Ikuti Blog ini

Mohd Fauzi calon PAS di Manek Urai



fauzi abdullah manek urai by election 260609Mohd Fauzi Abdullah dipilih sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini.


Fauzi yang berusia dalam lingkungan 40-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan.

Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggungjawab sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga menteri besar Kelantan telah mengumumkan sebentar tadi di Markaz PAS Kampung Manek Urai Baru.

Menjelang Perisytiharan Calon PAS malam ini 26 Jun. 09

Tengok gambar je... jangan banyak komplen..!

Puaka UMNgOk dok diam-diam..!

kalau tak paham gak, sah LEMBU...



Sumber ini juga telah disahkan oleh orang kuat di Kuala Krai yang baru sahaja dihubungi oleh pihak kami sebentar tadi.

Jika tiada aral melintang, Fauzi Abdullah (foto) yang merupakan Bendahari PAS Kuala Krai akan diisytiharkan sebagai calon PAS dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai malam ini.

Beliau juga pernah menjadi penyelia DUN Guchil pada tahun 2004 dulu.

Al-Fatihah buat Mikaeel Jackson




Michael Jackson yang baru-baru ini dikatakan telah memeluk Islam telah menghembuskan nafas terakhir dirumahnya di Los Angeles.


Sekiranya benar berita yang mengatakan beliau telahpun memeluk Islam, Al-Fatihah buatnya.

Michael Jackson menganut Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel. Majlis memeluk Islam pada tahun 2007 itu dikatakan dianjurkan di rumah pemain keybord band Toto dan komposer musik pada album Thriller, Steve Porcaro (51), Hollywood Hill, Los Angeles. Turut hadir komposer dari Kanada, David Warnsby (Daud Warnsby Ali) dan produser album Phillip Bubbal (Idris Phillips). Abang Michael Jackson, Jermaine Friday yang kini menetap di Dubai, memeluk Islam pada tahun 1989.



Bapa YB. Salahuddin Ayub meninggal dunia

BAPA Naib Presiden Pas, YB. Salahuddin Ayub (MP Kubang Kerian) telah kembali ke Rahmatullah tengah malam tadi. Menurut Sallahuddin yang ketika itu dalam perjalanan ke Kota Bharu menerima pemakluman daripada adiknya.

Beliau yang ketika itu sudah sampai di Raub membatalkan perjalanannya ke Kota Bharu untuk bergegas pulang ke Batu Pahat bagi menguruskan jenazah ayahnya.

Menurut Sallahuddin ayahnya sakit sejak beberapa waktu lalu akibat satu kemalangan jalan raya dan pernah dimasukkan ke ward ICU.

Jenazah akan disempurnakan selepas solat Jumaat hari ini.Dewan Pemuda Besut mengucapkan Takziah kepada Sallahuddin serta keluarganya. Semoga roh Allahyarham dicucuhi rahmat. Al Fatihah.

UMNO BN Guna Tentera Raih Undi Di Manek Urai





Parti UMNO akan turun bertanding pada pilihanraya kecil Manek Urai bulan depan dengan taktik baru: membawa masuk Angkatan Tentera Darat untuk meraih undi daripada penduduk, Naib Presiden PAS Mahfuz Omar mendedahkan.


“Projek Jiwa Murni,” akan meyaksikan anggota tentera diberi misi melaksanakan beberapa projek kebajikan di kubu kuat PAS di DUN Manek Urai untuk menyakinkan pengundi memberi sokongan kepada UMNO, kata Mahfuz.

Beliau memberikan bukti dalam bentuk salinan dokumen Kementerian Pertahanan yang memberi arahan khusus tentang perlaksanan projek itu.

“Bersama saya surat dari staf perisikan di Kementah kepada Panglima Angkatan Tentera, yang mengarahkan satu projek awam mesti dibuat di bawah Angkatan Tentera Darat di kawasan-kawasan peti undi kelabu dan hitam dimana BN mampu memperkukuh tahap sokongan berdasarkan kepada keputusan PRU12,” kata Mahfuz.

Beliau berkata walaupun angkatan tentera melaksanakan projek-projek itu seolah-olah untuk membantu rakyat, dokumen berkenaan jelas menunjukkan tentera turut “diseret ke dalam kempen politik bagi menjayakan kemenangan bagi Barisan Nasional”.

“Ini ayat cukup jelas hasil dari Bahagian Risik dan dipersetujui oleh Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan yang telahpun mengeluarkan arahan melaksanakan projek Jiwa Murni,” tambah Mahfuz.

Mahfuz berkata Projek Jiwa Murni dilancarkan bagi memberi kemenangan kepada UMNO pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai nanti.

Menurut Mahfuz, antara kawasan yang disasarkan di bawah projek itu adalah Lata Rek, Laloh, Sungai Perial, Sungai Sok, Temalir, Chuchoh Puteri, Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru.

“Ini semua berkaitan dengan kajian kekuatan dan kelemahan BN yang dibantu oleh Bahagian Perisikan Tentera. Mengheret angkatan tentera untuk menjayakan kemenangan BN adalah diluar dari bidang tugas tentera,” kata Mahfuz.

Sebelum itu di Dewan Rakyat, barisan menteri dan wakil-wakil rakyat Umno-BN diam ketika diajukan pertanyaan dari Mahfuz mengenai dokumen Kementerian Pertahaanan itu. .
Mahfuz menggesa supaya Umno supaya tidak bersikap bacul dengan menyalahgunakan sumber-sumber ketenteraan dalam pilihanraya.

“Saya bukan menghalang mereka buat projek membantu masyarakat. Disini jelas menyatakan arahan supaya projek itu tidak dibuat dekat dengan penamaan calon nanti akan dilihat mengatakan pihak tentera terlibat secara langsung,” kata Mahfuz.

Ini jelas satu taktik untuk mengabui mata rakyat dan Pakatan Rakyat. Hakikat ialah ini adalah projek pilihanraya. Kami tidak membantah sekiranya mereka buat selepas pilihanraya,” kata Mahfuz.

ISA kan TG Nik Aziz - Tindakan Kurang Cerdik!


Ikon rakyat Malaysia pendokong keadilan... sebutlah apa bangsa sekalipun dan tanya pada mereka apa pandangan mereka pada TG Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Yang cacat akal sahaja yang tidak dapat berfikir dan menilai dengan betul. korang tau siapa "mereka" tu kan..?



PAS tidak pernah menganggap pempimpin PAS terutama TGNA mahupun TGHA itu maksum. Mereka manusia biasa. Mereka pun melakukan kesalahan. Cuma yang berbeza mereka dengan pemimpin UMNO, mereka boleh mengaku dan menerima kesalahan yang mereka lakukan, terus bertaubat dan memaafkan sesiapa tanpa perasaan dendam dan sebagainya.

Ahli PAS tidak pernah mempertahankan pemimpinnya jikalau sesuatu kesalahan yang dilakukan menyalahi Syarak ataupun Undang-Undang Negara. Tetapi jika mereka yang sudah kekeringan isu, lemas dengan keadaan di Manik Urai,tiba-tiba buat kerja yang 'kurang cerdik', itu amat malang sekali.

Mereka ingin mencari publisiti murahan serta menagih simpati dengan pengundi di Manik Urai. Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan, Anuar Safian, telah membuat laporan polis di Balai Polis KOta Baru pada pukul 10.30 pagi tadi kononnya mohon pihak berkuasa membuat penyiasatan ke atas ucapan TGNA pada 21 Jun yang lepas di Kampung Laloh, Manek Urai ketika menyampaikan ceramah.

Beliau dengan 'kurang cerdik'nya menganjurkan pihak polis menyiasat TGNA di bawah Akta Menghasut 1948 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kerana menimbulkan keresahan kaum dan ketenteraman awam konon. 'Kerja-kerja' seperti ini bukanlah perkara baru. Memang sifat UMNO sebenar terselah. Mereka begitu 'arrogant'. Mereka jangka polis sentiasa berpihak kepadanya.

Itulah senjata yang paling ampuh bagi UMNO, meng'ISA'kan sesiapa saja yang boleh mengharu-birukan persada politiknya. Yang sebenarnya laporan polis itu diibaratkan talkin untuk UMNO di PRK Manik Urai. Pengundi Manik Urai boleh menilai ucapan TGNA samada berupa hasutan atau penerangan. UMNO melihatkan sesiapa berucap supaya jangan mengundi UMNO, akan dikira sebagai ucapan hasutan. Bila agaknya UMNO hendak bersikap 'gentleman'.



Petanda Awal Kejatuhan UMNgOk

Masa aku pergi ke Manek Urai petang semalam dengan PinkTurtle dan Shamb.Yeols, aku sempat snap beberapa gambar jentera UMNgOk/Barisan Nasiyonal sedang bertugas dan juga beberapa gambar yang menarik...

Mungkin tanda-tanda awal kekalahan UMNgOk/Barisan Nasiyonal yang seterusnya dan kali ni di Manek Urai pula...

1Malaysia... belum apa-apa lagi dah retak... ini mesti ada unsur rasuah dalam pembahagian projek pemasangan bahan kempen... kita mintak supaya kejadian ni disiasat... adakah kontraktor yang dapat kontrak untuk bahan kempen ni sama dengan kontraktor yang dapat kontrak pembinaan stadium di Terengganu?

Budget dah tak banyak... jadi UMNgOk/Barisan Nasiyonal terpaksa mengupah lembu untuk memasang bendera untuk kempen di Manek Urai...

Lagi petugas pilihanraya UMNgOk/Barisan Nasiyonal sedang bertugas... sempat lagi makan tu...

Aku syak yang ni kena sabotaj dekat tupai...

Salam dari Manek Urai.


Umno kecundang, pimpinan PAS lebih pintar - Anwar



KUALA LUMPUR - "Umno kecundang lagi. Kali ini mereka tumbang dalam isu kerajaan perpaduan."

Menurut Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, strategi yang cuba dipasang oleh Umno tidak menjadi sebaliknya mereka kecundang.

"Umno kecundang lagi dalam isu kerajaan perpaduan. Strategi mereka untuk meretakkan hubungan Pakatan Rakyat berkecai,"jelasnya dalam satu catatan di blog peribadinya.

Menurutnya, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali.

"Alhamdulillah, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali. Saya berulangkali menegaskan bahawa permasalahan yang sengaja digembar-gemburkan di media Umno dapat dileraikan seandainya pimpinan bersama menanganinya secara bijak,"ulasnya.

Tambahnya, pimpinan PAS ternyata lebih pintar dan pastinya berpaut kepada prinsip perjuangan seperti, 'istiqamah' yang disebut oleh Tuan Guru Nik Aziz dan memperkukuh institusi kenegaraan seperti "membanteras rasuah, memperbaiki badan kehakiman serta Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas dan adil" yang diucapkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi.

Selain itu, beliau turut menghargai peranan yang dimainkan oleh pimpinan tertinggi DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan pimpinan KeADILan, Dr Syed Husin Ali,Azmin Ali dan Saifuddin Nasution dalam isu kerajaan perpaduan.

"Kocakan kecil ini malah lebih mematangkan dan memantapkan Pakatan Rakyat,"tegasnya.


Mufti Perak kurang terdedah sejarah politik Islam - TG Nik Aziz

KOTA BHARU - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dianggap tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini.


"Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.


"Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular.


Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya.


"Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah.


"Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah," katanya di sini.


Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, PAS ditubuh di Pulau Pinang oleh alim ulama yang asal berada dalam Umno.


Namun katanya mereka keluar daripada Umno dan menubuh sebuah parti Islam pada 1951.


Beliau juga berkata, Umno ialah United Malay National Organization yang memperlihatkan parti itu berjuang berteraskan kaum.


"Jadi mengapa dia sibuk dengan kita, sedangkan dia parti Melayu. Pelawalah orang Melayu seramai yang boleh kerana mereka parti orang Melayu.


"Tetapi sekarang mengapa pula orang Melayu sudah ramai yang lari daripada Umno. Orang Melayu sudah lari kepada PAS, KeADILan dan DAP," tambahnya.


Menurutnya juga Umno selama ini secara jelas menyebut agama lain dan politik lain dalam perjuangan mereka.


Sedangkan beliau berkata, Islam meminta manusia berpadu sama ada dengan orang Melayu, Cina dan India.


"Kalau perpaduan sebenar biarlah semua kaum dalam BN dan Pakatan Rakyat berpadu," katanya.


Oleh itu beliau meminta supaya mufti terbabit supaya lebih baik menggunakan masa yang berharga untuk mempengaruhi Umno supaya tukar dasar kebangsaan kepada Islam.


"Berapa sen harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak. Dalam keadaan PAS masuk Perikatan dahulu lalu dengan dijemput pun PAS ditendang keluar.


"Inikan pula kita yang cuba sorong-sorong kepala. Sebab itu saya tengok sehari dua ini Umno macam orang gila talak pula," katanya.


Sebelum ini ketika mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Kuala Krai, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut perpaduan hanya diminati antara PAS dan Umno sahaja dan bukan melibatkan parti lain.


MANEK URAI : PAS SEMAKIN MANTAP

Image531

Image523

Pintu masuk utama ke Manek Urai

Pintu masuk utama ke Manek Urai

Image522

Image546

Ini jurufoto antarabangsa yang saya import khas dari luar negara... kerjanya hanya ambik gambar je sempena PRK Manek Urai Ini... kalau nak tengok gamabr-gambar yang lebih cantik dari kamera sonynya pi lah masuk kat blognya... Nama blognya Perisik Rakyat...

Ini jurufoto antarabangsa yang saya import khas dari luar negara khusus untuk PRK Manek Urai Ini... kerjanya hanya ambik gambar je .... kalau nak tengok gambar-gambar yang lebih cantik dari kamera sonynya pi lah masuk kat blognya... Nama blognya Perisik Rakyat...

Dah penat la tu... selesai round seluruh Manek Urai... pekena durian 3 biji... bila panas badan, depa berdua ni ambik angin jap tepi lebuhraya... sebenarnya ada 2 orang jurugambar hari ini...satu perisik rakyat dan satu lagi tepinya tu ialah shamb.yeols dari blog Pro reform

Dah penat la tu... selesai round seluruh Manek Urai... pekena durian 3 biji... bila panas badan, depa berdua ni ambik angin jap tepi lebuhraya... sebenarnya ada 2 orang jurugambar hari ini...satu perisik rakyat dan satu lagi tepinya tu ialah shamb.yeols dari blog Pro reform

Image590

Image575

Image577

Pas telah pun menetapkan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai (N41) adalah anak tempatan.

Pengarah Jentera Pilihan Raya Pas negeri, Abdul Fatah Harun berkata, keputusan itu dibuat hasil daripada kehendak akar umbi dan perbincangan yang dibuat di peringkat Pusat.

“Pucuk pimpinan Pas Pusat telah pun memutuskan nama calon tersebut dan akan diumumkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz pada 26 Jun ini. Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira banyak faktor termasuk kehendak akar umbi,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, Pas memilih calon anak tempatan Kuala Krai dan tidak akan melangkaui kawasan di luar Kuala Krai.

Mengulas mengenai gerak kerja jentera Pas menghadapi pilihan raya kecil itu beliau berkata, Pas telah mengatur strategi yang tersendiri dengan kekuatan yang lebih mantap dan kukuh.

“Apa yang kita lihat setakat ini ialah UMNO seolah-olah hilang akal apabila isu utama yang dibuat iaitu berhubung kerajaan perpaduan sudah tidak wujud lagi. Ini menyebabkan mereka terpaksa mencari isu lain.

“Pas sekarang semakin bernafas dan mantap. Penduduk Manek Urai juga semakin yakin dengan kepimpinan menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz,” katanya.

Menurut beliau, apa yang nyata ahli dan penyokong Pas Manek Urai bersyukur dengan pendirian Nik Abdul Aziz lebih-lebih lagi pendirian beliau berhubung isu kerajaan perpaduan.


HIMPUNAN 100 Ribu PAKATAN RAKYAT 30 JUN





Pakatan Rakyat akan menganjurkan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat pada 30 Jun nanti, demikian lapor harakahdaily.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, program tersebut diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

Beliau yang mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat menyeru orang ramai hadir ke program tersebut yang akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya bermula pukul 9.00 malam.

"Program ini diadakan bagi menerangkan kepada orang ramai terhadap fitnah dan konspirasi yang dimainkan oleh Umno-BN yang bertujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakah.

Satu ceramah perdana akan diadakan pada malam tersebut dimana kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir.

Antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tokoh DAP Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin utama ketiga-tiga parti.


‘Manek Urai Kito’ temui pengundi dedahkan pelbagai maklumat

KUALA KRAI: Badan Perhubungan PAS Kelantan menerbit risalah khas yang dikenali ‘Manek Urai Kito’ bagi menyampaikan maklumat kepada pengundi di Dun Manek Urai sempena pilihan raya kecil.

Ketua Editornya, Haji Rosidi Ismail berkata, risalah terbabit akan diterbit setiap hari sehingga sehari sebelum hari pengundian.

"Terbitan pertama pada 20 Jun lalu dan akan diikuti 28 Jun, 4 Julai dan hari penamaan calon (6 Julai) sehingga 13 Julai.

"Pada tarikh-tarikh tersebut orang ramai di Manek Urai boleh mendapat risalah tersebut setiap pagi. Ia akan diedarkan di setiap peti undi dan tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai," katanya di sini.

Oleh itu beliau berharap Manek Urai Kito menjadi bahan untuk menangkis segala tohmahan pihak lawan dan menjelaskan mesej PAS dan Pakatan Rakyat kepada pengundi.

Beliau yang juga Penolong Pengarah Penerbitan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri berharap skuad pengedaran Manek Urai Kito dapat menyebar secara lebih menyeluruh di setiap kawasan peti undi.




MAJLIS PEGUAM AKAN SAMAN KERAJAAN

Majlis Peguam Malaysia menyerahkan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Nazri Abdul Aziz, membantah sekeras-kerasnya penahanan lima peguam yang memberi khidmat guaman kepada tahanan polis pada 7 Mei lalu.

Presidennya, Ragunath Kesavan berkata Majlis Peguam memandang serius penahanan ini kerana ia secara langsung menafikan hak tahanan kepada proses undang-undang yang adil.

Memorandum itu mahu kerajaan menjamin hak tahanan mendapatkan khidmat guaman serta memastikan polis tidak lagi bertindak di luar bidang kuasa mereka.

Lima peguam terbabit ditahan atas tuduhan perhimpunan secara haram dalam usaha mereka memberi khidmat bantuan guaman kepada 15 individu yang ditahan polis kerana terbabit dalam perhimpunan solidariti untuk aktivis Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) Wong Chin Huat.

Wong ditahan di bawah Akta Hasutan selepas melancarkan kempen pemakaian baju hitam sebagai tanda berkabung untuk rampasan kuasa BN di Perak.

Fadiah Nadwa Fikri, Murni Hidayah, Puspawati Rosman, Ravinder Singh Dhalliwal dan Shuhaini Safwan dari Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur dibebaskan selepas ditahan di Balai Polis Brickfields.

"Akses kepada peguam adalah aspek penting sistem keadilan dan pada hemat saya kita perlu kembali semula kepada asas: menghormati kedaulatan undang-undang.

"Sesuatu yang malang untuk yang tertuduh apabila peguam mereka ditahan sebaik sahaja menjejak kaki ke balai polis. Menahan peguam semasa mereka menjalankan tugas-tugas mereka secara jelas melanggar sistem keadilan," kata Ragunath.

Ragunath menambah tindakan undang-undang terhadap polis bagaimanapun akan tetap diteruskan.

"Kami tetap memfailkan tindakan mahkamah bagi pihak lima peguam terbabit," kata Ragunath.

Sementara itu, Nazri berkata beliau akan meneliti kandungan memorandum ini dan akan mengambil tindakan positif keatas isu ini sementara dalam isu yang membabitkan polis, beliau akan serahkan kepada Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein. Salinan memorandum itu juga akan beliau serahkan kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Nazri mengelak menjawab soalan wartawan apakah polis telah melakukan kesalahan menahan peguam-peguam terbabit namun beliau akui bahawa kedaulatan undang-undang harus dipertahankan.






Umno cuba perbodoh pengundi Melayu di Manek Urai

Image KUALA KRAI - Faktor hampir 99 peratus pengundi di Dun Manek Urai daripada kaum Melayu menjadi sebab utama Umno bingkas semula selepas menyepi pada pilihan raya kecil di Penanti.


Umno masih menganggap orang Melayu mudah diperbodohkan dengan umpan kebendaan berbanding kaum lain.


Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, kedudukan posisi kaum di Manek Urai berbeza dengan pilihan raya kecil di tempat lain sebelum ini.


"Kalau sebelum ini kita lihat pilihan raya kecil lebih memihak kepada Pakatan Rakyat disebabkan pengundinya dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa.


"Namun situasi berbeza di Manek Urai kerana hampir keseluruhan pengundi orang Melayu. BN akan cuba menyogok seboleh mungkin untuk menawan hati pengundi," katanya.


Image

Menurutnya faktor itu dilihat Umno boleh memberi kelebihan kepada mereka dengan mengumpan banyak kebendaan bagi menawan hati pengundi Melayu.


Berdasar kepada daftar pemilih sebelum ini daripada 12,272 pengundi di Dun Manek Urai bilangan pengundi bukan Melayu hanya seramai 88 orang, manakala pengundi pos sebanyak 83 orang.


Oleh itu Abdul Latif yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Krai berkata, jentera kempen PAS dan Pakatan Rakyat terpaksa bekerja lebih keras bagi menjelaskan kepada rakyat umpan kebendaan yang sedang ditabur sekarang.


Katanya juga motto yang digunakan sebelum ini iaitu 'beri gula kacau, beri kain pakai' boleh digunakan semula sebagai usaha untuk berdepan dengan politik kebendaan yang ditaja Umno.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .