Ikuti Blog ini

Azhan Juara Akademi Nasyid TV9



Tahniah Azhan Juara Akademi Nasyid musim pertama 2008. Bawa pulang RM100 ribu.
Setelah berminggu Azhan Atan berada dan bertahan di Akademi Nasyid walaupun ada yang merasakan bahawa "aura" yang beliau miliki sejak konsert pertama hampir-hampir malap. Namun inilah realiti dan buktinya yang beliau masih mendapat komen yang positif (sehinggakan abang Farihin x sempat catat komen untuk beliau dek terlalu asyik..tapi sempat pula beliau bertakbir…Allahuakbar!) dan undian sms yang tertinggi. Jutaan penghargaan kepada juri-juri dan paling istimewa kepada anda semua yang mengundi beliau. Vote 4 Azhan Atan.

200 sertai XPDC Dakwah

Lebih kurang 200 sukarelawan pemuda, muslimat dan mahasiswa menyertai xpdc dakwah di perkarangan stadium merdeka semalam. XPDC dakwah tersebut adalah susulan daripada bantahan Pemuda PAS Wilayah kepada konsert Avril yang diadakan pada malam itu.

XPDC dakwah yang diketuai oleh Sdr Kamaruzaman, bermula pada pukul 7 petang. Sebelum memulakan edaran risalah, para peserta XPDC solat fardhu maghrib dan sunat hajat secara berjemaah dikawasan berdekatan dengan stadium Merdeka.

XPDC tersebut turut disertai oleh Ust. Nasrudin Tantawi (Timb. Ketua Pemuda PAS Pusat), Sdr Adram (Exco DPPP) dan Sdri. Aiman Athirah (Setiausaha Dewan Muslimat PAS).

Peserta XPDC dipecahkan kepada 3 kumpulan dan mula bergerak mengedarkan risalah pada kira-kira jam 8 malam. Suasana agak tegang apabila kumpulan yang diketuai oleh Sdr Adram cuba dihalang oleh pasukan polis. Walaubagaimanapun akhirnya pihak polis membenarkan edaran risalah dengan syarat-syarat tertentu.

Target utama edaran pada malam tersebut ialah orang-orang Islam dan Melayu, yang ingin menonton konsert tersebut.

XPDC tersebut yang tamat pada pukul 11.30 malam, diakhiri dengan tazkirah dan doa oleh ust. Nasrudin Tantawi.

Kamaruzaman juga mengumumkan dua lagi XPDC yang akan di buat pada malam 30 Ogos di Dataran Merdeka dan 31 Ogos pukul 4 petang di Lorong Hj Taib. Selain itu ceramah, munajat dan qiamullail malam merdeka yang dianjurkan oelh Lajnah Dakwah dewan Pemuda akan diadakan di Ampang bersempena sambutan 35 tahun kepimpinan ulama.

Ketua Pemuda PAS dalam Finalis Akademik Nasyid TV9 malam ini


"

Malam ini, Ketua Pemuda PAS Tanjung Piai akan bertanding dalam Akhir Akademik Nasyid TV9.

Di saat UMNO sedang rancak mengumpul sokongan dari kalangan samseng dan mat rempit, PAS melakar sejarah dengan pemilihan Azhan Atan, seorang insan kurang upaya (OKU) bagi menerajui Dewan Pemuda PAS Tanjung Piai dan lebih membanggakan lagi malam ini beliau akan bertanding dalam Final Akedemik Nasyid TV9. Jadi ramai-ramai kita vote Azhan dengan Taip AN AZHAN dan hantar ke 33399.

Undilah Sdr Azhan Atan dalam pertandingan Akhir Akademi Nasyid malam ini. Biodata beliau adalah

Nama : AZHAN BIN ATAN
UMUR :35 tahun
Pekerjaan : Tukang urut Reflaksi
Jawatan parti : Ketua Pemuda PAS Tg Piai, Johor

Perutusan Ulangtahun Kemerdekaan ke-51


Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Alhamdulillah negara kita Malaysia akan merayakan ulangtahun kemerdekaannya yang ke-51 pada 31 Ogos 2008 ini.

Penambahan usia negara kita ini seharusnya tidak melupakan kita kepada jasa dan pengorbanan mereka yang terdahulu yang telah bertungkus-lumus berkorban dan berjuang bagi memerdekakan tanah air yang tercinta ini dari belenggu penjajah.

Menurut lipatan sejarah PAS sendiri telah terlibat dalam menyumbang terhadap kemerdekaan negara kita sejak dari tarikh keramat penubuhannya pada tahun 1951, iaitu warisan dari perjuangan Hizbul Muslimin yang diharamkan British pada tahun 1948.

Malah tujuan penubuhan PAS itu sendiri adalah bagi memenuhi tuntutan melepaskan negara ini dari sebarang rupa dan bentuk penjajahan oleh kuasa bukan Islam sama ada dalam bentuk politik, ekonomi, sosial atau kebudayaan.

Kerana itu PAS telah terlibat secara aktif bersama parti-parti lain ketika itu bagi menuntut penjajah British untuk mengadakan pilihan raya umum sehingga terzahirnya pilihan raya umum persekutuan pada tahun 1955 dimana PAS telah mengambil bahagian dan memenangi satu kerusi.

Di ambang kemerdekaan ketika itu PAS juga turut mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Reid bagi menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Kerana itu PAS turut berbangga merayakan ulangtahun kemerdekaan ini sehinggakan perlembagaan PAS fasal 5(2) menyebut bahawa tujuan perjuangan PAS termasuklah mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Sepanjang 51 tahun usia kemerdekaan negara ini PAS telah terus gigih berjuang jatuh dan bangun mengisi kemerdekaan ini dengan Islam yang merupakan prinsip dan dasar perjuangannya.

PAS telah menyumbang dalam pembangunan negara melalui wakil-wakil rakyatnya serta kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpinnya disamping yang ia turut serta terlibat di dalamnya.

Saya yakin dan percaya berteraskan dasar perjuangannya itu PAS akan terus berperanan di dalam negara Malaysia yang Merdeka dan berbilang kaum ini sehingga lahir di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang adil dan saksama yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dengan peraturan dan hukum yang diredhai Allah SWT.

Politik Islam yang luhur yang dibawa oleh PAS akan terus relevan kerana ianya keperluan manusia secara fitrah dan menepati obejektif peranan manusia yang dijadikan oleh Tuhan pencipta alam ini. Allah swt telah menetapkan beberapa prinsip yang menjadi landasan yang wajib ditaati oleh hamba ciptaanNya secara menyeluruh. Prinsip ini terkandung dalam surah an Nisa ayat ke 58-59:

"Sesungguhnya Allah memerintah supaya kamu menunaikan amanah kepada ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum di kalangan manusia hendaklah melaksanakan hukum itu dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat . Wahai orang-orang yamng beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan ulil amri (orang-orang yang mengendalikan urusan yang terdiri daripada pemimpin dan ulamak). maka jika sekiranya kamu bertelingkah dalam apa-apa perkara, hendaklah kamu kembalikan penyelesaiannya kepada Allah (al Quran) dan Rasul (as Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Itulah sebaik-baik dan lebih elok penyelesaiannya."

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-51, "Perpaduan teras kejayaan" dengan izin Allah SWT.

Presiden PAS_

Pertemuan Pertama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

http://buletinonline.net/images/Berita10/pakatan%20rakyat.gifMajlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan Pertemuan Pertama jam 11:00 pagi di Pejabat Ketua Pembangkang di tingkat 14, Bangunan Parlimen hari ini, Khamis 28 Ogos 2008.
Pertemuan tersebut telah dipengerusikan Ketua Pembangkang Baru, Dato' Seri Anwar Ibrahim


Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Pas, YB Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang dan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh.

Selain itu, pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti turut hadir iaitu YB Azmin Ali dan YB Dr Lee Boon Chye dari PKR; YB Nasharuddin Mat Isa, YB Kamarudin Jaafar dan YB Salahuddin Ayub dari PAS sementara YB Lim Kit Siang, YB Lim Guan Eng dan YB Teresa Kok mewakili DAP.

Dalam pertemuan tersebut Dato' Seri Anwar mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat yang telah bertungkus lumus membantu dalam memastikan Parlimen Permatang Pauh kekal di tangan Pakatan Rakyat.

Kemenangan besar dan bilangan pengundi yang tinggi di Permatang Pauh adalah bukti nyata penolakan rakyat terhadap politik perkauman budaya fitnah dan politik wang.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat buat kesekian kalinya mengulangi pendirian untuk memperkukuhkan semangat kerjasama di dalam Pakatan Rakyat.

Dalam pertemuan tersebut juga semua pihak bersepakat untuk mengadakan Perhimpunan Pakatan Rakyat Sempena Menyambut Hari Kemerdekaan di Permatang Pauh pada 31 Ogos 2008 pada pukul 9:00 malam.

Pakatan Rakyat Kini Semakin Kukuh, Dua AP Terengganu Mungkin Lompat

http://buletinonline.net/images/Berita10/pakatanrakyahkukuh.jpgK.Terengganu – Dengan kembalinya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen, Pakatan Rakyat (PR) menjadi lebih kukuh dengan membentuk satu gabungan lebih yang kuat.

Kelmarin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Wan Abd Muttalib Embong mencadangkan agar PAS, PKR dan DAP berbincang dengan lebih serius mengenai perkara tersebut demi kebaikan ketiga-tiga parti itu dan lima negeri naungannya.


Menurut beliau, cadangan itu dibuat bagi membolehkan setiap keputusan atau apa juga tindakan yang diambil oleh PR selepas ini dapat diselaraskan di semua negeri yang diperintah pembangkang agar kelihatan lebih selari.

http://buletinonline.net/images/Berita10/wanmutalib.jpgJusteru, cadangan Wan Muttalib tersebut telah mula kelihatan dengan pertemuan pertama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang telah diadakan di Pejabat Ketua Pembangkang Tingkat 14, Bangunan Parlimen semalam.


Pertemuan tersebut telah dipengerusikan oleh Anwar telah dihadiri oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi DAP Karpal Singh.

Pertemuan tersebut menegaskan kembali pendirian parti-parti yang bergabung di bawah Pakatan Rakyat untuk memperkukuhkan semangat kerjasama masing-masing.

Dalam perkembangan yang sama, dua anggota parlimen dari negeri Terengganu mungkin akan melakukan lompatan, berhijrah meninggalkan Barisan Nasional dan menyertai Pakatan Rakyat.

”Bahkan saya juga terdengar, bahawa kalau ada yang menyeberangi masuk Pakatan Rakyat, maka ada ahli-ahli parlimen negeri Terengganu juga paling kurang dua orang, akan melompat masuk Pakatan Rakyat, “kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar ketika berucap di Kampung Tanjung Sabtu semalam.

Beliau berkata program 16 September Pakatan Rakyat menuju Putra Jaya dan mengubah kerajaan BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat masih atas landasan yang betul.

Menurutnya, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengesahkan perkara tersebut ketika ditemui semasa berkempen dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Tengku Hassan berkata, BN semakin lemah dengan parti-parti gabungan yang bernaung dibawahnya menyatakan hasrat untuk keluar dari BN.

“Di Perak Parti Gerakan meminta supaya keluar daripada BN, di Kedah juga, Parti Gerakan juga membuat cadangan kepada pimpinan (mereka) supaya keluar daripada BN,

“Di Pulau Pinang, mereka (Parti Gerakan) merancang untuk juga membuat cadangan dalam kongres (Parti Gerakan) yang akan datang supaya keluar daripada BN, disetengah-setengah tempat MCA juga telah berbisik-bisik untuk juga mencadangkan supaya keluar daripada BN,

”mereka semua (parti-parti tersebut) menyalahkan kepada pimpinan Pak Lah (Dato’ Seri Abdullah Ahmad badawi) menyebabkan mereka kalah dalam pilihanraya (umum) baru-baru ini,”ujar Tengku Hassan ketika mengulas tentang kebangkitan rakyat yang sedang berlaku diseluruh negara.

http://buletinonline.net/images/Berita10/tghassan.jpg

Pada 20 Ogos lalu, tokoh Parti Gerakan Pulau Pinang, Dato' Toh Kin Woon bertindak keluar parti dan menyokong PKR membuktikan bahawa parti itu semakin tidak diterima ramai masyarakat.


Toh pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Tan Sri Koh Tsu Koon kecewa dengan Gerakan kerana terlalu banyak penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dilakukan oleh kepimpinan negara.

Mengulas tentang kunjungan hormat pimpinan PAS Terengganu terhadap Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said, Dato’ Tengku Hassan berkata Ahmad lebih dilihat sebagai Menteri Besar ‘Yang DiPertuan Agong’ dari dilihat sebagai Menteri Besar UMNO.

”Bukan macam Menteri Besar UMNO, nampak macam Menteri Besar ‘Agong, sebab itu kita pergi ”kata beliau.

Menurut beliau sudah dua kali pertemuan diadakan antara pimpinan PAS dengan Ahmad Said.
Kunjungan hormat kali pertama adalah selepas ADUN PAS mengangkat sumpah di Dewan Undangan Negeri Mei lalu, manakala secara rasminya pertemuan kali kedua adalah pada 15 Julai lalu.

Sertai Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen BN mula hantar SMS pada Anwar

KUALA LUMPUR, 29 Ogos - Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) didakwa menghantar SMS kepada pemimpin Pakatan Rakyat sejak Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim selepas beliau menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu.

Demikian kata Pengarah Strategik KeADILan, Saifuddin Nasution semasa ditemui di Lobi Parlimen semalam.

Ujar Saifuddin, ramai yang mengucapkan tahniah dan ada juga yang mula menunjukkan minat untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan baru.

Beliau percaya ramai ahli Parlimen BN yang mula berteka-teki dan berfikir untuk berhijrah kepada kerajaan baru yang akan dipimpin Anwar dalam jangka masa tertentu.

"Saya yakin semestinya mereka menantikan detik ini yang mana mereka melihat Imagekemasukan Anwar ke Parlimen selepas 10 tahun dinafikan hak, pastinya harapan baru boleh diimpikan," katanya.

Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa agenda menukar kerajaan akan lebih awal berlaku dengan signal-signal awal yang diberikan ahli Parlimen BN ini.

Dengan kemenangan Anwar di Permatang Pauh, ia sebagai signal jelas rakyat yang mahukan perubahan dan menolak kerajaan BN pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Rakyat menolak BN untuk memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat sebagai agen kepada perubahan, saya pasti ia juga signal kepada pimpinan Pakatan Rakyat agar terus bersatu menjaga amanah yang mereka berikan," katanya.

Anwar disahkan Ahli Parlimen penggal kelima, mampu capai sasaran 16 Sept?


Dikemas kini, 1730) KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh buat penggal kelima di Dewan Rakyat pagi ini selepas kira-kira 35 jam diumumkan memenangi kerusi tersebut.

Di sebalik upacara angkat sumpah itu muncul spekulasi baru 40 hingga 50 Ahli Parlimen akan melompat parti dalam waktu terdekat.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua tidak mengulas lanjut melainkan berkata, "kami akan mengumumkan bila tiba masanya."

Bercakap kepada media selepas menghabiskan masa kira-kira 10 minit di Dewan Rakyat, Anwar berkata beliau merasa terharu dapat kembali ke Parlimen selepas 10 tahun.

"Selepas segala yang saya harungi sepanjang tempoh itu, sekarang saya merasa terharu dapat kembali (ke Dewan Rakyat), ia adalah hak saya," katanya.

Kata Anwar, beliau gembira berada semula di Parlimen atas kepercayaan yang diberikan oleh penduduk kawasan Permatang Pauh.

"Perdana Menteri telah kehilangan mandat negara," kata Anwar sambil menggesa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan "kesemua kroni mereka" harus dikeluarkan.

Galeri gambar upacara angkat sumpah Anwar di Parlimen


Jadi tumpuan....ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Parlimen pada jam 9:50 pagi bagi menghadiri upacara angkat sumpah. Kehadiran beliau menjadi tumpuan pemberita dalam dan laur negara.


Anwar mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada jam 10:03 pagi di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.


Anwar menandatangani surat aku janji selepas mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru.


Anwar tersenyum kepada pemberita selepas selesai mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh. Penasihat PKR itu mengesahkan tempatnya di Dewan Rakyat apabila memangi pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan majoriti 15,671 undi.


Anwar keluar dari Dewan Rakyat menuju ke Lobi Parlimen untuk mengadakan sidang media. Turut mengiringi beliau adalah, Pengarah Strategi Pilihanraya PKR, Saifuddin Nasution. Ismail.


Jadi tumpuan ramai...Anwar menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa ketika mengadakan sidang akhbar selepas upacara angkat sumpah di Dewan Rakyat hari ini.


Tunggu dulu.....Mungkin itu yang diperkatakan Anwar kepada wartawan dalam sidang akhbarnya di lobi Parlimen hari ini.


Anwar ditemani isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersama anak mereka, Nurul Izzah Anwar yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai dan Nurul Nuha. Turut serta bersama beliau, Ketua Penerangan, Tian Chua dan Saifuddin Nasution Ismail.

PAS yang sentiasa releven!

Pilihanraya sudah,menangpun sudah.Tumpuan rakyat kini sudah tentu kepada Dato' Seri Anwar dengan agenda perubahannya.Dengan kepulangannya ke Parlimen yang direstui rakyat barangkali banyak isu reformasi yang diperjuangkan diperingkat awal kebangkitan rakyat dapat di ketengahkan kini.Pas dengan lebih 3000 ahlinya yang terlibat secara langsung sudah tentu berpuashati dengan kemenangan rakyat ini.

Cuma ramai yang bertanya dengan saya terutama ahli UMNO mengapa Pas begitu beria-ia berkempen dan berkampung bagi mengusahakan kemenangan kepada PKR ini.Saya sebagai ahli biasa sudah tentu tidak layak untuk menjawab pertanyaan `sinis' sebegini cuma sebagai ahli menjawablah juga sedikit sebanyak persoalan sahabat-sahabat itu.

"Pas mengambil pendekatan mengeratkan lagi kerjasama dengan sahabat-sahabat Pakatan Rakyat walaupun dalam muktamar baru-baru ini ada suara-suara `kecil' yang mengharap kerjasama ini dikaji semula kerana kurang menguntungkan Pas sendiri.Kerjasama dengan PKR dan DAP sebenarnya lebih baik daripada kita berbaik dengan pihak yang langsung tidak boleh berkompromi dengan dasar dan matlamat perjuangan kita.Sebaliknya dengan Pakatan Rakyat masih kelihatan ada ruang untuk kita `bertahaluf siasi' dan mencari titik pertemuan yang serasi. Pas sekali lagi membuktikan yang mereka bukanlah parti ekstrim atau jumud dengan pendekatan yang tidak fleksibel.Selagi mana rakan-rakan PR menghormati dasar dan perjuangan kita selagi itulah gabungan ini wajar dipereratkan dan semangat solidariti itulah yang
ditunjukkan dalam kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh itu"..Sahabat saya itu mengangguk tanda faham dan bersetuju.

Ironisnya ramai orang di luar sana yang masih menganggap Pas itu sama seperti parti nasional yang lain.Akal mereka masih gagal menerima kenyataan yang ada parti yang benar-benar tulus dan ikhlas berjuang berpandukan Al-Quran dan Sunnah dalam memperjuangkan negara dan membela nasib rakyat!.Pimpinan Pas sama ada daripada Majlis Syura,Mursyidul Am,Presiden, pimpinan pusat hinggalah ke cawangan semuanya lahir dari proses tarbiyyah yang panjang dan berkesan.

Itulah uniknya Pas.Apabila matlamat parti dan jemaah menjadi keutamaan,kepentingan peribadi diketepikan.Tidak ada ruang untuk mana-mana pimpinan atau individu berjuang untuk kepentingan peribadi jika halal,haram,dosa dan pahala menjadi pedoman.Rakyat perlu terus dihidangkan dengan menu perjuangan yang sebegini agar iklim politik negara yang kian berjerubu dapat digantikan dengan sebuah kerajaan yang adil,amanah dan diberkati Allah.

Anwar rakamkan penghargaan kepada media


KUALA LUMPUR, 28 Ogos - Ketua Pembangkang yang baru dilantik, Dato' Seri Anwar Ibrahim merakam penghargaan kepada wartawan yang membuat liputan sepanjang tempoh kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh biarpun berita mengenai dirinya tidak disiarkan.

Selain dari tempoh kempen tersebut, Anwar menjelaskan bahawa wartawan juga sering membuat liputan dan menghadiri sidang media yang beliau adakan selepas dibebaskan dari penjara pada tahun 2004, namun sikap ketua mereka yang dipengaruhi oleh pemimpin Umno menyebabkan semua beritanya tidak disiarkan.

"Saya ucapkan terima kasih kepada anda kerana saya tahu jauh di lubuk hati anda juga mahukan perubahan tetapi kerana ketua-ketua anda maka tiada langsung berita saya," kata beliau sambil tersenyum selepas mengakhiri sidang media di Lobi Parlimen pagi tadi.

Wartawan dari dalam dan luar negara berhimpun di Parlimen untuk menyaksikan detik bersejarah majlis mengangkat sumpah Anwar sebagai ahli parlimen Permatang Pauh.

Anwar selesai mengangkat sumpah pada jam 10.03 minit pagi tadi di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Anwar yang disingkirkan dari kerajaan dan Umno sepuluh tahun lalu kembali menjadi ahli Dewan Rakyat setelah memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Setelah memenangi kerusi parlimen tersebut beliau terus dilantik menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.

Biarpun dilabelkan sebagai agen Yahudi dan anti Melayu, Anwar tetap menjadi pilihan pengundi Permatang Pauh yang mewakili rakyat Malaysia untuk membawa agenda perubahan yang menjadi moto beliau sebelum ini.

Sejak 1999, kerusi parlimen Permatang Pauh dipegang oleh Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum meletak jawatan pada 31 Julai lalu.

Anwar selesai angkat sumpah sebagai ahli Parlimen


KUALA LUMPUR, 28 Ogos - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada jam 10.03 minit pagi di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Selepas upacara angkat sumpah tersebut, Anwar menandatangani surat akujanji.
Pandikar kemudiannya mengalu-alukan Anwar sebagai ahli Parlimen yang baru dan mengumumkan kepada ahli Dewan Rakyat mengenai perlantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
Setelah Pandikar mengumumkan Anwar sebagai sebagai Ketua Pembangkang, ahli Parlimen Pakatan Rakyat menepuk meja tanda setuju.
Menteri yang hadir hanya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Mustapha Mohamed bersama-sama dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Datuk Zaid Ibrahim.
Manakala yang lain dihadiri oleh ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Terdahulu Anwar tiba di Lobi Parlimen untuk upacara mengangkat sumpah pada jam 9:50 pagi diiringi isterinya, Dato' Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah.
Turut sama mengiringi beliau adalah, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Anwar hadir dengan memakai baju Melayu berwarna hitam.

Rakyat jelak kempen melampau BN - Nik Aziz



KOTA BHARU, 27 Ogos - PAS menyifatkan kemenangan calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam membuktikan rakyat sudah jelak dengan kempen politik melampau Barisan Nasional (BN).

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, rakyat menolak calon BN walaupun pelbagai serangan dihala terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim terutamanya tuduhan liwat kali kedua.

"Zaman Umno dan BN menggunakan kempen politik melampau sudah berlalu kerana rakyat hari ini tidak sama berbanding zaman sebelum merdeka," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Ladang Rakyat dan Panmont Height Sdn Bhd bagi melaksanakan projek tanaman pokok jatropha (jarak) dan nanas.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat Malaysia termasuk penduduk bukan Islam kini mendekati perjuangan yang didokong PAS kerana mementingkan keadilan dan kesejahteraan rakyat.

Kata beliau Umno seharusnya mengambil iktibar daripada kesilapan pilihan raya umum sebelum ini.

"Sekarang sudah ramai rakyat yang berpelajaran tinggi, di mana berpuluh ribu setiap tahun mereka tamat belajar. Sudah tentu mereka dapat membuat pilihan antara benar dengan yang batil.

"Sudahlah, zaman Umno guna perjuangan kebangsaan dah habis dah..," ujarnya.

Menurutnya juga Allah Taala menurunkan al-Quran untuk dijadikan perlembagaan hidup manusia, namun kerana ada kepentingan dunia perundangan itu diketepikan oleh pemerintah di negara ini.

Ia adalah kemenangan rakyat!


Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini. Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.

Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakant hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu.

Berhadapan dengan cabaran yang getir, kita memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu yang berkaitan dengan negara ini.

Seruan kita agar negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan.

Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami. Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan eknomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Kami akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu.

Dan kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.

Dengan kejayaan 8 Mac dan juga kemenangan malam ini saya berani untuk menegaskan kita mampu bersama-sama menghadapi segala rintangan di masa hadapan.

Kami tidak akan menang tanpa dokongan kukuh dari rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat dan juga sokongan ribuan rakyat Malaysia tidak kira samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, yang datang ke Permatang Pauh, bekerja keras, memerah keringat serta mengirim doa demi memastikan kemenangan ini. Saya sangat menghargai keberanian, tekad dan kesungguhan kamu semua; saya mengucapkan tahniah terhadap komitmen saudara semua terhadap prinsip bersama sebuah kemerdekaan, keadilan dan demokrasi.

Langkah kecil buat Permatang Pauh hari ini akan memastikan perubahan besar buat Malaysia.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .