
TARIKH : 10 Julai 2010 (Sabtu)
MASA : 8:30 malam
TEMPAT : Stadium Malawati, Shah Alam
PERSEMBAHAN KUMPULAN NASYID :
1. Rabbani
2. Raihan
3. InTeam
4. Saujana
5. NowSeeHeart
6. Ummul Qura
ANJURAN : Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd.

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu bertindak secara adil kepada akhbar milik pembangkang dan jangan menjadi seperti ‘budak bodoh’ apabila berdepan dengan akhbar milik kerajaan.
Justeru, Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat (kanan) menyeru KDN supaya bersikap dan bekerjalah secara profesional, bukan semacam ‘melayu’.
Begitupun, tegasnya, Pemuda PAS menempelak tindakan KDN yang bertindak menghantar surat tunjuk sebab kepada akhbar Harakah yang merupakan lidah rasmi PAS.
Sebelum ini, KDN juga telah menggantung permit Suara Keadilan yang dimiliki oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas alasan Suara Keadilan gagal memberikan jawapan yang memuaskan berhubung artikelnya yang mendakwa Felda bankrap.
Suhaizan berkata, tindakan KDN itu jelas ada agenda tersendiri dan tindak tanduk mereka seolah-olah KDN satu badan yang tidak bebas sepenuhnya dan dibayangi oleh kerajaan memerintah.
Buktinya, kata beliau Suara Perkasa yang dikeluarkan oleh Perkasa yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hanya diberikan amaran sahaja sedangkan kenyataan yang dikeluarkan sememangnya berbaur perkauman.
Tambahnya, Suara Perkasa itu sendiri pun tidak melambangkan konsep 1Malaysia yang sibuk dilaungkan oleh Kerajaan Umno BN sekarang ini.
“Kemudiannya jika dilihat pula kepada Utusan Malaysia dan Berita Harian, kenyataan-kenyataan dan artikel-artikel yang dikeluarkan saban hari memfitnah pembangkang dan membohongi rakyat secara terang-terangan akan tetapi selamat dari sebarang tindakan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, akhbar milik kerajaan itu sentiasa cuba memutar belitkan kenyataan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dan isu yang dimainkan sememangnya jelas berbaur perkauman.
Beliau mengambil contoh bagaimana Utusan Malaysia memutar belit kenyataan Anwar Ibrahim dalam isu lawatan beliau ke Washington, baru-baru ini.
Begitu juga, katanya dalam isu tanah Melayu di Pulau Pinang, mereka menggambarkan bahawa kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh Lim Guan Eng bertindak sesuka hati merampas tanah orang Melayu tanpa belas kasihan.
Baginya, akhbar berkenaan cuba menimbulkan isu perkauman daripada isu ini.
“Jadi sudah terang dan jelas Utusan bermain api perkauman tetapi mengapa tiada tindakan diambil?
“Bukankah ini boleh menimbulkan keadaan yang tidak tenteram di antara kaum di negara ini?” soalnya.
Sehubungan itu, Suhaizan mempersoalkan mengapa KDN hanya membisu dalam hal itu.
Bahkan, ujarnya banyak lagi rencana yang kalau hendak diambil kira sememangnya cukup layak KDN bertindak, namun KDN hanya mengambil sikap butakan mata, pekakkan telinga.
Itu, katanya belum lagi dilihat kepada lambakan majalah-majalah separuh bogel dan berbaur lucah serta kurafat yang boleh memesongkan akidah umat Islam dalam negara kita.
Justeru, tegasnya DPPP mencabar agar KDN bertindak ke atas Utusan Malaysia dan Berita Harian yang saban hari mengeluarkan artikel yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam serta membohongi rakyat dengan tuduhan yang tidak berasas sama sekali terhadap pembangkang.
“KDN perlu bertindak secara adil kepada semua. Jangan bertindak hanya kerana akhbar tersebut milik pembangkang namun menjadi seperti ‘budak bodoh’ bila berdepan dengan akhbar milik kerajaan. Bersikap dan bekerjalah secara profesional, bukan semacam ‘melayu’,” katanya lagi. -Hrkh
Bermula Dengan Felda, Petronas Pula Kini Hadapi Gawat Kewangan
KOTA BHARU, 8 Julai: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tuduhan pihak yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat bukan sahaja satu tuduhan yang berat, sebaliknya amat tidak berasas.
Sejak beberapa tahun yang lalu iaitu ketika pentadbiran Mahathir Mohamed lagi, sudah semacam satu trend penjawat awam yang sebulu dengan Perdana Menteri dilanjutkan perkhidmatannya secara kontrak.
Jika ditanya, saya langsung tidak bersetuju dengan amalan yang cukup bengap ini. Ianya seolah-olah menandakan bahawa kurang atau tiadanya pengganti orang nombor satu dalam kementerian atau agensi-agensi tertentu.
Jika dilihat, tidak banyak perubahan yang dapat mereka lakukan selepas tamat masa perkhidmatan sebenar. Mereka memanaskan kerusi seperti 'ayam telor'.
Ada yang mendakwa, wang rakyat dihabiskan di atas kepentingan politik untuk menjaga kepentingan politikus tertentu terutama mereka yang berada di atas.
Setakat melanjutkan kontrak enam bulan tidak mengapa. Ini sampai empat, lima dan enam tahun.
Bukan sahaja melemahkan semangat penjawat awam yang sedang menunggu, malah membuatkan mereka 'burn-out' semata-mata kepentingan politik Perdana Menteri.
Lihat sahaja gaji bulanan Musa Hassan sebagai contohnya ;
PANGKAT: KETUA POLIS NEGARA
I. GRED GAJI SSM: VUYY3
III. TARIKH KUAT KUASA: 1.7.2007
RM13849.67
Gajinya sahaja RM13, 849.67 sebulan.
Elaun rumahnya RM2500.00
Elaun Keraian RM5100.00
Imbuhan Tetap Jawatan RM3000.00
Belum lagi elaun pemandu, elaun pembantu rumah, tukang kebun dan lain-lain elaun.
Jadi, macamana ? Berilah peluang pada yang lain !
KUALA LUMPUR, 8 Julai: Sebanyak 26 parti politik dan pertubuhan masyarakat negeri Johor hari ini menyeru Kerajaan Barisan Nasional (BN) bertanggungjawab ke atas tindakan pihak polis melepaskan tembakan sesuka hati sehingga menyebabkan kehilangan beberapa nyawa rakyat negara ini.Seruan itu dibuat dalam satu petisyen yang diserahkan oleh koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram) kepada Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang di lobi parlimen untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ianya berikutan dua kes tembakan rambang secara berasingan yang berlaku di Johor masing-masing melibatkan kematian dua pemuda India dan seorang pemuda Melayu berusia 18 tahun.
Kit Siang selepas menerima petisyen itu, mempersoal keengganan kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta maaf secara rasmi kepada keluarga mangsa, termasuk kes yang terbaru melibatkan remaja berusia 14 tahun, Aminulrashid Omar di Shah Alam.
"Saya nak tanya, kenapa kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri tidak meminta maaf secara rasmi terhadap keluarga mangsa akibat tembakan polis sewenang-wenangnya ini," katanya.
Beliau juga menyokong penuh tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik membuat tuntutan terhadap kerajaan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.
"Kes tembakan seperti ini berlarutan dan harus dihentikan dan kita menyokong tuntutan yang dibuat NGO dan parti politik," katanya lagi.
Pada 20 Oktober 2008, tiga pemuda berketuruanan India berusia lingkungan 30 tahun, Agustin A/L Mahamenathan, M. Jagathesan dan Siva diserang oleh polis dengan tembakan di Taman Johor.
Agustin dan Jagathesan terbunuh di tempat kejadian manakala Siva berjaya melarikan diri.
Pada 20 Oktober 2009, seorang remaja Melayu, Mohd Afham Arin, 18 tahun pula ditembak mati.
Allahyarham Mohd Afham menunggang motosikal bersama Mohd Firdaus Marsawai yang juga berusia 18 tahun dikejar dan ditembak mati oleh tiga polis yang berpakaian biasa semasa dalam perjalanan dari Taman Johor Jaya ke Pasir Gudang.
Mohd Afham mati kerana kecederaan yang berpunca daripada tembakan pistol di arteri jantung.
Pihak polis mendakwa dalam sidang media keesokan harinya, bahawa tiga peronda bermotosikal cuba menahan motosikal yang dinaiki oleh Mohd Afham dan Mohd Firdaus kerana mereka disyaki terlibat dalam kes ragut yang berlaku di Taman Johor Jaya.
Pihak polis melepaskan tembakan atas alasan mempertahankan diri kerana pembonceng motosikal iaitu Mohd Firdaus melibas pedang terhadap anggota polis.
Sementara itu, ibu Allahyarham Mohd Afham, Sapiah Md Elah yang tidak dapat menahan kesedihan atas kematian anaknya mendesak siasatan dilakukan dengan seadil-adilnya bagi membersihkan nama anaknya yang tercemar kerana disyaki terlibat dengan jenayah.
"Saya nak minta keadilan bagi anak saya, saya nak nama anak saya dibersihkan, saya minta kes ini diadili berdasarkan undang-undang yang betul," katanya sambil mengesat air mata.
Manakala, abang Mohd Afham, Mohd Afli Arin, juga menuntut perkara yang sama, iaitu keadilan bagi pihak adiknya.
"Saya yang menjaga dia selama dia hidup, semasa dia kleuar pun dia minta izin saya. Kita percaya kepada undang-undang tapi undang-undang tidak bersikap adil.
"Dia baru berusia 18 tahun, kalau dia hidup dan berkhidmat kepada kerajaan, sudah pasti dapat memberi kebaikan kepada negara. Tapi polis bertindak sewenang-wenangnya. Saya nak tanya polis laksanakan undang-undang ke tidak?" katanya.
Turut bersama pada sidang media itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan koordinator Suaram Pusat, S. Arutchelvan. -Hrkh
KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Bertindak Rancangan Tebatan Banjir Sungai Muda (RTB) Pakej 2 Hilir dan Pakej 2B Hulu, Kepala Batas semalam menyerahkan memorandum kepada Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar bagi membantah dan memohon semula beberapa perkara penting RTB.
Pengerusinya, Mohd Akhir Che Mat hadir ke Parlimen bersama 40 penduduk terlibat bagi memohon lima perkara pokok untuk perhatian kerajaan.
Antaranya termasuk memohon isu penempatan semula diselesai segera dengan pengesahan yang jelas dari kerajaan.
Selain itu, isu penempatan sementara yang tertangguh juga diminta dipercepatkan atau kembali kepada keputusan asal iaitu mereka diberikan rumah seluas 20 kaki x 60 kaki secara sewa beli.
Mereka turut mendesak pampasan yang diberikan kepada penduduk terlibat diberi dengan nilai sebenar rumah dan bukan secara mutlak RM10 ribu seperti yang dibuat sekarang.
Bagi pengusaha tanah usaha dan tanah tol sejak 50 ke 70 tahun dahulu pula, mereka mendesak agar diberi pampasan sewajarnya.
Turut dituntut bayaran sewaan bernilai RM12 ribu kepada penduduk yang lebih awal keluar dari penempatan mereka seperti yang diberikan kepada mereka yang lewat.
Memorandum sama turut diserahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Whip Ahli Parlimen, Salahuddin Ayub. -Hrkh
MASALAH remaja dengan berbagai ragam dan kegiatan negatif mereka bukan sahaja wajib ditangani oleh kedua ibu bapa mereka sahaja. Semua pihak mesti memainkan peranan agar masalah yang semakin kritikal ini dapat dikurangkan walaupun agak mustahil untuk dihentikan. Peranan ibu bapa dan keluarga adalah untuk mendidik serta mengasuh mereka, begitu juga dengan peranan masyarakat dan institusi pendidikan dengan kaedah mereka yang tersendiri.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berusaha menonjolkan dirinya sebagai hero menyelamatkan kerajaan Barisan Nasional dengan secara tiba-tiba membangkitkan isu Jemaah Islamiah dan terbaru isu usaha menangkap penulis blog terkenal, Raja Petra Kamarudin yang dikehendaki oleh pihak polis.