Berbanyak terima kasih kepada Ahli majlis Zon 12 dipimpin oleh Ust. Nasir yang cepat menghulurkan bantuan segera berupa makan malam kepada penduduk dan sebahagianya dipindahkan ke balai masyarakat kg. Sri Aman.






Bahagian 1 - Jika DAP Menang Cina Tak Boleh makan Babi
KUALA TERENGGANU - PAS merakamkan ucapan tahniah kepada wakil rakyat baru, Wong Ho Leong dan juga DAP yang mewakili Pakatan Rakyat (Pakatan) bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) P.212 Parlimen Sibu.
Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata demikian dalam satu sidang media ‘panjang’ di Kuala Terengganu hari ini, sempena kemenangan kali pertama DAP dalam pilihanraya kecil sejak pilihanraya umum (PRU) tahun 2008.
Ia juga merupakan kemenangan muafakat Pakatan Rakyat, yang juga kali pertama di Malaysia Timur, malah PRK Sibu menjadi medan PAS melebarkan sayapnya dan bakal menambahkan cawangan malah kawasan baru di Sibu.
Bukan Mudah Menang Di Sibu
Kemenangan di Sibu sebenarnya adalah sesuatu yang diluar jangkaan. Menurut Dato’ Mustafa, sejak dari awal, semua pihak dalam Pakatan baik DAP, PKR dan PAS tidak yakin, Barisan Nasional dapat ditumpaskan di Sibu.
“Bukan saja DAP, kita (PAS) meletakkan bahawa, bukan mudah DAP untuk mencapai kemenangan, antara faktor yang menjadi penghalang kita adalah undi pos,”hujah beliau.
Selain itu, walaupun dalam PRU 2008 pengundi Cina telah memihak kepada DAP, tetapi undi Melayu dan Iban masih memihak kepada BN.
Oleh itu, strategi diatur supaya PAS menumpukan kempen di kawasan Melayu-Melanau di dalam DUN Nangka.
”Sebahagian besar Melayu Melanau brada dalam DUN Nangka, kita (PAS) diminta memberikan penumpuan yang khusus oleh petugas PAS yang mahir,”jelasnya.
Akhirnya, apabila keputusan diumumkan, undi Melayu meningkat kepada 34% daripada PRU 2008 sebanyak 16% yang menyokong DAP.
Isu Perkaumanan dan Agama
Dato’ Mustafa Ali memaklumkan, yang memulakan isu perkauman dan agama dalam PRK Sibu adalah pihak BN.
Antara isunya adalah isu negara Islam, perbezaan parti-parti pakatan Rakyat dan isu halal, haram.
”BN menimbulkan isu lama yang mereka anggap banrangkali boleh menarik bukan Islam, iaitu undi DAP (bermakna) undi PAS dan (meng)undi negara Islam,
”banner (kain rentang) yang dipasang merata-rata tempat, ialah tiga orang pemimpin Anwar, Kit Siang dan Tok Guru Haji Hadi, gambar mereka tidur tapi mimpi lain-lain,”katanya.
Paling teruk, isu agama dan bangsa dimanipulasi adalah, kalau DAP menang, orang Cina tidak boleh makan babi lagi, kerana DAP berbaik dengan PAS.
”Jadi, begitu dia (BN) punya sempit pemikiran nak mempengaruhi kaum Cina, kalau undi DAP tidak boleh makan babi, sebab bersama dengan PAS,”ujar Dato’ Mustafa.
Namun, penjelasan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu telah mematikan kempen provokasi BN itu.
Ketika berceramah dengan Lim Gian Eng, Mohamad berkata, sekiranya Cina Sibu tidak boleh makan babi lagi, ikut saya ke Kelantan, boleh makan babi!? -BO
Kalau dia ada maruah dan harga diri, sepatutnya dia mengosongkan kerusi Parlimen Kinabatangan. Tapi harami AP Barisan Nasional semuanya sundal tanpa maruah...!!!

Kerajaan Umno-Barisan Nasional Sarawak bertindak membalas dendam dengan menggantung dua Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat (Pakatan) selepas berjaya menawan kubu kuat BN di Sibu.KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan besar-besaran 3 Julai depan bagi membantan tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia bermula Jun ini.
Satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong juga akan diserahkan pada himpunan tersebut.Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, himpunan tersebut akan bermula di masjid negara sebelum bergerak ke Istana negara.
"Pada himpunan tersebut, kita akan menyerahkan memorandum kepada Tuanku, agar mendesak kerajaan menarik balik kelulusan lesen judi yang telah diberikan," katanya kepada Harakahdaily selepas mesyuarat dewan harian Pemuda PAS Pusat petang ini.
Biarpun menerima kritikan hebat dari pelbagai pihak, kerajaan awal bulan ini tetap meneruskan hasrat meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan.
Menurut Nasruddin lagi, sebelum himpunan besar itu, satu himpunan serentak di seluruh negara akan di adakan pada Jumaat, 21 Mei ini di masjid negeri masing-masing.
Ianya akan disusuli dengan penyerahan memorandum kepada mufti negeri masing-masing bagi tujuan sama."Bemula hujung Mei hingga ke penghujung bulan Jun, kita juga akan menggerakkan usaha untuk menyerahkan memorandum kepada mufti di setiap negeri dan menggesa mereka membawa kepada Majlis Mufti agar mendesak kerajaan membatalkan kelulusan lesen judi itu," tambahnya lagi.
Sepanjang tempoh menjelang himpunan 3 Julai itu juga, dewan pemuda PAS katanya akan mengadakan roadshow ke seluruh negara bagi memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan itu.
"Sepanjang Jun ini, kita akan turun ke setiap negeri bagi memperjelaskan implikasi judi kepada rakyat negara ini dan menyeru mereka agar tidak terlibat dalam kancah perjudian tersebut," jelasnya. -Hrkh

Sungguh tidak disangka, seluruh rakyat Malaysia ditipu lagi oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Semalam, akhbar arus perdana melaporkan bahawa gara-gara petugas DAP menyebabkan peti undi pos yang sudah dikira lambat tiba di pusat penjumlahan undi. Maka rakyat yang tidak tahu apa-apa pun percaya bulat-bulat kenyataan SPR itu.
"KOTA BARU— Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata rakyat sudah terlalu mual dengan amalan politik wang Umno-Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan ia gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sibu semalam.
Malaysia Timur bukan lagi deposit tetap BN