanpa juruterbang sebelum ini juga milik Israel tetapi yang mampu terbang lebih tinggi mencapai ketinggian 12,000 meter dan boleh berada lebih lama di udara.
''Dengan pelancaran Heron TP ini, kita merealisasikan mimpi tentera udara,'' kata Brigedier Jeneral Amikan Norkin selaku Komander pangkalan tentera tersebut.
Tentera Israel enggan mendedahkan jumlah pesawat tersebut atau sama ada ia dibina untuk digunakan terhadap Iran tetapi menekankan ia boleh diubah suai untuk pelbagai tujuan.
Para pegawai tentera Israel juga menyatakan, Heron TP boleh menjadi alat yang amat berguna ke atas Iran.
Ia boleh digunakan untuk pengawasan, merosakkan sistem komunikasi musuh, menghubungkan pusat kawalan darat dan membantu pesawat udara lain.
Israel menganggap Iran sebagai ancaman disebabkan program nuklear negara tersebut, di samping pemilikan peluru berpandu jarak jauh dan kenyataan para pemimpin Iran untuk menghapuskan Israel.
Rejim Yahudi itu telah menyatakan kemungkinan menyerang Iran jika tekanan antarabangsa tidak dapat menghentikan program nuklear negara tersebut.
Israel dan Amerika Syarikat yakin Iran sedang cuba membina senjata nukleur, walaupun negara tersebut telah berulang kali menyatakan bahawa program nukleurnya adalah untuk tujuan keamanan.
Dalam beberapa konflik sebelum ini, pesawat tanpa juruterbang didapati kurang berkesan apabila pihak lawan mempunyai senjata anti-pesawat yang lebih canggih.
Sebagai contoh, dalam perang di Serbia pada 1999, angkatan tentera negara itu dengan cepat menembak jatuh 42 pesawat seumpamanya yang menurunkan secara drastik keberkesanan kempen pengeboman Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Comfirm Pemuda UMNO PP pengecut..... , at 23.2.10,
"Kalaupun tidak bersetuju kenapa tidak balas sahaja surat tersebut tanpa perlu bersikap biadap dengan mengoyak surat tersebut?" soal beliau ketika dihubungi tadi.
Sehubungan itu, beliau mencabar Pemuda Umno tampil ke hadapan umum untuk berdebat dengan Pemuda Pakatan Rakyat.
"Debat ini sekaligus menjadi pengukur atau penentu apakah dakwaan Pemuda Umno itu jujur, benar ataupun hanyalah satu mainan politik desperado.
"Bukankah mereka nak perjuangkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang, tampillah dan bawa bukti, fakta atau 'figure' sekiranya mereka benar," ujarnya.
Berita di dalam Astro Awani semalam, menunjukkan Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengoyak surat cabaran debat yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.
Pergerakan Pemuda Umno dikatakan hanya ingin berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
"Kalau alasan hanya hendak berdebat dengan Lim Guan Eng macam mana pulak kalau saya nyatakan Lim Guan Eng hanya layak berdebat dengan menteri-menteri Umno, dan bukannya Pemuda Umno.
"Jadi persoalannya sampai bila kebenaran ini akan ditegakkan. Jika Umno benar usah berdolak dalik,” ujarnya lagi.
Asri Sedia hadapi Nakhaei Di Mahkamah , at 23.2.10,

Dr Mohd Asri diminta mengulas tindakan Nakhaie, 57, memfailkan saman fitnah RM1.5 juta terhadapnya. Saman itu difailkan di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur pagi tadi, terhadap bekas mufti Perlis itu serta tujuh yang lain, termasuk editor dan wartawan akhbar Sinar Harian.
Kenyataan fitnah itu didakwa dibuat dalam satu persidangan media pada 1 November tahun lepas dan dua artikel yang diterbitkan oleh Sinar Harian pada 2 dan 5 November tahun yang sama.
"Saya sudah bersedia, kalau nak saman saya, kita jawablah di mahkamah. Saya serahkan perkara ini kepada peguam saya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Dalam saman itu, Nakhaie menamakan Asri, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Akhbar Cabaran Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacub, Sri Diah, Azmi Tarmizi, Lailatun Khalilah Nasir dan Siti Azila Alis sebagai defendan.
Nakhaie juga adalah pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) mendakwa kenyataan itu memberi gambaran buruk bahawa beliau adalah pihak yang menjadi dalang dalam isu memorandum menentang pelantikan Asri daripada menjadi Yang Dipertua (YDP) Yadim, dan ada penyelewengan berlaku di insitusi tersebut.
Nakhaie juga mendakwa akibat daripada tindakan defendan pertama (Dr Mohd Asri) yang dikeluarkan di akhbar terbabit, kewibawaan dan reputasinya kian merosot.
Mengulas lanjut, Dr Mohd Asri berkata, beliau tidak menyebut nama Nakhaie sebagai dalang dalam isu memorandum tersebut.
Royalti minyak RM2 bilion, bukan RM20 juta , at 23.2.10,
KOTA BHARU, 23 Feb: Kelantan hari ini memperbetulkan kenyataan yang dibuat kerajaan Pusat di mana tunggakan royalti yang perlu dibayar kepada kerajaan negeri sebanyak RM2 bilion dan bukannya RM20 juta.
“Royalti sebanyak RM20 juta hanya diperolehi dari telaga Bumi Selatan yang dikeluarkan sejak 2008.
“Yang kita tuntut tunggakan sahaja tidak kurang daripada RM2 bilion dan bayaran semasa tidak kurang RM600 juta.
”Kita berharap kerajaan Malaysia dapat memperbetulkan semula pendirian mereka secepat mungkin supaya tidak menimbulkan kekeliruan,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.
Ahad lalu, akhbar harian berbahasa Melayu menyiarkan iklan penjelasan isu tuntutan hasil petroleum yang ditaja Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, iklan terbabit begitu menggelirukan antaranya perkara yang dirujuk tidak ada kena mengena dengan akta atau undang-undang berkaitan petroleum.
Dalam senarai jawapan yang diedarkan kepada wartawan terdapat lapan perkara bagi menjelaskan mengenai tuntutan royalti.
Antaranya, mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 kesemua 13 perjanjian dan 13 geran penyerahan hak menggunakan istilah bayaran tunai kepada kerajaan negeri berkenaan.
Perkataan yang popular digunakan semua pihak ialah royalti.
Selain itu, semua negeri di Malaysia ditadbir urus mengenai petroleum di bawah akta yang sama termasuk Sabah atau Sarawak.
“Perjanjian tersebut menyebut bahawasanya kerajaan dan Petronas adalah ingin hendak membuat sesuatu perjanjian menurut Seksyen 4 Akta PDA ia tak merujuk kepada Akta Ordinan Darurat 1969 yang telah dimansuhkan,” ujarnya.
Kata Husam, adalah amat memalukan kerajaan menggunakan akta yang telah dimansuhkan.
Seksyen 4 Akta tersebut menjelaskan sebagai balasan bagi penggunaan dan hak-hak kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan yang diletakkan hak kepadanya (Petronas).
Mengikut akta itu, Petronas hendaklah membuat bayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui pihak-pihak berkenaan kepada kerajaan Persekutuan lima peratus kepada kerajaan mana-mana negeri yang berkenaan.
“Jadi akta ini dengan jelasnya menunjukkan pembayaran dibuat oleh Petronas kepada negeri dan bukan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan atau Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri,” katanya.
Beliau juga berkata, perjanjian yang dilaksanakan di antara negeri-negeri dengan Petronas pada 1975/1976 menjelaskan hak negeri di daratan (onshore) dan luar pantai (offshore).
Oleh itu, katanya, tiada dinyatakan sama ada dalam PDA 1974 dan perjanjian di antara negeri, di mana setiap negeri menerima bayaran tunai bagi pengeluaran petroleum di luar pantai.
Memang Betul Zambry Bohong! , at 23.2.10,
DS. Nizar bersama 14 ADUN Pakatan Rakyat yang lain bergambar selepas sidang media sebentar tadi. DS Nizar menyatakan Kerajaan PR Melantik ADUN BN dalam Majlis Tindakan Daerah.
Kita sering mewakili YB Haji Roslan Shaharum ke mesyuarat Majlis Tindakan Daerah Larut ,Matang dan Selama.
Kita melihat kerusi ADUN Kamunting,Trong dan Batu Kurau Kosong. Kita duduk bersebelahan dengan kerusi Ahli Parlimen Larut,selalunya setiausaha politik beliau yang hadir.
Jadi jelas pembohongan Zambry Kadir kerajaan PR tidak menjemput ADUN BN sebagai fitnah untuk menutup kelemahan mereka mentadbir Perak.
Kita berharap Pegawai Daerah dapat menjelaskan kepada rakyat pembohongan Zambry ini.Jelas sekali Zambry cuba memburukkan Pegawai Daerah yang menjalankan tugas tanpa tekanan politik semasa PR memerintah.Kita tahu Dato'Mahmod Morsidi D.O LMS bersikap profesional tidak pernah gagal untuk memanggil ADUN BN.


Kedah Lipatganda Hasil Balak Dari RM8 juta Semasa BN Kepada RM38 juta Dibawah PR , at 23.2.10,
Walaupun pelbagai tuduhan dilontarkan terhadap kerajaan negeri Kedah namun hakikatnya Pakatan Rakyat berjaya melipat ganda pendapatan daripada pembalakan berbanding pentadbiran lama Umno-Barisan Nasional.
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Kedah berjaya memperolehi pendapatan sebanyak RM38 juta berbanding RM8 juta sahaja di bawah BN.
"Saya merasa hairan bagaimana kerajaan negeri dapat pulangan lumayan berbanding pulangan pembalakan zaman BN yang hanya dapat jumlah yang sikit dan ke mana perginya untung balak semasa pentadbiran mereka.
"Kejayaan kerajaan negeri mengamalkan tender terbuka menjadikan perancangan lebih teratur bagi menyalurkan projek kepada kontraktor-kontraktor bagi meneruskan pembalakan," kata Datuk Seri Azizan.
Beliau berkata Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia menganggu pentadbiran negeri dengan dakwaan berlaku penyelewengan pembalakan tetapi pada masa yang sama agensi itu gagal menyiasat mana perginya keuntungan pembalakan ketika pentadbiran BN.
"Kita dah tau taktik kotor BN yang sentiasa tutup penyelewengan mereka tetapi sengaja mengadakan cerita untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah yang berada pada tahap yang memuaskan.
"Sistem tender secara terbuka memberi pulangan terbaik kepada kerajaan negeri kerana perbezaan tinggi sehingga puluhan ribu ringgit seekar daripada kontraktor untuk merebut kawasan pembalakan menjadikan keputusan adil dicapai tanpa berlaku penyelewengan kepada mana-mana kroni," tegas beliau.
Menurutnya Menteri Besar lagi kerajaan negeri membuat perancangan terbaru dengan bantuan Bank Islam Malaysia yang memberi pinjaman RM350 juta untuk membina Universiti Islamiah di Kedah.
"Projek kita bina Universiti Islamiah hanya RM350 juta dan jika kerajaan pusat atau BN nak bina universiti yang sama akan menelan mencecah belanja lebih RM1 bilion.
"Kerajaan negeri sentiasa merancang pengurusan kewangan sebaik mungkin tanpa berlaku sebarang pembaziran," katanya pada ceramah isu semasa bersama Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan di Jeniang, Kedah semalam.
Ceramah tersebut dihadiri lebih 50,000 penyokong Pakatan Rakyat. -SK
Unik: Ceramah Maulidur Rasul di Surau turut dihadiri bukan Islam , at 23.2.10,

Ceramah tersebut disampaikan oleh Menteri Besar Rakyat Negeri Perak, YB Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin di Surau Abdul Rahman Auf, Taman Rapat Koperasi, Ipoh malam tadi.
Antara yang disampaikan Nizar apakah kewajaran serta nas dan dalil-dalil yang menegah penggunaan nama Allah oleh bukan Islam?. Sikap begitu mengundang umat Islam kepada perbuatan syirik kerana beriktikad adanya tuhan selain Allah dengan mengatakan Tuhan sebahagian insan lain itu bukan Allah. Bahkan ayat AlQuran yang pertama surah Al-fatihah menyatakan Alhamdulillahi Rabbul alamin (Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta)
Kelihatan YB Lee Boon Chai, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang bersama jemaah Surau selepas solat Fardhu Maghrib penuh teliti mendengar ceramah.
Gegarkan Kelantan darul Naim malam ini 23 / 2/ 2010 , at 23.2.10,
TG Nik Aziz: Keakraban PAS-bukan Islam tidak direka kerana politik , at 23.2.10,
Keluhuran itu kata Mursyidul Am PAS itu, sebaliknya adalah anugerah Allah kepada orang yang sentiasa beristiqamah mendokong kesucian agamanya dalam apa jua aspek kehidupan berasaskan al-Quran dan hadis.
“Sejak 20 tahun PAS memerintah, seluruh rakyat Kelantan merasai keharmonian hubungan kaum yang mana tidak pernah berlaku sebarang pergolakan, pergeseran atau pertelingkahan sehingga menimbulkan perasaan dendam antara kaum.
“Bahkan sebelum pada itu lagi, ketika peristiwa 13 Mei, terjadi pertumpahan darah, tapi Kelantan sikit pun tidak berlaku sedemikian.
“Dan contoh terdekat, ketika negeri-negeri lain baru-baru ini kalut ribut bertelagah sampai berlakunya perbuatan ganas seperti membakar gereja tapi di Kelantan, aman,” katanya sewaktu meraikan sambutan Tahun Baru Cina PAS kawasan Bachok.
Majlis tersebut diadakan di pekarangan rumah bekas penghulu Tanpa Mukim Dun Jelawat mendiang Koh Soh Cheng di Jelawat dekat sini, petang semalam.
Hadir sama Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang juga Ahli Parlimen Bachok.
TG Nik Aziz berkata tuduhan pihak tertentu kononnya tindakan PAS mengambil langkah berbaik-baik dengan kaum lain semata-mata bagi menjaga kepentingan politik di samping untuk menarik sokongan bukan Melayu adalah tuduhan orang yang dengki dengan kejayaan PAS yang mampu dijadikan model dalam konsep hubungan kaum.
Sementara itu Nasharudin memberitahu bahawa dalam konteks Islam masyarakat bukan Islam adalah saudara seinsan dengan masyarakat Islam.
“Ini adalah hakikat ajaran nabi Muhammad SAW.
“Berdasarkan satu riwayat, sekumpulan orang sedang mengusung jenazah melintasi hadapan nabi, tiba-tiba nabi bangun menghormatinya. Lalu sahabat tanya baginda kenapa bangun sedangkan jenazah yang diusung itu adalah mayat orang Yahudi.
“Maka jawab Rasulullah semua penganut agama di atas muka bumi ini dituntut agar saling menghormati antara satu sama lain,” katanya.
“Demikian betapa luhurnya sifat Rasulullah dalam menjaga kepentingan atau kehormatan lain-lain agama,” tambah beliau.
Iklan Nafi Hak Rakyat Kelantan Cetus Persoalan Samada Terengganu, Sabah dan Sarawak Juga Tidak Berhak Terima Royalti , at 23.2.10,
Pakatan akan sedia lebih platform untuk suarakan pandangan ,Isnin, Februari 22, 2010 at 22.2.10,
Ia akan dibuat melalui Sekretariat Pakatan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam masa yang sama, katanya, Pakatan Rakyat akan menubuhkan segera "Penal Disiplin" untuk mengkaji sebarang perlanggaran disiplin di kalangan para ahli dan pemimpinnya.
Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat PKR dekat sini hari ini.