Ikuti Blog ini

Kapal BN Terus Bergelora, Muhyiddin Nafi Kononnya UMNO Terlibat Merancang Gulingkan Presiden Seumur Hidup Parti MIC Si Samy Vellu !!

Bagai sudah ditakdirkan, akhirnya tanda-tanda pakatan karat Barisan Nazak (BN) bakal karam semakin terserlah. Ini berikutan perbalahan yang berlaku dalam parti-parti komponen mereka dilihat bertambah kritikal sekarang Bermula dengan UMNO, kemudian Parti Progresif Rakyat (PPP) dan kemudiannya MCA dan terbaru serta sedang hagat diperkatakan sekarang ini ialah parti ketiga terbesar mereka iaitu MIC.

Semua ini berlaku akibat keengganan, presiden seumur hidup MIC berundur selepas 31 tahun menerajui parti itu. Siapa lagi kalau bukan si Samy Vellu. Sebelum ini, beliau dilihat telah mencetuskan polimik dengan kepimpinan tertinggi BN bila mana tidak bersetuju dengan calon pilihan BN untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Kekalutan tersebut memaksa pimpinan tertinggi BN menukar calon disaat akhir dengan menolak Palanivel (pilihan Samy Vellu) dan Mugilan (pilihan UMNO). Akhirnya nama P.Kamalanathan terpilih sebagai jalan penyelamat untuk BN merampas kuasa di parlimen itu.

Samy Vellu awal-awal lagi mahukan Palanivel iaitu Timbalan Presiden MIC menjadi calon, namun bantahan keras dibuat oleh puak-puak UMNO sendiri hingga memaksa Pengarah Pilihanraya BN iaitu Muhyiddin Yassin mencari jalan penyelesaiannya. Tindakan Muhyiddin memilih Kamalanathan jelas sekali mengecewakan penyokong Palanivel dan Si Samy sendiri, bagi mereka calon tersebut juga adalah pilihan UMNO selepas si Mugilan.

Anak Samy Dedah UMNO Punca Masalah MIC

Perkembangan ini amat menarik sebenarnya. Maka akhirnya "bom jangka" yang sudah lama tersimpan itu akhirnya meletup pabila Mugilan dipecat dari MIC oleh Samy Vellu baru-baru ini. Semua itu lantaran kenyataan banggang Samy kononnya beliau akan melepaskan jawatan Presiden MIC pada tahun 2012. Ini menyebabkan pemimpin pemuda MIC seperti Mugilan amat kecewa dan akhirnya "menentang arus".

Mugilan membuat sidang media supaya Samy Vellu melepaskan jawatan segera dan bukannya menunggu sehingga tempoh yang dijanjikan. Akhirnya, Samy Vellu menjadi panas hati dan memecat beberapa orang lagi pemimpin MIC yang disyaki menyokong kenyataan Mugilan. Malah Samy Vellu semakin tertekan bilamana mendengar Mugilan mahu mengadakan protes besar-besaran bagi menjatuhkan dirinya. Tindakan Mugilan menubuhkan GAS (Gerakan Anti Samy Vellu) jelas sekali memaksa beliau mengambil tindakan drastik dengan memberi amaran ramai lagi pemimpin MIC yang menyokong Mugilan akan dipecat.

Maka, akhirnya pertembungan "buku dengan ruas" berlaku, apabila Samy Vellu bertindak menuduh UMNO menjadi dalang bagi menjatuhkannya. Beliau bijak dengan menggunakan anaknya, Vell Paari (foto) untuk menjadi jurucakapnya. Akhirnya anak Samy mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO yang menjadi punca masalah dalaman MIC. Kenyataan ini disangkal oleh TPM Muhyiddin dan menuduh Vell Paari biadap. Malah, Muhyiddin Menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan mahu anak Samy menghentikan tindakan yang tidak bertanggungjawab itu. Soalnya, benarkah UMNO tidak terlibat?

Terbukti Memang UMNO Yang Sokong Mugilan

Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang. Umum mengetahui bahawa pemimpin UMNO sebenarnya yang beriya-iya cuba mencalonkan Mugilan sebagai calon BN di Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor dulu. Malah, perkara ini juga telah didedahkan oleh pihak media. Maknanya, memang UMNO yang cuba "membakar kelambu MIC", tambahan pula Presiden MIC mahukan Palanivel menjadi calon sebenarnya.

Soalnya, siapakah yang mencalonkan Mugilan jika bukan Pengarah Pilihanraya BN di Hulu Selangor iaitu Muhyiddin Yassin?. Maknanya, kemungkinan besar tindakan Mugilan menubuhkan GAS itu juga adalah ditanggung halal oleh UMNO. Tambahan pula mereka juga kecewa dengan tindakan Samy memecat Mugilan yang menjadi "ayam tambatan" mereka dulu.

Bersandarkan kepada kenyataan beberapa pemimpin UMNO termasuk mantan Perdana Menteri Mahathir yang mahukan Samy melepaskan jawatannya dulu. Maka, kita amat yakin bahawa kenyataan anak Samy Vellu itu ada kebenarannya. Cuma yang menjadi masalah kini, pemimpin UMNO seolah-olah lupa apa yang mereka lakukan. Sungguh lucu apabila ada pemimpin yang mengatakan UMNO tidak pernah masuk campur dengan urusan parti komponen BN yang lain.

[Ramai yang menjangkakan, tindakan UMNO mendesak supaya Samy Vellu berundur bakal menikam diri sendiri. Malah, sikap segelintir pemimpin UMNO yang mengutuk bulat-bulat kenyataan anaknya, Vell Paari bakal mengundang musibah yang lebih besar sebenarnya. Malah, ramai rakyat tahu bahawa UMNO memang beriya-iya mahu riwayat politik Samy dikapankan segera. Mereka sudah tidak tahan lagi menanggung "biawak hidup" yang bakal membawa malapetaka yang lebih besar buat BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Tindakan Samy untuk terus berkhidmat sehingga 2012 dilihat sengaja mencari helah bagi meneruskan kuasanya. Apalah yang boleh dilakukan Samy selepas dia mengabaikan peluang membela nasib kaum India selama leboh 30 tahun menerajui parti MIC. Inilah hakikatnya dan apakah desakan yang dibuat supaya Samy berundur itu bakal menyebabkan MIC keluar dari BN?. Jika ini berlaku, pastinya ia satu bencana besar buat pakatan karat itu dalam PRU-13 nanti] -Pahang Daily

Peter Veana, Peserta Konvoi Kemanusiaan ke Gaza Memeluk Islam

Peter Veana (melihat ke arah kamera) kini Muhammad Fatih, beberapa saat sesudah bersyahadat di depan Markas IHH. Foto: Sahabatalaqsha.com & Hidayatullah.com

Istanbul- Ahad 23 mei 2010. Jam 10 malam waktu Istanbul, di hadapan pejabat IHH Insani Yardim Vakfi di Fateh, bersempena dengan keberangkatan konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, telah diadakan acara kesyukuran sempena kemasukan Peter Veana, 63 tahun, ke dalam agama Islam. Peter yang merupakan seorang berasal daripada Isle of Wights di Selatan England, kemudiannya menukar nama beliau kepada Muhammad Fatih.

Untuk berita selanjutnya sila klik Life line 4 Gaza

UMNO MIC Bergasak. Samy Vellu Akan Pecat Muhyiddin Juga?

Krisis antara UMNO dan MIC bertambah buruk hari ini apabila anak Datuk Seri Samy Vellu menuduh UMNO sebagai mendalangi kempen untuk membunuh kerjaya politik ayahnya.

Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan dakwaan oleh S Vell Paari itu sebagai biadap dan meminta Samy supaya menasihati anaknya.

Pertikaman lidah antara UMNO dan MIC itu adalah yang terburuk dalam sejarah Barisan Nasional dan mencerminkan ketidakstabilan yang semakin ketara dalam gagasan itu.

Samy Vellu menjadi sasaran beberapa kerat pemimpin MIC yang mendesak beliau supaya meletakkan jawatan setelah menerajui parti itu sejak tahun 1974.

Pergeseran antara UMNO dan MIC pula semakin buruk apabila Perdana Menteri Najib Razak menolak calon pilihan parti itu untuk bertanding pada pilihanraya kecil Hulu Selangor bulan lalu.

Ini kali pertama Umno masuk campur dan menentukan calon yang mana harus diletakkan oleh MIC. Tindakan itu dilihat sebagai mengaibkan Samy di samping mengundang kritikan terhadap kepimpinannya.

Beberapa orang yang mengkritik Samy kemudian menubuhkan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) bagi memaksa beliau berundur sebagai presiden MIC.

Vell Paari anak kepada Samy semalam membuat kenyataan terbuka bahawa gerakan itu turut didalangi oleh UMNO dan mendedahkan bahawa UMNO telah lama mendominasi parti-parti komponen lain dalam BN.

“Umno akan menentukan siapa memimpin MIC jika pihak luar tak henti campurtangan dalam urusan dalaman MIC” ujar Vell Paari.

Vell Paari mendakwa Umno menggunakan pendekatan "pembunuhan politik" untuk memecahbelahkan MIC.

Dalam reaksi kilas, Muhyiddin menyifatkan Vell Paari sebagai biadap kerana menuduh Umno cuba menjatuhkan ayahnya.

"Umno ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan oleh anak Samy Vellu itu. Ia adalah sesuatu yang biadap”ujat Muhyiddin.

Timbalan perdana menteri menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan meminta Vell Paari supaya menghentikan tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.

Muhyiddin juga meminta Samy Vellu supaya menasihatkan anaknya supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan sensitiviti parti-parti komponen BN yang lain.

"Samy Vellu boleh nasihatkan anaknya” tambahnya lagi. -TVS

Jika Benar Begitu, Sahihlah Dia Bapa Judi

Tukar tanah KTMB dengan tapak perjudian?

Belum selesai isu judi bola sepak, Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menyerahkan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada syarikat usahasama dan digantikan dengan tanah di kawasan perjudian Singapura iaitu di Marina Bay.

Alasan yang digunakan adalah, tanah ini mungkin akan ditukar ganti dengan tanah yang lebih bernilai dan mudah dimajukan apabila Malaysia dan Singapura menubuhkan sebuah syarikat usaha sama sebelum 31 Disember 2010 ini.

Namun, Marina Bay adalah tapak perjudian yang dijangka menjadi resort perjudian yang terbaik di dunia.

Semalam Perdana Menteri Najib telah menandatangani perjanjian itu dalam retreatnya dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Melalui perjanjian itu, Malaysia menyerahkan tanah KTMB itu kepada satu syarikat milik bersama antara Malaysia dan Singapura.

Padahal, sejak sekian lama Malaysia berpendirian, tanah itu adalah milik penuh KTMB kerana ia telah dimiliki syarikat itu sejak Singapura berada dalam Malaysia lagi.

Kedua-dua negara, katanya, bersetuju untuk menubuhkan M-S Pte. Ltd. bagi tujuan membangunkan tanah-tanah milik KTMB di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands dan Bukit Timah di sini.

Najib berkata, Khazanah Nasional Bhd. akan menguasai 60 peratus kepentingan dalam syarikat terbabit manakala baki 40 peratus lagi dimiliki pihak Singapura melalui Temasek Holdings Ltd.

Tanah yang dikatakan bernilai itu adalah di Marina Bay iaitu kawasan yang terletaknya Marina Bay Sands Casino Resort.

"Marina Bay Sands dijangka akan menjadi resort perjudian yang terbaik di dunia," tulis Tom Jones, Staff Editor, CasinoGamblingWeb.com dalam tulisannya 25 April baru-baru ini.


Sementara itu, PAS menyelar tindakan perdana menteri itu yang seolah oleh tidak pernah belajar dari beberapa kesilapan kerajaan berhubung isu penyerahan kawasan dan kedaulatan negara kepada negara luar.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, PAS tetap berpendirian bahawa kesemua tanah KTMB itu adalah hak mutlak Malaysia, dan Singapura tiada hak ke atasnya.

"Kita mempertahan Tanjung Pagar itu dari sudut sejarahnya, faktanya adalah sebahagian hak Malaysia dan tidak boleh dibahagi-bahagi," katanya.

Najib katanya perlu lebih telus dan terbuka menjelaskan kepada rakyat berhubung tujuan di sebalik pemberian 40 peratus kepada Singapura itu.

Ini kerana, rakyat katanya tidak mahu kedaulatan negara terus digadai kepada negara luar seperti apa yang berlaku terhadap dua blok minyak, L dan M yang diserah kepada kerajaan Brunei sehingga merugikan negara.

Malaysia juga jelasnya, telah kecundang dalam menuntut hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih dan isu pangkalan TLDM Woodlands.

"Kita tidak tahu apa yang Najib deal dengan perdana menteri Singapura dan rakyat tidak mendapat penjelasan lanjut, sepatutnya ia diperhalusi.

"Ini bukan soal hak tanah, tapi soal kedaulatan dan maruah negara," katanya lagi.

Katanya lagi, Najib sewajarnya ingat sejarah Umno melepaskan Singapura yang dahulunya sebahagian dari Malaysia di zaman Tunku Abdul Rahman menjadi perdana menteri ekoran kegagalan menangani krisis dalaman dengan Lee Kwan Yew. - harakahdaily

Pakatan Rakyat di kawasan BN



Baru-baru ini, Pakatan Rakyat telah mengadakan program merasmikan tiga pusat khidmat untuk Penaga, Bertam dan Pinang Tunggal.

Ketua Menteri dan AJK PAS, Mat Sabu juga mengadakan ceramah perdana di Pasir Gebu. Pada malam yang sama, DAP Kepala Batas memberi sumbangan warga emas untuk kawasan Kepala Batas dan Bumbung Lima. cj.my

Khairy Bersiap Untuk Jadi Menteri Pertahanan?



Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan mengucapkan tahniah kepada pelatih askar Wataniah termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau.

hep hep hep .....wow !!!.. semangat wira umno


Pahlawan umno terakhir ?

Khairy tamat latihan askar wataniah

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menamatkan latihan sebagai askar Wataniah selepas menjalani latihan ketenteraan selama sebulan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor.

Menurut Khairy, penyertaannya dalam pasukan simpanan tentera darat itu semata-mata untuk berkhidmat kepada negara dan bukan disebabkan dorongan politik.

Bercakap kepada pemberita selepas lulus sebagai askar Wataniah dalam majlis perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah, Khairy berkata beliau mempelajari banyak perkara semasa dalam latihan itu dan berharap dapat menarik golongan muda tanpa mengira fahaman politik untuk menyertai askar Wataniah.

Turut hadir menyaksikan Khairy dan seramai 87 orang dalam skuadnya berbaris ialah mentuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Jeanne Abdullah.

Khairy berkata walaupun sebelum ini beliau ditawarkan untuk mendapat pangkat Mejar Kehormat (tanpa proses latihan) tetapi berpendapat sebagai orang muda dan mempunyai sedikit stamina, beliau mahu menyertai Wataniah dan turut menjalani latihan tentera.

- Bernama

DEWAN PEMUDA PAS PUCHONG RAIKAN SELURUH GURU PASTI PUCHONG


Guru-Guru PASTI yang ceria dan berdedikasi

Pada 23hb Mei yang lepas Dewan Pemuda PAS Puchong (DPP Puchong) meraikan seluruh guru PASTi Kawasan Puchong sempena Hari Guru. Yang bertemakan “Guru Memimpin Perubahan Ummah”


Majlis makan malam tersebut berlangsung di Restoren MAEPS Serdang. Majlis betambah meriah dengan guru-guru hadir bersama keluarga masing-masing. Selain bertujuaan memberi penghargaan kepada guru-guru, majlis ini juga dapat merapatkan ukhwah antara DPP Puchong dan seluruh guru PASTI Puchong.

Ketua Pemuda Pas Negeri Selangor dan juga merangkap Pengerusi PASTI Negeri Selangor Ustaz Hasbullah Mohd Ridwan telah sudi hadir merasmikan majlis ini dan menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada guru-guru. Turut hadir sama Timbalan Pasti Selangor, Saudara Mohd. Rozi Abdul Malek dan Ustaz Nasir Yusof, Timbalan Yang diPertua Pas Puchong.

Dalam majlis ini , Puan Norizan Hasan telah dipilih sebagai Tokoh Guru PASTi Puchong 2010 . Ketua Pemuda DPP Puchong berharap guru-guru PASTI agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mendepani segala cabaran terutamanya cabaran pendidikan yang semakin banyak dan terus memperkasakan pendidikan PASTI disamping meningkatkan profesionalisme keguruan mereka.


Cikgu- Cikgu Seronok dapat makan Steamboat



Ust. Nasir hadir bersama keluarga


Antara tetamu dari DPP Puchong yang hadir

Amanat dari KP


Ust Hasbullah menyampaikan ucapan.
Fuuhhhh.. cantik angle gambar
kita pada malam tu dari Akhi Shau'zi.. Nice Job

Semua guru dapat hadiah pada malam tu...

Inilah Tokoh Guru kita. Kak Nor.. Tahniah Kak Nor..


Sdr Rozi, Tim PASTI Selangor menerima cenderahati dari KP


Ust. Hasbullah juga dpt cenderahati malam tu


Cikgu Syed menjadi model bunga pada malam tu.. he..he..




Kak Nor tgh posing dgn Trofi Tokoh Guru yang diterima


Bergambar beramai-ramai...

TOKEY JUDI JADI PENGERUSI HAL-EHWAL AGAMA ISLAM?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-51.



Mesyuarat itu yang bermula pada 3 petang diadakan di Pejabat Perdana Menteri.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mashitah Ibrahim dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

MB PERAK KUDATE Zambry Abdul Kadir, MB Negeri Sembilan Mohamad Hasan, MB JOHOR Abdul Ghani Othman dan KM Sabah Musa Aman turut hadir.

-Perakkume


Benarkah Ramai Wakil Rakyat Umno Terengganu Kini Bergelar Jutawan?

Rumah YB Ramlan yang sedang dibina. Kereta Toyota Harrier 2.4G adalah salah satu dari kereta miliknya

ADUN Tepoh, YB Muhamad Ramli Nuh, yang pernah didedahkan sebelum ini, memiliki istana bernilai RM1 juta.

Rumah YB Rozi Mamat, ADUN Telemong, yang dibina di Taman Permint Permata dalam DUN Kuala Berang

Selepas dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno sejak enam tahun yang lalu, ramai daripada mereka yang telah mengumpulkan harta lebih sejuta ringgit! Benarkan begitu?

Padahal, dengan elaun sebagai wakil rakyat dan khidmat yang terpaksa diberikan bagi melayani kehendak rakyat, adalah mustahil para wakil rakyat boleh menjadi jutawan. Lagi... BO

Kantoi Lagi.. Tanah KTMB di S'pore ditukar dengan tapak judi..!!

Tukar tanah KTMB dengan tapak perjudian?

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Belum selesai isu judi bola sepak, Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menyerahkan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada syarikat usahasama dan digantikan dengan tanah di kawasan perjudian Singapura iaitu di Marina Bay.

Alasan yang digunakan adalah, tanah ini mungkin akan ditukar ganti dengan tanah yang lebih bernilai dan mudah dimajukan apabila Malaysia dan Singapura menubuhkan sebuah syarikat usaha sama sebelum 31 Disember 2010 ini.

Namun, Marina Bay (gambar) adalah tapak perjudian yang dijangka menjadi resort perjudian yang terbaik di dunia.

Semalam Perdana Menteri Najib telah menandatangani perjanjian itu dalam retreatnya dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Melalui perjanjian itu, Malaysia menyerahkan tanah KTMB itu kepada satu syarikat milik bersama antara Malaysia dan Singapura.

Padahal, sejak sekian lama Malaysia berpendirian, tanah itu adalah milik penuh KTMB kerana ia telah dimiliki syarikat itu sejak Singapura berada dalam Malaysia lagi.

Kedua-dua negara, katanya, bersetuju untuk menubuhkan M-S Pte. Ltd. bagi tujuan membangunkan tanah-tanah milik KTMB di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands dan Bukit Timah di sini.

Najib berkata, Khazanah Nasional Bhd. akan menguasai 60 peratus kepentingan dalam syarikat terbabit manakala baki 40 peratus lagi dimiliki pihak Singapura melalui Temasek Holdings Ltd.

Tanah yang dikatakan bernilai itu adalah di Marina Bay iaitu kawasan yang terletaknya Marina Bay Sands Casino Resort.

"Marina Bay Sands dijangka akan menjadi resort perjudian yang terbaik di dunia," tulis Tom Jones, Staff Editor, CasinoGamblingWeb.com dalam tulisannya 25 April baru-baru ini.

Sementara itu, PAS menyelar tindakan perdana menteri itu yang seolah oleh tidak pernah belajar dari beberapa kesilapan kerajaan berhubung isu penyerahan kawasan dan kedaulatan negara kepada negara luar.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, PAS tetap berpendirian bahawa kesemua tanah KTMB itu adalah hak mutlak Malaysia, dan Singapura tiada hak ke atasnya.

"Kita mempertahan Tanjung Pagar itu dari sudut sejarahnya, faktanya adalah sebahagian hak Malaysia dan tidak boleh dibahagi-bahagi," katanya.

Najib katanya perlu lebih telus dan terbuka menjelaskan kepada rakyat berhubung tujuan di sebalik pemberian 40 peratus kepada Singapura itu.

Ini kerana, rakyat katanya tidak mahu kedaulatan negara terus digadai kepada negara luar seperti apa yang berlaku terhadap dua blok minyak, L dan M yang diserah kepada kerajaan Brunei sehingga merugikan negara.

Malaysia juga jelasnya, telah kecundang dalam menuntut hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih dan isu pangkalan TLDM Woodlands.

"Kita tidak tahu apa yang Najib deal dengan perdana menteri Singapura dan rakyat tidak mendapat penjelasan lanjut, sepatutnya ia diperhalusi.

"Ini bukan soal hak tanah, tapi soal kedaulatan dan maruah negara," katanya lagi.

Katanya lagi, Najib sewajarnya ingat sejarah Umno melepaskan Singapura yang dahulunya sebahagian dari Malaysia di zaman Tunku Abdul Rahman menjadi perdana menteri ekoran kegagalan menangani krisis dalaman dengan Lee Kwan Yew. -KedahLenie

Beri kuasa kepada negeri atasi jenayah

KOTA BHARU, 25 Mei: Kerajaan negeri tidak berkuasa mengatasi persoalan jenayah yang kian berleluasa kini kerana kuasa pemerintahan khususnya membabitkan perundangan termasuk undang-undang syariah adalah dikuasai Kerajaan Persekutuan.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Dr Mohd Fadhli Hassan menggesa Kerajaan Persekutuan menggunakan peruntukan Perlembagaan 76A dengan memberikan kuasa kepada kerajaan negeri bagi melaksanakan undang-undang termasuk undang-undang syariah.

Katanya, kerajaan negeri hanya melaksanakan pentadbiran negeri kerana kuasa ‘pemerintahan’ khususnya membabitkan perundangan termasuk undang-undang syariah adalah dikuasai Kerajaan Persekutuan.

“Sementara Kelantan adalah satu unit dari federal yang mengamalkan konsep federalisma,” katanya kepada media pada Majlis Penutup Bengkel Videografi anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kemahiran Negeri Kelantan (Kesdec) di Darul Digital di sini petang semalam. Turut hadir ialah Pengarah Kesdec, Zailani May.

Beliau yang juga Pengerusi Darul Digital yakin dengan kuasa diberikan kepada kerajaan negeri, maka kejadian jenayah dan gejala sosial khususnya membabitkan remaja akan dapat diatasi.

“Kita di Kelantan tidak boleh memerintah secara Islam, kita hanya mentadbir negeri, itu saja. Ini kerana pemerintahan tetap dikuasai Pusat lantaran Kelantan satu unit daripada federal,” ujarnya.

Jelasnya,Islam menegaskan bahawa sekiranya hendak menghapuskan kejadian jenayah, maka undang-undang jenayah mesti dilaksanakan.

“Namun ianya tidak boleh dilaksanakan walau pun kita dikatakan kerajaan negeri lantaran kerajaan negeri tidak ada kuasa, yang ada kuasa ialah Kerajaan Pusat.

“Dari sudut undang-undang, kita tidak boleh mengatasi persoalan jenayah termasuk jenayah syariah, kecuali Kerajaan Persekutuan, dengan menggunakan peruntukan Perlembagaan 76A; memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan undang-undang syariah, maka dengan itu barulah kerajaan negeri mempunyai kuasa.

Dengan, itu, katanya adalah diyakini dengan itu bahawa kerajaan negeri akan dapat mengatasi kejadian jenayah termasuk gejala sosial. -Hrkh

Malaysia setuju serah tanah KTMB di Singapura

Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.

Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.

Keputusan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La Hotel di Singapura.

Pada sidang akhbar bersama itu, kedua-dua pemimpin berkenaan berkata tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Dis tahun ini.

Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.

Menurut satu kenyataan bersama, pertemuan Najib dan Lee banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara.

Tanah KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar, akan diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan.

Menurut kenyataan berkenaan, tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di Singapura.

Kedua-dua negara akan membuat penilaian masing-masing, dan Lee dijangka melawat Kuala Lumpur dalam tempoh sebulan ini, dengan cadangan mengenai penukaran tanah itu untuk pertimbangan Malaysia. -Bernama

Selepas rm10 juta MB negeri sembilan ada kes gangster


akhbar Sinar yang hadir sidang media menulis dengan cara mengelirukan. Tuduhan kaitkan Menteri Besar dan gangster bukan tuduhan KEADILAN tetapi berdasarkan surat dari PDRM dalam menolak permit. Malah sidang media tersebut meminta untuk diumumkan lokasi baru juga tidak disiarkan oleh Sinar.... kenapa yer ?

22 Mei 2010, satu sidang media telah dibuat oleh cheGuBard (Ketua KEADILAN Rembau) dan YB Taufek Ghani (YDP PAS Rembau) mengenai program Pakatan Rakyat 'gempur' DUN Rantau.

Lebih 3 minggu lepas satu permohonan permit ceramah politik telah dihantar ke IPD Seremban memohon untuk satu ceramah politik di Kg. Nyatoh, Rantau. Namun seminggu selepas itu dimaklumkan secara 'mulut' oleh pihak polis meminta kami menukar lokasi ceramah tersebut kerana ia dekat sangat dengan 'lubuk' Mohamad Hassan (Menteri Besar N.Sembilan dan ADUN Rantau) selain dari alasan teknikal seperti lokasi tidak tidak berpagar dan jalan besar yang dekat dengan lokasi mempunyai garisan berkembar, yang mana bagi kami alasan teknikal tersebut boleh di atasi. Polis yang menyampaikan maklumat tersebut dengan meminta pihak kami memahami 'tekanan' yang mereka terima.

Untuk menjaga hubungan baik kami dengan polis maka 'permintaan' untuk mengalihkan lokasi ceramah kami akur dengan mengalihkan ke depan Pejabat DAP, Taman Ekar Rantau. Namun pada 21 Jun, Setiausaha KEADILAN Rembau, Sdr. Norazizi Aziz telah menerima dua pucuk surat yang menolak pemberian permit di kedua - dua lokasi ceramah.

Antara alasan penolakan dalam surat pertama yang menolak Kg Nyatoh, Rantau sebagai lokasi ceramah dalam surat yang ditandatangani oleh Ketua Polis Seremban ialah kawasan tersebut DUN Rantau ialah kawasan yang mana ahli dewan undangan negerinya merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan dan bimbang kumpulan penyokong Bn bertindak balas dan bertindak ganas.

Dalam surat kedua pula menolak Depan Pejabat DAP-Pakatan Rakyat di Taman Ekar, Rantau sebagai lokasi ceramah antara alasanya ialah terdapat Kumpulan Gangster India penyokong Bn di kawasan tersebut. Polis juga menyatakan bimbang jika penceramah akan membangkitkan provokasi dan mengundang indak balas kumpulan gangster India dan PAKEDA yang menyokong Menteri Besar.

Ini adalah alasan yang karut. KEADILAN Rembau merakamkan simpati dan amat memahami dengan situasi PDRM yang menerima tekanan. Kami jangkakan mungkin kalau bukan tekanan dari Menteri Besar sendiri tetapi kemungkinan dari penyokong dan ahli keluarga Menteri Besar yang juga terlibat dalam kumpulan yang dinyatakan oleh Polis. Namun ia masih kerana kelemahan Menteri Besar yang terlalu lemah hingga gagal mengawal penyokong khususnya ahli keluarganya sendiri. Di ingatkan bukan KEADILAN Rembau menuduh dan mengaitkan Menteri Besar dengan gangster tetapi ia terkandung dalam surat Polis. Ini mungkin polis yang tertekan dan menyampah dengan tekanan yang diberikan sehingga memaksa mereka mengeluarkan surat yang tertulis nyata mengenai tekanan mereka.

Ini sebagai bukti kenapa gangsterisma dan jenayah gagal diatasi dengan efisyen kerana ada ganster yang dilebel penyokong Bn terpaksa diberi layanan istemewa. Mungkin ini antara yang dikatakan oleh Ketua Polis Negara, Musa Hassan sedikit masa lalu dengan menyatakan ada campur tangan luar yang mengganggu profesionalisme pihak polis.

Kepada Menteri Besar, kamu harus malu dengan perkembangan ini. Tunjukanlah contoh yang baik atau adakah kamu nak jadikan kawasan Pekan Rantau dan sekitarnya sebagai pekan koboi yang dikuasai oleh keluarga dan penyokong kamu sahaja ? Dalam politik matang hujah sepatutnya dibalas hujah bukan berselindung di sebalik ugutan dan penggunaan jentera kerajaan.

Untuk tidak mahu punya masalah dengan polis. Sebagai parti yang bersedia mengambil alih kerajaan negeri dalam PRU akan datang, Pakatan Rakyat tidak mahu membuang sumber (masa, tenaga dll) dalam bertempur dengan perkara yang tak sepatutnya maka memilih untuk mengalihkan kali ke 3 lokasi program.

Program tersebut tetap diteruskan dengan jemputan dan masa yang sama cuma lokasi di tukar ke Padang Awam, Taman Angsamas, Rantau. Harap ia tidak punya masalah lagi kerana ia lokasi yang agak jauh dari pekan yang dianggap keluarga dan penyokong Menteri Besar sebagai milik mutlak mereka.

Sdr. Norazizi Aziz pagi tadi telah berjumpa dengan pihak Ketua Polis Daerah Seremban sendiri. Alhamdunillah beliau nampak profesional. Lokasi terbaru tidak ada masalah. Namun sebagai persediaan seperti gangguan gangster atau upahan Bn maka kita mohon sebanyak mungkin petugas dapat digerakkan ke lokasi ceramah untuk memastikan kelancaran dan mengelakkan sebarang gangguan.

Kepada semua juga dirayu untuk menghebahkan maklumat ceramah melalui sms, email atau apa juga cara demi memastikan semangat dan kekuatan rakyat dapat ditonjolkan ke arah memerdekakan rakyat negeri ini.

Kita tahu ini semua kerana ketakutan regim Bn khususnya di negeri ini yang makin panik. Rakyat negeri ini hanya dibezakan dengan 4 kerusi sahaja lagi sebagai pemisah untuk melihat Bn tumbang....

che'GuBard

Hasil lesen judi digunakan parti pemerintah untuk membiayai kuasa politiknya

Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim mengesyaki keuntungan dari hasil lesen judi digunakan parti pemerintah untuk membiayai kelangsungan kuasa politiknya.





Menurut Zaid, hakikat bahawa kelulusan lesen judi dikuasai Kementerian Kewangan mendorong syarikat perjudian membiayai kempen pilihan raya pemerintah, bagi ‘membalas budi’

Lesen perjudian yang dilakukan bukan badan yang bebas dari pengaruh politik menyebabkan pengagihan berlegar di sekitar kroni pihak tertentu.

Elemen ini mewujudkan monopoli di kalangan pihak tertentu yang berkait rapat dengan parti pemerintah, Umno Barisan Nasional (BN).

“Itulah masalah sekarang ini, Umno bagi Menteri Kewangan keluar lesen. Dia boleh bagi kepada siapa dia nak. Sebab itu ada monopoli dalam negara kita. Hanya beberapa orang yang kawal industri ini. Industri judi dikawal empat, lima orang," katanya.

Sambil menegaskan perjudian tidak tidak memberi manfaat kepada mana-mana masyarakat, Zaid kesal kerana hasil diseleweng demi kepentingan pihak tertentu.

Dalam konteks ini, beliau menyifatkan judi dan parti politik pemerintah ada hubung kait tersendiri.

“Mereka akan bantu parti politik, kemudian parti politik menang, kekalkan mereka. Mereka bagi duit lagi, lepas itu parti politik menang kuasa, kekalkan mereka lagi.

"Inilah hubung kait antara judi dan kuasa politk di negara kita,” katanya

Ayat Power Tok Guru Nik Aziz

Kalau macam tu tak salahlah perbuatan mencuri, merompak, menyamun kalau diberi lesen atas alasan bagi mengelakkan daripada berlakunya mencuri, merompak, menyamun secara haram.“Maknanya mengikut teori ini, sikit lagi perbuatan curi, merompak, menyamun pun tidak haram asalkan ada lesen.Dalam ajaran Islam judi, arak, tikam nombor Allah kata najis, tidak ada sebab yang boleh menghalalkan perbuatan itu di sisi hukum agama Islam sama ada dengan cara berlesen atau sebagainya - TGNA

Di sebalik tindakan Pemuda PAS mengadakan protes di seluruh negara hari ini, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta umat Islam mengadakan sembahyang hajat memohon supaya langkah kerajaan mahu mengeluarkan lesen pertaruhan sempena Piala Dunia tidak menjadi kenyataan.

Sehubungan itu, Mursyidul Am PAS menyelar anggota Kabinet Umno yang meluluskan lesen judi dengan berkata “orang macam ini sama ada kita pakat sembahyang hajat minta Tuhan buka pintu hati atau minta mati… mati diri atau mati karier politik.”

Menteri Besar Kelantan ini berkata demikian dalam kuliah mingguannya di Dataran Ilmu di sini hari ini — beberapa jam sebelum Dewan Pemuda PAS menganjurkan demonstrasi membantah langkah kerajaan itu.

Nik Aziz berkata, jika kerajaan menghalalkan amalan pertaruhan dengan memberi lesen tidak salah sekiranya pihak berkuasa memberikan lesen untuk perbuatan-perbuatan jenayah yang lain.

“Kalau macam tu tak salahlah perbuatan mencuri, merompak, menyamun kalau diberi lesen atas alasan bagi mengelakkan daripada berlakunya mencuri, merompak, menyamun secara haram.“Maknanya mengikut teori ini, sikit lagi perbuatan curi, merompak, menyamun pun tidak haram asalkan ada lesen,” kata beliau.

Nik Aziz pernah menimbulkan kontroversi dengan meminta penyokongnya agar berdoa sehingga orang yang enggan memberi royalti minyak kepada negeri Kelantan itu ‘pecah perut’.

Sebelum itu, Nik Aziz pernah mengatakan bahawa mana-mana wakil rakyat daripada Pas yang bertindak keluar parti untuk menyertai Umno selepas pilihan raya umum akan dibakar hidup-hidup dalam neraka kerana mungkir janji.Nik Aziz berhujah berasaskan nas al-Quran dan hadis bahawa perbuatan judi diumpamakan sebagai najis dan hukumnya adalah haram tidak boleh dibenarkan dengan apa jua alasan.

“Dalam ajaran Islam judi, arak, tikam nombor Allah kata najis, tidak ada sebab yang boleh menghalalkan perbuatan itu di sisi hukum agama Islam sama ada dengan cara berlesen atau sebagainya.“Tapi kalau ada orang nak bagi lesen maknanya pandai manusialah dari Tuhan,” kata beliau kesal kerana keputusan meluluskan lesen judi diumumkan oleh seorang menteri Melayu dan beragama Islam.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein membuat kenyataan bahawa kerajaan sedang empertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia atas alasan mengelak pertaruhan haram.Dalam pada itu, Nik Aziz membidas seorang guru pondok di sini yang dikatakan telah menuduhnya sebagai seorang pengamal aliran Wahabi ketika berceramah di Tumpat bulan lalu.

“Ambo (saya) ada (hidup) lagi sekarang ini, sepatutnya mari jumpa ambo dulu sebelum nak tuduh, kata ambo wahabi.“Kalau zaman dulu, orang macam ini kita boleh pegang selam dalam kolah, macam takde kerja tuduh-menuduh orang tanpa usul periksa, mari jumpa empunya diri dulu,” katanya tetapi tidak menyebut individu berkenaan.

http://jasindaily.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .