Ikuti Blog ini

'50 tahun jadi kerajaan sudah tahap boleh nyanyuk'

PUTRAJAYA: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Umno BN sudah diberi peluang lebih 50 tahun untuk mentadbir negara, namun peluang itu tidak digunakan dengan baik oleh parti itu.

Sebaliknya, peluang itu katanya digunakan untuk menindas rakyat dan pada masa sama mengambil kesempatan untuk mengkayakan segelintir kelompok mereka.

Rakyat katanya, boleh menilai beza pentadbiran 50 tahun BN dengan lima tahun di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat khsusnya Selangor, Kedah, Pulau Pinang.

Penilaian bukan sahaja boleh dilihat kepada bantuan dan isentif yang diberikan kepada rakyat, malah juga ketelusan dan integriti pengurusan sehingga mendapat pujian dalam Laporan Ketua Audit Negara.

"Lima puluh tahun (BN) tak tahu nak guna peluang, tak tahu nak buat perubahan, maka berlakulah apa berlaku hari ini.

"Lima puluh tahun bagi usia satu-satu kerajan sudah sampai pada taraf boleh nyanyuk, dan ini perlu dipulihkan," katanya sambil menyeru rakyat membuat perubahan.

Beliau berkata demikian pada ceramah Tawan Putrajaya 2013 di padang bola sepak di Desa Pinggiran Putra di sini malam tadi yang menyaksikan kehadiran lebih 10,000 orang.

Mengulas lanjut beliau berkata, rakyat perlu sedar dengan taktik umpanan yang sering dibuat parti pemerintah, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya.

Pelbagai bantuan tersebut ujarnya bersifat sementara dan diumumkan semata-mata mahu mengaburi mata rakyat dari segala kepincangan pentadbiran yang berlaku supaya rakyat terus menyokong mereka.

"Kita diumpan dengan pelbagai umpan, disogok dengan pelbagai sogokan. Masa nak pilihan raya dia dinaikkan gaji, dinaikkan elaun, lepas pilihan raya dia naikkan harga barang, inflasi tidak terkawal.

"Apa maknanya, menandakan mereka tidak boleh mengurus negara dengan baik," katanya lagi.

Sementara itu, ceramah Pakatan Rakyat di sini malam tadi adalah yang pertama selepas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa diisytihar sebagai calon PAS bertanding bagi kerusi Putrajaya.

Turut berucap pada ceramah ini termasuk Husam sendiri, calon PAS Sepang Hanipa Maidin serta calon Dengkil Borhan Aman Shah dari PKR.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya dijadual hadir bagaimanapun diumumkan terpaksa membatalkan kehadirannya disaat akhir atas urusan yang tidak dapat dielakkan.

Mengulas kehadiran ramai malam tadi, Tuan Guru Abdul Hadi berkata ianya mencerminkan semangat prubahan di kalangan rakyat dan beliau melahirkan keyakinan, bahawa tidak mustahil Putrajaya boleh dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

"Pada asalnya saya nak cakap sikit sahaja, bila tengok ramai ni naik semangat pulak.

"Dengan kehadiran ini saya yakin dan percaya, jumlah seramai ini mampu menggerakkan putrajaya," katanya. -Hrkh

Di Precint 16 Putrajaya malam tadi... Sambutan luarbiasa "Kakitangan Awam" amat memberangsangkan... Ini Kalilah... Tewas UMNO/BN Di Putrajaya, Tewaslah UMNO/BN Seluruh Malaysia, Insha-Allah...


Tiga Bilik Gerakan Umno Shah Alam Tutup



Sejak semalam lagi, tiga bilik gerakan Umno Shah Alam telah ditutup apabila tersebar khabar Datuk Zulkifli Nordin menjadi calon Barisan Nasional (BN) di situ.

"Orang kuat Umno di sini yang memberitahu bahawa mereka tahu rancangan itu sejak semalam lagi dan setakat semalam sahaja tiga bilik gerakan telah ditutup, mungkin di peringkat cawangan," kata pengerusi salah sebuah masjid di situ yang enggan namanya disiarkan.

Seorang pengurus di salah sebuah kilang di Shah Alam pula memberitahu, beberapa orang kuat Umno Shah Alam yang beliau temui petang tadi dan malam ini merasa sangat malu apabila Zulkifli dicalonkan sebagai calon BN di situ.

"Tadi, masa saya pergi solat berjemaah di masjid, pencalonan Zulkifli jadi bahan gelak ketawa," kata pengurus salah sebuah kilang di Seksyen 16 itu yang juga tidak mahu namanya disiarkan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad yang akan mempertahankan kerusi Shah Alam menyifatkan pemimpin Umno mempunyai persepsi yang unik apabila mencalonkan Zulkifli di situ.

"Terpulang kepada pemimpin BN untuk memilih calon yang terbaik ... Malangnya, mereka merasakan bahawa Zulkifli adalah calon yang terbaik. Mereka mempunyai persepsi yang unik apa yang rakyat Shah Alam mahu," The Malaysian Insider memetik beliau.

Menurut Khalid, kebanyakan orang di Shah Alam adalah lebih matang dan tidak bersifat pelampau, dan Zulkifli yang merupakan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak mewakili nilai-nilai yang menjadi pegangan mereka.

Beliau juga menyifatkan pencalonan Zulkifli itu sebagai Khalid isyarat jelas bahawa para pemimpin Umno dan BN tidak mempercayai Umno Shah Alam.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang kecewa tidak dicalonkan di kawasan idamannya, Pasir Mas, mempersoalkan mengapa beliau tidak dicalonkan sedangkan Zulkifli dipilih menjadi calon BN.

Ibrahim berkata, beliau kecewa kerana tidak diberikan alasan mengapa tidak dicalonkan sedangkan Zulkifli yang menjadi Naib Presidennya dalam Perkasa dipilih menjadi calon BN bagi kerusi parlimen Shah Alam.

"Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu. Mungkin rupa paras saya tak cantik atau sebagainya," laman Astro Awani memetik beliau berkata. -HD



Doktor, pensyarah, peguam calon PAS Kelantan

MACHANG: Sehari selepas Umno dan Barisan Nasional Kelantan mengumumkan calon, PAS pula mengisytiharkan calon di hadapan ribuan rakyat di padang Majlis Daerah Machang malam ini.

Kelainan dapat disaksikan berbanding calon ditampilkan BN pada PRU13 kali ini. Dua doktor perubatan, seorang pensyarah, ulama muda, peguam, pegawai kanan kerajaan dan pengetua sekolah agama diketengahkan.

Dr Mohd Izani Hussin (kiri) menggantikan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Dr Ramli Mamat (kanan) pula di Dun Bunut Payong mengisi tempat ditinggalkan Datuk Takiyuddin Hassan yang berpindah ke Parlimen Kota Bharu.

Pensyarah UIAM, Dr Yusnan Mohd Yusoff pula menggantikan Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh di Dun Melor.

Bekas Senator yang juga peguam muda, Mumtaz Mohd Nawi dicalonkan di kerusi Dun Demit menggantikan Ustaz Mohamad Mustapha yang tidak bertanding.

Penolong Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Ahmad Marzuk Saari pula bakal berdepan dengan Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussain di Parlimen Bachok.

Senarai penuh calon PAS Kelantan yang diumumkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yakob bagi kerusi parlimen dan Datuk Mohd Amar Abdullah bagi kerusi Dun seperti berikut:-


Tumpat

Parlimen - Datuk Kamarudin Jaffar
Kelaboran – Mohd Zaki Ibrahim
Pasir Pekan – Datuk Ahmad Yakob
Wakaf Bharu – Datuk Che Abdullah Mat Nawi

Pengkalan Chepa

Parlimen – Dr Mohd Izani Hussin (baru)
Kijang – Wan Ubaidah Omar
Chempaka – Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Panchor – Datuk Mohd Amar Abdullah

Kota Bharu

Parlimen – Datuk Takiyuddin Hassan (pindah)
Tanjong Mas – Rohani Ibrahim
Kota Lama – Datuk Anuar Tan Abdullah
Bunut Payong – Dr Ramli Mamat (baru)

Pasir Mas

Parlimen – Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz (baru)
Tendong – Mohd Rozi Muhammad (baru)
Pengkalan Pasir – Hanifa Ahmad
Chetok – Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman

Rantau Panjang

Parlimen – Siti Zailah Mohd Yusoff
Meranti – Datuk Nasuruddin Daud
Gual Periuk – Ustaz Mohamad Awang
Bukit Tuku – Abdul Rasul Mohamad (baru)

Kubang Kerian

Parlimen – Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah (pindah)
Salor – Datuk Husam Musa
Pasir Tumbuh – Ustaz Abdul Rahman Yunus (baru)
Demit – Mumtaz Mohd Nawi (baru)

Bachok

Parlimen – Ustaz Ahmad Marzuk Saari (baru)
Tawang – Ustaz Hassan Mohamood
Perupuk – Huzaimi Che Hussin (baru)
Jelawat – Abdul Aziz Kadir


Ketereh

Melor – Dr Yusnan Mohd Yusoff (baru)
Kadok – Haji Azamin Mohd Noor
Kok Lanas – Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmud (baru)

Tanah Merah

Bukit Panau – Datuk Abdul Fattah Mahmood
Gual Ipoh – Wan Yusoff Wan Mustafa
Kemahang – Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman

Pasir Puteh

Parlimen – Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad (pindah)
Selising – Drs Saipul Bahrin Mohamad
Limbongan – Ustaz Nazlan Mohamad (baru)
Semerak – Wan Hassan Wan Ibrahim
Gaal – Tuan Mazlan Tuan Mat (baru)

Machang

Pulai Chondong – Zulkifli Mamat
Temangan – Datuk Dr Mohammed Fadzli Hassan
Kemuning – Ustaz Rosli Ismail (baru)


Jeli

Parlimen – Mohd Apandi Mohamad
Bukit Bunga – Sufely Abdul Razak
Air Lanas – Ustaz Abdullah Ya’kob

Kuala Krai

Parlimen – Dr Mohd Hatta Ramli
Mengkebang – Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman

Calon PKR untuk parlimen dan Dun juga diumumkan iaitu Parlimen Ketereh, Ab Aziz Kadir, Dr Zawawi Wan Ismail (Machang) dan Nik Mahmud Nik Ab Aziz (Tanah Merah).

Bagi Dun pula ialah Mohd Azihan Che Seman (Nenggiri), Shahrom Ibrahim (Pengkalan Kubur) dan Ramlan Mat (Kuala Balah). -Hrkh

Pencalonan Zul Nordin Di Shah Alam Percepat Kuburkan UMNO



Zul Kulim bersama dengan simbol seks terkenal Papagomo

Zul Noordin: Inikah transformasi Umno?

Jika muka baru yang dicalonkan Barisan Nasional adalah seperti Datuk Zulkifli Nordin, ia membuktikan Umno semakin buruk dan lebih berbahaya sifatnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz menyifatkan pencalonan Zulkifli di Shah Alam membuktikan transformasi yang dimegahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hakikatnya adalah transformasi ke arah yang lebih buruk lagi dan malah BN terbukti menjadi mudharat yang semakin membahayakan negara.

"Ambil tokoh puak baling selipar dalam masjid jadi calon adalah keputusan yang memudharatkan negara dan akan mengakibatkan lebih banyak keburukan," kata beliau merujuk kepada laporan dan rakaman video yang mendakwa sekumpulan ahli Perkasa bertindak ganas dan membaling selipar ke dalam Masjid Al-Hussain di Pumpong, Alor Setar pada September lalu.

Beliau yakin, pencalonan orang-orang seperti memberikan wajah yang lebih buruk kepada Umno dan BN.

"Selepas didedahkan video Zulkifli menghina kepercayaan penganut agama Hindu, didedahkan pula videonya memanggil 'keling' kepada orang India.

"Perbuatannya itu memburukkan nama baik Islam malah bertentangan dengan ajaran Islam yang melarang umatnya menghina sembahan penganut agama lain, sebab itu saya kata pencalonan orang seperti itu membuktikan transformasi Najib menuju ke arah keburukan.

"Umno jelas terbukti semakin buruk dan menakutkan dan kalau dibiarkan terus memerintah, bencana besar akan menimpa negara ini," katanya.

Mahfuz seterusnya berkata, tindakan Umno bermegah-megah kononnya mencalonkan lebih banyak muka baru tidak membawa apa-apa kebaikan jika pemikiran dan doktrin yang mereka anuti tidak berubah malah semakin buruk.

"Untuk apa mencalonkan muka baru jika sikap rasis dan perkauman Umno semakin buruk?

"Malah, perbuatan mengapi-apikan perkauman yang semakin menjadi-jadi semakin menjadi satu-satunya senjata Umno untuk terus berkuasa," katanya.

Lebih dari itu, kata Mahfuz, tidak ada sebarang perubahan pada sifat Umno yang disebutkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai "parti perasuah".

"Sebab itulah, kalaupun calon muda atau calon baru Umno itu mempunyai sifat yang dilihat baik, mereka bukan sahaja tidak dapat membawa kebaikan kepada Umno malah merekalah yang akan dirosakkan oleh parti yang Dr Mahathir sendiri tulis 'busuk hingga ke usus' itu," katanya.

Mahfuz yakin, rakyat mengundi berdasarkan pendirian parti yang lebih menjanjikan keamanan dan kesejahteraan dan bukannya parti yang menaja keganasan dan pertumpahan darah seperti serangan-serangan berdarah ke atas perhimpunan politik secara aman yang didakwa oleh pelbagai laporan sebagai didalangi oleh pemimpin dan ahli Umno.

Untuk rekod, menjelang pilihan raya umum 2004, mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS telah menolak nama Zulkifli sebagai salah seorang calon parti Islam itu.


Laung Satu Malaysia tapi Najib pilih calon hina India

Perbuatan meletak calon yang terkenal dengan sikap ektrem perkauman mengesahkan Umno mengamal ideologi rasis, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Beliau merujuk perbuatan Datuk Seri Najib Razak yang mencalonkan Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Noordin yang beberapa kali menghina kaum India dalam ceramah.

“Sudah jelas Zulkifli hina kaum India. Bukan hanya terlepas dari tindakan undang-undang, malah dipilih menjadi calon,” katanya pada kenyataan media, semalam.

Beliau menyifatkan pencalonan Zulkifli Nordin sebagai tidak menjaga sensitiviti kaum India yang dihina secara terang-terangan.

“Ia mengecewakan masyarakat India, seolah-olah tidak mempeduli perasaan pemimpin MIC yang turut mengutuk sikap Zul Noordin,” katanya.

Kata Surendran, pencalonan Zulkifli Nordin di Parlimen Shah Alam mengesahkan ‘kekebalan’ Perkasa dari undang-undang walaupun melakukan pelbagai kenyataan ekstrem.

“Kesalahan bukan kecil, Seksyen 298A adalah jenayah yang boleh heret mereka ke mahkamah tapi sampai hari ini, tak ambil tindakan sedangkan bukti jelas,” katanya.

Beliau juga mempertikai slogan Najib yang melaungkan 1Malaysia tapi memilih calon dari organisasi yang bersifat ekstrem dan perkauman.

“Perkasa pernah ancam bakar Bible. Mereka ekstrem dalam isu perkauman dan agama. Macam mana Najib yang kononnya pejuang 1Malaysia tergamak ambil calon dari organisasi ekstrem itu?” katanya.
-KD

Kami akan pastikan calon BN tewas – Shariff Omar






TASEK GELUGOR: Mantan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Seri Shariff Omar mengakui pengumuman muka baru sebagai calon Pilihanraya Umum ke-13 oleh Umno Pulau Pinang semalam boleh membawa kekalahan dan kehancuran Barisan Nasional (BN).

Beliau yang berbaju 'T' belang berseluar hitam ketika berucap di hadapan ribuan penyokong di pekarangan kediamanya di Pokok Machang, di sini malam tadi kelihatan kecewa.

Ini kerana beliau tidak disenaraikan sebagai calon BN menggantikan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang digugurkan sebaliknya memberikan mandat kepada Ketua Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahya, yang pernah mengalahnya ketika pemilihan Umno beberapa tahun lalu.

Shariff yang juga mantan Timbalan Menteri Pertanian menegaskan, kerusi tersebut sepatutnya menjadi miliknya semula setelah dipinjamkan atas saranan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menamakan Nor Mohamed Yakcop sebagai calon pada Pilihan raya Umum ke-12 lalu.

"Kenapa janji tidak ditepati macam slogan BN. Nampak gayanya dah jadi capati. Apa kata kali ni kita koyak BN yang sengaja memilih individu yang tidak bekerja sebagai calon,” ujarnya.

"Keputusan yang diambil nanti bukan keputusan sendiri tapi atas sokongan hadirin malam ini. Kami akan pastikan calon BN tewas," tambahnya. -Hrkh

Tujuan BN Letakkan Ghani Othman Di Parlimen Gelang Patah Tersebar


JOHOR 17 APRIL: Tindakan meletakkan Datuk Abdul Ghani Othman di Parlimen Gelang Patah dipercayai usaha untuk menamatkan karier politiknya, kata Timbalan Pengerusi KEADILAN, Dr Faidhi Saidi.
Calon Parlimen Pasir Gudang itu berkata, kedudukan Ghani Othman di Parlimen Gelang Patah tidak terjamin kerana terpaksa mengharapkan undi Melayu semata-mata.
“Melihat situasi politik semasa, undi kaum Cina kepada Pakatan pasti bertambah berbanding PRU 12.
“Malah, lawan Ghani ialah Lim Kit Siang yang bukan calang-calang orang. Beliau tokoh politik terkenal,” katanya kepada Keadilan Daily.
Ghani tidak dicalonkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom yang diwakilinya empat penggal, sebaliknya ‘dipaksa’ untuk berdepan Kit Siang.
Parlimen itu terdiri dari DUN Skudai dan Nusajaya dengan 78,676 pengundi berdaftar iaitu kaum Cina kumpulan terbesar iaitu 54.06 peratus, diikuti Melayu (33.54 peratus) dan India (12.22 peratus).
Bagaimanapun, Faidhi berkata, Ghani juga tidak selamat jika kekal bertanding di DUN Serom ekoran kegagalannya menyelesaikan masalah tanah.
“Dulu janji selesaikan isu tanah setinggan dan penduduk kampung yang belum ada geran terutama di selatan Johor tapi sudah berbelas tahun, belum selesai.
“Jadi ada penolakan dari akar umbi. Kalau tanding DUN pun, belum tentu menang,” katanya. ~kd

Tengok nii..Najib Pasti "Kecewa" Dengan Gambar Ini..

Baru2 nii najib bagi Puak Sikh nii 3 Juta beb untuk pelbagai guna termasuk membina dan memperbaiki bangunan untuk kegunaan Kaum Sikh..Tiba-tiba ada dikalangan mereka yang memberi kebenaran kepada PAS Kuala Lipis untuk menggunakan bangunannya sebagai bilik gerakan PAS Kuala Lipis bagi PRU13 tanpa bayaran sewa.

Dua Tan Sri Sertai PAS, Rahmat Di sebalik Isu Video Seks


Pas mengesahkan dua orang kuat Umno berstatus Tan Sri bakal menyertai parti itu dalam masa terdekat.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, kedua-dua Tan Sri ini akan menyerahkan borang keahlian pada 22 April depan secara serentak, dua hari selepas penamaan calon.

Menurutnya, satu sidang media khas akan diadakan memandangkan kedua-dua Tan Sri tersebut akan turut turun padang membantu PR dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“Kami menerima dengan tangan terbuka. Penyerahan borang akan diserahkan di sini (di pejabat Pas Pusat).

“Tetapi, pengumuman besar-besaran akan dibuat di Shah Alam (Selangor) pada sebelah malamnya, iaitu semasa ceramah Pas di sana,” katanya kepada Sinar Harian di pejabat Pas Pusat, di sini, semalam.

Katanya, Pas melihat perkara ini serius di mana kedua-dua Tan Sri itu sudah bertemu pimpinan tertinggi Pas, iaitu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

“(Mereka) rela datang berjumpa saya, menghubungi saya dan pergi ke rumah Datuk Haron serta sudah bertemu Datuk Nik Aziz kira-kira enam bulan lalu.

“Tidak mungkin orang macam ni tidak serius. Sudah pasti mereka telus.

“Kita tidak mahu ada mana-mana pihak menuduh mereka ada kepentingan atau sebagai calon. Mereka hadir untuk membantu berkempen,” katanya.

Salahuddin juga tidak menafikan kemungkinan seorang bekas menteri besar Selangor menyertai Pas dalam tempoh terdekat.

“Benar, tapi tunggu sahaja pengumuman rasmi. Yang pasti, kedua-dua Tan Sri ini akan memberi impak besar dalam PRU13.

“Mereka mempunyai pengaruh sangat kuat dan kehadiran mereka pasti memberi perubahan besar,” katanya.

Ditanya mengenai identiti kedua-dua Tan Sri ini, Salahuddin sekadar berkata: “Seorang daripada mereka adalah bekas pegawai kerajaan yang mempunyai kaitan dengan Parlimen Malaysia. Orang ini menduduki hierarki tertinggi dalam pentadbiran Parlimen.

“Seorang lagi ialah bekas menteri Selangor. Bagaimanapun, beliau enggan mengesahkan identitinya.
" -SH


Impian Najib Tawan Selangor Berkecai!!

Sementara UMNO begitu galak menyerang Pas berkaitan isu video seks yang didakwa melibatkan Mustafa Ali, parti itu mendapat rahmat besar disebaliknya dengan penyertaan bekas MB Selangor, Muhammad Mohd Taib ke dalam Pas semalam. Beliau yang lebih dikenali dengan Mat Taib atau Mike Tyson dilaporkan sudah pun menyerahkan borang keahliannya untuk menyertai Pas kepada Dr Haron Din dan suatu pengumuman rasmi dijangka akan dibuat dalam sehari dua ini.

Mat Taib sudah mendiamkan diri sejak 2009 apabila digugurkan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Ketua Penerangan UMNO. Kemudiannya beliau juga melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya yang disandangnya dan menyerahkan kepada Yahya Bujang untuk memangku jawatan itu.

Sejak itu beliau mengenepikan sepenuhnya aktiviti yang melibatkan politik dan banyak menghabiskan masanya dengan program-program keagamaan. Beliau bukan saja banyak menghadiri pelbagai program bercorak agama dan mengadakan pelbagai majlis di kediamannya, malah jika berbual pun topiknya banyak menjurus ke arah keagamaan.

Dengan kecenderungan terhadap agama itu, penyertaan beliau ke dalam Pas tidaklah begitu memeranjatkan meskipun UMNO tentunya agak terpukul dengan tindakan bekas MB Selangor dan Naib Presiden UMNO itu menyertai Pas di saat-saat hampirnya berlangsung pilihanraya yang paling mencabar ini.

Lebih-lebih lagi dalam pilihanraya kali ini, selain mahu mengekalkan Putrajaya, matlamat Najib juga ialah mahu menawan kembali Selangor yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya 2008 lalu.

Walaupun Mat Taib berdepan dengan isu kredibiliti berikutan peristiwa lama yang melibatkan dirinya dan dianggap sudah "expired" dalam UMNO, penyertaan beliau ke dalam Pas tidak harus dipandang ringan. Kemasukannya membawa imej dan persepsi yang tidak baik mengenai UMNO dan melonjakkan moral Pas serta Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor.

Ia tidak jauh bezanya dengan keputusan beberapa pegawai tinggi kerajaan, pegawai polis dan tentera yang memilih Pas dan Pkr sebaik saja bersara daripada kerajaan sebelum ini. Sebagaimana penyertaan mereka itu meningkatkan moral dan imej Pakatan Rakyat, kemasukan Mat Taib juga sebenarnya memberi impak yang serupa.

Sepanjang menjadi MB Selangor selama 11 tahun, Mat Taib dikenali sebagai pemimpin yang baik budi pekertinya dan suka menolong orang. Ramai pemimpin UMNO dan ahli perniagaan yang meriah dengan rezeki yang dilorongkan Tuhan melalui sikapnya baik hati itu. Rakyat Selangor pula banyak yang mendapat tanah untuk kediaman dan memulakan kehidupan baru. Perkampungan dan penempatan baru yang melibatkan orang Melayu banyak diwujudkan semasa kepimpinannya.

Dengan jasanya yang sedemikian itu, tentunya beliau masih dikenang oleh ramai orang di Selangor ini. Oleh itu, penyertaannya ke dalam PAS tidak dapat dinafikan akan memberi signifikan kepada usaha Pakatan Rakyat mengekalkan pentadbiran negeri itu ditangannya.

Impian Najib dan UMNO Selangor pasti akan bertambah sukar dengan penyertaan beliau ke dalam Pas ini. Lebih-lebih lagi jika selepas hari penamaan calon nanti Mat, Taib juga turut berkempen dan meminta pengundi mengekalkan negeri itu di tangan Pakatan Rakyat yang baru menaungi perjuangan barunya.

Dengan menyertai Pas di saat berlangsungnya hari penamaan calon dan Pakatan Rakyat pula sudah siap dengan senarai calon-calonnya, Mat Taib seperti memberi isyarat bahawa beliau tidak sekali-kali berminat untuk bertanding semula. Hasratnya ialah untuk membantu perjuangan Pas dan Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor.

Walaupun Najib sentiasa ghairah mahu menawan Selangor, tetapi keputusan beliau yang dijangka meletakkan FD Iskandar sebagai calon MB Selangor jika BN kembali berkuasa, turut mengundang masalah dalam UMNO sendiri. Kem Noh Omar dan Zin Mohamed yang kini merupakan orang kanan dan orang kiri Najib di Selangor, ternyata kurang berpuas hati dengan pemilihan FD Iskandar itu.

Pemimpin dan ahli UMNO peringkat bahagian dan cawangan juga menunjukkan rasa kurang senang dengan pemilihan FD Iskandar berikutan beliau dilihat pemimpin yang kurang mesra dengan orang bawahan dan kedudukannya sebagai ahli perniagaan serta pemaju hartanah membimbangkan mereka kemungkinan fokusnya nanti lebih kepada membantu syarikatnya sendiri, Glomac Berhad berbanding membantu rakyat Selangor sendiri.

Menang tidak dinafikan, impian Najib menawan Selangor bukanlah mudah. Selain Pakatan Rakyat juga bekerja keras dan berjaya menampilkan imej yang lebih baik berbanding kepimpinan UMNO sebelumnya walaupun cuba dibangkitkan pelbagai isu untuk merangsang emosi rakyat, wujudnya penolakan dalaman UMNO sendiri berikutan calon MB pilihan Najib kurang dipersetujui dan kini dengan bantuan Mat Taib pula yang menyertai PAS, impian Najib hakikatnya makin bertambah sukar.

Malah ada beberapa pemimpin UMNO Selangor sendiri tanpa berselindung menyatakan, impian Najib itu sebenarnya sudah pun berkecai dan musnah sekarang ini.
-Shabuddin.com

Team Mahathir tewas di tangan Rosmah?


KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali out. Khairy Jamaluddin in. Mukhriz Mahathir hilang kerusi parlimen dan bertanding di kerusi tidak selamat. Apakah semua petanda ini?

Setelah memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau akan ditolak sebagai Presiden Umno sekiranya gagal membawa BN ke keputusan yang lebih baik daripada Tun Abdullah Badawi di 2008, orang-orang yang disukai dan dibenci Mahathir mengalami nasib yang berlawanan dari yang dihasratkan.

Pertama, Ibrahim Ali, presiden Perkasa yang dirayu Mahathir secara terbuka minggu lepas untuk diberikan laluan bertanding di Pasir Mas terkeluar dari senarai calon BN.

“Saya berharap BN akan memberikan satu tempat kepada Ibrahim Ali. Jika beliau menjadi calon, saya akan pergi ke Pasir Mas untuk berkempen. Kita perlukan lebih ramai individu seperti Ibrahim Ali. Malaysia akan selamat,” kata Mahathir minggu lepas.

Kecewa dengan keputusan BN, Ibrahim hari ini mengumumkan akan bertanding atas tiket bebas di Pasir Mas.

Ibrahim bakal bertembung dengan calon BN Che Johan Che Pa dan calon PAS yang bakal diumumkan malam esok.

Ibrahim sebelum ini memenangi kerusi Pasir Mas pada 2008 atas tiket PAS.

Ramai melihat jasa Ibrahim dalam membantu Umno selama empat tahun ini tidak dikenang kerana naib presiden Perkasa Zulkifli Nordin boleh dicalonkan di parlimen Shah Alam melawan Khalid Samad dari PAS.

Kemasukan Khairy Jamaluddin dalam senarai calon BN juga bakal memberi tamparan kepada Mahathir. Ini kerana, kebencian Mahathir pada Khairy sudah diketahui umum.

Khairy dicalonkan di kerusi parlimen Rembau oleh Najib.

Bukan itu sahaja, anak Mahathir Mukhriz kehilangan kerusi parlimen Jerlun dan hanya akan bertanding di kerusi DUN Ayer Hitam, Kedah yang menjadi kubu PAS selama ini di Jerlun.

Dalam PRU12, calon PAS Abdul Ghani Ahmad menewaskan calon BN Datuk Osman Aziz dengan majoriti 506 undi, satu angka yang besar di Kedah.

Jika Najib ikhlas membuka laluan Mukhriz menjadi BN, mengapa tidak membiarkan Mukhriz bertanding di Kota Seputih?

Sedangkan semua orang Umno tahu ADUN Kota Seputih Datuk Abu Hassan Sharif bermasalah dan hampir berjaya dipecat sebagai ADUN kerana tidak menghadiri sidang DUN Kedah?

Mahathir, yang kian dilihat sebagai jeneral perang BN kali ini, sudah tentu dapat membaca ini sebagai langkah Najib untuk mencantas pengaruh Mahathir di dalam Umno, dan khasnya di Kedah.

Kalau Mahathir tidak pernah berkata Najib bakal dibuang sebagai presiden Umno jika BN gagal mencapai keputusan cemerlang, sudah tentu Najib tidak akan mengambil langkah sedemikian untuk mengurangkan pengaruhnya.

Jawatan Presiden Umno adalah lebih penting buat Najib, akhirnya. Akhirnya juga, pengaruh isteri lebih besar dari pengaruh mentor. -Hrkh

Ibrahim Ali, Hassan Ali & Rais Yatim Tidak Tersenarai Sebagai Calon BN



Barisan Nasional (BN) akan menamakan pemimpin Umno tempatan sebagai calon parlimen Pasir Mas daripada mengundang kontroversi dengan meletakkan Datuk Ibrahim Ali di bawah bendera mereka pada Pilihan Raya 2013, kata satu sumber.

The Malaysian Insider difahamkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu mengelakkan daripada dikaitkan dengan presiden kumpulan Melayu berhaluan kanan itu.

“Ibrahim Ali tiada dalam senarai,” kata sumber yang mengesahkan senarai calon Kelantan telah diserahkan kepada Mustapa yang akan mengumumkannya hari ini.

“Najib dan To Pa komited untuk membawa muka baru yang lebih berpandangan holistik dan maju dalam hubungan kaum,” kata satu lagi sumber dan menambah ini menyebabkan Ibrahim tidak dipilih sebagai calon BN.

Perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad telah melobi agar Ibrahim dimasukkan dalam senarai calon BN dengan mengatakan presiden Perkasa itu adalah penyelamat negara.

Dr Mahathir juga merupakan penaung kepada Perkasa yang memperjuangkan hak Melayu yang sudahpun dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Ibrahim bertanding di atas tiket PAS dalam Pilihan Raya 2008 dan menang kerusi Pasir Mas. Beliau kemudiannya mengumumkan dirinya sebagai calon bebas dan dilihat rapat dengan Umno dan BN.

Beliau menubuhkan Perkasa untuk memperjuangkan hak Melayu selepas pilihan raya bersejarah yang menyaksikan BN kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen dan beberapa buah negeri. Perkasa mempunyai lebih kurang 200,000 orang ahli yang majoritinya merupakan ahli Umno. -TMI

Selain Ibrahim Ali, nama Hassan Ali, Rais Yatim tidak kelihatan di dalam mana-mana senarai calon BN yang bertanding di dalam PRU13 nanti.

UMNO sedar risiko besar untuk meletakkan mereka sebagai calon UMNO BN kerana terutama kedua-dua anak Pak Ali itu yang terkenal dengan imej "Malay cauvinist"nya.

Anehnya, Naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin dipilih sebagai calon BN di Shah Alam menentang penyandangnya Khalid Samad.

Mungkin sudah berpusing-pusing cari calon, takda lain yang lebih layak selainnya.

Ramai pemerhati berpendapat tindakan Najib menghantar Zulkifli di Shah Alam adalah langkah terdesak UMNO untuk memenangi hati pengundi Melayu yang membentuk pengundi majoriti di Shah Alam.

Tetapi, ramai yang berpendapat, Shah Alam akan menjadi kubur Zul Kulim ini. -GB

Bermula Kejatuhan BN, Kerana Tangan Rosmah..

Cium tangan Rosmah, isteri PM.

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
DITAFSIRKAN sebagai kejatuhan BN yang terasnya UMNO ialah kerana mungkin buat kali pertama dalam sejarah Umno/BN berlaku peristiwa gawat ini. Gawat di mana Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri Umno diisytihar sebagai tidak layak bertanding di pilihanraya umum ke 13.

Ini, saya kira  sebagai suatu gejala besar ke arah kejatuhan BN, kalau ianya benar-benar-benar berlaku. Iaitu:
  • Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terpalit dengan kes lembu kondonya dalam isu penyalahgunaan wang rakyat oleh National Feedlot Corporation (NFC) sudah mengisytiharkan diri tidak bertanding.
  • Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sudah membayangkan bahawa beliau juga tidak akan bertanding. Nama beliau juga sudah mendapat 'gap order' agar tidak keluar dalam media yang dikawal BN.
  • Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin pula diura-urakan sebagai bukan calon winnable untuk pilihanraya umum ke 13 ini.
  • Ketua Putera Umno, Abdul Azeez Rahim dikatakan bukan 'winnable candidate' untuk Parlimen Baling. Ia berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh orang kanan Mahathir, Rocky Bru.
  • Ketua Ulama Muda Ustaz Fathul Bari dilaporkan ditolak oleh Umno Perlis yang tidak mahukan calon payung terjun di negeri tersebut. Perkara ini dilaporkan Malay Mail beberapa hari lepas yang menceritakan pertembungan antara ahli-ahli Umno Kangar dan Arau di PTWC.
  • Sebelum ini, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek telah mengisytiharkan bahawa beliau tidak bertanding.
  • Di belah MIC pula, tidak diketahui samada Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel akan bertanding.
  • Palanivel pernah ditolak menjadi calon di pilihanraya kecil Hulu Selangor, di mana P Kamalanathan dipilih untuk menjadi calon yang mengatasi Datuk Zaid Ibrahim, yang mewakili PKR. Kelakarnya, bekas Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu muncul dan menyatakan beliau ialah 'winnable candidate' bagi BN di Sungai Siput.
  • Lebih mengejutkan, satu insiden di mana seorang pemimpin kanan Umno yang didakwa menampar dan menyepak seorang lelaki di Putrajaya minggu lepas dikatakan akan menyebabkan Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak bertanding mempertahankan Putrajaya kali ini. (Rujuk E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.)
 
Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri Umno diisytihar sebagai tidak layak bertanding di pilihanraya umum ke 13.
Kesan Dan Akibat

Ini pula diikuti desas-desus bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir bakal menggantikan Tengku Adnan yang bakal berdepan dengan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa. Umno/BN, kali ini menghadapi masalah besar dalam menentukan calon.

Menurut berbagai sumber...
  • “Pemillihan calon kali ini ialah pertembungan Mahathir dengan Rosmah Mansor. Kedua-duanya ingin memastikan calon mereka yang dikemukakan terpilih. Mereka juga ingin memastikan jumlah calon Umno yang menang adalah dari kem mereka,” kata sumber itu.
  • Ketika ditanya mengenai kemungkinan semua ketua sayap Umno tidak bertanding dan kesannya, berikut ialah jawapan sumber Umno tersebut: “Jika Umno betul berbuat demikian, Umno akan hancur secara dalaman. Ahli-ahli Umno nak letak muka di mana? Nak jelaskan macam mana? Rakyat akan lihat Umno semakin tidak stabil dan akan tumbang.
  • "Saya tak pasti orang Tingkat 2 B4 sedang berfikir, tapi yang pastinya jika semua ketua sayap tidak bertanding, bersama dengan Chua dan juga Palanivel – BN akan hancur. Sebab itu Mahathir dan kroninya Samy Vellu dilaporkan seperti berminat bertanding,” tegas beliau.
Jadi siapakan calon-calon winnable pada pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?
  • “Winnable itu main cakap saja. Winnable itu berdasarkan kesukaan Rosmah dan Mahathir. Mahathir dilihat cuba mencatur segalanya demi masa depan anaknya. Rosmah pula ingin mengekalkan kuasanya.
  • "Pernah tak terfikir kenapa Najib menyandang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat? Siapa sebenarnya yang nak sangat jawatan itu?
  • "Sebenarnya, jika rakyat celik politik, rakyat akan soal, Umno jadi macam hari ini bukan ke kerana Mahathir yang ingin menghancurkan Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) dulu. Sekarang beliau pula kata nak datang repair. 
  • "Kita pun tak tahu apa beliau nak buat. Sekarang Mahathir kempen ikut skrip beliau sendiri – sehingga menyebabkan war room Najib kelam-kabut nak pertahankan kenyataan Mahathir,” kata sumber Umno tersebut.
  • Mengapa Najib biar Mahathir berkempen? “Ada perjanjian,” kata sumber Umno tersebut yang enggan mengulas lanjut.
Jadi mengapa tanda-tanda kejatuhan UMNO/BN ini terus dikaitkan dengan Rasmah Mansor? Antaranya baca ini..
Sekian, Wassalam.

Umno dah hancur, Impian Najib Tawan Selangor Berkecai!!

Sementara UMNO begitu galak menyerang Pas berkaitan isu video seks yang didakwa melibatkan Mustafa Ali, parti itu mendapat rahmat besar disebaliknya dengan penyertaan bekas MB Selangor, Muhammad Mohd Taib ke dalam Pas semalam. 

Beliau yang lebih dikenali dengan Mat Taib atau Mike Tyson dilaporkan sudah pun menyerahkan borang keahliannya untuk menyertai Pas kepada Dr Haron Din dan suatu pengumuman rasmi dijangka akan dibuat dalam sehari dua ini.

 
Mat Taib sudah mendiamkan diri sejak 2009 apabila digugurkan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Ketua Penerangan UMNO. Kemudiannya beliau juga melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya yang disandangnya dan menyerahkan kepada Yahya Bujang untuk memangku jawatan itu.

Sejak itu beliau mengenepikan sepenuhnya aktiviti yang melibatkan politik dan banyak menghabiskan masanya dengan program-program keagamaan. Beliau bukan saja banyak menghadiri pelbagai program bercorak agama dan mengadakan pelbagai majlis di kediamannya, malah jika berbual pun topiknya banyak menjurus ke arah keagamaan.

Dengan kecenderungan terhadap agama itu, penyertaan beliau ke dalam Pas tidaklah begitu memeranjatkan meskipun UMNO tentunya agak terpukul dengan tindakan bekas MB Selangor dan Naib Presiden UMNO itu menyertai Pas di saat-saat hampirnya berlangsung pilihanraya yang paling mencabar ini.

Lebih-lebih lagi dalam pilihanraya kali ini, selain mahu mengekalkan Putrajaya, matlamat Najib juga ialah mahu menawan kembali Selangor yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya 2008 lalu.

Walaupun Mat Taib berdepan dengan isu kredibiliti berikutan peristiwa lama yang melibatkan dirinya dan dianggap sudah "expired" dalam UMNO, penyertaan beliau ke dalam Pas tidak harus dipandang ringan. Kemasukannya membawa imej dan persepsi yang tidak baik mengenai UMNO dan melonjakkan moral Pas serta Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor.

Ia tidak jauh bezanya dengan keputusan beberapa pegawai tinggi kerajaan, pegawai polis dan tentera yang memilih Pas dan Pkr sebaik saja bersara daripada kerajaan sebelum ini. Sebagaimana penyertaan mereka itu meningkatkan moral dan imej Pakatan Rakyat, kemasukan Mat Taib juga sebenarnya memberi impak yang serupa.

Sepanjang menjadi MB Selangor selama 11 tahun, Mat Taib dikenali sebagai pemimpin yang baik budi pekertinya dan suka menolong orang. Ramai pemimpin UMNO dan ahli perniagaan yang meriah dengan rezeki yang dilorongkan Tuhan melalui sikapnya baik hati itu. Rakyat Selangor pula banyak yang mendapat tanah untuk kediaman dan memulakan kehidupan baru. Perkampungan dan penempatan baru yang melibatkan orang Melayu banyak diwujudkan semasa kepimpinannya.

Dengan jasanya yang sedemikian itu, tentunya beliau masih dikenang oleh ramai orang di Selangor ini. Oleh itu, penyertaannya ke dalam PAS tidak dapat dinafikan akan memberi signifikan kepada usaha Pakatan Rakyat mengekalkan pentadbiran negeri itu ditangannya.

Impian Najib dan UMNO Selangor pasti akan bertambah sukar dengan penyertaan beliau ke dalam Pas ini. Lebih-lebih lagi jika selepas hari penamaan calon nanti Mat, Taib juga turut berkempen dan meminta pengundi mengekalkan negeri itu di tangan Pakatan Rakyat yang baru menaungi perjuangan barunya.

Dengan menyertai Pas di saat berlangsungnya hari penamaan calon dan Pakatan Rakyat pula sudah siap dengan senarai calon-calonnya, Mat Taib seperti memberi isyarat bahawa beliau tidak sekali-kali berminat untuk bertanding semula. Hasratnya ialah untuk membantu perjuangan Pas dan Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor.

Walaupun Najib sentiasa ghairah mahu menawan Selangor, tetapi keputusan beliau yang dijangka meletakkan FD Iskandar sebagai calon MB Selangor jika BN kembali berkuasa, turut mengundang masalah dalam UMNO sendiri. Kem Noh Omar dan Zin Mohamed yang kini merupakan orang kanan dan orang kiri Najib di Selangor, ternyata kurang berpuas hati dengan pemilihan FD Iskandar itu.

Pemimpin dan ahli UMNO peringkat bahagian dan cawangan juga menunjukkan rasa kurang senang dengan pemilihan FD Iskandar berikutan beliau dilihat pemimpin yang kurang mesra dengan orang bawahan dan kedudukannya sebagai ahli perniagaan serta pemaju hartanah membimbangkan mereka kemungkinan fokusnya nanti lebih kepada membantu syarikatnya sendiri, Glomac Berhad berbanding membantu rakyat Selangor sendiri.

Menang tidak dinafikan, impian Najib menawan Selangor bukanlah mudah. Selain Pakatan Rakyat juga bekerja keras dan berjaya menampilkan imej yang lebih baik berbanding kepimpinan UMNO sebelumnya walaupun cuba dibangkitkan pelbagai isu untuk merangsang emosi rakyat, wujudnya penolakan dalaman UMNO sendiri berikutan calon MB pilihan Najib kurang dipersetujui dan kini dengan bantuan Mat Taib pula yang menyertai PAS, impian Najib hakikatnya makin bertambah sukar.

Malah ada beberapa pemimpin UMNO Selangor sendiri tanpa berselindung menyatakan, impian Najib itu sebenarnya sudah pun berkecai dan musnah sekarang ini. (SH 15/04/2013)

Umno BN Mahu Kuburkan Karier Ali Rustam?

Parlimen Bukit Katil adalah prospek tertinggi untuk di menangi oleh Pakatan Rakyat kerana pada PRU 2008, 2 kerusi DUN dalam Parlimen Bukti Katil di menangi oleh DAP. Manakala 2 kerusi DUN lagi di menangi oleh BN.

Pakatan Rakyat hanya perlu memenangi 1 lagi kerusi bagi membuka ruang untuk kemenangan Parlimen ke 2 Pakatan Rakyat negeri Melaka.

DUN di jangka di menangi oleh Pakatan Rakyat adalah kerusi DUN Bukit Baru di mana PAS meletakkan calonnya iaitu Dr. Khalid Kassim merupakan mantan Timbalan Pengarah Hospital Besar Melaka.

Maka di lihat pencalonan Ali Rustam merupakan penyandang DUN Bukit Baru di parlimen Bukit Katil oleh Umno BN, hanya mahu menguburkan karier politiknya yang di belenggu dengan pelbagai masalah kepimpinan.

Menjelang pengumuman calon Barisan Nasional (BN) hari ini, sumber yang rapat dengan Umno memberitahu bekas ketua menteri Melaka, Ali Rustam akan bertanding di kerusi parlimen Bukit Katil dan bukannya Jasin seperti ramalan awal.
Ini bermakna sekiranya perkara ini benar, Ali akan menentang Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin yang sudah pun diumumkan sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat dua minggu lalu.
Sumber tersebut memberitahu lagi, Ali tidak disenaraikan di Jasin kerana BEKAS penyandangnya, Ahmad Hamzah dijangka kekal mempertahankan kerusi itu bagi penggal kedua berturut-turut.
Shamsul ketika mengulas spekulasi tersebut hanya menjawab, tunggu pengumuman esok (hari ini) setelah Ali sendiri yang akan mengumumkan senarai calon BN di negeri itu.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Anwar Ibrahim malam tadi mengumumkan calon parti itu yang akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada pilihanraya umum ke-13, 5 Mei ini.
Anwar berkata, dua kerusi yang masih dirundingkan ialah Parlimen Sungai Siput dan DUN Manong.
"Adalah normal bagi parti dalam pakatan untuk mempunyai pendapat tersendiri dalam penentuan kerusi. Kita menjangkakan dapat mencapai keputusannya tidak lama lagi," katanya ketika berceramah di Jalan Pemimpin, Manjoi di Ipoh.
Sembilan calon KEADILAN yang akan bertanding di kerusi Parlimen ialah Dr. Muhammad Nur Manuty (Bagan Serai), Dr. Meor Ahmad Isharra Meor Ishak (Padang Rengas), Siti Aishah Sheikh Ismail (Tambun), Dr. Lee Boon Chye (Gopeng), K. Vasanthakumar (Tapah), Mustaffa Kamil Ayub (Pasir Salak), Laksamana (B) Imran Abdul Hamid (Lumut), Madhi Hassan (Bagan Datoh) dan Dr. Tan Yee Kew (Tanjung Malim).
Selain itu, 19 kerusi DUN yang menjadi pertaruhan KEADILAN ialah Pengkalan Hulu, Temenggor, Kenering, Kota Tampan, Batu Kurau, Kuala Kurau, Alor Pongsu, Kuala Sepetang, Ulu Kinta, Bukit Chandan, Bota, Tualang Sekah, Simpang Pulai, Teja, Chenderiang, Sungai Manik, Pangkor, Hutan Melintang dan Behrang.
Perak mempunyai 24 kerusi parlimen dan 59 kerusi DUN.
Pakatan Rakyat masih belum menentukan calon untuk kerusi Parlimen Sungai Siput selepas Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengesahkan untuk bertanding di situ menerusi penyandangnya, Dr. Jeyakumar Devaraj yang menggunakan tiket KEADILAN pada 2008.
Kejutan berlaku apabila Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan tidak menafikan pihaknya bakal meletakkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Mungkin, saya tidak dapat nyatakan senarai itu (kerana esok akan diumumkan)," katanya dalam wawancara khas di pejabatnya di sini, semalam.
Nama Nasharudin ditanyakan terus kepada Ahmad memandangkan BN mengumumkan meletakkan 31 peratus calonnya kali ini dari kalangan profesional dan ulama.Nasharudin atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Nasha, yang dipecat dari Majlis Syura Pas - dilihat antara ikon yang cukup menyerlah dan "mesra" Barisan Nasional.
Pada tahun 2008 beliau bertanding di Bachok.Gambar beliau bersama Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Najib Altantuya ketika lawatan ke luar negara mengundang kritikan keras pimpinan Pas.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pihaknya menerima banyak nama calon yang layak, namun yang terpilih itu adalah yang terbaik daripada yang terbaik.Menurut Ahmad, kepimpinan yang memutuskan senarai calon ini begitu teliti dalam membuat keputusan dan memandang berat semua aspek. ~keadilandaily

Mari Realisasikan Harapan Rakyat Ini: Harga Minyak Turun 7 Mei 2013



7 Mei 2013 bakal menjadi hari bersejarah buat Malaysia apabila harga minyak yang beberapa kali dinaikkan BN sejak 2008 akan diturunkan Pakatan Rakyat jika berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan selepas menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Harapan ini yang ditunggu-tunggu seluruh rakyat akan dilaksana 21 hari lagi menjelang tarikh itu.

“Kamu (Umno BN) katalah apa-apa pun, kita bagi penjelasan. 5 Mei pilihan raya, 6 Mei (Pakatan) angkat sumpah. InsyaAllah 7 Mei, harga minyak di seluruh negara turun,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut sorakan gemuruh hampir 7,000 rakyat.

Beliau berkata demikian pada ceramah Jelajah Pakatan Harapan Rakyat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Sabtu lalu.

Penurunan harga minyak antara agenda utama Pakatan Rakyat menuju Putrajaya, yang dimasukkan di dalam Buku Jingga dan Manifesto Pakatan Rakyat.

Ketua Umum KEADILAN itu juga konsisten menyatakan komitmen tersebut pada setiap siri ceramahnya.

Katanya, penurunan harga minyak tidak mustahil untuk dilaksana, memandangkan kedudukan Malaysia selaku pengeluar minyak.

“Ini fakta, sebab itu (Perdana Menteri) Datuk Najib (Razak) tak mahu debat. Dia syarah di TV3 bukan main garang, marah saya.

“Tapi (dengan) saya, (dia) tak boleh jawab. Dia (hanya) marah seorang diri. Sebagai pemimpin, (sepatutnya) kamu kena pertahankan hujah kamu,” kata Anwar.

Pengamal media baru sambut hangat Husam di Putrajaya


(Husam bersama pengamal media baru di Putrajaya)

PUTRAJAYA: Meskipun dirancang dalam masa kurang 48 jam, pertemuan Datuk Husam Musa dengan pada semua Facebooker, Twitter, blogger dan pengamal media baru di Putrajaya disambut dengan hangat.

“Alhamdulillah, sambutan pada program "Ad-Hoc" (dirancang dalam masa 2 hari sahaja) saya anggap amat-amat berjaya dengan kehadiran yang begitu ramai, berbilang bangsa, peringkat umur dan fahaman politik,” tulis Husam di laman page rasmi calon di Facebook P-125 Putrajaya.


(Husam memberikan ucapan kepada pengamal media baru di Putrajaya)

Program Santai itu diadakan di Foodcourt Presint 8 malam tadi. Husam menyatakan penghargaan kepada warga media baru yang melontar pandangan yang dianggapnya “terlalu penting” untuk diambil perhatian.

“Perubahan dalam Negara perlu bermula dengan sikap & idea-idea positif & saya lihat, warga maya Putrajaya mampu & telah membuktikan kebolehan itu dalam pertemuan singkat tadi.

Insya-Allah, sebelum PRU nanti saya akan mengadakan lagi sessi yang sama & meluangkan lebih banyak masa dengan anda semua,” tambahnya lagi. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .