Ikuti Blog ini

3 PERKARA TENTANG BERSIH 3



1. TG Nik Aziz: Hadir BERSIH wajib
"Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang," ujar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.-MKINI

2. Menteri ulangi, BERSIH 3.0 tak gugat keselamatan
Kementerian Dalam Negeri hari ini membenarkan sebarang perhimpunan aman pada masa akan datang termasuk Bersih 3.0 yang akan dianjurkan di ibu negara pada 28 April ini kerana ia dianggap sebagai tidak menggugat keselamatan negara.-MKINI

3. HSBC nafi halang k'tangan hadiri BERSIH
HSBC Bank Malaysia Bhd telah menafikan mengeluarkan sebarang memorandum kepada kakitangannya melarang mereka daripada menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu ini.-MKINI

APA LAGI,PAKAT TURUN RAMAI2 SABTU INI 28/4/12

Demontrasi Tanah Rakyat; Lima Memorandum DiSearahkan Kepada MB Ahmad Said


KUALA TERENGGANU - Perasaan marah rakyat negeri Terengganu semakin 'meluap-luap' khususnya kepada Menteri Besar (MB), Dato’ Seri Ahmad Said terutama dalam isu-isu tanah rakyat yang dinafikan dan dirampas oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Hampir 10,000 rakyat di seluruh negeri berkumpul serta berhimpun secara aman bermula di Padang Majlis Berbandaran Kuala Terengganu (MBKT) dan berarak ke bangunan pentadbiran kerajaan Wisma Darul Iman.

Lima memorandum rakyat  telah diserahkan sendiri oleh wakil-wakil Jawatankuasa terbabit dengan rampasan tanah kepada Dato’ Seri Ahmad di Wisma Darul Iman, dekat sini, pada Selasa 24 April.

Antaranya, Dr Azman Ibrahim mewakili Jawatakuasa Bertindak Tanah RTB Kubang Labi, Haji Muhyiddin Abdul Rashid mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Jelapang, Shalahuddin Jaafar mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Generasi Kedua Felda, Che Wan Musatafa Che Wan Kaman mewakili Sekolah Rendah Islam Darul Bayan dan Salleh Embong mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas.

Mereka dibawa bertemu dengan Ahmad yang diiringi oleh Adun Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu berhenti rehat sekitar jam 11.00 pagi.

Sebelum itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid bersama Adun PAS yang lain turun ‘padang’ bagi menyambut wakil-wakil jawatankuasa tanah berkenaan yang ‘tersekat’ di pintu masuk Wisma Darul Iman.

Tinjauan mendapati ribuan rakyat Terengganu mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah rampasan tanah yang dilakukan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Manakala, di hadapan pintu masuk Wisma Darul Iman, rakyat yang menyertai perhimpunan tersebut menaikan slogan-slogan mengutuk tindakan Umno-BN yang ‘merampas’ tanah rakyat.

Slogan ‘Kami Bantah Rampas Tanah SRIDB’, ‘Kembalikan Tapak Anak Yatim Kami’, ‘Kami Bukan Perompak dan Penjenayah’ dan ‘Kenapa Rampas Hak Kami’ serta banyak lagi dipamerkan oleh para peserta terbabit.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, kerajaan Umno-BN Terengganu ini zalim dan khianat terhadap rakyat sendiri.

“(Tanah) Sekolah rendah yang dirampas oleh kerajaan yang kita rasa amat terkilan, tanahnya dua ekar diluluskan oleh MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) tetapi dirampas (tinggal) seekar,

“yang kedua melibatkan tanah (RTB) Kubang Labi, Kampung Banggol Permairsuri, melibatkan tanah yang diambil untuk I-SHARP tanah yang melibatkan hak orang kampung turut dirampas,

“yang ketiga melibatkan petani (padi) di Kampung Jelapang (Setiu) melibatkan lebih seratus orang yang diusahakan oleh orang kampung,”ujarnya dalam sidang media selepas pennyerahan memorandum tersebut.

Beliau berkata, turut diserahkan adalah memorandum yang melibatkan projek jalan dan jambatan Kampung Jeram yang termasuk tanah penduduk Kampung Banggol Donas yang diambil tanpa dibayar pampasan.

Dalam kes Kampung Banggol Donas, beliau menyelar tindakan kerajaan yang mennafikan hak rakyat seolah-olah sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja.

“Projek lebuhraya yang masuk kampung Banggol Donas tanpa dibayar pampasan dan kelulusan, terus dia masuk (buat projek), ini ada penafian hak rakyat seolah-olah kerajaan sebagai pemerintah dia boleh lakukan apa sahaja,

“(dan) rakyat tidak patut membiarkan begitu sahaja,”tegasnya.

Memorandum yang kelima, menurut Ustaz Satiful adalah melibatkan tanah generasi kedua peneroka Felda yang diserahkan kepada FGVH (Felda Global Venture Holding) yang akan diapungkan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur.

Katanya dengan tindakan tersebut menyebabkan bepuluh ribu ekar aset rakyat negeri Terengganu akan hilang begitu sahaja

Hadir sama ketika penyerahan memorandum rakyat kepada Ahmad adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Timbalan-timbalan Pesuruhjaya serta Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Yahaya Ali. -BO




Pelakon Bukit Kepong temui Mohamad Sabu


KLANG: Media Umno menobatkan kononnya Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menghina pengorbanan anggota polis ekoran peritiwa Bukit Kepong.
(Pelakon filem Bukit Kepong, Shamsudin Baslah bersalam dengan Mohamad Sabu)

Namun, bagi pelakun filem Bukit Kepong sendiri, beliau tidak nampak itu yang dibuat oleh Mohamad bahkan kenyataan Mohamad telah memberikan implikasi baik kepada bekas-bekas polis yang selama ini terbiar.

Bahkan, balu anggota polis Bukit Kepong yang selama ini terbiar menerima pencen yang tidak pernah diterimanya sejak tahun 1962.

Baru-baru ini, pelakon filem Bukit Kepong arahan Datuk Jins Shamsudin itu, Shamsudin Baslah yang memegang watak Mata-Mata, Abdul Khadir b. Jusoh telah menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Beliau juga sempat bertemu dengan Mohamad Sabu ketika beliau dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat ketika berceramah di Taman Rakyat, Sri Andalas, Klang.

Bagi pemerhati politik, ia memberi tamparan hebat buat Umno BN yang kononnya memperjuangkan mangsa peristiwa Bukit Kepong. -Hrkh

GEMPAR!! JPN Kantoi 2 Kali Dalam 1 Kenyataannya!! (WAJIB SEBAR!!)




Ok lihat kenyataan di atas seperti yang dilaporkan Malaysiakini. JPN menjelaskan kebimbangan IC yang mempunyai tarikh luput. Malangnya, rancangan busuk Umno-JPN-SPR-dan sekutu-sekutunya untuk menipu di PRU13 terbongkar!!
1. JPN maklumkan bahawa kad pengenalan tersebut dikeluarkan pada tahun 2001 kerana ketika itu tiada banyak jenis kad seperti hari ini. 
PERSOALAN: Tahun 2001 bermakna hayat kad pengenalan seperti gambar di bawah hampir 12 tahun... Cuba lihat kad pengenalan anda semua, bagaimanakah rupanya fizikal kad pengenalan yang telah dikeluarkan lebih 10 tahun dulu?
2. JPN mengesahkan pemegang MyKad itu bukan pengundi berdaftar. Ini bermaksud semua kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput tidak boleh mengundi atau dengan kata lain - tidak mempunyai rekod di SPR
PENDEDAHAN: Lihat lagi satu pendedahan IC bertarikh luput di bawah - Pemegang kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput ini BOLEH MENGUNDI !!!
Inilah sebabnya mengapa kita harus tempuh segala halangan dan dugaan untuk sampai ke Dataran Merdeka 28 April 2012!! Tidak hairanlah jika TG Nik Aziz juga sanggup mengatakan kehadiran anda yang cintakan tanahair ini adalah WAJIB!
Ingatlah... Jika anda terasa berat untuk bersama di Dataran Merdeka 428 nanti hanya kerana kemungkinan berdepan bahaya dan kesakitan yang sementara, maka kita semua akan selamanya terperangkap dalam sebesar-besar ketidak-adilan!!
Percayalah negara kita sedang digadai!! Ibu Pertiwi kita sedang diperkosa oleh gerombolan yang tamak kuasa!! Ayuh semua ke Dataran Merdeka 284!!! Pastikan Aziz dan SPR LETAK JAWATAN!!!

Ayuh semua... Masanya sudah tiba... 428 satu sejarah !

EDYES REDUAN
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Hadir Bersih 3.0 WAJIB - Tuan Guru Nik Aziz

KOTA BHARU: Selepas PAS membuat arahan secara rasmi agar menyertai perhimpunan Bersih 3.0, kini Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat seruan yang sama dengan berkata, hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib.

Beliau menyeru seluruh rakyat di negara ini khususnya yang cintakan keadilan hadir pada program Bersih 3.0 (Duduk dan Bantah).

Menurutnya, menghadiri program itu suatu  kewajipan memandangkan ianya diadakan untuk untuk menentang ketidakadilan khususnya terhadap proses pilihanraya di negara ini yang tidak selari dengan Islam.

“Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily dan akhbar Harakah di pejabatnya di sini sebentar tadi bagi mengulas program yang bakal diadakan pada 28 April ini.

Tuan Guru seterusnya memberitahu, dalam lapan tuntutan Bersih, beliau hanya ingin mengulas satu iaitu berhubung pengundi hantu yang jelas ianya perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam.

“Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang dan mentadbir negara akan melakukan sebagaimana BN buat sekarang, setuju atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada pilihanraya berikutnya.

(Tuan Guru Nik Aziz ketika bercakap dengan Harakahdaily di pejabatnya hari ini)

“Tentu saja Umno dan BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya,”ujarnya lagi.

Tambahnya, sekiranya mereka juga tidak boleh terima, kenapa sanggup adakan pengundi hantu dengan membawa masuk rakyat luar negara yang tidak ada kena mengena semata-mata untuk mengekalkan kemenangan.

Kerana itu, tambahnya ‘wajib’ rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai untuk menjayakan Bersih 3.0 pada 28 April ini dengan tujuan untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain.

Beliau seterusnya memberitahu, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya adalah ‘haram’ di sisi Islam.

“Malah segala alaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakilrakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam.

“Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,”ujarnya.

Pada masa yang sama beliau turut memberitahu mereka yang sanggup menerima tugas sebagai pengundi hantu juga haram, malah rezeki yang diberikan sebagai imbuhan juga haram.

“Duit yang digunakan dari hasil haram Allah tak akan terima, akhirat lagi kena azab, Allah ni bukan macam manusia yang langsung tidak bergantung pada kita,”ujarnya lagi. -Hrkh

"Duduk Bantah" Tetap Di Dataran Merdeka, SAMM Simpati DBKL Diperkudakan UMNO BN



BERSIH 3.0 tetap di Dataran, kata penganjur

Penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 berkeras untuk meneruskan rancangan mereka untuk berhimpun di Dataran Merdeka, Sabtu ini walau dihalang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengerusi bersama penganjur tersebut, Datuk A Samad Said berkata lokasi itu kekal di Dataran Merdeka walau tanpa keizinan DBKL.

Seorang lagi pengerusi bersamanya, Datuk Ambiga Sreeenevasasn berkata BERSIH 2.0 akan terus berunding dengan polis dan DBKL supaya dibenarkan untuk menggunakan padang berkenaan.

Samad berkata, Dataran Merdeka merupakan lokasi strategik dan mudah dikunjungi oleh peserta dengan menggunakan pengangkutan awam.

"Tiada lokasi di luar pusat Kuala Lumpur yang boleh menyediakan kemudahan seperti itu," kata Ambiga dan Samad dalam satu kenyataan bersama. -mk

Himpunan Bersih 3.0: Abaikan larangan DBKL

Kenyataan DBKL baru-baru ini bahawa Dataran Merdeka hanya dibenarkan untuk kegunaan acara peringkat nasional adalah mengelirukan.

PETALING JAYA: Orang ramai digesa mengabaikan larangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan Dataran Merdeka sebagai tempat himpunan Bersih 3.0 bagi menuntut pilihan raya yang bebas, bersih dan adil Sabtu ini.

Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, kenyataan DBKL baru-baru ini bahawa Dataran Merdeka hanya dibenarkan untuk kegunaan acara peringkat nasional adalah mengelirukan.

“Perhimpunan Bersih 3.0 bukan sahaja acara nasional tetapi juga internasional kerana turut diadakan di puluhan bandar lain di seluruh dunia dengan maksud yang sama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Badrul Hisham @ CheguBard berkata, pihaknya bersimpati dengan DBKL yang diperkuda oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional BN) untuk mereka terus kekal berkuasa.

“Kami mencadangkan agar hanya ada satu Himpunan Bersih 3.0 sahaja iaitu di Dataran Merdeka sesuai dengan nama dan semangat lokasi tersebut dan tidak perlu perubahan.


Menurut CheguBard, Umno-BN sudah banyak belajar dari beberapa siri kebangkitan kecil rakyat dalam negara sebelum ini.

“Kali ini nampaknya pihak penguasa akan diarahkan supaya bertindak selembut mungkin, media dilarang memberikan publisiti termasuk mengutuk himpunan Bersih.

“Oleh kerana Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) terpaksa mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat maka semua agensi terpaksa bertindak lembut untuk membolehkan PRU pincang berjalan juga sekitar sebulan dua ini.

“Kesempatan ini harus diambil sepenuhnya oleh rakyat untuk turun seramai mungkin meraikan Himpunan Bersih 3.0 bertemakan ‘Duduk Bantah’ bagi menunjukkan solidariti rakyat menuntut hak untuk pilihan raya bebas, bersih dan adil,” terang beliau.
-FMT

Empat lagi ditahan cuba pasang khemah di Dataran


Empat orang lagi ditahan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) apabila para aktivis cuba memasang khemah baru di Dataran Merdeka selepas kemah mereka sebelum ini dirampas dalam satu serbuan DBKL pagi ini.

NONEPengerusi kumpulan pelajar - Bangkit Malaysia - Mohd syahid Mohd
Zaini berkata, tiga pelajar dan seorang awam ditahan dan dibawa ke ibupejabat polis daerah Dang Wangi.

"Kami cuba memasang khemah baru apabila pegawai DBKL datang untuk menghalang kita.

"Berlaku pergelutan dan empat orang ditahan," kata syahid. -M'kini

Mohon Agong jangan perkenan bubar parlimen

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Anti Pemalsuan IC (API) hari ini menunut agar Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenan permohonan pembubaran Parlimen selagi penyiasatan berhubung isu task force pemberian IC tidak selesai.

"Kita menunut agar Tuanku tidak memperkenankan pembubaran parlimen sehingga Suruhanjaya Diraja selesai menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang perlu bagi membersihkan daftar pemilih daripada warga asing yang mendapat kerakyatan melalui pasukan khas ini," kata pengerusinya Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum serta semua bukti berhubung dakwaan wujudnya task force IC itu kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.

Selain itu Mahfuz juga turut memohon agar Tuanku menitahkan penggantungan tugas pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam task force itu.
.
Terdahulu Mahfuz mengetuai penyerahan memorandum dan bukti itu kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di Jalan Bukit Petaling di sini.

Selain melampirkan nama-nama mereka yang menganggotai task force itu, turut diserahkan hari ini sebahagian daripada 175,388 nama pemilih di seluruh negara yang tiada rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Turut dikemukakan juga sebanyak 17,000 nama yang mempunyai nombor kod kelahiran 71 yang bukan berbangsa Melayu, Cina mahupun India.

Selain itu sejumlah nama yang ada dalam daftar pemilih yang didakwa terdiri daripada warga Nepal, Myanmar dan Filipina turut diserahkan.

Menurut Mahfuz, dengan penyerahan bukti-bukti itu, Majlis Raja-Raja dan juga Yang di-Pertuan Agong diharap berkenan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu.

"Kita juga turut mencadangkan Tuanku melantik Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Kamil Awang untuk mengetuai suruhanjaya ini berdasarkan pengalaman dan keberanian beliau, atau mana-mana individu yang diyakini oleh Sri Paduka Baginda," katanya lagi.

Turut serta dalam penyerahan dan pertemuan sebelum itu adalah pimpinan serta ahli parlimen PAS termasuk Salahudin Ayub, Datuk Kamaruddin Jaffar, Dr Siti Mariah Mahmud, Mohd Firdaus Jaafar, Adram Musa serta dua orang peguam yang menganggotai jawatankuasa API. -Hrkh

Sekarang !!! Demonstrasi Rampas Tanah di hadapan Wisma Darul Iman


Di Kuala Terengganu..sedang berlangsung sekarang demonstrasi di hadapan Wisma Darul Iman bagi membantah rampasan tanah rakyat oleh karajaan Umno-BN. Sidang Dun sedang berlangsung pd krtika ini.





Mampos UMNO Terengganu, perompak harta anak yatim!!! Pemuda Dungun.
http://lensahandphone.blogspot.com



(Antara kira-kira 5,000 yang berhimpun di perkarangan Wisma Darul Iman, pusat pentadbiran kerajaan negeri Terengganu hari ini)

KUALA TERENGGANU: Lebih 5,000 rakyat Terengganu bersama mangsa perampasan tanah oleh kerajaan negeri berhimpun di perkarangan Wisma Darul Iman hari ini.

Mereka membuat bantahan terhadap siri perampasan tanah yang dibuat oleh kerajaan negeri di lima tempat berasingan di seluruh negeri.

Tempat-tempat itu adalah 1) tanah sekolah rendah Islam Darul Bayan, Paka, Dungun, 2) tanah rakyat di Banggol Donas, Kuala Terengganu, 3) tanah petani di Kampung Jelapang, Langkap, 4) tanah peneroka jenerasi kedua di Paka, Dungun dan 5)tanah rakyat di Kubang Labi, Banggol, Permasuri, Setiu.

Satu memorandum kemudiannya diserahkan kepada Menteri Besar Terengganu.

Kesemua pemilik asal tanah ini diiringi oleh pimpinan PAS Terengganu yang diketuai oleh pesuruhjayanya, Mohamad Abdul Wahid Endut.

Turut serta adalah semua Adun PAS Terengganu yang kebetulan menyertai sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Turut serta adalah pimpinan PAS Terengganu iaitu Saiful Bahri Mamat, Muhyidin Abdul Rashid di samping Yahya Ali dan Syukrimun Shamsudin.

Presiden PAS sahkan turun Bersih 3.0


KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan akan turun ke Dataran Merdeka bersama seluruh rakyat untuk menyertai 'Duduk Bantah' sempena himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.

Dalam satu kenyataan yang dikirim oleh setiausaha akhbar beliau Mohd Nasaie Ismail, beliau berkata ianya sebagai tanda sokongan padu PAS terhadap usaha NGO yang bergabung dengan Bersih 3.0 untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

"Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turun ke Dataran Merdeka pada himpunan Duduk dan Bantah Bersih 3.0.

"Begitu juga dengan seluruh ahli PAS diminta berhimpun secara damai di Dataran Merdeka pada tanggal 28 april," katanya.

Pejabat agung PAS juga, ujarnya sudah membuat arahan kepada semua ahli untuk hadir sama ke himpunan tersebut.

Sejak Bersih mengumumkan untuk mengadakan Bersih 3.0, PAS telahpun menjalankan usaha mobilisasi ahli dan penyokongnya dari seluruh negara untuk hadir.

Semua negeri telah menyatakan komitmen sementara PAS Terengganu dan Selangor secara rasmi mengumumkan masing-masing akan mengerahkan 50,000 ahli mereka.

Sementara itu, Bersih malam tadi mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan lokasi alternatif 'Duduk Bantah' itu selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan himpunan itu diadakan di Dataran Merdeka. -Hrkh

Bob Lokman Pernah Bercakap Dengan Mayat?


DUNGUN - Ucapan Bob Lokman yang paling kontroversi dirakam dan dimuat naik di Buletinonline Channel, rangkaian video klip Buetinonline adalah, apabila Bob membuat kenyataan bahawa ramai pembikin drama televisyen adalah ‘munafik’.

Bob berkata demikian dalam ceramahnya di Dun Tepoh pada 31 Mac lalu.

Sehingga kini seramai 63, 845 orang telah menonton rakaman di tersebut dilaman You-Tube, yang meninggalkan sebanyak 174 komen.

Purata dalam sebulan 8,000 orang telah menyaksikan dan mendengar ucapan ‘penuh berani’ Bob tersebut.

Pelbagai kontroversi yang membadai kehidupan nekas selibriti itu sejak beliau meninggalkan dunia seninya dan menjadi ahli PAS.

Beliau dipuji puja oleh rakan taulan dan tidak kurang dicaci dan dimaki oleh mereka yang tidak senang dengan kerjaya barunya ‘penceramah sepenuh masa’.

Paling menonjol adalah, Bob ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri Selangor di Kampung Sungai Lui Hulu Langat kerana di dakwa mengajar agama dengan tidak memiliki ‘tauliah’.

Ketika menyampaikan ceramah di Kampung Jerangau Sungai, pada Khamis 19 April lalu, Bob sekali mencipta kontroversi baru.

Beliau menceritakan bagaimana beliau telah bercakap dan bertanya kepada mayat seorang rakan karibnya, yang telah meninggal secara mengejut.

Menurutnya, kawan beliau adalah seorang artis lampu yang hebat, kerana hasil kerjanya diterima dan diiktiraf diperingkat antarabangsa.

Pada suatu hari, kata Bob, rakanya itu telah diserang penyakit jantung dan dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk dibedah.

Sebelum rakannya masuk ke bilik bedah, beliau menerima panggilan dari taman karibnya itu yang memberitahu bahawa beliau akan masuk ke bilik bedah.

Secara bersahaja, Bob mengucapkan selamat kepada rakannya dan akan menziarahi beliau sebaik keluar dari bilik bedah dan setelah sedarkan diri.

Namun beberapa minit kemudian, beliau mendapat panggilan dai isteri rakannya itu yang mmberitahu bahawa, suaminya telah meninggal sebelum sempat masuk ke bilik bedah.

Ikuti cerama penuh Bob Lokman seterusnya melalui Buletinonline Channel. -BO


Najib Gelabah Di Tanya Isu Scorpene, Segera Tamatkan Sidang Media


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas apabila ditanya mengenai kes di mahkamah Perancis berhubung dakwaan bayaran kepada pegawai tinggi Malaysia berhubung pembelian kapal selam Scorpene. "Saya tak mahu komen... Saya tak perlu komen, terima kasih," katanya ketika ditanya hari ini dalam sidang media di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang hari ini. Najib ditanya sama ada beliau akan memberi keterangan di mahkamah Perancis memandangkan namanya dikemukakan sebagai saksi oleh Suaram ke mahkamah itu.

Suaram mengemukakan namanya memandangkan beliau merupakan menteri pertahanan yang terlibat dalam perolehan kapal selam tersebut. Sidang media ringkas itu, tidak sampai selama sepuluh minit, juga segera ditamatkan.
MK

Kit Siang dan DAP bantu Salahuddin untuk dilantik MB Johor?



Sebelum ni heboh di arena politik negara bila Salahuddin Ayub mengesahkan kemungkinan bertanding di negeri Johor, malah PAS Johor siap masyhurkan nama Salahuddin Ayub sebagai calon bakal Menteri Besar Johor kalau Pakatan Rakyat berjaya rampas Johor dari Umno BN.

Tak cukup dengan Salahuddin, DAP pun mungkin akan bagi Umno BN lebih kecut perut bila dikatakan yang Lim Kit Siang pun berkemungkinan akan bertanding di Johor. Dia katanya mungkin bertanding di Kulai atau Labis.

Selain tu, Khairul Faizi, Setiausaha DPP Malaysia, bekas Ketua Pemuda PAS Johor merangkap YDP PAS Keluang mempelawa Lim Kit Siang bertanding di Parlimen Kluang.

Kalau tengok di Perak, masa PRU12 daripada 24 orang calon DAP yang bertanding cuma sorang saja yang kalah. Yang menag pulak dengan majoriti yang cukup besar.

Antara faktor orang cina terutamanya bagi sokongan yang cukup besar kepada calon dari DAP disebabkan limpahan pengaruh Lim Kit Siang yang bertanding di Ipoh Timur.

Tak cukup dengan Lim Kit Siang, DAP juga katanya mungkin akan hantar Ahli Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan dan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching bertanding di Johor.

Aku cukup yakin kalau Lim Kit Siang bertanding di Johor dan diperkuatkan lagi oleh Fong Po Kuan dan Teo Nie Chin, sokongan orang cina kepada Pakatan Rakyat akan meningkat dan mungkin tak mustahil boleh mencapai sampai 90% macam ramalan sesetengah penganalisa politik.

Kalau sokongan orang cina boleh meningkat sampai 90% kemungkinan untuk Pakatan Rakyat merampas Johor memang sangat-sangat besar dan tentunya Salahuddin Ayub akan dilantik sebagai menteri besar Johor yang baru.

Yang lawaknya, PKR pun katanya tak mau ketinggalan, kemungkinan akan hantar juga beberapa orang pemimpin kanan PKR bertanding di Johor selain dari Chua Jui Meng yang memang dah confirm akan bertanding di Johor.

Bersih 3.0: Pak Samad mahu kekal di Dataran Merdeka


KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk A. Samad Said secara peribadinya mahu mengekalkan himpunan 'Duduk Bantah' diadakan di Dataran Merdeka, 28 April ini.

Mengulangi pendiriannya berulangkali, beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Samad (gambar), menegaskan beliau dan Datuk S. Ambiga  mempunyai sikap yang sama berhubung perkara tersebut.

"Setakat ini, Ambiga dan saya mempunyai sikap yang sama, iaitu mahu 'Duduk Bantah' ini diadakan di Dataran Merdeka. Tapi, kita ada jawatankuasa yang lebih ramai yang perlu dirujuk.

"Saya secara peribadinya ingin mengekalkan 'Duduk Bantah' ini diadakan di Dataran Merdeka.  Sikap saya konsisten.  Saya harapkan seluruh jawatankuasa masih bersedia untuk kekal di situ (Dataran Merdeka)," tegas beliau pada sidang media Jawatankuasa Bersih 3.0, di Dewan Perhimpunan Cina, pagi tadi.

Himpunan itu, tambah Pak Samad hanya menyaksikan hadirin duduk sahaja selama dua jam, dan ia tidak akan mendatangkan sebarang ancaman keselamatan.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Bersih 3.0, Dr Subramaniam Pillay berkata jawatankuasa itu akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini bagi membincangkan lokasi alternatif 'Duduk Bantah' itu.

Ia susulan penolakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membenarkan himpunan itu diadakan di lokasi bersejarah tersebut.

"Kita akan bermesyuarat malam ini bersama semua gabungan NGO.  Mungkin esok akan ada keputusan konklusif daripada kami," kata beliau.

Bagaimanapun, tegas seorang lagi jawatankuasa pemandu, Maria Chin Abdullah, DBKL tidak menawarkan alternatif kepada Bersih dalam surat penolakan tersebut.

Sambil menegaskan Dataran Merdeka adalah 'milik rakyat', Maria berkata tidak ada sebab mengapa DBKL menolak program tersebut, sedangkan pelbagai program diadakan di lokasi tumpuan pelancong itu.

Antaranya program McDonald's Olympic Day Fun Run pda 17 Julai 2011, Standard Chartered KL Marathon 2011 (26 Jun 2011), BN Youth Ride Fest 2012 (17 dan 18 Februari 2012), World Kidney Day Run 2012 (3 Mac 2012), Nestle 100 Years Celebration (18 dan 19 Mac 2012) dan Konsert DiRaja (21 April 2012).

Minggu lepas, DBKL menolak permintaan Bersih untuk mengadakan himpunan di Dataran Merdeka atas alasan ia bukan satu acara nasional. -Hrkh

[MESTI BACA}: Dari Perlis ke Sabah: Warisan Umno – penuh kekecewaan dan kegagalan


Pada bulan Mei 2010, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala telah mengejutkan negara dengan mengumumkan bahawa Malaysia akan muflis menjelang 2019 jika kerajaan tidak mengurangkan subsidi dan mengekang pinjaman. Menjelang akhir 2011, hutang Negara kita adalah pada RM460bilion dan masih meningkat.

Kemudian kami telah dikejutkan dengan penemuan oleh pemikir ekomik MIER pada Januari 2012 bahawa jika tiada apa yang dilakukan untuk membalikkan trend semasa dalam perbelanjaan kerajaan dan pendapatan, ekstrapolasi mencadangkan bahawa hutang negara Malaysia akan meletus kepada 100peratus daripada KDNK menjelang 2019.

Tetapi UMNO-BN masih tidak peduli tentang perkara itu, malah diabaikan sama sekali. Sepanjang itu kita terkejut dan masih berasa jijik mengenai kejatuhan RM250juta NFC, yang didedahkan Ketua Pembangkang parti PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kita semua juga biasa dengan skandal tidak terkira banyaknya yang dibuat oleh UMNO-BN dalam tempoh 56 tahun lalu di peringkat kebangsaan, tetapi tidak banyak yang telah ditonjolkan pada peringkat negeri, seolah-olah semuanya baik di sana.

Sesungguhnya, ia adalah jauh dari baik dan salah tadbir oleh kerajaan UMNO-BN yang tidak bertanggungjawab telah sebenarnya meninggalkan kesan yang kekal dan negatif di setiap negeri di Malaysia. Malah, UMNO-BN telah membebankan rakyat di setiap negeri dengan beberapa masalah.

Kejayaan, genangan atau kegagalan yang mengecewakan?

Seperti satu ayat dari lagu patriotik berbunyi, "Dari Perlis hinggalah ke Sabah,kita sudah Berjaya ...", marilah kita berjalan melalui satu demi satu negeri dan lihat bagaimana sebenarnya prestasi masing-masing. Bolehkah mereka mendakwa mereka 'Berjaya'?


Perlis adalah sebuah negeri kecil tanpa sebarang sumber asli. Selain menangkap ikan, sukar untuk mendapatkan pekerjaan dan pembangunan tidak lancar. Perlis tidak membangun dan tidak mempunyai wang sendiri yang cukup, rakyat Perlis merupakan tebusan untuk terus mengundi UMNO supaya ia bertahan. Pada satu masa, majlis perbandaran Kangar tidak mempunyai wang untuk membayar sewa pejabat mereka dan mahkamah mengarahkan bangunan itu untuk ditutup. Kerja-kerja diladang tebu dan tembakau semuanya telah diisi dan tenaga tambahan hanya diperlukan secara berkala. Ramai rakyat Perlis merupakan penganggur dan usaha-usaha oleh UMNO untuk menyediakan pekerjaan berakhir hanya dengan memperkayakan kroninya
.

Kelantan, sejak dinafikan royalti minyak daripada Petronas oleh UMNO, harus bertahan dengan kebijaksanaan sendiri. Dua puluh enam tahun selepas dijanjikan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai oleh kerajaan Persekutuan, Kelantan pimpinan PAS telah memutuskan untuk meneruskan dan membinanya sendiri. Pada tahun 1980-an Kelantan pada mulanya dinafikan baja untuk petani padi, dan kemudian royalti minyak. Walaupun dana yang diberikan kepada Kelantan untuk menyelesaikan masalah air bukan geran persekutuan, tidak seperti di semua negeri UMNO-BN, tetapi ialah pinjaman dan perlu dibayar balik. Walaupun UMNO mengisytiharkan dirinya berjuang untuk bangsa, agama dan negara, Kelantan yang merupakan tanah air Melayu telah dinafikan semua bantuan dan manfaat oleh UMNO.


Terengganu juga mengalami masalah yang sama dengan UMNO berkenaan royalti minyak apabila ia telah diperintah oleh PAS tetapi walaupun selepas menerima royalti yang kini, tidak banyak pembangunan sama ada disebabkan oleh perbelanjaan yang tidak masuk akal ke atas projek-projek mega seperti stadium sukan RM292juta di mana bumbung telah runtuh dan terpaksa dirobohkan semuanya. Persengketaan antara bekas menteri besar Idris Jusoh dan pemimpin semasa Ahmad Said juga tidak membantu. Terengganu tidak mendapat manfaat banyak dari Piala Monsun, salah satu projek Idris. Kos menganjurkan acara kapal layar antarabangsa adalah RM300juta pada mulanya dan telah melonjak. Ia kelihatan seperti royalti minyak yang diterima oleh Terengganu telah digunakan untuk memperkayakan pemimpin UMNO.


Kedah, yang dipimpin PAS, adalah sebuah negara pertanian, terutamanya mengusahakan padi. Kedah tidak mempunyai kekayaan sumber semula jadi selain daripada tanah.Tetapi selepas usaha gagal UMNO untuk membangunkannya, Kedah bukan lagi "Jelapang Padi" Malaysia dan penanam bergantung pada Bernas, sebuah firma yang memonopoli perdagangan beras dan dikawal oleh kroni terkemuka UMNO.
Tanah padi Kedah telah ditukar kepada tanah kediaman, perdagangan dan perindustrian dan di sepanjang jalan, kroni UMNO memperkayakan diri mereka daripada pemindahan hak milik tanah dan projek pembinaan manakala pekerja kilang dibayar gaji rendah. Tuan-tuan tanah yang sebelumnya telah menghabiskan wang mereka dan mereka juga perlu mencari sumber pendapatan lain; ramai telah beralih kepada nelayan dan perlu bersaing dengan orang Thai. Budaya asal negeri Kedah telah berubah.
Program-program pembangunan yang diusahakan oleh UMNO mengubah penyumbang utama kepada KDNK daripada pertanian kepada pembuatan. Ini dengan sendirinya bukannya masalah tetapi pembuatan kini telah menjadi sangat kompetitif dan pelabur akan pergi ke tempat lain untuk menjimatkan kos dan mengekalkan keuntungan. Jika anda melawat POLIMAS di Jitra, kilang-kilang biru yang terbengkalai adalah satu bukti kepada ini.

Walaupun ketika pemerintahan Mahathir Mohamad, dengan kilang-kilang dan industri berat seperti Perwaja Steel dan kilang pemasangan kereta, pekerjaan adalah terhad. Kerajaan PAS sekarang telah mewarisi Kedah yang diurus dengan teruk daripada UMNO-BN dan telah berjaya untuk menguruskannya dengan baik untuk mendapatkan No. 5 daripada 13 buah negeri dalam mengejar bagi pelaburan langsung asing. Selangor dan Pulau Pinang - dua lagi negeri Pakatan Rakyat - mengungguli senarai itu.


Penang, yang dipimpin DAP, telah dinafikan pembiayaan persekutuan dan dibiarkan untuk membangunkan infrastruktur sendiri. Seperti Kelantan, Pulau Pinang harus mencari jalan untuk membina semula ekonomi, manakala nasib jambatan kedua Pulau Pinang telah ditinggalkan bergantung pada UMNO. Malah keputusan untuk memperuntukkan RM50juta ke Pulau Pinang untuk tujuan pemuliharaan telah bertukar, dengan menteri kerajaan persekutuan Rais Yatim berkata bahawa wang yang dijanjikan adalah 'salah faham'. Industri pelancongan di Pulau Pinang juga telah dipinggirkan oleh Kementerian Pelancongan persekutuan.


Perak telah mengalami pencemaran nadir bumi dan salah satu mangsanya meninggal dunia baru-baru ini - satu peringatan yang suram bagi kita semua. Malah getah yang dahulunya sejahtera dan industri perlombongan timah di Perak, yang sepatutnya mendapat manfaat daripada ledakan dalam harga komoditi global baru-baru ini gagal untuk melihat kebangkitan semula langsung. Sekarang, perlombongan bijih timah adalah hanya sebahagian kecil ekonomi negeri Perak. Getah juga telah digantikan dengan kelapa sawit, tetapi tanaman ini menghadapi persaingan sengit dari beberapa minyak masak lain yang dihasilkan di peringkat antarabangsa. Hutan di Perak, dahulunya sumber kayu yang terhad, seolah-olah telah hilang.


Pahang kini dibebani oleh kilang penapisan bumi Lynas. Kerajaan Najib nampaknya tidak peduli tentang potensi risiko radioaktif kepada rakyat di negeri asalnya sendiri. Wang telah bertukar tangan. Timbul percakapan bahawa deposit misteri RM50juta dibayar olehLynas tetapi tidak ada seorang pun seolah-olah tahu siapa yang atau agensi mana yang menerima wang tersebut. Hutan di Pahang juga telah hampir lenyap dan ia tidak berupaya lagi untuk membangunkan ekonomi walaupun royalti besar yang diperolehi daripada aktiviti penuaian kayu masa lalu.

Walaupun terdapat kasino di Genting Highlands dan sayur-sayuran di Cameron Highlands, ia adalah amat membingungkan kenapa Pahang masih mempunyai wang yang tidak cukup dan Lynas perlu masuk campur. Adakah ia disebabkan keadaan terdesak dan ketamakan yang menyebabkan Lynas telah dijemput ke Pahang kerana sumber pendapatan lain negeri ini telah lama telah disedut keluar dan habis digunakan.


Malacca dibebani dengan pelbagai projek besar yang gagal yang telah ditutup oleh Ketua Menteri Ali Rustam. Pelaburan yang besar dalam beberapa projek yang terperangkap dengan kerosakan, dan kerajaan tidak berjaya mendapatkan pulangan yang baik seperti yang diharapkan; iaitu ferris wheel - Eye On Malacca yang harus disingkirkan, monorel yang kerap rosak yang telah menyebabkan ramai pelancong terkandas, litar Go-kart yang rakyat tidak berminat dengannya, planetarium Melaka yang terlalu mahal gagal untuk menarik ramai pengunjung kecuali semasa cuti, lanjutan landasan Lapangan Terbang Batu Berendam yang membazir, dan Bandar Arab yang tidak lengkap dan gagal untuk menarik pengunjung .

Idea gagal Ali Rustam adalah begitu teruk projek-projeknya terpaksa ditutup, ini adalah mengapa ramai orang tidak sedar bahawa semua ini sebenarnya bermaksud untuk membawa Melaka ke hadapan ekonomi negara. Tetapi wang telah dibelanjakan, dengan tiada atau sedikitpun untuk ditunjukkan? Mungkinkah disebabkan rasuah juga?


Negeri Sembilan tidak mendapat manfaat daripada RM250juta Pusat Fidlot Negara, walaupun negeri itu telah memberikan tanah kepada projek penternakan lembu. Kerajaan Negeri Sembilan tidak mampu untuk membesarkan jalan dari Kuala Pilah ke Seremban yang sentiasa sesak dengan lalu lintas. Bandar tentera Port Dickson yang dijanjikan oleh ADUN Bagan Pinang, iaitu bekas Menteri Besar Isa Samad, telah gagal. Kerajaan negeri tidak mampu untuk memegang Pesta tahunan Port Dickson kerana kekurangan dana, apa lagi 'bandar tentera' Isa.

Industri pelancongan dan infrastruktur yang diperlukan untuk menerajuinya telah berhenti walaupun Jabatan Pelancongan Negeri Sembilan menganjurkan kempen promosi yang mahal di Putrajaya tahun lepas yang telah dikritik sebagai melampaui batas dan membazir. Skim FELDA di Jelai, Palong dan Bukit Jazeera tidak banyak berubah dan banyak peneroka generasi kedua bergerak keluar. Kawasan perindustrian di Senawang dan Nilai perlahan dan pembangunan yang amat dipuji di Nilai kerana berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa KualaLumpur, LCCT dan Litar Formula One telah menyebabkan banyak rumah yang tidakterjual dan dibiarkan kosong.


Selangor, yang dipimpin PKR, sedang disabotaj oleh Syabas, pemegang konsesi bekalan air yang dimiliki oleh ahli kanan UMNO Rozali Ismail. Syabas tidak mampu untuk menyelesaikan kehilangan air akibat kebocoran. Nampaknya motif tersembunyi ialah untuk memaksa Selangor membeli air dari Pahang sebagai projek pemindahan air, yang boleh dilaksanakan, bertukar menjadi skim membuat wang untuk UMNO dan kroninya. UMNO juga berharap bahawa masalah kekurangan air akan menyebabkan rakyat Selangor marah dengan kerajaan Pakatan Rakyat sekarang. UMNO juga mengurangkan tabung negeri semasa pentadbiran bekas menteri besar terhina Khir Toyo, dan penyedutan wang oleh kerajaannya masih berterusan.


Johore berada di bawah kepungan warga asing di Wilayah Iskandar dan itu akan membuat segala-galanya mahal kepada penduduk tempatan. Disebabkan Iskandar adalah kawasan yang besar, rakyat luar bandar juga akan terjejas oleh kenaikan kos sara hidup kerana sebarang sumber pendapatan yang dipunyai penduduk luar bandar sekarang tidak akan mampu untuk berhadapan dengan peningkatan harga. Rakyat di Johor telah terpedaya dengan pelbagai projek mega seolah-olah ia kepunyaan mereka. Hakikat sebenar ialah ini digalakkan oleh kerajaan persekutuan untuk memberi manfaat kepada pelabur asing dan sudah tentu kroni-kroni mereka yang merupakan mereka yang akan mendapat kontrak untuk membangunkan dan membina Iskandar, bukan Johor. Apa yang penduduk tempatan akan ialah saki-baki sebenarnya.


Sarawak menjadi tebusan bagi Taib Mahmud dan UMNO-BN tidak melakukan apa-apa tentang itu. Taib Mahmud telah menjadikan Sarawak harta peribadinya sendiri dan orang asli dan penduduk tempatan lain dianggap tidak berotak dan tiada kebolehan untuk berjaya atau tidak layak mendapat mana-mana bantuan dan peluang dari kerajaan negeri. Taib telah sombong menegaskan bahawa Sarawak adalah hanya untuk orang-orang yang mempunyai otak, tidak perlu dikatakan bahawa orang-orang yang layak mestilah dari kalangan keluarga, saudara-mara dan kroninya!


Sabah adalah negeri yang termiskin di Malaysia. Bank Dunia di Washington telah mengesahkan melalui kajian baru bahawa Sabah bukan sahaja negeri yang termiskin di Malaysia tetapi ia adalah mungkin kekal sebegitu untuk tempoh masa yang agak lama kerana usaha-usaha semasa yang lemah dalam membasmi kemiskinan. Pekerjaan adalah sukar didapati di Sabah dan ia dibanjiri oleh sekurang-kurangnya 200,000 pendatang tanpa izin. Ramai pakar menganggarkan angka itu untuk meningkat sekurang-kurangnya dua kali ganda dan dengan itu pendatang tanpa izin akan menentang rakyat negeri untuk sebarang rezeki yang jatuh dari meja UMNO-BN.

Bagaimana pula dengan yang berjaya?


Sudah tentu ada kejayaan, tetapi ini adalah sokongan minimum yang UMNO-BN telah berikan kepada setiap negeri untuk menenangkan rakyat. Jalan raya, sekolah, hospital, perumahan, bekalan air paip dan bekalan elektrik adalah keperluan. Kemudahan ini juga adalah kewajipan yang patut disediakan oleh UMNO-BN tetapi gabungan itu tidak melihatnya begitu. Kepada pemimpin UMNO-BN, ini adalah semata-mata kemurahan hati dan kecekapan mereka dan negeri-negeri harus bersyukur kepada mereka bagi keperluan asas dan terus mengundi mereka kembali berkuasa.

Walau bagaimanapun, ia kelihatan seperti musim berusia 56 tahun UMNO-BN di Malaysia akhirnya berakhir. Rakyat kini sedar bahawa apa sahaja pencapaian di setiap negeri tidak tahan lama. Mereka juga tertanya-tanya apa yang telah berlaku kepada semua wang yang kononnya 'dilabur' bagi pihak mereka oleh UMNO-BN supaya anak-anak mereka dan generasi akan datang akan sentiasa mempunyai sesuatu untuk bergantung. Ia kelihatan seperti tiada apa pun dan setiap orang dari Perlis ke Sabah -kecuali negeri-negeri Pakatan Rakyat - akan perlu bermula dari awal sekali lagi.
Malaysia Chronicle
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .