Ikuti Blog ini

2 Exco: Pejabat MB Perak serah kepada BPR


IPOH, 20 Ogos: Pejabat Menteri Besar Perak menyerahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menjalankan siasatan terhadap dua anggota Exconya yang kini ditahan.

Menurut Setiausaha Politik MB Perak, Misbahul Munir Masduki, kedua-dua Exco berkenaan kini ditahan reman sehingga Jumaat ini.

"Saya diberitahu wang RM20,000 yang ada dalam beg salah seorang Exco yang ditahan itu adalah wang pinjaman beliau untuk membaiki rumahnya.

"Bagaimana beliau ditangkap BPR, saya tidak tahu dan tidak dapat lagi bercakap dengan kedua-duanya untuk mengetahui perkara sebenar kerana kini mereka ditahan BPR," kata Misbah ketika dihubungi Siasah.

BPR menahan tiga pemimpin PKR Perak termasuk dua Exco kerajaan negeri dan seorang lagi bekas Adun untuk membantu siasatan terhadap satu dakwaan rasuah.

Sehingga kini, apa yang berlaku belum dapat dipastikan lagi.

"Kerajaan kita masih stabil kerana kita ada 31 manakala BN ada 28. Apabila kita hilang dua, katakanlah begitu, kerajaan yang ada ini masih majoriti satu kerusi iaitu kita jadi 29 kerusi berbanding BN 28," kata Misbah
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .